Showing posts with label FAMILI. Show all posts
Showing posts with label FAMILI. Show all posts

Monday, October 1, 2012

ADEGAN DEMI ADEGAN YG HARUS DILALUI



Assalamualaikum....Lama menyepi, tapi kali ni alasannya bukan macam yg selalu akak beri iaitu sibuk. Kali ni menyepi sebab masa diluangkan dengan si bongsu, Amsyar yg dijangkiti chicken pox dari salah seorang kawan pra sekolahnya. 2 hari sebelum tu ada dia bercerita yg kawannya kena chicken pox (I heran jugak sebab dia reti sebut perkataan tu dgn sgt jelas..) tengok2 lepas tu dah berjangkit kat dia & 8 orang lagi kawan sekelasnya yg lain..cian betui la depa ni semua, kecik2 lagi dah kena, bagi akak la kan elok lagi kalau kena penyakit ni waktu umur dah besar senang sikit nak menjaganya. Kalau tengok rupa pelentong ni memang agak mengerikan sebab yg keluar tu agak besar, dari hujung rambut sampai hujung kaki, yg menggelembung pun ada...

Bukannya anak2 akak yg lain tak pernah kena penyakit ni tapi depa yg berempat dulu kena jenis yang biasa, yg keluar kat depa dulu macam ruam je, dalam seminggu dah ok. Tapi yang kali ni jenis yang besau2...hiiiii..ngeri rupa dia. Nak sapu ubat pun bukan main susah, al maklumlah budak kecik umur 5tahun++...Memang tak sah kalau takde adegan kejar mengejar, jenuh tau..agaknya kalau ditimbang berat badan ni mau dah susut 2-3 kg kot..nasib baik la rumah ni kecik je kalau tidak lagi jenuh la I nak ngejornya.

Setiap kali disapu je ubat calamine lotion tu, bermula lah adegan tangisan pulak...anak pun mulalah nangis tak henti2.."sakit mama..sakit mama..." sambil hentak2 kaki pun ada...si mama ni pantang le tengok anak menangis so pakat join nangis sekali la jawapnya...bila anak tengok mak dah nangis reti pulak dia diam, meaning mak wajib menangis setiap kali sapu ubat ni...huhu


Adegan  terakhir, adegan yg paling syahdu iaitu berpeluk2an..ni pun wajib la sebab bila anak dah selesai di sapu lotion di seluruh badannya tu, diikuti dengan minum ubat tahan gatal..(tu 2 jelah ubatnya pun...) mama & anak rasa lega sebab dah selesai azab yang ditanggung buat masa itu. Macam tu lah 2x sehari, adegan2 yang harus dilalui selagi anak tak sembuh sepenuhnya. Mood nak memasak pun dah hilang ni. Nasib baik la hubby I jenis yg pandai memasak, berasap la jugak dapur tu...untung2...

Ingatan untuk diri sendiri & orang lain, sekiranya anak kita kena chicken pox ni, biarlah dia betul2 sembuh sepenuhnya, berehat la dirumah, jangan dibenarkan anak keluar rumah dulu...jika tidak, dikhuatiri dia akan menyebarkan jangkitan kepada orang lain disekeliling yang masih belum mengalaminya. Bayangkan kalau kena pada budak2 atau baby yg masih kecil... bukan senang nak menjaganya nanti. Jadi eloklah jangan disebar2kan sebab ia senang berjangkit. Ya, penyakit ni pasti kena pada setiap kita sekali seumur hidup tapi eloklah kena waktu dah dewasa macam akak dulu...kurang la sikit adegan yg harus ditempuhi.


Thursday, July 5, 2012

HARI2 KATERING...KEEP IT UP ANGAH :))


Assalamualaikum buat semua & semoga hari2 yang anda lalui penuh dengan keceriaan & kebahagiaan hidup disamping keluarga tersayang. Bahagianya hidup seseorang bukannya terletak pada harta setinggi gunung, betul tak? Bagi akak, anak2 yang didepan mata tu merupakan aset yang tak ternilai harganya. Memang tak boleh dinilai dengan emas atau berlian...(bersyukur sangat2 dengan kurniaan Allah)

Alhamdulillah, banyak juga tempahan yang telah akak terima & ada juga yang dah booking untuk Ramadhan nanti. Alhamdulillah, rezeki untuk anak2 sentiasa ada. Ntah camne kali ni sempat pulak akak ambil beberapa keping gambar. Biasanya jangan haraplah...So udah ada gambo tu akak masukkan je lah sebahagian dari menu2 yang akak masak. Boleh jugak tengok2 balik bila dah pencen nanti..kih3 

Ramai orang suka makan nasi ayam termasuklah anak2 akak, hari2 pun ok jer....


