Showing posts with label MEE/BIHUN/KUITEOW. Show all posts
Showing posts with label MEE/BIHUN/KUITEOW. Show all posts

Friday, November 7, 2014

LAKSA PENANG MEMIKAT SELERA



Assalamualaikum...Laksa yang dimakan waktu petang tadi, wow, memang terangkat makan di petang yang dingin sebab di Tapah ni baru je lepas hujan. Menu laksa ni dimasak setiap minggu tapi tak pernah jemu dimakan oleh para penggemarnya. Seronok rasanya bila masakan kita dicari2, dinanti2 serta disukai ramai kann!

Setiap kali memasak kuah laksa setiap kali itulah jugak akak tersenyum sendirian especially time memblender bahan2nya tu (lama jugak berdiri nak siapkan menu setiap minggu nih). Tersenyum bila mengingatkan kembali 10 tahun lalu sewaktu seorang kawan lama di bank yang mengajar akak cara menyediakan laksa Penang ni. Banyak betul soalan2 dari akak masa tu, kelakar rasanya bila teringat balik soalan yang macam2 tu.. Terima kasih & jasamu dikenang dan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan setiap kali akak memasaknya, Insya Allah.

Menggunakan bahan2 yang mudah tapi hasilnya sangat2 memuaskan. Kuahnya tu kalau dimasak sehari lebih awal lebih sedap sebab dah sebati dengan rasa ikan dan asamnya. Resepi ni adalah untuk sukatan 6-7 orang makan. Bagi penggemar laksa boleh la cuba, gerenti sedap. Jom tengok resepinya.

BAHAN BAHANNYA

Untuk kuah :

  • 8-10 ekor ikan kembong atau sadin (boleh juga campur kedua2 jenis ikan)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 5 bawang besar
  • 2 inci belacan Pulau Pinang
  • 3-4 keping asam gelugor
  • 1 bunga kantan dibelah 2
  • 3 tangkai daun kesom (diambil daun2nya)
  • Garam secukup rasa
Bahan2 lain :
  • 1 paket laksa panjang (dicelor sebentar dan toskan)
  • Timun dihiris nipis dan potong memanjang
  • Cili merah dihiris nipis2
  • Cili padi dihiris nipis2 (jika suka pedas)
  • Bawang besar dihiris nipis
  • Hirisan buah nenas
  • Telur rebus (jika suka)
  • Limau kasturi
CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Mula2 rebuskan ikan yang sudah dibersihkan terlebih dahulu dengan air secukupnya menutupi paras ikan. Sejukkan sebentar sebelum dikisar. Simpan air rebusan ikan.
  2. Asingkan isi ikan dengan kepala & tulangnya dan kisarkan dulu isi ikan sehingga hancur. Sewaktu mengisar isi ikan tambahkan air secukupnya. 
  3. Kemudian kisarkan bahagian kepala dan tulang2 pula. Masukkan air secukupnya kedalam mesin pengisar barulah dikisar. Tapiskan dan ambil airnya sahaja manakala buang saki baki tulang tersebut.
  4. Sementara itu, kisarkan bawang besar bersama belacan sehingga betul2 lumat.
  5. Sediakan periuk yang bersesuaian untuk memasak kuah laksa, masukkan kisaran bawang, kisaran isi ikan & tulang serta cili kisar.
  6. Masukkan juga bunga kantan, daun kesom dan asam gelugor.Jangan lupa air rebusan ikan dan tambah lagi sebanyak lebih kurang 1 liter air. Biarkan kuah masak dengan api sederhana dan mendidih selama lebih kurang setengah jam.
  7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan bolehlah ditutup api.
  8. Untuk hidangan, letakkan laksa yang sudah dicelur kedalam mangkuk dan bahan2 lain seperti timun, cili dan lain2 mengikut selera masing2. Tuangkan kuah panas2 ke atasnya. Lebih sedap jika ditambah sesudu petis udang ke dalam kuahnya.

