Showing posts with label UDANG. Show all posts
Showing posts with label UDANG. Show all posts

Friday, October 5, 2012

UDANG RIMAU LEMAK KESOM


Assalamualaikum.....Waktu2 begini memang syiok kalau dapat melelapkan mata sebentar kan! Dapat sekejap pun jadi laa, jangan sampai terbabas sudah la yea. Maksud akak sekejap lagi dah nak masuk Asar dah ni kan..Nampaknya akak tak merasa la nak tidur siang sebab lepas ni terus nak solat & ada tugasan di luar rumah pulak.

Emmmm....dah tak tahu nak masak apa bila dok terperuk di rumah, kali ni kita masak udang yang agak garang namanya tu, udang harimau...rimau tak rimau, masuk dalam peyut jugak akhirnyaaa..Makan 2 ekor dah cukup lah tu ya..berlebih2 sangat makan seafood kena gout pulak nak bergerak pun susah nanti. Tambah pulak lepas ni aktiviti akak lebih banyak cabangnya, tak tertumpu pada masakan saja. Sudah tentu memerlukan tahap kesihatan yang sebaik mungkin. Insya Allah dengan izin Nya....

Sedap la udang ni masak lemak gini...manis je rasanya tu...Disebabkan stok daun kesom memang banyak kat rumah ni so akak kisarkan sedikit dengan bawang...wangi je baunya..Masak simple je arini. Selain udang masak lemak ni, ada lauk ikan sepat pekasam, salad timun, sambal belacan & ulamnya timun jugak...Fresh from the garden ni tau..:)) Resepi udang ni macam di bawah ni ya....SeLaMaT BeReHaT DiPeTaNg JuMaAt!!!




BAHAN BAHANNYA :

  • 20 ekor udang harimau (dibersihkan seperti biasa)
  • 5 tangkai daun kesom
  • Sepotong nenas  dipotong2 kecil
  • 1 tangkai cili merah dibelah dua
  • 1 batang serai diketuk2
  • Semangkuk santan sederhana pekat
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis

BAHAN2 YANG DIKISAR :
  • 10 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 tangkai daun kesom (batang yg muda tu sekali)

CARA MENYEDIAKANNYA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai & semua bahan kisar sehingga naik bau & kekuningan
  2. Masukkan santan dan kacau2kan sebentar, apabila sudah mula mendidih masukkan udang, diikuti dengan daun kesom, nenas & cili merah
  3. Biarkan 5 minit, apabila udang sudah masak masukkan pula sedikit gula dan garam secukup rasa
  4. Kacau2kan sebentar sebelum ditutup api & sedia untuk dihidangkan

Friday, July 20, 2012

UDANG MENTEGA & SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM


Assalamualaikum dan apa khabar semua? Pejam celik, pejam celik dah bertemu semula kita dengan bulan yang dirindui iaitu Ramadhan. Alhamdulillah ya, kita masih diberikan Allah peluang untuk menjalani ibadah berpuasa di tahun ini. Moga2 kita semua dianugerahkan Allah kekuatan rohani & jasmani dalam melaksanakan segala ibadah di bulan yang mulia ini.

Actually malam ni akak penat sangat sebab baru je selesai memasak untuk katering sebelum Maghrib tadi, tapi penat macam mana pun terawih tetap tak dilupakan. Setahun sekali, rugilah kalau tak berterawih kan!! Oklah..udang mentega yang akak masak tu adalah menu  makan tengahari kami tadi. Selain dari udang tu, akak pun ada masak 2 ekor ikan siakap sweet sour. Cuma 2 lauk nampaknya sebab sibuk nak siapkan bahan2 memasak untuk tempahan katering pulak. Itu pun anak2 dah cukup suka makan..air tangan emak lah katakan, mana ada anak yg tak suka makan air tgn maknya sendiri kan!!

