Assalamualaikum buat semua...seronok hari Ahad ni kan! Ditambah dengan keriuhan anak2 sepanjang cuti persekolahan yang baru bermula ni. Bagi anak2 akak ni depa dah faham, walaupun cuti sekolah tak bermakna depa boleh nak lazy2 depan tv sepanjang masa. Seperti biasa waktu cuti sekolah akak dah sediakan jadual waktu untuk depa ikuti. Setiap anak2 dah diberi tugasan dan tanggungjawap masing2 untuk setiap hari sepanjang cuti sekolah ni. Alhamdulillah anak2 pun tiada bantahan dan setiap tugasan dilaksanakan dengan baik walaupun harus diingat2kan selalu. Biasa la budak2, kalau kita terlalai depa pun sama ikut lalai jugak...Jadi, kalau dengar akak membebel kat rumah tu bukannya apa cuma sekadar mengingatkan anak2 supaya tak terus leka.
Ok lah, kat gambar tu ketam yang akak masak untuk makan tengahari. Ketam ni sederhana je besarnya tapi isinya agak padat la jugak. Memang puas makan....Ketam adalah salah satu hidangan yang sangat diminati oleh anak2 akak. Mesti masak lebih sebab depa ni tak sah kalau tak meratah ketam tu...(entah perangai sape depa ikut tu.....ngeh2) Ok la, resepinya kat bawah ni:
BAHAN-BAHANNYA
- 10 ekor ketam
- 8 biji bawang merah )
- 5 biji bawang putih ) dikisar
- 2 cm halia ) bersama2
- 1 batang serai )
- 2 cm lengkuas diketuk2
- 1 batang serai diketuk2
- 1 sudu besar rempah kari ikan
- 1 sudu besar cili kering kisar
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 biji nenas dipotong kecil2
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 biji cili merah dibelah 2
- 1 biji tomato dibelah 4
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMBUATNYA
- Ketam dibersihkan dan lumur dengan sedikit garam dan kunyit lalu digoreng sampai masak dan ketepikan dulu
- Tumiskan bahan2 kisar, lengkuas dan serai yg diketuk2 dan rempah kari dengan lebihan minyak goreng ketam tadi
- Masukkan pula cili kering kisar, jintan manis dan jintan putih dan tamabah sedikit air sekiranya terlalu kering dan masak hingga garing dan naik baunya
- Masukkan santan, tunggu mendidih kejap dan masukkan nenas, cili merah dan tomato diikuti ketam dan kacau2kan selalu
- Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula ikut kesesuaian citarasa masing
- Bila dah mendidih boleh la ditutup api dan sedia untuk dihidangkan
kalau akak masak ketam tak boleh pedas, tu yg boring sb anak tak makan....
ReplyDeletennti nak cuba resepi ni utk akak laki bini je!
Kak Zana, sama la mcm saya, kalau tak pedas tak puas makan..nanti cuba la, tak de la pedas sgt, sederhana je..budak2 boleh tahan rasanya!
ReplyDelete