Showing posts with label MY GARDEN. Show all posts
Showing posts with label MY GARDEN. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

ANTARA PENYERI BARU DI LAMAN

Hati puas bila melihat pokok tanaman menjadi, hidup subur dan panjang hayatnya. Minat menanam pokok hiasan dah lama...actually semenjak di awal perkahwinan iaitu 19 tahun yang lalu. Seronok bila tengok pokok2 ni membesar tapi kebanyakannya tak tahan lama disebabkan tiada ilmu tentang pokok yang ditanam. Tapi ada jugak yang dah hampir 10 tahun tapi masih bertahan bila setiap kali nampak dah merimbun semacam akak akan tanam semula anak2 pokoknya tu.

Sekarang ni rasa macam dah ada sedikit masa lapang waktu petang, Nailah pun dah besar sikit & setiap petang akak akan bawa dia tinjau2 pokok yang ditanam. Nampaknya dia pun suka sangat tengok pokok2 bunga, kalau nampak je bunga macam nak terkam je rupanye..

Yang berikut ni adalah antara penyeri baru di laman akak ..jom kita tengok sikit, pokok apa ke tu...


Dah lama tak menanam pokok bunga mawar. Dulu2 pernah menanamnya tapi tak bertahan lama. So, ni pokok yang dibeli di Cameron Highlands baru2 ni. Sewaktu dibeli hanya ada beberapa kuntuman yang belum kembang. Sekarang dah nak masuk 2 minggu bunga2nya masih bertahan. Daun2nya masih segar menghijau. Semoga kali ini menjadi hendaknya.

Pokok jenis asam batu  ni pun pernah akak tanam dulu. Seingat akak ada macam2 jenis yang akak pernah tanam tapi semua hayatnya tak panjang, paling lama pun setahun. Yang ni pun dibeli di CH,  Mintak2 sangat bior menjadi.


Yang ni ibarat love at first sight..sekali tengok memang dah tak berpaling lagi. Daun nya cantik, bentuk bunganya menarik, warna bunga macam  purple sikit..Pokok apakah namanya ini ? Dah beli sebulan lebih tapi masih maintain macam sewaktu beli, tak nampak besar2 pun. Hmmm...kita wait and see je la.


Pokok ni beli di CH jugak. Dah pernah tanam 10 tahun dulu tapi pendek sungguh umurnya. Kot2 la akak ni terlebih air atau baja. Or maybe tanah tak sesuai dengan dia ke..Yang akak tengok di nursery tu pokok ni subur dan membesar dengan jayanya. Mudah2an semua pokok2 yang baru ni panjang usianya dan serasi dengan tuannya. Insya Allah!

Monday, March 4, 2013

GULAI PISANG EMAS MUDA & IKAN KERING, POKOK2 PISANGKU & DOAKAN KESELAMATAN MEREKA!!!


Assalamualaikum... Bagaimana dengan hari anda? Mungkin disaat ini ada yang sedang hidup bergembira, ada yang sedang sibuk menepati janji & menabur janji yang belum pasti. Realitinya pada masa ini, anggota2 keselamatan negara sedang mempertaruhkan nyawa, berusaha menangani masalah pencerobohon di Lahat Datu Sabah. Sekalung doa untuk kesemua ahli pasukan PDRM & 21RAMD yang sedang berjuang menentang penceroboh2 durjana itu. 

Mengalir airmata ini bila satu demi satu berita yang melibatkan kehilangan nyawa anggota kita. Apatah lagi bagi keluarga mereka disaat menerima berita sedih itu. Al Fatihah untuk kesemua wira negara yang terkorban dan takziah buat keluarga mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat & diletakkan bersama orang2 yang beramal soleh. Kuasa Allah swt sahajalah yang dapat memberi perlindungan & memberi kemenangan kepada kesemua anggota keselamatan negara yang masih berjuang di sana. Amin

Berbalik kepada cerita pisang pulak ya..Tak lama dulu ada customer minta dimasakkan masak lemak pisang muda sebagai salah satu menu. Disebabkan akak kurang minat pisang muda dimasak lemak so akak pun suruh hubby cari lagi pisang emas muda. Pisang lain tak nak sebab tukang masak tak berkenan. 