Ayam masak merah tomato....Muzany tak reti jemu kalau nampak lauk ni!!


Daging masak hitam...hitamnya mak ngahhh. actually takde lah hitam sgt pun



Dalca Maghribi disukai ramai...


 

Untuk Angah, sorry sebab mama tak dapat hadir ke majlis anugerah petang tadi. Cukuplah babah sorang yang hadir tahun ni ya..fahamilah kesibukan mama yang tiada noktahnya ni..Apa2 pun, congrats & keep it up ya :))

                                          Nak tahu apa hadiahnya kenalah tanya Ceny..... :))

Wednesday, January 11, 2012

HAPPY BIRTHDAY AMSYARKU SAYANG....


Senang bebenor buat kek padang bola ni. Terbalikkan saja kek tu dah jadi mcm padang...
                                                                            

                                                                          

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 5 buat sayang mama...Azfarul Amsyar......cayangggg diaaaa

Saturday, April 30, 2011

SOCCER BALL BIRTHDAY CAKE UNTUK MUZANY


Assalamualaikum buat semua pembaca yang hadir di sini, apa khabar semua? Semoga semuanya sihat & ceria selalu disamping keluarga tercinta. Akhirnya dapat juga akak lapangkan masa untuk ke sini setelah beberapa lama dihimpit kesibukan yang agak mengerikan. Ngeri sampai termimpi2 dibuatnya...Nak tergelak pula bila teringatkan mimpi2 tu.

Actually mimpi tu hadir akibat kerisauan akak sewaktu menyiapkan tempahan yang diterima. Tempahan berupa hantaran adalah sangat mencabar. Gementar sungguh rasanya jika tak sempat siap, tambahan pulak ia adalah untuk majlis pernikahan. Alhamdulillah, lega sungguh bila semuanya berjalan dengan lancar.

Soccer ball cake ni adalah yang akak buat untuk birthday anak akak yang ke 4, Muzany pada 26 April yang lalu. Memang dia yang request kek berbentuk bola. Sudahlah akak sibuk menyiapkan tempahan, sekali anak pun turut sama menempah kek untuk birthdaynya....Nak je akak say no tapi kesian pulak kat anak. Bila dah siap kek ni dia pulak sayang nak potong & makan. Emmm....macam2 pulak perangai.
Sayaaangggg anak mama.....Mmmuuuahhhhh!!! Sempat pose dengan birthday cake sebelum keluar makan. Akak cuma siapkan kek je, makanan lain di taja oleh babah.... 


Kek span ni 1 bancuhan aje tapi dibakar dalam 2 tin berasingan. 1 perisa vanila & 1 lagi perisa strawberi. Tengok bahagian vanila agak leper kan! Macam tu lah kalau buat kerja dalam situasi yang kelam kabut...haha... 

Kena trim sikit bentuknya biar macam bola. Selepas tu sapu dengan buttercream. Nampak tak tu kawasan kerja yang agak sesak. Mana nak membuat bunga fondant lagi, mana nak mendeko kek bola ni lagi...Masa akak tengah buat ni takde sape yang berani datang dekat. Takut depa semua tengok muka akak yang serious tu kot..hik2...Muka je macam tu tapi hati berbunga2 ceria, suka sangat kerja mendeko2 ni.... 
 

Wednesday, March 30, 2011

13 TAHUN UMURNYA...MAMA MASIH TERINGAT2 :)

30hb Mac 1998 lahirnya putera akak yang kedua, Ameenul Husainy. Dah 13 tahun umurnya. Seorang anak yang sentiasa ceria & boleh bercakap tanpa henti 24 jam. Di rumah ni dia la tukang buat lawak. Kalau pasal menyakat adik2 pon boleh tahan jugak, sampai mama pun naik geram..grrrrr!!! Dia ni jugak peminat no 1 blog Dapur Azlina tau, apa yg akak update semua dia nak baca, semua dia nak tau, sampai bloglist akak pun habis semua dia terjah...Tapi yang satu lagi ni, mama betui2 tak tahan, suka sangat menyanyi..tak kira siang & malam, tak suka3 