Wednesday, October 26, 2011

MEE REBUS TULANG


Assalamualaikum...Semoga semua sihat2 selalu, kalau ada yang tak sihat tu cepat2 la makan ubat. Dari pagi tadi agak fenin2 je kepala aiii, nasib baik malam ni dah ok. Actually kan, akak dok fikir kata2 seorang kawan, katanya gini..."Tu la dari dulu aiii dah cakap, buat la macam ni....bla..bla..bla..."Adoiiii, memang tak boleh blahhh bila kena bebel dengan dia ni.. :)

Ok3...memang akak ngaku yang akak ni memangggg sangat pemalu orangnya, tapi bukan sekali2 penyombong tau!!! Teringat dulu2 time kerja, pernah sekali akak ditugaskan berdua dengan Branch Manager buat marketing di pasaraya Target Kampar. Tu pun akak dah rasa maluuuu sgt, tebalnya rasa muka, rasa nak pakai topeng pun ada...hahaha...

Sudahnya, bila dah sampai situ, akak bagi idea kat BM suruh berpecah je, yuu kat sana, aiii kat sini, kita jauh2 sikit...maybe can get more customer...(konon2) Pelan2, akak pun turun dari pasaraya tu dan meronda kat lot2 kedai yg terletak di bawahnya, paling lama akak melepak kat kedai bunga & aksesori... Sempat shopping lagiii..

After almost 1 hour, akak naik balik (sebelum tu simpan dulu brg2 shopping dlm keta) , rupa2nya BM  dok tercari2 akak. "Mana yuuu pegi Puan Azlina?" Akak pun citer la yang akak buat marketing dgn tokey2 kedai di bawah tu, ..huishhh, selamat hari tu.....

So, u pun tahu kan, memang dari dulu aiii pemalu! Bukan baru sekarang ni. Akak pun sedar dalam berniaga ni tak leh malu2. Kena kikis semua2 tu.... Cuba tengok peniaga2 gerai di tepi jalan tu, dah berapa punya kaya depa semua, kalah gaji Manager bank pun. Ada yang duit dalam akaun bila dicampur2 dah hampir sejuta Rmnye hanya dengan menjual popia ...serious tau! Ok laaa, aii akan cuba ubah yang malu2 tu kepada not so malu, Insya Allah...(walaupun sebenarnya akak lebih suka bekerja di balik tabir saja, if u know what i mean??? emmmmmmm.....apa2 je lahhh :))

Okaylah, jomlah kita makan mee rebus tulang ni, sedap tau, kalau tak caya cerrr buat....Resepi di bawah ni :


BAHAN BAHAN

  • 1 kg bahagian tulang lembu (direbus sampai empuk bahagian dagingnya)
  • 500 g daging tetel (direbus sampai empuk)
  • 6 ubi keledek merah (direbus dengan 1 liter air & sehingga empuk & dikisar sampai lumat)
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 mangkuk jus tomato (dikisar dari 5 biji tomato)
  • 300 g udang, tak perlu buang kepala (dikisar dengan 1 cawan air)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN2 PENUMIS :
  • Rempah 4 sekawan ( 2 inci kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga, 4 cengkih
  • 3 ulas bawang merah dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 cm halia dimayang halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai diketuk2

BAHAN2 DIKISAR BERSAMA2 :
  • 12 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

BAHAN2 LAIN :
  • 2 bungkus mee kuning (dicelur dengan air panas & ditoskan)
  • Sayur sawi secukupnya (dikerat2, dicelur & ditoskan)
  • Tauge (dibersihkan)
  • Telur rebus
  • Hirisan cili merah
  • Hirisan cili hijau
  • Limau kasturi
  • Hirisan daun bawang & daun sup (akak tak letak sebab takde)
  • Bawang goreng