Bila dah siap hidangan ni seperti yang dijangkakanlah yang memakannya hanyalah mama & babah je. Anak2 semua buat muka pelik, dipaksa makan pun tak dapat nak telan..huhuhu..tekak omputih ke pun??? I dulu kecik2 elok je makan tau, memang favourite dish ni cuma I tak dapat selalu memasaknya dirumah sebab anak2 yang tak reti memakannya...

Apa2pun yang penting memang lazat tak terkiralah bila dapat mengadap lauk sebegini. Kena pulak sambal belacan, huishhh mak aiii berpeluh2..hehe..Resepi macam kat bawah tu ya. Bagi yang tak pernah memakannya, apa kata mencubanya. Mana lah tahu sesuai dengan jiwa raga kan. Kadang2 kalau tak cuba mana nak tahu..jgn jadi mcm anak2 I tu...huhu..(nangis lagi)
 

BAHAN BAHANNYA


  • 10 biji pisang emas muda (disiat kulitnya, belah tengah,kerat 2 setiap satu & rendam dlm air)
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 mangkuk santan sederhana pekat dari 1/2 biji kelapa saiz besar
  • Beberapa ketulan ikan merah kering (direndam sebentar & toskan)
  • 3-4 biji cili padi diketuk2
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
BAHAN PENUMIS
  • 3 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 tangkai daun kari
BAHAN KISAR
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia


CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2, panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan2 penumis sehingga garing kekuning2an.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau2kan sebentar, diikuti dengan rempah kari ikan. Akak biasanya tak campurkan air, letak terus serbuk rempah lalu dikacau2, bila nampak garing baru masuk sedikit air supaya tak terlalu kering
  3. Apabila rempah sudah cukup garingnya masukkan ikan kering dan kacau2kan sebentar biar mesra dengan rempah tersebut
  4. Diikuti dengan santan, kacau2kan sehingga mendidih perlahan2 dan terus dimasukkan pisang muda yang sudah ditoskan airnya terlebih dahulu
  5. Biarkan pisang tadi masak perlahan2 sambil dikacau sekali sekala, apabila pisang sudah empuk masukkan asam gelugur diikuti dengan cili padi & garam secukup rasa
  6. Biarkan ia mendidih sebentar sahaja lagi dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan

 Inilah sebahagian dari pokok2 pisang yang sempat ditanam. Ambil gambarnya baru kejap tadi. Nampak macam elok je naiknya. Ada pokok pisang emas, berangan & abu.
 
 Anak2 pokok pisang ni ditanam serentak tapi ada yang dah jadi lebih besar dari yang lain. Bergantung pada jenis pisang & anak benihnya kot....Kita wait n see je lah nanti ya. :))

Wednesday, February 20, 2013

WARNA WARNI KEMUNING CINA

Assalamualaikum...Pagi2 gini jom tengok sebahagian dari bunga2an di taman I yang sekangkang kera ni. Actually semuanya baru dalam peringkat nak membesar. So far nampak semuanya serasi hidup bersama I tanpa penjagaan sangat (al maklumlah tuannya rajin menanam tapi tak berapa rajin menjaganya). Memang sesuai sangat lah jika I tanam banyak2 lagi pokok2 sebeginikan...



Yang pink kaler ni pokoknya akak ambil dari tepi rumah sorang perempuan Cina..dah tua betul dia ni. Rumah dia kat tepi jalan Tapah Road. Mintak je terus dia bagi...Angkat, angkat...kasi cabut semua..Wow, akak pun bila dengar dia cakap begitu apa lagi la kan..hehe..Of course la akak ada bagi dia duit walaupun dia taknak pada mulanya...

Yang kaler putih ni pun ambil kat situ jugak.Tangkap gambar lepas hujan camni la rupanya...


Saya bukan spesis kemuning Cina, ntah apa la nama saya..tuan saya pun tak tahu. Pokoknya dah setinggi budak tahun 6 dah ni. Ditanam ditepi pagar buat penyeri...

