Showing posts with label BISKUT. Show all posts
Showing posts with label BISKUT. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

CORNFLAKES MADU



Assalamualaikum...Bertemu kembali dengan cornflakes madu yang akak buat semalam. Dah beberapa tahun tak buat, sekali tu bila jenguk dapur Yatie ternampak cornflakes madu ni baru akak teringat nak membuatnya. Waktu dulu2 akak buat takde ikut sukatan, main agak2 je banyak mana nak letak. So, kali ni akak cuba resepi Yatie. Hasilnya memang sedap & rangup sangat. 
 
 
Resepinya akak letak di sini, copy dari dapur Yatie. Terima kasih daun keladi yea.. :) Bagi sesiapa yang nak mencubanya boleh lihat resepinya di bawah ni atau pun boleh juga klik SINI <<

SUMBER :  YATIE MEMORIES

Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, August 25, 2011

BISKUT SAMPERIT JANTUNG HATI


Assalamualaikum...Nyaman sungguh rasanya petang ni, hujan gerimis turun tak henti2 dari awal petang tadi, Alhamdulillah. Sambil2 memasak tu sempat la singgah kejap sini untuk update biskut raya yang sempat akak buat petang semalam. Biskut ni sangat2 digemari oleh semua anak2 akak. Semalam lepas terawih semua berpakat makan biskut samperit ni beramai2. Macam tak boleh berhenti je tengok depa makan. Takpe2, memang mama dah buat lebih ni untuk anak2 tersayang yang dah lama request nak biskut ni.

Nak lama2 disini pun tak boleh, sebab tengah masak2 di dapur tuuu, nanti hangus padan muka aiii kan! Ok, untuk resepinya macam biasa ada di bawah ni. resepi ni adalah resepi yang akak gunakan sejak zaman anak dara lagi..... :)  
  

 BAHAN BAHANNYA
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 biji kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Buah ceri untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul gula bersama mentega sehingga betul2 kembang
  2. Dalam bekas berasingan pukul kuning telur sebentar saja, lalu dimasukkan ke dalam adunan gula & mentega tadi, gaulkan biar sebati
  3. Masukkan esen vanuilla dan kacau2kan lagi
  4. Akhir sekali masukkan kesemua tepung2 yang telah dicampurkan bersama2 & diayakkan terlebih dahulu, kacau2kan lagi biar rata kesemua bahan
  5. Masukkan ke dalam acuan samperit berbentuk bunga dan tekan perlahan2 ke atas loyang pembakar
  6. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau sehingga betul2 masak.
  7. Jika inginkan dua warna, asingkan sedikit adunan tepung dan campurkan dengan beberapa titis pewarna merah, setelah digaul sebati campurkan sedikit dengan adunan yang tidak berwarna barulah ditekan dengan acuan


Wednesday, August 24, 2011

BISKUT CREAM CAL


Assalamualaikum...Biskut raya kali ini adalah resepi turun temurun dari emak akak. Setiap kali menjelang raya biskut ini mesti ada dalam list. Emak akak ni jenis yang rajin ke dapur. Kalau bab buat biskut raya ni setiap tahun mesti ada berbelas2 jenis kuih raya. Memang seronok bila ingat time dulu2 waktu buat biskut raya, tapi sekarang ni akak memang tak dapat nak ikut kerajinannya tu. Emak akak pun sekarang ni langsung tak buat kuih raya sebab dia sendiri pun dah tak sekuat dulu..

Oklah, bagi yang minatkan mentega kacang mesti suka makan biskut ni. Waktu membakarnya tu memang harum semerbak satu rumah. Bagi yang rasa teringin nak cuba membuatnya, resepinya ada di bawah ni..... :)

BAHAN BAHAN
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan mentega kacang (peanut butter)
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur ayam ( ambil kuningnya saja )
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • Buah ceri merah secukupnya untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA
  1. Kacaukan gula dan mentega sehingga kembang, masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga betul2 rata
  2. Masukkan mentega kacang dan kacau biar sebati, diikuti dengan tepung gandum (ayak terlebih dahulu) dan baking powder, gaulkan biar rata kesemuanya
  3. Adunan tepungnya hendaklah berderai, bukan seperti doh
  4. Ambil acuan dan sapukan dengan sedikit mentega dulu, kemudian penuhkan dengan adunan tepung tadi sehingga penuh, tekan2kan sedikit saja
  5. Panaskan oven pada 170C dan bakar selama 15 minit atau sehingga agak gelap warnanya
  6. Keluarkan dari oven dan telangkupkan serta ketuk biskut perlahan2 supaya keluar dari acuannya
  7. Letakkan ceri yang dipotong agak kecil sebagai hiasana dibahagian tengahnya


Monday, August 22, 2011

BISKUT SNOW ALMOND

Assalamualaikum...Bertemu di pagi hari Isnin dengan entry biskut Snow Almond yang akak buat semalam. Amboi sedapnya biskut ni, rasanya yang rangup, lemak2 kacang badam, tambah pula disalut dengan coklat memang sangat2 memuaskan hati semasa memakannya.