CARA MEMBUATNYA

  1. Didalam periuk yang agak besar, panaskan minyak masak secukupnya (lebih kurang 1 senduk kecil). tumiskan bahan2 penumis sehingga naik baunya
  2. Masukkan bahan2 kisar, kacau2kan, diikuti dengan rempah kari daging, kacau2kan lagi, masuk sedikit air jika rempah terlalu kering
  3. Apabila rempah sudah garing, masukkan udang kisar, diikuti dengan jus tomato, kacau2kan biar sebati, biarkan seketika
  4. Masukkan ubi keledek kisar, tulang lembu & daging tetel bersama2 dengan air rebusannya (lebih kurang 2 liter), biarkan ia merenih perlahan2 agak lama (lebih kurang 30 minit)
  5. Terakhir, masukkan gula & garam secukupnya, biarkan ia mendidih lagi baru ditutup apinya
  6. Sediakan kesemua bahan2 lain secukupnya dalam mangkuk, tuangkan kuah secukupnya & taburkan hirisan daun bawang, daun sup & bawang goreng. Sedia untuk dinikmati....

Wednesday, June 1, 2011

MEE BAKSO

Assalamualaikum....Nyaman sungguh rasanya malam ni, setelah agak lama tak hujan, pagi ni Allah turunkan hujan di kawasan Tapah ni..Alhamdulillah atas kurniaanNya. Sukanya hati akak sebab malam ni pun akak sempat nak update blog. 

Seronok la, kalau boleh kan nak update 2-3 x sehari tapi apakan daya tangan tak sampai ke komputer ni..hu2....Mee bakso ni dimasak sebab dah teringin sangat nak memakannya. Akak ni kan kalau bab makan sup2 sebegini memang tekak sentiasa boleh layan, susah nak cemuih la..faham tak cemuih tu maknanya jemu.. :D 
Tengok la kat gambo tu bahagian akak, best kan buat sendiri boleh letak meatball tu sebanyak mana kita suka. Mee tu akak bubuh jugak buat syarat je, tapi tang suhun tu kena letak lebih2 sikit, i like...& satu lagi yang paling akak likeeeee tang taugeh tu, tapi syaratnya taugeh tu mesti la masih rangup lagi, kalau dah layu lembik tu tak kuasa nak menjamahnya.

Kalau tengok kat gambar tu mcm sikit je taugehnya kan tapi kalau nak tahu dekat 6-7 kali akak menambah taugeh semasa makan. Ho..ho...ada orang tak suka makan taugeh yea..tak pe la pejam je mata tu jgn tengok tau! Nampaknya macam dah melalut2 je akak ni kan..Ok, resepi letak kat bawah tu yea.....
BAHAN BAHAN UNTUK BAKSO:
  • 500 g daging lembu
  • 1 sudu teh lada putih
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih
  • 3/4 sudu teh garam
CARA MEMBUATNYA
  1. Daging lembu dibersihkan & dipotong kecil2
  2. Masukkan daging ke dalam mesin pengisar, masukkan juga bawang putih & lada putih dan kisar sehingga betul2 lumat dagingnya
  3. Keluarkan daging tadi dan masukkan kedalam mangkuk
  4. Masukkan tepung jagung & garam kedalam daging dan gaulkan ia sehingga betul2 sebati
  5. Didihkan air dalam periuk yang sesuai, air 1/2 periuk dah mencukupi
  6. Ambil sedikit daging kisar dan bentukkan ia seperi bebola ikut la sebesar mana yang disukai. Akak guna cara ini, basahkan telapak tangan, ambil 2 sudu besar daging kisar dan picit ia keluar melalui ibu jari & jari telunjuk, mcm cara buat fish ball tu...
  7. Ambil bebola daging dan masukkan ke dalam air mendidih, apabila ia sudah terapung ke bahagian atas maknanya sudah masak & boleh diangkat & ditoskan. Buat sampai habis
UNTUK SUPNYA
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Semua bahan diatas dikisar terlebih dahulu
  • 1 sup bunjut
  • 2 kiub pati lembu atau seperiuk air rebusan daging jika ada
  • 1 labu bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris2 nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Rempah penumis 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
  • Garam secukup rasa
  • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • Daun bawang & daun sup dihiris secukupnya
  • Taugeh secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya ( lupa letak daaa...)
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumiskan bahan penumis, hirisan bawang besar & bawang putih dan biarkan hingga kekuningan
  2. Masukkan bahan kisar, kacau2kan & tunggu naik aromanya
  3. Diikuti dengan serbuk lada hitam, kiub pati lembu/air rebusan daging & sup bunjut. Kacau2kan, jika guna kiub pati lembu masukkan 1 jag air atau secukupnya
  4. Biarkan sup merenih seketika, masukkan buah tomato & terakhir masukkan garam secukup rasa
  5. Boleh la ditutup api
CARA MENGHIDANG :
  1. Celurkan sebentar mee kuning & suhun secukupnya, toskan
  2. Letakkan mee, suhun, bebola daging, taugeh secukupnya kedalam mangkuk
  3. Tuangkan sup yang panas2 ke atasnya
  4. Taburkan hirisan daun bawang, daun sup & bawang goreng di bahagian atasnya pula & sedia untuk dinikmati. Lebih sedap jika dimakan dengan sambal/sos cili

