Thursday, February 14, 2013

SUP DAGING KAMBING...MEMANG TERBAIK


Assalamualaikum semua...Bagi peminat daging kambing seperti keluarga akak ni semestinya sedia maklum keenakan rasanya kan! Mungkin bagi yang tidak menggemarinya dengan alasan kambing berbau hamis tapi bagi akak yang memang kerap kali memasaknya tak pernah la pulak berdepan dengan masalah sebegitu. Ada jugak yang takut makan atas masalah kesihatan sedangkan daging kambing adalah kegemaran Rasulullah saw yang pastinya membawa manfaat bukan sebaliknya.

Ada petua melumurkan dagingnya dengan tepung gandum lalu dibasuh bersih2. Tapi bagi I yang kerja semua nak kena cepat ni rasa lambat pulak cara gini. So yang I biasa amalkan berselawat sebanyak mungkin semasa proses membersihkannya. Jangan kata daging kambing, praktikkan untuk segala jenis kerja pasti semua kerja jadi mudah & mendapat hasil yang terbaik.

Bagi penggemar boleh la cuba memasaknya, dapat hadap semangkuk sup ni tak makan nasi pun takpe. Memang betul2 Wow...meletop!!!

BAHAN BAHANNYA

1 1/2 kg daging kambing bercampur tulangnya (direbus sampai empuk)
2 sudu besar rempah sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kisar sendiri)
3 biji ubi kentang dikupas & dipotong seperti biasa
1 batang lobak merah dikerat2 & dipotong dadu
2 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai daun sup & daun bawang dihiris2 halus
Bawang goreng secukupnya

BAHAN2 PENUMIS

3 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia dimayang halus
1 batang serai dititik
Rempah penumis empat sekawan : 
1 inci kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 cengkih

BAHAN2 KISAR

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia 

CARA MENYEDIAKANNYA
  1.  Panaskan sedikit minyak didalam periuk yang bersesuaian dan tumiskan bahan2 penumis sehingga kekuningan
  2. Masukkan bahan2 kisar dan rempah sup dan kacau2kan, jika terlalu kering tambah sedikit air
  3. Apabila rempah sup sudah agak garing, masukkan daging kambing beserta air rebusan stoknya dan kacau2kan, biarkan sup merenih sehingga daging betul2 sebati dengan kuah
  4. Taburkan serbuk lada hitam dan sedikit garam..kacau2kan, masukkan pula ubi kentang & buah tomato, apabila ubi sudah agak empuk masukkan lobak merah dan biarkan sebentar sehingga empuk barulah dipadamkan api
  5. Taburkan diatas sup dengan hirisan daun bawang & daun sup beserta bawang goreng sebelum dihidangkan
 

4 comments:

  1. Salam kak...
    eee tgk sup kambing akak nie nak juga gatal komen...eeee tertelan liur gak nie..huhuh..tp tak tau lah skrang leh makan ker tak sedap kena penangan alahan baru2 nie masih terasa... kalo akak nak bagi try leh jugak try2 kan ..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ummu, haaa kan dah terliur...kalau dekat jgn kata semangkuk, ummu punya pasal seperiuk pun boleh bagi tau! :))

      Delete
  2. wah nmpk sedap tuuu..nk try ler

    ReplyDelete
  3. salam...wah..sop2 nie xblh thn la kak..nk2 kambing..mmg terbaik..aduhh terliur sgt=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...