Buat 1 bancuhan dapat 98 biji. Akak guna cutter bulat yang agak besar ni, cuba kalau guna cutter yang kecil sikit mesti dapat lebih dari 100 biji. Resepinya akak ambil dari Noorma @ Cendana Kasih. Waktu akak BW, bila ternampak je biskut ni, terus akak salin resepinya tu. Terima kasih yea sebab sudi kongsi resepinya dengan akak..Suka sangat biskut ni... 

Akak copy resepinya di bawah ni untuk future reference akak & juga yang lain. Anda juga boleh klik SINI << yea....

Bahan-bahan

•250g butter
•90g gula halus 
•50g serbuk badam
•50g tepung ubi
•25g coffeemate
•25g nestum - kisar
•1sk esen coffee
•1 biji telur
•tepung gandum secukupnya (akak guna 400 g tepung gandum & 50 g tepung jagung)

Utk saduran
•Chocolate masakan - dicairkan
•breadcrumbs warna putih secukupnya


Cara-cara
•Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
•Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
•Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
•Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
•Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
•Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
Simpan dalam bekas kedap udara


Saturday, August 20, 2011

BISKUT SUJI BRUNEI


Assalamualaikum...Ni lah biskut suji Brunei yang akak buat semalam. Rugi tak buat dari dulu sebab biskut ni sangat2 la sedapnya. Rangup, gebu & cair di mulut. Akak dah lama intai resepi ni di blog Cik Mat Gebu. Tengok ada juga resepinya dalam majalah. Tapi bila buat perbandingan rasanya yang Cik Mat punya resepi lebih mantap dari segi bahan2nya. 

Lepas salin resepinya terus pergi beli bahan2 yang diperlukan. Senang buat biskut ni main gentel2 & salut2 aje. Satu bancuhan ni dapat 126 biji. Rasanya 16 biji dah masuk peyut masing2 semalam. Nampaknya balang biskut raya ni perlu disorok untuk elakkan dari habis sebelum raya..Mana nak sorok ehh??

Bagi sesiapa yang teringin nak rasa keenakan biskut suji ni bolehlah mencubanya. Resepinya akak letakkan di bawah ni. Akak copy dari Cik Mat Gebu. Boleh jugak tengok di SINI << Terima kasih kerana sudi berkongsi resepinya :)

RESEPI ASAL : HARLINA MAHDAR RN
SUMBER          : DAPUR TANPA SEMPADAN CIK MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA 

  • 200 gram minyak sapi
  • 100 gram lemak sayur @ shortening
  • 180 gram gula halus @ kastor
  • 100 gram cornflakes, kisar halus
  • 1 kuning telur
  • 80 gram suji (semolina)
  • 80 gram tepung jagung
  • Tepung gandum secukupnya @ 370 g

BAHAN SALUT 
  • Nestum yang dikisar halus secukupnya
  • Susu tepung secukupnya
  • Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

CARA MEMBUATNYA
  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).
  3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Akak timbang 8 g setiap satu biskut untuk dapatkan bentuk yang sama besar & kemudian dibulat2kan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
  4. Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. 

Friday, November 5, 2010

BISKUT COKLAT CIP + WALNUT

Petang tadi masa mengemas almari dapur baru terperasan ada 1 bekas tupperware penuh dengan coklat cip, datang la idea akak nak buat biskut ni. Nak buatnya senang sangat, dibantu oleh 2 orang assistant yang mengecohkan keadaan....assistant2 ni sebenonye ada udang disebalik batu...actuallykan depa nak meratah coklat cip tu aje...hemmm nama pun budak2 kecik kan!!
BAHAN2NYA
200 g tepung gandum *
1/2 sudu teh baking powder * 1/2 sudu teh soda bikarbonat *
1 1/2 sudu besar serbuk koko *
Secubit garam *
125 g mentega
1 biji telur A
60 g gula castor
60 g gula merah halus
80 g coklat cip
60 g kacang walnut
1 sudu teh esen vanila
( Bahan * diayak bersama2 sebanyak 2 kali )
CARA MEMBUATNYA
Mula2 gaulkan semua bahan yang diayak bersama2 dengan kacang walnut dan coklat cip, ketepikan dulu
Pukul mentega, gula castor dan gula merah sehingga betul2 kembang
Masukkan telur dan esen vanila
Setelah sebati masukkan bahan2 yang digaul mula2 tadi
Boleh la digaul dengan tangan secara perlahan2 dan tak perlu digaul lama2 sangat
Sekiranya adunan agak lembik, tambah sedikit tepung
Bentukkan bulat2 menggunakan sudu kecil
Panaskan oven 180C dan bakar selama 15-20 minit
Bila dah dikeluarkan dari oven, biarkan ia sejuk dulu sebelum dialihkan supaya biskut tak pecah

Ni la assistant yg tak diundang..masa ni biskut dah pun siap Bila biskut dah siap bukannya nak makan pun,main2 aje...kan mama dah merajuk :(