Monday, February 11, 2013

JAGUNGKU KONTOT2 SEMUANYA TAPI BERISI PADAT :))

Assalamualaikum semua...Berbudi pada tanah pasti mendatangkan hasil, walaupun kadang2 tak diberi penjagaan dengan baik. Alhamdulillah pokok2 jagung yang ditanam beberapa bulan lalu semuanya berbuah. Benihnya dibeli di Pasar Tani Cenderong Balai, jenis jagung manis Taiwan.

Kelakar pulak tengok buah2 jagung semuanya kontot2 belaka. Tak cukup baja & penjagaan la nie! Anyway, isinya padat & paling syoknya rasa jagung I lebih manis dari jagung Cameron. 

Saya lah yang paling kontot...

Eh ehhh, ada pokok jagung dah berbuah dicelah2 semak...

Hubby memang rajin menanam tapi tang penjagaan kurenggg...hi3..Semangat berkebun berkobar2 kan cuma masa terhad especially time katering. Takpe2, isterimu amat memahami. Hopefully after this hubby akan tanam jagung2 lagi tapi yang saiz panjang2 la pulak ya Yanggggg....

  1. Akak stimkan dalam pengukus kesemua jagung yang sudah dibuang kulitnya...
  2. Apabila jagung sudah masak, keluarkan dari pengukus dan sapukan sedikit garam halus & mentega secukupnya...
  3. Then, sapukan sedikit susu pekat manis, jika suka...
  4. Sedia untuk dimakan!!! 

Sunday, December 2, 2012

MY FIRST PUMPKIN

Assalamualaikum...Salah satu sebab kenapa akak berminat dgn gardening adalah perasaan (bukan perasan ok!) apabila melihat tanaman mula membesar & berhasil. Tapi bukan semua tanaman boleh berbuah begitu saja. Dah cuba tanam kacang panjang, jagung, cili, semua senang2 je berbuah. Tapi labu...tak pernah menjadi. 

Boleh kata tiap2 pagi I akan melawat pokok2 labu, intai2 mana la tahu  ada buah yang menjadi. Pokok2 labu tumbuhnya bukan main subur menjalar. Memang tak dinafikan benih labu antara yang paling senang bercambah menjadi pokok. Pantang ditabur aje, selang beberapa hari tumbuhlah anak2 pokoknya. Dari seminggu ke seminggu ia membesar, maka muncullah pula bunga2nya yang kekuningan. Cantik bunga labu ni..tengok di bawah tu....


Tapi setakat melihat bunga2nya yang cantik tu saja la. I memang hairan kenapa bunga2 labu semuanya layu & mati begitu saja..takde satu pun yang survived. Faham2 je la I ni baru nak belajar ilmu2 berkebun ni, memang banyak yg tak tahu. 

Alhamdulillah, akhirnya segala persoalan tentang labu telah terjawap setelah akak bertemu blog Ummuaidan. Terima kasih akak ucapkan atas info yang dikongsikan tu. Kalau nak tahu dgn lebih detail sila klik AKU DI FIJI ISLAND
Memang excited & tak sabar2 nak try cara yang Ummuaidan praktikkan tu. Kebetulan tengah ada bunga2 betina & jantan so, the next morning terus cuba and the result memang tak mengecewakan. 

The first step anda kena identify dulu yang mana satu bunga betina & yang mana jantan. Kalau ini pun fail jgn nak berangan boleh jadi labu ya...Macam I ni boleh la nak berlagak sikit konon2nya sebab dah kenal walaupun pada hakikatnya baru2 ni je kenal...hehe
 Tengok di gambar atas...tu bunga betina. Jika proses pendebungaan berlaku pada bunga ni, Insya Allah labu akan membesar...


Nampak tak di bahagian belakang bunga tu ada sebiji buah labu kecil?Bahagian inilah yang akan membesar nanti. So, macamana proses pendebungaan ni boleh berlaku? Waktu sekolah rendah pun ada belajar subject Sains kan...antaranya ia boleh berlaku dengan bantuan haiwan, serangga, angin & air.