Monday, March 28, 2011

MEE ROJAK AYAM

Assalamualaikum semua...Mee rojak ni akak masak untuk tengahari tadi. Cukuplah untuk mengenyangkan rakyat jelata dirumah ni sampai ke malam. FYI, on Sunday lunch kat rumah ni kebiasaannya pukul 3 petang ke atas, so mana lah tak kenyang sampai ke malam...

Ok lah tak boleh lama2 , dah pukul 1 pagi. Seperti biasa la, resepinya seperti di bawah nie...

 
BAHAN BAHANNYA
 
  • 2 bungkus mee kuning
  • Ayam secukupnya
  • 4 ubi keledek merah
  • 1 mangkuk kismis emas
  • 6 biji buah tomato
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Sayur sawi secukupnya dicelur & ditoskan
  • Tauge
  • Tauhu goreng
  • Telur rebus
  • Cucur udang dipotong kecil
  • Sengkuang & timun dihiris memanjang
  • Cili merah dihiris2
  • Daun bawang & daun sup dihiris2
  • 7 ulas bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
bahan bertanda * dikisar bersama2
 
CARA MEMBUATNYA
  1. Ubi keledek dipotong kecil2,direbus sehingga empuk & dikisar sehingga betul2 lumat
  2. Kismis dikisar dengan secawan air, ulangi kisar semula lebihan kismis pada penapis dgn menambahkan secawan air lagi & tapis lagi
  3. Buah tomato dikisar sehingga hancur
  4. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk yang sesuai dan tumiskan bahan2 bertanda * sehingga naik bau
  5. Masukkan serbuk cili dan kacau2kan lagi
  6. Diikuti kisaran keledek, tomato & kismis, kacau2kan supaya betul2 sebati
  7. Tambahkan 2 mangkuk air supaya kuah tidak terlalu & masak dengan api perlahan & biarkan ia mendidih
  8. Masukkan pula sos tomato, serbuk pati ayam, gula & garam secukup rasa, kacau lagi
  9. Biarkan ia mendidih lagi dan bolehlah ditutup api apabila kuah sudah agak pekat
  10. Ambil mee kuning yang dicelur terlebih dahulu dan letakkan dalam mangkuk, tambahkan bahan2 lain seperti ayam, tauhu goreng, telur rebus, cucur udang, sayur sawi & tauge dan tuangkan kuah secukupnya. Letakkan sedikit hirisan cili merah, daun bawang, daun sup & bawang goreng di bahagian atasnya dan sedia untuk dimakan

Wednesday, January 26, 2011

MEE REBUS DAGING MAMA

Assalamualaikum ! Wah3 lama nye tak mai sini gara2 kesibukan yang melanda akak semenjak dua menjak nih...Finally, sempat la jugak akak datang menjenguk...rindunya kat blog sendiri...perasan!!! :)

 Oh ya, TQVM buat semua kawan2 yang sudi hadir di blog yang tak seberapa ni ya...Insya Allah nanti akak akan buat jejak kasih pulak & untuk follower yang baru hadir di sini TQ so muchhhh...appreciate sgt tapi kalau boleh diberikan link supaya akak boleh jejaki & follow balik tanda yg akak amat appreciate kehadiran u all di sini...