Monday, September 6, 2010

ALMOND SWEETIES

Assalamualaikum buat semua...dah hampir pukul 3 pagi baru akak sempat nak update biskut yang dibuat tengahari tadi. Seronok buat biskut ni tau...boleh main gentel2 doh, lepas tu celup2 dengan coklat, then tabur2 pulak dengan gula bintang tu..Wah! Akak memang suka bangat buat kerja2 melibatkan hias menghias nie...Dah siap semuanya baru akak sekeluarga gi shopping2 sikit untuk raya, sampai rumah pun dah 1.30 pagi...penat shopping dgn hero2 berenam ni tau! Resepi akak dapat dari Hanieliza fotopages Terima kasih banyak2 pada kak Liza, pakar memasak segala macam juadah. Sape tak kenal kan! Bahan2nya
  • 250g mentega
  • 160g gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu teh vanila
  • 150g badam kisar
  • 300g tepung gandum ) digaul rata
  • 60g tepung jagung ) dan diayak
  • Coklat masakan secukupnya
  • Hiasan manik gula

CARA MEMBUATNYA

  1. Mula2 putarkan mentega dan gula aising sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur diikuti esen vanila dan badam kisar, putar lagi.
  3. Masukkan pula kedua2 tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan digaul rata.
  4. Bentukkan doh tadi kecil2 seperti buah kana dan susun di dulang pembakar.
  5. Bakar 170C selama 20 minit.
  6. Pindahkan biskut2 ke dalam papercup yang bersesuaian.
  7. Cairkan coklat masakan secara double boiler dan tuangkan keatas biskut2 tadi perlahan-lahan.
  8. Taburkan pula manik gula diatas coklat tersebut.

Buat 1 bancuhan je dapat > 100 biji

Saturday, September 4, 2010

TAT KELOPAK

Salam buat semua...hari ini akak cadangnya berehat panjang setelah memasak sakan semalam. Memasak sampai tak tidur2 I tell u...Lepas Subuh baru la dapat melelapkan mata. So hari ni akak bercadang untuk tidak memasak apa2 ( harap2 jadi kenyataan..). Tunggu la kot2 ada sesape yang volunteer nak masak. Sesekali makan air tangan orang memang best kan! Tat kelopak tu akak buat dari tengah malam semalam sampai ke subuh. Akak memang tak boleh tidur sebab kena memasak juadah bersahur untuk Sekolah Tahfiz disini, so sementara nak memasak tu akak pun buat la tat yang memang teramat2 sedapnya. Memang suka makan kuih tat tau!! Resepinya akak ambil dari chef tersohor Mat Gebu. Terima kasih diucapkan pada Mat Gebu. Nak tengok hasil buatan tangannya klik kat SINI Resepi ni akak salin semula sebagai future reference. BAHAN2NYA :
  • 120g marjerin
  • 120g mentega
  • 60g gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50g tepung jagung *
  • 50g tepung kastad *
  • 300g tepung gandum *
  • Jem nenas secukupnya Bahan * digaul rata dan diayakkan bersama

cara membuatnya

  1. Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sampai jadi doh lembut.
  3. Canai 4mm tebalnya dan terap guna acuan bunga, masukkan kedalam paper cup.
  4. Gentel2kan jem nenas dan letakkan ditengah2 bunga tadi.
  5. Seterusnya boleh la buat ikut kreativiti, yang akak buat silang kat tengah dan letak silver ball kat tengah2 silang tu.
  6. Bakar 175C selama 15-20 minit.
Buat 2 bancuhan dapat 2 bekas Tupperware, tak sempat nak kira jumlahnya sebab dah ngantuk sangat masa tu!

Sunday, August 29, 2010

BISKUT DAHLIA

Assalamualaikum semua...seronoknya akak harini sebab sempat buat 1 jenis biskut. Walaupun biskut yang biasa2 saja tapi anak2 memang suka. Setiap kali raya mesti ada biskut ni tau! Anak2 akak ni banyak songeh (memilih..) tentang biskut ni. Sesekali tu akak buat la jugak biskut moden yang beriya2 designnya tapi depa buat tak heran. Makan pun macam kena paksa je... Yang pasti, biskut dahlia ni lah jugak yang tetap menjadi pujaan hati depa! Bahan2nya

225 g mentega

110 g gula ising
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
70 g tepung jagung
120 g tepung kastad
170 g tepung ros/gandum
Ceri merah (hiasan)

Gaulkan mentega dan gula ising sehingga sebati.

Masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau lagi hingga rata.
Ayakkan semua tepung dan satukan semuanya.
Masukkan sedikit demi sedikit sampai habis kedalam adunan mentega tadi.
Apabila dah sebati, gunakan acuan dahlia dan tekan ia di atas loyang.
Letak ceri merah ditengahnya.
Bakar dengan suhu 170C selama 15 min atau sehingga kekuningan.
Akak buat 2 bancuhan, dapatlah lebih kurang 140 biji.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...