Teringat saat kelahirannya 13 tahun lalu. Kebetulan hari tu adalah hari untuk check up di klinik bersalin Ipoh. Patutnya due 2 minggu lagi. Habis kerja terus ke Ipoh, selesai semua dah malam, sempat pergi makan pizza. Lepas makan, elok je masuk kereta perut memulas2 ingatkan dek pizza & makanan lain. Kebetulan dah malam terus je balik ke Kampar. Rasa semakin menjadi2 pulak sakitnya, terus hantar anak sulung ke rumah mak akak. Hubby ajak check kat hospital Kampar. Sampai disitu, akak takut pulak nak keluar kereta, confident sangat bukan nak beranak lagi, kan lambat lagi..x abis2 ingat tersalah mkn. Terus hubby drive ke Ipoh nak cari klinik swasta, konon nak check apa penyakitnya. Masa tu kat Kampar takde klinik 24 jam.
Sampai di klinik 24 jam, masa tu pun dah pukul 3-4 pagi...doktor pun malas nak layan akak. Senang je dia cakap..u tak de sakit apa2, u dah nak bersalin ni...So, cepat2 lah u pergi tempat mana u nak bersalin sebelum u terbersalin disini...hik3..mcm tu la kata doktor tu...So, bergegas la kami ke klinik bersalin tanpa membawa sebarang persiapan. Doktor pun tegur akak, aik petang tadi baru je jumpa dah jumpa lagi. Tak sampai sejam hero yg ke2 pun selamat dilahirkan. Dengan keadaan akak yg sehelai sepinggang, beg baby pun tak sempat siap, kesian baby kena pakai baju klinik..
Semasa awal tahun dapat peluang masuk ke sekolah berasrama tapi terpaksa akak tolak. Teringat masa tu surat tawaran sampai di sekolah dia, beria2 dia tunjuk kat akak, nak sangat dia masuk asrama. Teruk juga merajuknya sampai ke malam baru keluar bilik & makan nasi. Maafkan mama ya kerana tak mengizinkan Angah ke asrama. Takut nanti jadi sama macam Along, masuk asrama sebulan lepas tu dah mintak berhenti sebab dah tak sanggup hidup di sana. Insya Allah, masih ada peluang di masa hadapan. Bersedia melepaskan Angah selepas PMR nanti....

SELAMAT HARI LAHIR & SEMOGA CENY MENJADI ANAK SOLEH IDAMAN MAMA & BABAH...JAGA SOLAT, JAGA PERIBADI...
KEK HARIJADI KENA TUNGGU MALAM NANTI...MAMA NAK CARI ILHAM DULU YEA...

Monday, February 28, 2011

DAH 15 TAHUN USIA SI TERUNA NI...

Assalamualaikum...28hb Februari 1996 adalah tarikh lahirnya anak akak yang sulung ni. Dah 15 tahun pun dia..Tengah malam semalam tetiba akak teringat saat2 kelahirannya. Maklumlah anak sulung & akak ni pon jenis tak tahan sakit, kena suntikan pon dah rasa mcm nak pengsan tengok jarum tu apalagi nak melahirkan anak. Ditakut2kan pula oleh kawan2 tentang saat2 melahirkan tu, eei ngerinya dihati pada masa tu...nak tergelak pula sekarang ni bila teringatkan hal 15 tahun sudah... Tapi, akak bersyukur kerana walau kesakitan melahirkan itu diibaratkan seperti antara hidup dan mati, tetapi Allah memudahkan akak kerana akak tidak perlu dijahit2 (mcm kain pulak daaa... :) 1 jahitan pon idak sedangkan itu adalah kelahiran yang pertama. 2 jam lepas melahirkan akak dah boleh duduk seperti biasa sehinggakan yang melawat akak pulak yang merasa hairan..Aik, dah boleh duduk, kata mereka...Petang dah pon balik ke rumah. Senangnya melahirkan anak ni rupanya...

Sekarang dah pon besar, dah jadi anak teruna pon. Seorang abang yang baikhati kepada adik2nya, sentiasa bersedia menolong mama menjaga adik, buatkan susu adik, pandai melayan adik2, pandai juga memasak walaupun sekadar telur mata kerbau, telur dadar, ayam goreng, mee segera, masak nasi pon dah pandai..oh ya mama lupa pulak, buat air milo pon pandai, sedap pulak tuu...hehe..Walaupun ada pembantu, pandai gosok baju sendiri. Kadang2 mama tengok baju pon basuh sendiri..mmm...Sampaikan mama tak terasa ketiadaan anak perempuan di rumah ni...Terima kasih Ya Allah, walaupun tidak dikurniakan anak perempuan tetapi dianugerahkan anak lelaki yang sentiasa menyejukkan hati...