Dah jelas kan, bunga2 labu I semua tak berjaya didebungakan dengan bantuan di atas. Mungkin disebabkan kedudukan bunga betina & jantan yang terletak jauh antara satu sama lain yang tak memungkinkan pendebungaan terjadi secara nature. Jalan lain untuknya adalah membuat pendebungaan sendiri secara manual.


Bunga yang di atas ni bunga jantan. Kalau dilihat bahagian tengahnya ada debunga2 halus berwarna kekuningan. Gunakan berus lukisan dan sapukan dibahagian debunga sehingga ia melekat sebanyak mungkin pada berus. Kemudian ia dipindahkan ke bahagian tengah bunga betina sehingga melekat kesemuanya.

Tunggu beberapa hari & sekiranya pendebungaan itu telah berjaya bunga betina akan menguncup maka proses pembesaran buah labu kecil itu sudah bermula.

Dengan ilmu tersebut akhirnya akak berjaya dapat 2 buah labu. Jika anda lihat bentuknya memang berbeza antara satu sama lain kan! Sebab ia tumbuh dari biji2 labu yang akak main campak je setiap kali beli labu. Seronok pantau perkembangan buah2 labu ni.

Dah rezeki, labu yang dihasilkan adalah sebesar ini saja. I pun tak sure bila waktu yang sesuai nak harvest labu ni. Tunggu punya tunggu, kulit labu pun dah semakin kuning..so, akak pun petik je. 
Bila dibelah labu ni gembiranya hati dapat tengok isi labunya cukup tebal & warna isi pun cantik kuningnya. Rasa labu ni pun manis & isinya lembut & gebu. Sesetengah labu ada yang isinya kasar kan..tapi my first pumpkin tak mengecewakan.
Cuma kalau la labu I dapat membesar lagi...mungkin tak cukup baja kot!

Masakan lemak labu adalah favourite anak2 I.  Suka sangat la depa kalau makan berkuah2 begini. Senang jaga betul anak2 I ni...bagus3 ;-) Cara memasaknya pun simple je tapi ada juga resepinya di bawah ni ya....


LABU MASAK LEMAK

BAHAN BAHANNYA

Labu dipotong sederhana besarnya
Beberapa batang chinese leek dikerat2 pendek
1/2 bawang besar dimayang nipis2
Seulas bawang putih dihiris halus2
Sebiji cili merah dipotong nipis2
Segenggam udang kecil
Semangkuk santan sederhana pekat
1/2 mangkuk santan cair
1/2 sudu teh garam
Sedikit gula

CARA MENYEDIAKANNYA 
  1. Campurkan potongan labu dengan santan cair dalam periuk dan rebuskan sehingga isi labu menjadi empuk. Keluarkan dulu isi labu & ketepikan.
  2. Campurkan santan pekat, bawang besar, bawang putih, cili merah & udang kedalam periuk yang sama. Api sederhana & biarkan kuah santan mendidih sambil dikacau2 selalu
  3. Masukkan chinese leek, diikuti dengan isi labu yang sudah empuk tadi. Kacau2kan
  4. Sesuaikan rasanya dengan memasukkan garam dan sedikit gula. Biarkan ia mendidih sebentar saja dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, October 19, 2012

POP CORN BERSALUT MADU...CEPATNYA POKOK JAGUNG MEMBESAR!


Assalamualaikum...
Selalu jugak buat pop corn tapi belum lagi ada entrynya disini. Yang buat kali ni sempat diposing2kan dulu  sebelum masuk perut anak2. Alhamdulillah chicken pox anak2 semua dah semakin sembuh & selera makan masing2 pun dah kembali normal.

Actually I takde amalkan berpantang2 makanan bagi depa sepanjang dijangkiti penyakit ni. Alhamdulillah, dengan izin Allah anak2 semua cepat sembuh. Sesetengah orang bila kena chicken pox..makan ayam tak boleh...itu tak boleh, ini tak boleh...terpulanglahkan pada diri masing2. Dari pengamatan I yang menjaga 4 anak yang kena serentak penyakit ni takde bezanya berpantang atau pun tidak. Seperti kata2 doktor tempohari...no need la pantang2 makan, cukup tempohnya penyakit ni akan baik sendiri...

