Saturday, December 4, 2010

UDANG GALAH MAMAK

Salam semua....kat sini akak tayang udang mamak yang akak masak semalam...Kebetulan ada udang galah sungai yang hubby beli kat pasar tani yg tersangat freshnya. Untuk hari ni pulak xde main masak2 sebab nak ikut hubby ke KL...Dapur kita cuti kejap ya!!! Ok laaa...akak nak bersiap ni, jumpa lagi selepas beberapa hari yea!!! Sayaaanngg semuaaaa!!!!

Sumber : Mesra.net - Nazirah Jamaludin

BAHAN-BAHANNYA

  • 1 kg udang galah
  • 1 labu bawang besar dicincang dadu halus2
  • Sedikit halia dicincang halus
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 batang serai diketuk2
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
  • Bahan penumis 4 sekawan secukupnya
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 gelas santan pekat
  • 2 sudu sos tomato
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya

  1. Mula2 gaul udang dgn sedikit kunyit dan gorengkan separuh masak, ketepikan dulu
  2. Gunakan minyak gorengan udang tadi dan tumiskan semua bahan2 penumis, serai, daun pandan dan bahan yang dicincang halus dan tunggu hingga kekuningan
  3. Masukkan pula rempah kari daging dan sos tomato dan tunggu hingga sedikit garing
  4. Diikuti santan pekat dan kacau2kan
  5. Masukkan udang goreng tadi dan gaulkan sebati
  6. Masukkan sedikit garam dan kunyit ikut kesesuaian rasa masing2 dan gaul2kan sebentar
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

2 comments:

  1. Salam Maal Hijrah Azlina.
    Tergoda betul la tgk Udang galah mamak ni....

    ReplyDelete
  2. Wsalam Azian, tq sudi dtg kesini yea!!! Sesekali tukar pulak masakan mamak best jugak..
    Salam Maal Hijrah juga untuk Azian sekeluarga

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...