Friday, August 20, 2010

KETAM MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum buat semua di pagi Jumaat yang mulia ini. Apa khabar semua? Didoakan semoga kita semua sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan seharian.Ketam ni adalah lauk yang dimasak semalam. Ketam ni adalah antara lauk yang selalu akak masak untuk keluarga sebab disukai anak2 dan tak reti jemu dimakan. Resepi yang selalu dimasak adalah masak lemak cili api ataupun bercili. Kalau masak kari + nenas pun ok jugak, tapi kali ni dbuat masakan lemak cili padi.

Resepinya seperti dibawah ini...simple & mudah..:))

BAHAN BAHANNYA

  • 7 ekor ketam disiang & dibersihkan seperti biasa
  • 20 biji cili api
  • 6 bii bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas ) diketuk
  • 1 batang serai )
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 2 cili merah dibelah tengah
  • Santan sederhana pekat dari 1 biji kelapa
  • Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA

  1. Cili api, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup dikisarkan bersama.
  2. Masukkan kedalam periuk dan masak seketika. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Masukkan pula lengkuas dan serai yang diketuk2 terlebih dahulu diikuti dengan santan. Kacau2kan biar sebati
  4. Apabila sudah hampir mendidih masukkanlah ketam2, buah tomato dan cili merah.
  5. Tunggu mendidih sambil dikacau2 selalu dan masukkan garam dan gula yang secukupnya.
  6. Biarkan sebentar sehingga ketam masak lalu ditutup apinya dan sedia untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...