Doctor advised...avoid makanan berminyak. Kukus & grill...itu yang akak amalkan untuk depa semua. Other than that, makanlah ubat2 ikut jadual..jangan ngelat2. Kena rajin jugak sapu lotion kat badan tu, kalau malas2 nanti lambat kering & lambatlah proses sembuhnya.

Oklah..berbalik pada pop corn. Cara membuatnya senang saja & akak buat tak pernah ikut sukatan. Main agak2 je. Tapi di bawah ni resepinya ikut anggaran yang biasa dibuat...


BAHAN BAHANNYA

  • 300 g jagung kering (jagung utk pop corn)
  • 3 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar minyak masakan
  • 3 sudu besar madu *
  • 2 sudu besar gula *
  • 2 sudu besar mentega *





CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Mula2, masukkan 3 sudu besar mentega & 6 sudu besar minyak masakan ke dalam periuk yang agak besar. Panaskan sehingga mentega cair & minyak betul2 panas
  2. Perlahankan api, masukkan jagung kering dan gaulkan supaya sebati dengan minyak & mentega cair. Tutup periuk dan tunggu sehingga lebih kurang 5 - 7 minit akan ada bunyi jagung meletup letup gituuu..
  3. Jangan dibuka tudung periuknya, biarkan sehingga bunyi tersebut berhenti barulah padamkan api
  4. Ketepikan dahulu bertih jagung ni 
  5. Gunakan non stick pan, campurkan mentega dengan gula dan panaskan sehingga kedua2nya cair dan warnanya sedikit perang
  6. Masukkan madu, kacau2kan sebentara dan padamkan api
  7. Tuangkan campuran madu ini perlahan2 ke bertih jagung tadi dan gaulkan sehingga betul2 sebati. Sedia untuk dimakan...

Pokok2 jagung di atas tiada kena mengena dengan pop corn tu ya. Baru sebulan lebih sikit je usianya tapi nampak cepat membesar...

Anak2 yang suka sgt2 makan jagung...tak sabar nak makan jagung manis yang babah tanam ni kan!!!

Come and join us...krap krup krap krup....

Tuesday, October 16, 2012

SERONOKNYA BILA DAH BERHASIL... :))


Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, walau pun ia tumbuh dengan sendiri tanpa dibajai tapi pokok timun ni tetap mendatangkan hasil. Actually ada 2 pokok timun yang tumbuh hasil cambahan biji2 benih yang I campak begitu saja. 

Pokok2 tu menjalar je atas tanah dan nampak subur. Bila dah agak besar barulah diletakkan pancang bagi menyokong setiap pokok.Tak sangka pula ia boleh membesar dengan sendirinya. Seronok rasanya bila tengok progress dia membesar..

 Petik 2 biji timun bertuah ni dulu....camne la agaknya rasa timun yang ditanam sendiri ni ya! Hasil segar dari kebun yang bebas dari sebarang racun kimia or racun serangga.



Ni pulak bunga timun. Cantik...warna kuning & kecil2 gitu. Kita tengoklah nanti bunga ni boleh bertahan sampai jadi buah atau sebaliknya. Hopefully berjaya....


Rasa timun ni sangat2 manis & rangup..susah nak jumpa timun sebegini jika beli di pasar. Bijinya pun kecil2 & tak banyak. I memang suka kalau timun sebegini. So, dapatlah kami makan ulam timun dicicah sambal belacan & sebiji lagi akak buat salad timun. 

Ni style yg akak suka makan...Campur dengan telur rebus, jangan rebus sampai keras sangat, biar lembut2 sikit baru bestt...potong cincai2 je telur tu...Jangan lupa sedikit hirisan bawang merah & cili merah, garam & gula secukup rasa...And akak pun ada letakkan sedikit sayur salad yang dihiris. Gaul2kan..dah siap. 