Terharu bila ada yang sudi nak follow, tandanya ada insan2 diluar sana tu yang menyedari kewujudan blog akak nih, tambah pulak akak ni jarang nak ada masa utk blogwalking...huhu :( 

 Kat gambo tu mee rebus yang akak masak untuk salah satu tempahan petang tadi. Sempat la jugak ambik sikit untuk sendiri makan. Dan part yang paling best sebab sempat diambik gambonye tu. Banyak tempahan2 lain yang akak terima sepanjang kebizian tu memang tak sempat posing & diambik gambo, maka takde la nak tunjuk kat sini...

Dari pagi akak tak sempat makan tau, asyik minum je sampai kembong dah perut ni...sekali makan nah ambik semangkuk beso mee rebusnya!!! Resepi dia ada di bawah ni, selamat mencuba :))

 SUMBER : MY MAMA 

 BAHAN BAHAN
  • 1kg daging (dipotong kecil & direbus sehingga empuk)
  • 350g udang segar
  • 10 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2cm halia *
  • 2 ulas bawang merah, 2ulas bawang putih & sedikit halia dimayang halus
  • Rempah 4 sekawan : 1kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 kg ubi keledek merah
  • 10 biji buah tomato
  • 1/2 botol sos tomato
  • 1 sudu besar pati ayam
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
 * Bahan2 yang perlu dikisar terlebih dahulu

BAHAN2 LAIN
  • Mee kuning secukupnya dicelur sebentar & ditoskan
  • Sayur sawi dipotong kecil2 & dicelur juga sebentar & ditoskan
  • Tauhu digoreng & dipotong kecil
  • Telur direbus
  • Daun bawang & daun sup dihiris2kan
  • Cili merah dihiris nipis
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi dibelah 2 & buangkan bijinya
CARA MEMBUATNYA
  1. Ubi keledek dikupas kulitnya,dipotong kecil & direbus sehingga empuk. Kisarkan ia sehingga betul2 lumat = 5 mangkuk
  2. Udang segar dibasuh bersih2 dan dikisar betul2 lumat tanpa dibuang bahagian kepala & kulitnya = 2 mangkuk (ditapis dahulu)
  3. Buah tomato dipotong kecil2, dikisar & ditapis ambil jusnya sahaja = 1 mangkuk
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daun kari, bahan2 yg dimayang halus & rempah 4 sekawan sehingga kekuningan
  5. Masukkan pula bawang kisar diikuti rempah kari daging dan gaulkan supaya sebati
  6. Apabila sudah garing & naik aromanya masukkan kisaran udang tadi dan kacau2kan lagi
  7. Masukkan pula daging & air rebusannya diikuti jus tomato & kisaran ubi keledek dan kacau sebati
  8. Apabila kuah mendidih masukkan sos tomato, pati ayam, gula & garam secukup rasa dan kacau2kan lagi
  9. Tunggu mendidih lagi dan boleh la ditutup apinya
  10. Tuangkan kuah secukupnya di atas mee kuning bersama bahan2 lain dan taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang diatasnya. Perahkan sedikit jus limau kasturi sebelum dimakan.

