Assalamualaikum...petang tadi sempat juga buat tat coklat ni (yg saja2 akak bagi nama tat zebra, sebab berbelang tu, ada logiknya kan! Kononnya nak buat untuk tetamu sekali bila akak turun selepas selesai Isyak tengok2 dah tinggal 5 ketoi. Apa ke halnya nak hidang kat org..sudahnya bagi je la depa perabih semua. Actually shell ni adalah lebihan dari tat telur yang akak buat kelmarin. Nampaknya kena fikirkan makanan lain pula untuk guest tu..
Anak2 dah makan tat ni kenyang dah rupanya..waktu macam ni pun belum nak dinner lagi. Ini lah sebenornye punca obesiti pada kanak2, makan malam terlalu lewat, dah le lewat, makanan yg heavy pulak tu, jenuh nak bawak perut kan! Idak le rasa akak disebabkan makan nasi lemak kat kantin sekolah tu boleh obesiti, isshhh3, tak setuju bebeno ler...Tapi FYI anak2 akak takde la yg obesiti sebab lewat dinner ni.
Ok..kat bawah ni akak letak resepi untuk inti coklatnya aje yea, untuk kulit tat (shell)nya boleh rujuk kat SINI
BAHAN BAHAN UNTUK INTI COKLAT
- 1 cawan coklat masakan yg dipotong2 kecil
- 1 cawan susu segar
- 3 sudu besar gula
- 1 biji telur gred A
CARA MEMBUATNYA
- Masakkan susu segar dan gula sebentar sehingga gula hancur, tak perlu mendidih. Sejukkan sebentar
- Kocak2kan telur sekejap aje, tak perlu pukul hingga kembang lalu masukkan ke dalam adunan susu segar tadi dan kacaukan sehingga sebati
- Panaskan coklat masakan secara double boil sehingga cair kesemuanya dan tutup api
- Masukkan coklat cair ke dalam adunan susu dan telur dan kacau2kan lagi
- Masukkan ke dalam jag kecil dan tuangkan ke dalam shell tat secara perlahan2
- Bakar tat selama 15-20 minit bergantung pada oven masing2 sehingga inti coklat betul2 masak
- Keluarkan tat dan tunggu ia sejuk sebentar dan hiaskan dengan coklat putih di bahagian atasnya


BAHAN BAHANNYA