Yang paling penting tak pernah sekali pon menyusahkan mama dengan meminta yg bukan2, kalau dah buat salah sentiasa datang pada mama sambil cium tgn mama, menangis & minta maaf...ha yang ni mama pon sama2 termenangis jugak....

Terima kasih sebab sentiasa ingin menjadi yang terbaik walaupun mama tidak pernah mengharapkan yang terbaik darimu...Dah lebih dari cukup sekiranya dapat membahagiakan mama & babah dengan peribadi yang baik & soleh...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE 15 BUAT ANAK MAMA,

AMIRUL SYAQIF @ ALONG

Kek harijadi sedang diusahakan..akan menyusul selepas ini... :))

Wednesday, December 22, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO MY SWEETHEART AZFARUL AMSYAR

Hari ini genap usia buah hati akak si bongsu Amsyar 4 tahun. Dia ni memang pengubat hati dan sentiasa menceriakan suasana di rumah dengan mcm2 keletahnya. Kuat menjerit pun dia ni la jugak, ikut perangai sape ntah la ni... :) Seperti harijadi anak2 yang lain dah tentu la ada birthday cake. 

Amsyar awal2 lagi dah bagitau nak ada Ultraman atas kek. Hai, jenuh la jugak si abang2 nya gi cari kat pekan Tapah nasib baik dapat jugak Ultraman kemetot...Jadi la tu ya Amsyar... 

Kek Sicilian Orange Cake ni memang sedap. Dah pernah buat pun sebelum ni cuma tak sempat nak masuk n3 kat blog, terus masuk mulut je.. :)) 

Kena sangat la pulak rasa orange kek dengan blueberry filling tu....WALLA!!! Sape nak meh la ambik sorang sepotong, masih banyak lagi nie!!! 


Mama sentiasa berdoa yang terbaik untukmu Amsyar.....Sayangggg Amsyar!!!!

Monday, December 20, 2010

JALAN2 YANG TAK DIRANCANG LAGI

Sabtu lepas, seperti biasa hubby tiba2 je ajak akak & anak2 ke Pulau Pinang untuk beli stok kurma di Yusuf Taiyoob. Selalunya hubby pergi tak pernah ajak pun, tapi memandangkan cuti sekolah so kami pun pergi beramai2 macam rombongan Cik Kiah ke gudang Yusuf Taiyoob... 

Selesai urusan pembelian kurma tu, kami terus ke terminal feri. Dah terlanjur sampai sini bagi la anak2 seronok sikit. Anak2 bukan main excited dapat naik feri ni...ya lah kan dah beberapa tahun lamanya tak merasa naik feri...
Terus menuju ke Batu Feringhi & singgah kat masjid yang cantik ni. Akak terlupa pulak nak tengok nama masjid ni. Bestnye suasana kat masjid ni, betul2 kat tepi laut...
Dah selesai urusan kat masjid terus menuju ke pantai Batu Feringhi, nasib baik sebelum bertolak tadi akak sempat sambar baju persalinan untuk aktiviti anak2 main air kat situ. Anak2 dapat main air sampai lupa makan tengahari..sejam jugak depa berendam sampai kecut2 semua :) 

Dah puas berendam sakan baru terasa lapar dan kami ke Padang Kota Lama untuk menjamu selera, biasa la mesti pekena pasemboq. Yang lain2 kat situ adalah makanan yang biasa2 je, nothing special...Dah kenyang lepak2 dulu sambil anak2 main kat playground at situ...Bila dah jemu depa kat situ kami ronda2 kat Georgetown pulak..frust sikit rasanya sebab hajat akak nak beli something for my business tapi tak kesampaian sebab tak jumpa2 benda tu... :( 

Sebelah malam ada acara pantai apa ntah kat Batu Feringhi akak pun tak ambik tahu sebab tak de keinginan nak tengok pun. Tapi we all ronda2 kejap kat macam pasar malam di situ, banyak jualan pakaian & hiasan. Ramainya orang, jalan pun bersesak2, so kejap je kami kat situ & lepas tu pekena nasi kandar dulu sebelum balik ke Tapah. Masa balik akak drive sebab nak kasi can hubby tidur & kami sampai rumah pukul 4 pagi...Memang banyak sangat tempat yang kami tak sempat pergi tapi dah bukan tujuan untuk bercuti sakan so anak2 dapat mandi manda sakan kat laut pun cukup la....