Resepi udang ni adalah yang akak gunakan semenjak dulu2 lagi. Memang tak pernah berubah & tak pernah menjadi pun banyak sarang2nya tuu... Mungkin sebab akak pun jarang practice membuatnya, so jadi lah tahap itu saja. Tapi akak tak de kisah pun sangat ada sarang ke idak sebab yang penting rasanya sedapppp..(hehe..puji masakan sendiri..kekeke Boleh tengok resepi macam kat bawah tu...Selamat Memasak untuk keluarga tersayang sepanjang bulan puasa ni ya & banyak2lah bersabar sewaktu berada didapur !!!  ;-)


BAHAN BAHAN
  • 21 ekor udang saiz agak besar 
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar minyak 
  • 3 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
  • 5 sudu besar susu cair
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 8 tangkai cili padi dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit garam 
  • dan gula (jika perlu)

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Lumurkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam, panaskan sedikit minyak masak dan goreng udang sehingga cukup masak. Jangan goreng terlalu lama nanti tak sedap, 3 minit sudah cukup. Angkat dan ketepikan dulu
  2. Kocak2kan telur kuning sebentar. Cairkan mentega dan minyak terlebih dahulu. Apabila dah betul2 panas, perlahankan api dan masukkan telur kuning tadi dan kacaukan tanpa henti dengan sudip atau senduk sehingga telur agak garing keemasan
  3. Angkat telur dan toskan terlebih dahulu
  4. Dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, hirisan cili padi & daun kari sehingga naik aromanya
  5. Kemudian, masukkan susu cair, diikuti dengan garam dan sedikit gula. Kacau2kan biar sebati
  6. Masukkan udang goreng tadi, kacau biar betul2 rata dan bolehlah diangkat 
  7. Yang terakhir taburkan serbuk telur kuning tadi di bahagian atas udang dan sedia untuk dihidangkan


Wednesday, February 1, 2012

UDANG MASAK KARI SAMBAL BELACAN


Assalamualaikum....Bertemu semula dengan menu kari udang yang pedas meletup ni. Sesiapa yang tak tahan pedas tu jangan dekat2, nanti berasap telinga kalau termakan kari akak ni. Takde laa, gurau je. Akak buat kari ni ada letak sambal belacan sikit, emmm sedap tau kari udang ni. Kalau dicicah dengan capati ataupun roti canai memang terangkat. Dan kalau dah disimpan semalaman bertambah2 lagi kelazatannya. Sorry yea, tukang masaknya puji lebih2 pulak kali ni..Tak boleh lama2 di sini nampaknya, jom jemput makan.... :))


BAHAN BAHAN
  • 30 ekor udang sederhana besar (dikupas sikit bahagian kulitnya)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu besar sambal belacan (buat mcm biasa tapi dikisar halus)
  • 5 tangkai cili padi dibelah tengahnya
  • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 3 biji ubi kentang dibelah 4 setiap satunya
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Sedikit garam & gula sebagai perasa

Bahan yang perlu dikisar bersama2 dengan sambal belacan
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

Bahan penumis
  • 3 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 cm hali dihiris halus2 memanjang
  • 1 sudu kecil halba campur

CARA MEMBUATNYA

  1. Mula2, panaskan 3 sudu minyak masak & tumiskan semua bahan2 penumis sehingga garing lalu dimasukkan bahan2 yang dikisarkan bersama termasuk sambal belacan, kacau2kan selalu dan biarkan ia sebentar sehingga naik aromanya
  2. Apabila dah cukup garing bahan2 tadi, masukkan serbuk kari ikan (tak perlu campur air pun takpe) kacau2kan biar rata, biar hingga agak garing dan mesra rempahnya
  3. Masukkan pula ubi kentang, kacau2kan dan diikuti dengan santan, sesekali kacau & tunggu sehingga ubi kentang tu empuk baru la dimasukkan pula udang, cili padi & buah tomato 
  4. Yang terakhir masukkan air asam jawa, garam & sedikit gula, biarkan ia mendidih sebentar. Memasak udang tak perlulah terlalu lama. 5 minit dah cukup untuk udang bersaiz sederhana masak dengan sempurna.Tutupkan api & sedia untuk dihidangkan.

Sunday, July 10, 2011

UDANG GALAH MERAH SERAI BEREMPAH


Assalamualaikum...Tentu semua sedang sibuk menyiapkan hidangan makan tengahari kan! Atau pun mungkin ada yang tengah menjamu selera bersama keluarga tercinta..Bagi akak pula, makan tengahari adalah sekitar jam 2-30 ke 3.30 ptg, lambat kan! Tapi macam tu lah kebiasaannya.



