Sunday, November 7, 2010

JUS EPAL ASAM BOI

Jom minum jus epal asam boi...emmmm lega tekak dapat minuman macam ni kan!! Ni yang akak buat untuk minum2 selepas lunch tadi. Tengah takde keja tadi belek2 entry masak2 akak baru terperasan belum ada satu pun minuman yang masuk kat sini. Bukanlah sebab akak ni tak pernah buat minuman ya, baru iye tuuu.... Takpe lah since blog ni pun usianya baru bape bulan je kan, belum terlambat lagi, betul tak? Okay, terimalah minuman pertama kat sini untuk semua pembaca yang tersayang....
BAHAN-BAHANNYA
  • 1 biji epal hijau
  • 2 biji asam boi
  • 3 sudu besar sirap gula
  • 1 gelas air masak
  • Air batu hancur secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Epal hijau dikupas kulitnya dan dibuang bijinya lalu dipotong kecil2
  2. Masukkan kedalam juice blender sekali dengan sirap gula dan air masak
  3. Blend kan sehingga betul2 sebati dan hancur epalnya
  4. Ambil jusnya dan tuangkan ke dalam gelas
  5. Masukkan asam boi dan diikuti air batu hancur dan sedia untuk dinikmati
I like!!!......U like ????

3 comments:

  1. Salam Azlina,
    sedapnya tengok air apel asam boi tu. Chicken blackpepper tu makan ngan nasi putih ke atau makan macam tu je

    ReplyDelete
  2. i like...


    kak,sajer tau nak suruh ayu salsema semula..hehehehe....
    sajer jer...gurau-gurau,,,but so nice lah..tentu sedap..lagilah apple hijau memang menyegarkan..

    ReplyDelete
  3. Wsalam kak Aidah, iya kak...sedap air epal tu, segelas tak cukup punya! Ayam tu mkn dgn nasi putih la kak, tp kalau nak diratah2 gitu aje pun ok jugak..betul tak??

    Ayu pun like ya, yea yea (sambil lompat2 & tepuk2 tgn) leh geng dgn akak nie!! take care ya Ayu!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...