Monday, December 13, 2010

BIHUN GORENG SUFI YANG TERSANGATLAH SEDAP RASANYA

Salam semua....emmmm sedapnyee makan bihun ni, sampai 3 x tambah tau....Ni la bihun yang akak masak pagi tadi untuk makan anak beranak je. Disebabkan akak dah jemu makan lauk pauk masakan air tangan akak sendiri jadi akak pun bantai makan bihun ni sampai ke petang. Sama jugak, air tangan sendiri jugak ek...tapi kalau nak makan lauk pauk yang akak masak memang dah jemuuuuuu tersangat la!!!! 

Teringat ingat masakan mama akak kat Kampar tuu....teringinnye nak makan air tangan mak.Sesekali tu bila dapat makan air tangan orang lain akak rasa wuisshhh sedapnye....Tapi hubby kata tak sedap pun!!! Takpe lah, janji tekak akak kata sedap. Hubby mana tau kan...sebab dia hari2 makan air tangan isteri, bukan air tangan dia pun, cuba kalau dia yang masak hari2 tentu dia pun jemu jugak!
Hari ni rekod betul, akak keja dari pagi sampai 10 malam tanpa henti. Hanya berhenti untuk solat & panggilan alam...kuang3...Ok lah, sebelum akak melalut2 cerita apa ke benda lagi, nak cerita sikit pasal bihun Sufi ni, yang dipasarkan oleh FAMA Johor. First time jumpa bihun yang memang best ni. Tak payah rendam lama2, 15 minit je dah cukup & rendam dengan air biasa, tak perlu air panas. Masak pun kejap je sebab bihun ni lembut....Ni resepi bihun Sufi akak....

BAHAN2NYA
  • 1 paket bihun Sufi
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan taucu cap Pelangi (dihancurkan)
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  • Udang secukupnya
  • Isi ayam secukupnya dihiris kecil
  • Sayur sawi & tauge secukupnya
  • Sedikit gula & x perlu garam
CARA MEMBUATNYA
  • Bihun Sufi direndam selama 15 minit dengan air biasa dan ditoskan
  • Bahan * dikisar dan ditumis dengan 2 sudu makan minyak masak sehingga garing
  • Masukkan cili kering kisar dan masak hingga cili agak garing
  • Masukkan pula ayam, kacau2kan & diikuti udang dan kacau2kan hingga masak
  • Baru masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, taucu, kicap pekat & manis dan kacau2kan hingga sebati
  • Yang terakhir baru masukkan sayur sawi, tauge & sedikit gula, kacau2kan sebentar
  • Cepat2 masukkan bihun tadi dan gaul sehingga betul2 rata dan sebati dan boleh la ditutup api dan dihidangkan.
Ni la Bihun Sufi. 1 Quality Untuk 1 Malaysia katanya.......

Tuesday, October 19, 2010

CHAR HO FUN

Assalamualaikum buat semua...lama jugak rasanya tak ke sini. Kalau ikutkan hati hari2 nak update entry terbaru tapi terpaksa dilupakan atas beberapa sebab. Nak tau apakah sebab musababnya ? Owh....actuallykan akak telah dilanda dengan pelbagai hal yang amat mengganggu emosi sejak kebelakangan ni.

 Kali ni memang agak mencabar sebab masih diuji dengan perkara yang sama lagi. Kecewa sangat bila dikhianati berkali2 oleh orang yang dipercayai. Jenuh jugak akak memikirkan punca seseorang tu boleh jadi begini.  

Alhamdulillah, setelah disuntik semangat dari pelbagai pihak so here I am...Akak masih boleh ketawa ni...hahaha...sambil nyanyi2 lagi lalalala... Apalah sangat ujian yang menimpa akak jika dibandingkan dengan derita saudara kita di Palestin tu kan!!! Char Ho Fun ni memang sangat digemari kami sekeluarga. Hidangan yang ringkas dan menyelerakan. Menu ni pun sesuai untuk orang yang tengah berdiet sebab kurang berminyak....Selamat mencuba!!