Udang galah sungai ni memang manis rasa isinya. Anak2 suka masakan kering macam ni, walaupun bagi akak lebih suka jika dimasak lemak cili api...Anak2 ni memang suka dapat meratah udang galah, bila time nasi dah habis dipinggan masing2 tibalah sessi ratah meratah pulak...emmmm bab ratah2 ni faham2 aje lah sape yang ngajonye kan..hik2...tambah kat bahagian kepala udang galah ni...Alahai sedapnye

 
Oklah, style akak masak adalah macam resepi di bawah ni....
BAHAN BAHAN
  • 1 kg udang galah sungai
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula (boleh kurangkan tu..)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Kacang pea dalam tin secukupnya
BAHAN UNTUK DIKISAR BERSAMA2
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
CARA MEMBUATNYA
  1. Udang galah dibersihkan & ditoskan, lumur dengan sedikit kunyit dan garam lalu digoreng sehingga masak. Angkat & toskan
  2. Tumiskan semua bahan kisar dengan sedikit minyak masak, masukkan serbuk kari ikan & serbuk cili, kacau2kan sehingga naik aromanya & rempah agak garing
  3. Masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato, kacau sebentar, masukkan pula gula & garam secukupnya
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan udang galah tadi dan kacau biar sebati & mesra dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan kacang peas dlm tin dan kacau2 sebentar & bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan..

Saturday, February 12, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

Assalamualaikum....Salam petang Sabtu buat semua yang sudi ke sini. Dah minum petang ke belum? Akak ni baru tengah2 dok fikir2 apa nak buat utk makan petang ni, yg simple2 je kot.
Sambal tumis udang petai ni akak masak tengahari tadi. Hari tu ada tempahan katering, salah satu menunya sambal udang ni la, tapi entah kenapa akak rasa tak puas hati sebab tak berapa pedas sambalnya tu, mcm tak ngancam je...Biasa la akak ni kalau masak sambal2 mcm ni kalau tak pedas sendiri yang terasa tak puas hati. Reason tak buat pedas tu sebab takut ada yang tak gemarkan pedas. So, kali ni buat yang betul2 pedas baru terangkat...
Resepinya seperti di bawah ni yea....
BAHAN BAHANNYA
  • 1 kg udang sederhana besar, dipotong bahagian kepala & dibersihkan & ditoskan
  • 5 papan petai, dikopek isinya seperti biasa
  • 3 senduk besar cili kering kisar
  • 10 biji bawang merah *
  • 1 labu bawang besar *
  • 5 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 sudu makan belacan
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • 1/4 cawan santan pekat
  • 3 biji buat tomato dibelah 4
  • Bawang besar dipotong bulat2
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Kisarkan kesemua bahan bertanda * sehingga betul2 lumat
  2. Panaskan 1 senduk minyak, masukkan belacan & goreng sebentar je
  3. Masukkan semua bahan kisar termasuk cili kering kisar dan tumiskan agak lama & biarkan ia agak garing
  4. Masukkan udang dan kacau2kan biar sebati dengan sambal tadi
  5. Diikuti santan pekat, buah tomato dan bawang besar, kacau2kan lagi
  6. Yang terakhir baru masukkan petai, garam dan gula secukup rasa
  7. Boleh la ditutup api apabila sudah mendidih dan sambalnya pekat.

