Tuesday, August 16, 2011

TELUR BUNGKUS BERINTI AYAM


Assalamualaikum buat semua yang sudi singgah disini, walau siapa jua diri anda amat akak hargai..terima kasih akak ucapkan walaupun sebenarnya akak sendiri dah beberapa hari tak sempat singgah sini atas beberapa urusan..hehe..macam la sibuk sangat kan..

Salah satu yang menyumbang kepada kesibukan akak adalah aktiviti jahit menjahit akak...(ni berjangkit dari kerajinan kak Rosaliza kita tuuu..tapi akak jahit tak sebanyak kak Rosa cuma kesibukan tu yang mengalahkan Rizalman... 

Bagi sesiapa yang minat menjahit ni pasti tahu keseronokannya. Bila kita dah mulakan dengan memotong kain tu, rasa macam tak nak berhenti selagi belum siap..betul tak? Betul3...Cadangnya nak kasi surprise la bila dah siap nanti baju ni..tu yang dok sorok2 kain tu takut ternampak...eh3...macam2 la pulak kan...

Ok lah, telur bungkus tu permintaan rakyat di rumah ni yang sememangnya dah lama mintak akak buatkan untuk depa. Actually anak teruna sulung akak pun reti membuatnya tapi utk iftar ni bior mama yang buat..Buat pun last minute nasib baik sempat jugak...So, rakyat semua sangat2 berpuashati..lepas ni kena fikir nak buat apa pulak untuk makan lepas terawih nanti sebab petang tadi tak sempat buat kuih.

Untuk resepi telur bungkus ni boleh lihat di bawah ni yea...Selamat berehat & beramal.... :)

BAHAN BAHAN (dapat 2 telur bungkus)
  • 6 biji telur
  • 2 potong isi ayam bahagian dada
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 5 ulas bawang merah kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • Sedikit halia kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu sos cili
  • 1sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap cair
  • sayur campuran/mix vege secukupnya
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 isi ayam dipotong ke bahagian yang agak kecil dan gaulkan denga sedikit lada sulah dan goreng dengan sedikit minyak sehingga masak, angkat dan ketepikan dulu.
  2. dengan lebihan minyak tadi tumiskan hirisan bawang besar sehingga agak layu & masukkan bahan2 kisar termasuk cili kering dan kacau2kan sebentar
  3. Masukkan sos tiram, sos cili & kicap cair dan kacau2 biar sebati, diikuti dengan sayur campuran, tomato, gula dan garam secukupnya
  4. Biarkan kuah memekat baru dimasukkan isi ayam tadi dan kacau2kan biar rata dengan kuahnya & tutup api. Angkat ke dalam mangkuk.
  5. Pecahkan telur ke dalam mangkuk yang sesuai dan masukkan 1 sudu susu pekat dan kacau2kan
  6. Panaskan non stick pan api sederhana, tuangkan sedikit minyak dan ratakan minyak kesekeliling pan
  7. Masukkan setengah dari telur tadi, ratakan biar betul2 nipis & memenuhi seluruh pan tersebut
  8. Apabila sudah masak perlahan api dan letakkan inti ayam tadi secukupnya ke atas telur tadi
  9. Lipatkan keempat2 bahagian sehingga tertutup bahagian inti didalamnya. 
  10. Padamkan api apabila sudah nampak agak garing dan telangkupkan ke atas pinggan. Buat satu lagi sama juga seperti tadi.  Selamat mencuba


5 comments:

  1. wow telur bungkus dok posing seksi..buka aurat tuu..

    ReplyDelete
  2. Salma K.ina..apa kabar/lama xsinggha kat sini..biasa la klu dh nk dekat raya nie mcm2 nk kena buat...masa tuk BW pon trhad skrg.

    ReplyDelete
  3. hahaha lawak tu kak, kesibukan ngalahkan rizalman.. hehehe..

    sedap dapat makan telur bungkus buat sendrik ni. kalau kat kedai kadang2 ayam tu diorg buat lebih2 yang tak laku kan.diorang goreng balik. tak fresh

    ReplyDelete
  4. Lina_pg..Sengaja akak bukak beso2 auratnya bior nampak segala aset yg kat dalamnya tuuu... :)

    Azatiesayang..Alhamdulillah akak sihat2 je & moga Atie sekeluarga pun gitu.. mmg betul tu, bulan posa ni lebih sibuk dr bulan2 biasa, mcm2 nk dibuat, mcm2 nk dikejar..maceh yea!

    Izahdaut..Betul tu, baik buat sendiri dr dibeli, lg pun kalau selalu yg org jual kedekut letak ayam so bila buat sendiri boleh letak bnyk2 kan!!! :)

    ReplyDelete
  5. salam, mmg bestt..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...