Sunday, November 21, 2010

KARIPAP AYAM

Petang tadi, akak buat karipap ni...Masa buat karipap ni anak2 duduk keliling akak perhatikan aje mama membuatnya sebab takde yang reti nak menolong pun...yg tolong kacaunya ramai. Yang bertanya "bila nak siap ni mama?" beratus kali pun ada sampai tertidur2 sebab dah kena marah. Dah siap je, akak terus call hubby suruh balik cepat sebab nanti habis kena serbu. Tak buat banyak pun, dapat lebih kurang 25 ketul. Actually akak buat karipap ni untuk balas pinggan jiran sebelah rumah tapi anak2 akak yang lebih2 makan. Mungkin sebab depa dah kepenatan selesaikan tugasan membasuh kereta mama dan mop lantai bilik tidur...Terima kasih anak2ku sayang sebab tak pernah membantah dengan suruhan mama mu ini....

BAHAN2 UNTUK INTI
  • Isi ayam bahagian dada secukupnya dipotong kecil2
  • 10 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 tangkai daun sup dihiris halus (tak letak pun takpe)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • Sedikit garam dan gula
BAHAN2 UNTUK KULIT KARIPAP
  • 1 kg tepung gandum
  • 5 sudu besar marjerin
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi ghee
  • 1 sudu teh garam halus
  • 350 ml air suam
CARA MEMASAK INTI KARIPAP
  1. Mula2 gorengkan ubi kentang dulu sampai empuk dan ketepikan
  2. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan daun kari, bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
  3. Masukkan isi ayam dan goreng sebentar baru masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air supaya tak kering sangat
  4. Masukkan daun sup dan ubi kentang dan kacau2kan sehingga sebati
  5. Akhir sekali baru masukkan garam dan gula secukup rasa dan padamkan api
CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP
  1. Campurkan semua bahan2 kecuali tepung dan air suam dalam periuk dan panaskan hingga cair semuanya
  2. Tuangkan kesemuanya ke dalam tepung gandum yang sudah diayak terlebih dahulu
  3. Masukkan pula air suam sedikit demi sedikit sambil diuli tepung hingga jadi doh
  4. Rehatkan doh selama 15 minit
CARA MEMBUAT KARIPAP
  1. Canaikan doh jangan terlalu tebal dan gunakan penerap bulat dan terap satu persatu hingga habis adunan doh tadi
  2. Masukkan inti karipap di bahagian tengah secukupnya dan kelimkan bahagian tepi sekelilingnya
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng dengan minyak yang tidak terlalu panas
  4. Kulit karipap akan jadi tak cantik jika minyak terlalu panas
  5. Angkat dan toskan dulu minyaknya dan boleh la dihidangkan

3 comments:

  1. salam kak...
    karipap..bestnyer...fav food ni..x pernah ler buat...takut pastri dia keras...kena cuba gak nnti satu hari nnti...akak...ader award tuk akak..nnti amik kt umah saya ekkk..:)

    ReplyDelete
  2. Wsalam Akma, kalau dah suka kena la buat...jgn risau takkan keras kalau ikut betul2 sukatannya..owh ada award utk akak ya...ok3 nnt akak g ambik..tenkiu3!

    Zakiah, karipap comey mcm tukang buatnye jugak...actuallykan, tukang buatnya dah terlebih2 comey lepas raya ni...huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...