Wednesday, December 8, 2010

JALAN2 YANG TAK DIRANCANG...

Pagi Sabtu baru2 ni, tiba2 je hubby ajak akak & anak2 ke KL. So, faham2 lah keadaannya jika tak dirancang awal2, semuanya jadi kelam kabut. Sempat jugak akak masak2 utk dimakan sebagai bekalan nanti...macam la jauh sangat! Tapi memang dah amalan daripada dulu2 lagi kalau nak jalan2 tu mesti la ada bawak bekalan macam nak gi piknik...Akak masak mee goreng, roti sardin goreng & ayam goreng. Cadangnya nak makan kat Templer Park, tapi akhirnya terus ke KL & makan kat tempat penginapan je jawapnya sebab nak kejar masa.
Sebelum hubby cari stok barang2 perniagaannya, kami sempat ke KL International Motor Show. Kat sini anak2 akak yang suka sangat, al maklumlah hero2, depa ni memang banyak koleksi kereta hot wheel, jadi bila tengok depan mata kereta yg mcm2 jenis tu bukan main suka la lagi.... The next day kami ke MAHA di Serdang, aduhai sesaknya jalan nak ke sana. Tambahan hari tu adalah hari terakhir. Hubby memang minat sgt pergi tempat2 macam ni, akak pun layan je la...
Anak teruna yang sulung, Aqif @ Along disamping kereta pilihan......
Mama boleh tak beli keta ni untuk Amsyar.... Transformer kaku pun ada.........
Kereta Batman pun ada kat sini....isshhh3
Muzany posing kat buah2an & sayur2an yg digubah indah di MAHA..... Abang Badut buatkan pedang untuk budak2 yang dah kebosanan di MAHA...termasuklah anak2 akak ni.....

Saturday, November 6, 2010

JOM IKUT GI TESCO KAMPAR NAK?

Assalamualaikum....semalam tiba2 hubby ajak pergi Tesco Kampar. Tengok jam dah pukul 9 malam. Laaa, kenapa tak habaq awai2...biasa la orang pompuan nak siap bukan cukup 10 minit. Lepas tu, suruh cepat2 pulak. Takpe2... demi taknak terperuk kat rumah akak pun berlari ke atas dan sarung je jubah apa yang ternampak kat mata. Tudung pun main sambar je laa...Anak2 pun ikut, semua pakai baju tidur...kalau suruh depa tukar baju alamat Tesco pun dah tutup.. Hubby dengan calculatornya...tak sah kalau tak campur, tolak, kali & bahagi Dah nama pun orang dapur kan.... Puas hati bila dah dapat Ultraman Hasilnya..... Kalau tak 2 troli, tak sah kan hubby...... Kereta dah jadi macam lori je....Masa ni dah 12 tgh malam, singgah pulak makan Sate Zul kat Bandar Baru Kampar, sampai rumah dah pukul 1.40 pagi...

Thursday, October 21, 2010

KEK MENTEGA PANDAN UNTUK WAJDI

Selamat malam semua.....baru kejap tadi kat rumah akak ada acara makan2 meraikan harijadi anak akak yang ke 3, Azeemul Wajdi yang ke 11 tahun. Kesian anak akak tu, senyap & sabar je dia menunggu keknya siap. Hanya sempat start baking lepas Asar & buat deko yang simple je & siap lepas Isyak sampai 2 orang anak akak yang kecik2 tu dah tertidur pun..  

Antara semua anak2 akak, Abang Yang ni yang paling cool...& yang paling akak puji sangat sikap dia yang tak meminta2. Tapi dalam tak meminta2 dia tu banyak la jugak hadiah yang dia dapat.
  Mama, cepat2 sikit tangkap gambo, kita semua dah tak sabo nak makan ni.... 
  Oregano grill chicken yang menjadi pujaan hati semua...Hidangan lainnya coleslaw dan kentang goreng. Birthday cake tu takde sape pon teringin nak mkn malam ni. Tapi besok licin la jugak tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...