Tuesday, February 1, 2011

TOM YAM UDANG GALAH

Assalamualaikum, semua org dah tido nampaknye tuuu...Logik la kan dah tido sebab dah nak pukul 12 tgh malam ni. Lain la macam akak selagi tak pukul 1-2 pagi jangan harap la nak tido. Tapi bukan sebarangan tak tido tau. Nanti ada pulak yang ingat keja akak malam2 pergi curi ayam rumah jiran pulak..wahaha..acah je tu!!! Akak tidur lambat sebab ada agenda akak yang tersendiri ok...Tak payah bagitau la kat sini eh!
Udang galah masakan my hubby yang suka menunjuk2 kehandalannya memasak di dapur. Suami akak ni memang semenjak zaman anak teruna suka masak memasak. Kalau kat tempat kerjanya dulu, sempat lagi buat dapur mini kat bahagian belakang bank, sempat lagi main masak2 pulak dia kat tempat keja. Tapi takpe la sebab dia boss kat situ. Sape berani nak marah kan! Kalau kat bank akak dulu pulak jgn berangan la nak buat mcm ni...Cari nahas namanya weh... So, bila dia masak2 kat bank tu semua staff akan dapat merasai masakannya tu yang sememangnya sedap...Takpe kan puji laki sendiri!
Wokey la..resepi macam kat bawah ni...Selamat Tidooo...Tata titi tutu....
BAHAN BAHAN
  • 1 kg udang galah
  • 3 ekor sotong dipotong kecil2
  • 5 sudu besar pes tom yam
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 labu bawang besar jenis holland dipotong bulat
  • 1 hirisan lengkuas diketuk
  • 3 batang serai diketuk2
  • 10 bji cili padi diketuk2
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 tangkai ketumbar dihiris2
  • 3 biji tomato dibelah 4
  • 5 jagung muda dipotong kecil
  • Bunga kobis secukupnya
  • Garam jika perlu
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan pes tom yam sampai naik bau
  2. Masukkan serai, cili padi, & pati ikan bilis dan kacau2kan
  3. Tambahkan air secukupnya, jgn banyak sangat biar pekat2 sikit baru terangkat
  4. Dah mendidih kejap tu masukkan sos ikan diikuti udang galah & sotong, biarkan ia mesra dengan kuahnya sekejap. Sotong tu sebagai penambah rasa je...
  5. Agak2 dah nak mendidih cepat2 masukkan tomato, diikuti bunga kobis, jagung muda, bawang besar & terakhir sekali daun ketumbar & daun limau purut
  6. Biar dia mendidih sebentar je, terus tutup api & sedia untuk dihidangkan
Syioknya hirup kuah tomyam ni musim sejuk2 gini...

Saturday, December 4, 2010

UDANG GALAH MAMAK

Salam semua....kat sini akak tayang udang mamak yang akak masak semalam...Kebetulan ada udang galah sungai yang hubby beli kat pasar tani yg tersangat freshnya. Untuk hari ni pulak xde main masak2 sebab nak ikut hubby ke KL...Dapur kita cuti kejap ya!!! Ok laaa...akak nak bersiap ni, jumpa lagi selepas beberapa hari yea!!! Sayaaanngg semuaaaa!!!!

Sumber : Mesra.net - Nazirah Jamaludin

BAHAN-BAHANNYA

  • 1 kg udang galah
  • 1 labu bawang besar dicincang dadu halus2
  • Sedikit halia dicincang halus
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 batang serai diketuk2
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
  • Bahan penumis 4 sekawan secukupnya
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 gelas santan pekat
  • 2 sudu sos tomato
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya

  1. Mula2 gaul udang dgn sedikit kunyit dan gorengkan separuh masak, ketepikan dulu
  2. Gunakan minyak gorengan udang tadi dan tumiskan semua bahan2 penumis, serai, daun pandan dan bahan yang dicincang halus dan tunggu hingga kekuningan
  3. Masukkan pula rempah kari daging dan sos tomato dan tunggu hingga sedikit garing
  4. Diikuti santan pekat dan kacau2kan
  5. Masukkan udang goreng tadi dan gaulkan sebati
  6. Masukkan sedikit garam dan kunyit ikut kesesuaian rasa masing2 dan gaul2kan sebentar
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Tuesday, November 2, 2010

RENDANG PEDAS UDANG GALAH SUNGAI

Salam buat semua yang akak sayangi...ada tak yang akak tak sayang? Jawapnya takde..sebab akak ni memang penyayang orangnya tau...(rasanye semua yang rapat dgn akak dah tau..cececeh) Sayang...SAYANG...SaYaNg...Hari ni mood tersangat la baik sampai kucing2 pun nak akak cium2 semuanya..Ngeee Al kisahnya kat gambar tu udang galah yang akak masak pagi tadi. Pagi2 lagi hubby dah beli udang galah kat Pasar Tani..katanya udang galah sungai. Besar2 udangnya you....Emmm...terus masak je lah, sebab kalau simpan2 dalam fridge dah tak fresh la kan!
RESEPINYA
1 kg udang galah sungai
10 biji bawang merah *
1 biji bawang besar *
5 biji bawang putih *
2 cm halia *
1 cm lengkuas *
2 batang serai *
1 cm kunyit hidup *
3 biji buah keras *
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan pekat
1 helai daun kunyit dihiris halus
1 keping asam gelugur
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak
  • Semua bahan bertanda * dikisar halus
  • Tumiskan dengan sedikit minyak sehingga kekuningan
  • Masukkan cili kisar, tambah sedikit air dan kacau2kan sehingga naik bau
  • Masukkan udang galah diikuti santan pekat dan kacau2kan selalu
  • Tunggu mendidih dan masukkan asam gelugur
  • Bila dah agak pekat kuahnya boleh masukkan kerisik diikuti garam dan gula secukup rasa
  • Yang terakhir baru masukkan daun kunyit, kacau2kan hingga rata dan boleh la ditutup api dan sedia untuk dihidang.

