Sunday, April 18, 2010

KUIH PENERAM

Kuih peneram ni diajar oleh sepupu akak, Sarini. Actually akak dah jenuh jelajah di internet resepi kuih tradisional ni. Tapi semuanya macam tak complete je. So dengan tunjuk ajar dari Kak Nie akak berjaya juga menghasilkan kuih yang lembut dan manis ni. Ada jual kuih ni kat kedai Hijrah dan memang laku. Ramai customer yang tertanya2 macamana cara membuatnya so bolehlah refer kat sini yea..

Nak buat kuih ni memang bukan senang. Silap sikit alamat tak menjadi. Kenalah rajin mencuba dan jgn putus asa. Bagi yang tercari-cari resepi yang gerenti jadi apakata ikuti resepi kat bawah ni...

BAHAN2NYA 

  • 1 kampit tepung beras cap 3 gajah (jgn guna yg gambar 1 gajah tu..)
  • 1 gelas penuh gula pasir )
  • 600 gm gula merah ) dimasak dgn daun pandan
  • 1 gelas air )
  • Sedikit tepung gandum
  • Secubit garam ( ini saya pandai2 tambah )

CARA MEMBUATNYA
  1. Gula merah dan gula pasir dicampurkan segelas air, secubit garam & daun pandan dimasak hingga hancur gulanya. Ditapis.
  2. Dah sejuk, masukkkan sekampit tepung beras dan gaulkan perlahan-lahan hingga sebati. Agak-agak kalau masih lembik adunannya masukkan sesudu demi sesudu tepung gandum dan stop bila adunan dah tak melekit dan boleh dibentuk. Dicanai dan bentukkan bulat. 
  3. Ambil adunan bulat tu dan letakkan dalam piring yg telah diisi minyak masak. Dalam keadaan terendam dgn minyak gunakan jari dan lubangkan bahagian tengahnya.
  4. Panaskan minyak. Bab menggoreng ni kena jaga sebab kalau minyak tak cukup panas dia tak jadi cantik & kalau terlalu panas pun tak menjadi. Kuih ni memang banyak songeh..
  5. Buatlah sampai adunan habis.

6 comments:

  1. setuju akak... sy ni dah berpuluh try cari buat xpenah menjadi... yg akak ni sy nk cuba lak heheheh tenkiu akak ehh

    ReplyDelete
  2. saya guna gula melaka tapi keras jadinya

    ReplyDelete
  3. i slalu wat ada mase lembut ble da sejuk die liat n keras tress betol..cam ne nk bg kueh ni gebu n lembut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak nak agak nape peneram tu keras & liat bila dh sejuk sbb selalunya peneram akan tetap lembut sampai 2 minggu,itu pun jika x abis dimkn..:) yg akak boleh agak, maybe x cukup diuli, atau terlebih tepung gandum. Akak letak tepung gandum sikit2, bila dah boleh dibentuk, cukup la. cuba lagi, jgn putus asa, lama2 tentu menjadi.

      Delete
  4. sis ada beze ke masukkan air gula tu panas2 dgn sejukkan dulu.sbb sy ada terjumpa yg suruh masukkn panas2.yg sisi punya sejukkn dahulu.ape beza setalah kuih ni siap ye?

    ReplyDelete
  5. X peram dulu ke.. yg ada org simpan satu mlm..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...