Showing posts with label PERUT LEMBU. Show all posts
Showing posts with label PERUT LEMBU. Show all posts

Monday, January 30, 2012

JAWAPAN & PEMENANGNYA IALAH ........


Assalamulaikum & anda semua apa khabar? Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah, baru ada kelapangan maka dapatlah akak kembali lagi disini dengan jawapan kepada soalan teka meneka di n3 lalu. Eloklah terlebih dahulu akak ucapkan terima kasih kepada kesemua anda yang sudi datang meneka. Ramai yang teka gulai telur ikan, dan ada juga diantaranya yang meneka dengan betul.  Dan jawapannya adalah GULAI TEMBUSU iaitu salah satu masakan Padang.

Yang pasti pemenang sudah dipilih, iaitu yang paling terawal meneka sekali sahaja dengan tepat. Pada awalnya ingat nak bagi seorang je jadi pemenang, tapi setelah diambilkira ketepatan nampaknya ada 2 pemenang. Nama peneka yang bertuah tu ialah  

  1. MADIHAA AKA RATNA
  2. NOR ZEE 


Hadiah akan dikirimkan secepat mungkin tapi eloklah akak berhubung terus dengan mereka supaya dapat dipilih dahulu yang mana satu berkenan dihati, lagi best kan dapat pilih2... ;) Nanti bila dah dipilih, hadiah tu akan akak tunjukkan disini...Harap dapatlah segera hubungi akak dgn memberikan alamat email yea.. :))



GULAI TEMBUSU

SUMBER : SISIPAN MAJALAH MINGGUAN WANITA

Bahan bahannya

  • 250 g tembusu / usus lembu
  • 5 biji telur
  • 10 biji bawang merah
  • 30 ulas bawang putih
- semua bahan diatas dikisarkan
Bahan bahan lain
  •  2 sudu cili giling
  • 2 cawan santan
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 helai daun salam
  • 2 batang serai
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • 3 buah pelaga
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 liter air
  • Garam & gula secukup rasa

Cara Penyediaan Usus :
  1. Keluarkan isi usus
  2. Kemudian, cuci usus lembu hingga bersih
  3. Ikatkan hujung usus dengan tali plastik (sebelah sahaja)
  4. Masukkan bahan yang dikisar
  5. Setelah diisi penuh, ikat hujung usus di sebelah lagi
  6. Rebus usus tadi hingga menjadi keras
  7. Setelah itu, tos dan potong mengikut citarasa
Cara Membuatnya
  1. Tumiskan bahan2 yang dikisar hingga kekuningan
  2. Masukkan daun-daun hingga terbit bau wangi
  3. Masukkan rempah ratus dan serbuk ketumbar bersama cili giling. Tunggu hingga keluar minyak
  4. Tuangkan air
  5. Setelah mendidih, masukkan tembusu
  6. Tuangkan santan dan masukkan garam serta gula
  7. Tunggu seketika agar ia masak sepenuhnya

Saturday, April 16, 2011

MASAK LEMAK CILI API PERUT LEMBU DAN PERIA

Assalamualaikum...Salam petang Sabtu yang membahagiakan buat semua yang hadir di sini. Kadang2 bila dah tiap2 hari memasak tak henti2 tu sesekali otak pun dah jadi bingung nak masak apa kan...setuju tak? Sedangkan semangat nak memasak tu sentiasa berkobar2 & tak pernah padam. Semakin bersinar rasanya...So, apakata perut lembu ni akak masak lemakkan dan dicampurkan sayur kesukaan akak iaitu, peria.....emmmm sedapppp! Ada orang tu juih2 bibir bila terbaca buah peria, akak nampak tuuuu..hik2..


Ragam orang bila tengok lauk ni....emmmmm ada yang ambil perut lembunya je, ada yang ambil perianya aje & yang tengok aje tak ambil langsung pun ada. Reasonnya sebab ada cik peria tu, takut pahit katanya...Ishhh3..rugi lah kome tak reti memakannya... :)


Resepi seperti dibawah & selamat mencuba bagi yang berminat...

BAHAN BAHAN
  • 1kg perut lembu (direbus sebentar sampai lembut)
  • 1 buah peria
  • 1 batang serai diketuk2
  • 2 cili merah dibelah tengah
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 mangkuk santan pekat
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 3 helai daun limau purut
Bahan yang perlu kisar :
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 2 hirisan lengkuas
  • 10 biji cili padi kampung
  • 1 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA
  1. Potong perut lembu sederhana kecil
  2. Buah peria dibelah tengah, guna sudu dan keluarkan biji dibahagian dalamnya. Hiriskan sederhana nipis dan rendamkan dengan 1 sudu teh garam selama 20 minit,toskan
  3. Panaskan 1 senduk minyak masak dan tumiskan semua bahan kisar, serai & jintan manis sehingga naik aromanya
  4. Masukkan perut lembu dan kacau2kan biar sebati, diikuti peria dan kacau2 lagi
  5. Masukkan santan pekat dan kacau2kan selalu
  6. Apabila peria sudah lembut masukkan cili merah & tomato, diikuti gula dan garam secukupnya
  7. Biarkan ia mendidih perlahan2 sambil dikacau2 selalu
  8. Masukkan daun limau purut dan kacau sebentar saja dan terus ditutup api
  9. Sedia untuk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...