Sunday, October 24, 2010

UDANG GORENG MENTEGA

Salam petang Ahad...waaa bestnye hari ni, dapat berehat panjaaang kat rumah, lega rasanya!!! Besok akak dah kena bersilat lagi kat dapur kan! Haha...seronok tau bersilat kat dapur ni...Alhamdulillah, customer pun dah agak bertambah, walau tak seramai mana tapi pada akak ok la tuuu...Kalau datang ramai sangat berduyun2 akak pulak yang terrrpengsan nanti, camne kan..kan... RTH pun baru usianya 6 bulan...kalau baby yg 6 bulan tu cuba perhatikan, mana ada yang boleh berjalan maupun berlari lagi kan!! Jadi, biarkan slow n steady ya! Akak pun rasa seronok sebab sekarang akak tak terperuk je kat dapur. Kejap2 akak akan berlari2, terkejar2 ke depan dan dapat nyembang2 dengan customer walaupun tak lama. Hari Jumaat lepas ada sorang customer lelaki tu bagitau kat akak begini la lebih kurang..."Akak, saya ni macam dah ketagih pulak hari2 nak pekena kari akak ni, amenda yang akak bubuh?" Akak cuma sempat jawap dengan memberikan senyuman yang sangat manis + kelat2 gitu...manis sebab memang dah natural kan, nak buat camne...(perasannya ko ni...)dan kelat sebab masa tu ramai customer non stop sampai berpeluh2 dahi depan customer, eeeiii tak suka kan peluh2 depan orang! Apa pun akak puashati bila customer puas makan masakan air tangan akak ni. Syukur, Alhamdulillah... Udang mentega tu salah satu hidangan yang dimasak untuk makan tengahari tadi. Sengaja masak banyak untuk anak2 meratahnya pulak...haha..perangai meratah ni dah mama yang ajar nak buat macamana kan!! Resepi yang amat mudah disediakan, jom makan udang... BAHAN-BAHANNYA 1/2 kg udang bersaiz agak besar 2 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 6 biji cili padi dihiris2 3 biji kuning telur Garam dan kunyit
  • Udang yang dah siap dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan kunyit dan digoreng dengan sedikit minyak
  • Masukkan pula cili padi dan daun kari kedalam gorengan udang tadi
  • Bila udang dah masak angkat kesemuanya
  • Didalam minyak yang sama masukkan mentega dan panaskan ia supaya cair
  • Bila dah betul2 panas, tutupkan api
  • Masukkan kuning telur yang dah dipukul ke dalam mentega cair tadi sedikit demi sedikit
  • Kacau2kan sehingga jadi garing lalu diangkat dan ditoskan
  • Taburkan kuning telur ni di atas udang goreng tadi dan boleh la dihidangkan

Saturday, June 12, 2010

UDANG GORENG RANGUP

Salam Sabtu yang indah....tengah cuti sekolah ni dapur akak nampaknya lebih sibuk dari biasa. Mana taknya, anak2 dok asyik ulang alik ke dapur dan macam2 pulak mintak nak makan. Sebagai ibu yang nak kata rajin tak la sangat tapi akak memang tak pernah rasa jemu melayan karenah makan anak2. Rasanya semua ibu2 pun begitu kan..kan...Kadang tu tengah2 malam depa mintak pun akan akak masakkan..Nasib baik takde yang kena obesiti! Gambar kat atas tu udang goreng rangup kegemaran family akak. Nak buat pun senang je..cuba tengok resepi tu kalau tak percaya..senang je kan!
UDANG GORENG RANGUP
1/2 kg udang besar
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur dibancuh dgn 1/2 cwn susu segar
Sedikit garam
1 sudu makan serbuk perencah Hilal
Caranya senang sangat..campurkan semua bahan2 dan gaul sehingga sebati dengan udang2 yang telah ditos hingga betul2 kering. Masa nak goreng tu, masukkan udang seekor dengan memegang ekornya..celupkan badannya dulu, tak lama kemudian baru lepaskan udang ke dalam minyak. Goreng la sehingga betul2 garing. Ni kalau ratah je pun sedap..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...