Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua yang sudi menghadirkan diri di sini. Didoakan mudah2an anda semua didalam keadaan sihat & membahagiakan disamping keluarga tercinta. Musim cuti sekolah ni tentu suri rumah atau yang bukan suri rumah pun masing2 sibuk melayan karenah anak2 yang sedang bercuti. Semoga anak2 kita banyak mendapat manfaat dalam cuti sekolah ni & mudah2an cuti sekolah ni tidak berlalu dengan sia2 sahaja..
Ketam adalah menu kegemaran anak2 akak. Dah tak tahu nak masak apa, sekali nampak ada lagi stok rempah garam masala, so akak pun masak style kari begini. Masakan yang simple tapi tetap menambat selera seisi keluarga..ceewahhhh! Akak tambah potongan nenas supaya keluar rasa masam2 & manisnya pada kuahnya nanti. Oklah tanpa membuang masa di bawah ni adalah resepinya...Selamat mencuba... :))
BAHAN BAHAN
- 10 ekor ketam
- 1 sudu besar garam masala )
- 2 sudu besar rempah kari ikan ) campurkan & jadikan pes
- 1/2 sudu besar serbuk cili )
- 1/2 cawan air )
- 1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
- 1/2 biji nenas dibuang kulit & dipotong kepingan kecil
- 3 tangkai cili hijau dibelah tengah
- 5 tangkai cili padi diketuk2
- 2 biji tomato dibelah 2 setiap satunya
- 1 sudu besar gula
- Garam secukupnya
BAHAN2 PENUMIS
- 3 ulas bawang merah dihiris nipis
- 2 ulas bawang putih dihiris nipis
- 2 cm halia dihiris nipis
- Rempah 4 sekawan ( 2cm kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
BAHAN2 KISAR
- 1 labu bawang besar
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
CARA MEMBUATNYA
- Ketam yang telah disiang, dibersihkan. Keluarkan semua bahagian sepitnya, ketuk2kan seluruh bahagian perlahan2 dan kopekkan isi ketam dengan cermat supaya tidak hancur. Buat begini untuk memudahkan memakan isinya.
- Panaskan 3 sudu besar minyak masak, tumiskan kesemua bahan penumis sehingga agak garing, kemudian masukkan pula bahan2 kisar & kacau2kan sebentar
- Masukkan pula pes rempah2 dan hendaklah dikacau2kan biar sebati dengan bahan2 kisar, biarkan sebentar sehingga agak garing rempahnya & naik aroma
- Diikuti pula dengan ketam, jangan masukkan isi yg dikopek dari bahagian sepitnya dulu yea, nanti hancur pulak. Kacau2kan ketam biar sebati dengan rempahnya, baru dimasukkan pula santan pekat. Kacau lagi biar sebati
- Apabila santan agak mendidih, masukkan cili hijau, cili padi & buah tomato, biarkan ia mendidih perlahan2 & apabila kuah menjadi pekat baru masukkan pula, kepingan nenas dan isi ketam, tak perlu dikacau2 sangat
- Yang terakhir, masukkan gula & garam secukup rasa, kacau2 perlahan2 & apabila mendidih lagi baru ditutup apinya & sedia untuk dihidangkan.