Tuesday, September 11, 2012

TERTANGKAP SEWAKTU KEKENYANGAN


Assalamualaikum...Aktiviti berkebun memang dah menjadi minat bagi akak dan suami semenjak dulu2 lagi. Sewaktu kami masih bekerja makan gaji dulu, pantang free je mesti nak pergi bercucuk tanam kat tanah rizab sungai yang terlebih dahulu diusahakan oleh arwah bapak akak. Arwah bapak dulu memang sangat2 rajin berkebun, macam2 hasil yang ditanamnya tapi untuk makan sendiri saja. Kira semangat berkebun akak ni datang dari bapak akak ler...

Dulu pun banyak la jugak pokok2 yang sempat kami tanam. Yang paling senang hidup pokok tebu. Dah besar2 tebu tu suami potong & tolak kat Cina yang jual air tebu. Dapatlah juga hasilnya,  walaupun masa tu kami berdua ada kerja tetap di bank tapi rasa seronok sangat dapat berniaga jual tebu ni...:))

Sekarang ni suami akak dalam proses nak terangkan kawasan persekitaran belakang & tepi luar rumah untuk dijadikan kebun. Agak tebal jugak semak samun. Suami akak buat bila time free je so memang agak lambat la nak siap. Macam minggu ni kami dapat banyak meluangkan masa untuk aktiviti berkebun ni. Petang aritu tengah dok tebas punya tebas sekali suami ternampak la seekor ular sawa ni tengah dok diam2 dalam semak dekat sebatang pokok ni. Tak bergerak2 ular sawa tu , nasib baik la ular tak terkena parang suami kalau tak nama entry kali ni bunyinya TERBUNUH SEWAKTU KEKENYANGAN la jawapnya..hehehe...


Suami akak dengan selambanya pun call la bomba Tapah & tak sampai 5 minit sampailah bomba dengan peralatan menangkap ular tu. Masa ni kawasan rumah dah macam ada pesta menonton ular, ramainya bebudak & bapak2 budak yang datang menonton pertunjukan percuma ni. Masing2 dengan handset ambil gambo ular sawa ni berposing. Glamour la kejap si ular sawa sementara menunggu masa dicekup masuk dalam karung guni tu. Yang mak2 budak macam akak ni tengok dari jauh je. Sonang je tangkap ular ni sebab dia tengah betul2 kekenyangan. 
Menurut ahli bomba yang sorang tu, ular ni mesti baru lepas makan anak anjing sebab ada benjolan kat badannya tu. Pandai la kamu En Bomba, macam la kamu ada nampak dia telan anak anjing. Mana tahu kot2 dia baru bedal kucing sebab akak tengok dah semakin kurang kucing berkeliaran kat belakang rumah tu..



Peralatan menangkap ularnya sebatang besi panjang dan sekarung guni. Ahli bomba pelan2 tolak ular keluar dari semak sampai ke jalan dengan jayanya. Yang tak best tu bila time nak masukkan dalam guni tak berjaya la pulak. Habis rabak guni tu dibuatnya. Iyelah...bawak guni pun satu je, udah le ular sawa tu bukan main besonya lagi, kata suami akak dekat 30 kg berat ular tu. Macam le suami akak tu dah biasa sangat hidup dengan ular sampai yakin  sgt dia meneka beratnya...masa bila suami timbang ntahhh...Bila guni dah rabak terpaksalah hold dulu dan bomba mengarahkan suami akak mencari@membeli guni yang lain pulak.


Akhirnya dah dapat karung guni tu, ahli bomba pun pelan2 masukkan ular kedalam guni tu dengan jayanya. Menurut ahli bomba, lepas ni depa nak buang ular tu kat tempat yang jauh dalam hutan. Apa2 pun terima kasih pada ahli2 bomba yang terlibat dalam penangkapan ular sawa ni. Lepas kejadian ni nampaknya suami akak lebih gigih lagi menerangkan kawasan semak yang berhampiran. Demi keselamatan anak2 katanya. Harap2 lepas ni tak de la terserempak dengan binatang2 buas ya Yangggg.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...