BAHAN BAHANNYA

1 bungkus kui teow (akak guna yang jenis kering, celur dgn air panas 5 minit & toskan) Sedikit isi ayam dipotong kecil2 
Udang sederhana besar secukupnya 
Fish ball halal
Telur ayam (banyaknya ikut berapa pinggan nak makan)
5 ulas bawang putih (ketuk2kan) 
Carrot dipotong mancis (memanjang) 
Sayur kailan secukupnya (malam ni tak jumpa kailan, so bantai sawi je) 
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu besar kicap manis 
1 sudu teh lada putih
 1 sudu besar serbuk pati ayam 
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan secawan air) 
Sedikit garam
  • Mula2 kui teow dibasuh bersih2 dan ditoskan
  • Gaulkan kui teow dengan kicap manis dan minyak bijan hingga rata dan bahagikan kepada beberapa mangkuk ikut la berapa orang nak makan
  • Tumiskan bawang putih dengan 2 sudu besar minyak
  • Masukkan lada putih, isi ayam, udang dan fishball lalu dikacau2 supaya rata
  • Masukkan serbuk pati ayam diikuti 1 cawan air
  • Diikuti dengan carrot dan kailan, tunggu hingga sayur agak lembut
  • Tuangkan bancuhan tepung jagung tadi cepat2 dan tunggu mendidih
  • Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah dan biarkan sekejap
  • Tutup api cepat2 supaya telur tak terlalu keras dan tuangkan kuah secukupnya ke mangkuk yang berisi kui teow tadi
  • Sedia untuk dinikmati bersama keluarga tercinta

Sunday, October 10, 2010

MEE HAILAM

Assalamualaikum buat semua yang hadir di sini...dah minum petang ke ? Mee hailam ni yang dimasak baru kejap tadi tapi dah pun habis licin semuanya. Masak mee macam ni memang senang kerja, sekali masak je dah siap untuk dimakan.  

Kalau masakan berlauk tu, paling2 kalau famili akak ni mesti ada 4 jenis lauk di depan mata, nak masak nasi lagi...huh...disebabkan pagi2 tadi akak berkejar ke Kampar dan balik pun dah agak petang so ini lah je yang sempat untuk dimasak...10 minit dah siap, senang kan kalau hari2 masak mee!!!  


BAHAN BAHANNYA

1 kg mee kuning (basuh dan toskan) 
300g 1si ayam dipotong kecil2  
300g udang sederhana besar  
5 keping fish cake fucuk keluaran Hikmah Food (semestinya halal)  
5 biji bawang merah )  
3 biji bawang putih   ) dikisar 
1cm halia                      ) 
  1 biji bawang besar dihiris2
1 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
1/2 biji carrot dihiris nipis  
3 tangkai sawi dipotong2 kecil 
1 sudu makan cili kering kisar  
1 sudu makan sos tiram  
2 sudu makan sos cili 
1 sudu makan sos ikan  
2 sudu besar perencah Hilal (utk pekatkan kuah, boleh ganti dgn 1 sudu makan tepung jagung di bancuh dengan secawan air)
2 sudu besar kicap Mee  
3 sudu besar kicap lemak manis  
Minyak untuk menumis


CARA MEMBUATNYA 
  • Mula2, tumiskan bawang besar sehingga agak kekuningan lalu masukkan bhn2 kisar termasuk cili kisar. Masukkan sedikit air jika agak kering
  • Bila dah agak garing, masukkan semua jenis sos dan diikuti isi ayam, udang dan fish cake fucuk.
  • Masukkan perencah Hilal atau bancuhan tepung jagung
  • Tambahkan air sebanyak 1 cawan
  • Masukkan carrot, tunggu agak lembut baru masuk sawi pulak
  • Dah mendidih, tuangkan kicap mee dan lemak manis diikuti mee kuning dan gaulkan terus supaya rata kicap dengan mee
  • Masak mee tak payah lama2 nanti kurang sedap, agak2 dah gaul rata tu boleh la ditutup api dan terus dimakan bersama famili tersayang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...