Monday, November 15, 2010

PAI AYAM & CENDAWAN

Assalamualaikum...malam2 gini makan pai ayam yang tersangat la yummy...dah abis dah ni, jadi tak boleh nak mintak2 ya! Jangan marah...Buat pai ni waktu perut anak beranak dah kelaparan tambahan hari hujan pulak tu, tgh sejuk2 ni rasa macam kat Cameron Highlands pulak..dapat pulak makan pai ayam ni tengah panas2, cuba bayangkan! Takpe3, sape teringin nak makan boleh la cuba buat sendiri ya. Bukannya susah pun. Intinya tu kalau taknak letak ayam boleh tukar kepada tuna, udang atau daging... 

BAHAN-BAHANNYA
PASTRI PAI
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan shortening
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan air ais
INTI PAI
  • 2 ketul isi ayam bahagian dada di potong kecil2
  • 1 tin sup ayam cendawan
  • 10 biji cendawan butang dalam tin dihiris nipis2
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis2
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 5 sudu besar susu segar (takde pun tak pe ok)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 keping keju dipotong kecil2
CARA MEMBUATNYA
  • Ayakkan tepung gandum dan garam bersama2 sebanyak 2 kali
  • Masukkan shortening dan mentega ke dalam tepung tadi dan gaul secara perlahan sehingga jadi berderai seperti serbuk roti
  • Masukkan air ais sedikit demi sedikit, uli tepung secara perlahan2 dan tak perlu diuli lama2, asalkan dah jadi doh cukup la
  • Bungkuskan dalam plastik dan masukkan dalam fridge selama 20 minit
  • Untuk intinya: panaskan mentega dan tumis bawang besar dan isi ayam sehingga kekuningan
  • Masukkan cendawan butang, lada hitam dan susu segar diikuti sup ayam cendawan dan kacau2kan hingga sebati
  • Bila inti dah pekat, masukkan gula dan sedikit garam ikut citarasa masing2 dan boleh la ditutup apinya
  • Keluarkan pastri dari fridge dan bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian ukurannya besar sedikit dari bekas pie dish & 1 lagi bahagian cukup untuk menutup bahagian atas pai nanti, canaikan pastri dengan ketebalan sederhana
  • Masukkan bahagian yang lebih besar ke dalam bekas dan tekan2 sedikit di sekeliling bahagian tepi
  • Tuangkan kesemua inti pai ke dalam pastri tadi, taburkan potongan keju di bahagian atas inti
  • Tutupkan permukaannya dengan sekeping lagi pastri dan kelimkan bahagian tepi supaya melekat kuat
  • Cucuk2 dengan hujung garfu supaya pai tak mengembung semasa dibakar nanti
  • Panaskan oven 200C dan masukkan pai dan dibakar selama 1 jam atau sehingga nampak garing permukaannya
  • Bila dah diangkat biarkan dulu selama 20 minit baru la boleh dipotong dan dihidangkan.
Rangup, lemak & berkrim.......

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...