Sunday, November 14, 2010

AYAM PANGGANG BEREMPAH AIR TANGAN HUBBYKU...

Assalamualaikum semua....Salam petang Ahad, mudah-mudahan semuanya sihat2 ya. Ni akak nak tunjuk ayam panggang air tangan hubby. Wah....jenuh juga akak dan anak2 menunggu dengan sabarnya ayam panggang ni. Akhirnya dah dekat pukul 3 petang baru la kami sekeluarga makan tengahari. Hubby akak kalau bab panggang memanggang ni memang minat sangat la dia...Resepinya :
  • 1 ekor ayam di belah 4 bahagian (direbus 3/4 masak & toskan ayam, simpan air rebusan)
  • 10 biji bawang merah *
  • 4 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 biji buah keras *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 2 batang serai *
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 batang serai diketuk2 & diikat bersama2 (digunakan utk sapu bahan pes panggang pada ayam nanti)
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 sudu besar gula ( boleh tambah ikut kesesuaian rasa)
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Semua bahan yang bertanda * hendaklah dikisar bersama2 hingga betul2 lumat
  2. Panaskan 1 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga kekuningan
  3. Masukkan pula pes cili kering, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar dan boleh tambah 1 cawan air rebusan ayam, tunggu hingga agak garing
  4. Masukkan pula santan pekat dan kacau2kan hingga kuah menjadi betul2 pekat.
  5. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa dan bila dah sebati rasanya bolehlah ditutup api
  6. Ayam yang dah direbus 3/4 masak tadi dikelar2 sedikit pada permukaannya
  7. Lumurkan ayam dengan pes ayam panggang yang dah kita masak tadi secukupnya, baki pes simpan untuk disapu semasa proses memanggang nanti ya..
  8. Perap selama 1 - 2 jam supaya rasa rempah sebati dengan isi ayam
  9. Sediakan tempat memanggang dengan bara api yang sederhana boleh la mula memanggang ayam tu (gunakan alat memanggang yang sesuai ok)
  10. Gunakan serai yang dah diketuk2 dan diikat bersama2 tu untuk menyapu baki pes pada ayam yang sedang dipanggang
  11. Alih2kan semasa memanggang ayam dan boleh la diangkat bila dah cukup garing, tak perlu terlalu lama kerana ayam dah 3/4 masak, kalau lama sangat isi ayam dah tak sedap, hilang jusnya...

Sedap betul ayam panggang air tangan babah ni.....

Kita cicah dengan air asam ni, lagi la terangkat....

Owh....patut la lambat Yang ooi...ikan keli turut jadi mangsa panggang. Emmm sedap3...

7 comments:

  1. salam..wah sedap nampak ayam panggang hasil tgn hubby azlina nih..psstt sekali sekala bleh monteng masak ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Azlina,
    kalau anak2 akak tengok ni mesti they all suruh buat. They all ni memang suka sesangat makan ayam panggang

    ReplyDelete
  3. wah,,

    seronok sangat bila suami yang sediakan menu panggang nie..
    bilalah ayu nak rasa air tangan en zalie..heheheheh


    kirim salam kat en suami eik..sangat2 best...lagilah sambal cecah tu..meleleh ooooo

    ReplyDelete
  4. Wsalam lina, betul3..skali skala tringin mkn masakan air tgn org lain, air tangan sendiri je dah jemu la...

    Wsalam kak Aidah, buat la kak....bukannya susah pun kan!! suka tengok anak2 berselera makan air tgn babah depa tu...hehe

    Ayu, ha....nanti en zalie dah mula msk takut Ayu pulak tak termakan nanti..sekali sekala je suami akak dpt msk2 camni, bukannya slalu pun..

    ReplyDelete
  5. salam kak ina..
    aduhai...meleleh ayor liur skali lagi tgk ayam dan ikan keli panggang ni..cicah pulak ngan air asam...peh!!!x igt org blkg dah..:)

    ReplyDelete
  6. salam kak...
    rajin hubby akak masuk dapur. klu hubby ina dh sah2 ajak pi kedai aje. hahaha...

    ReplyDelete
  7. Wsalam Akma, kalau balik kampung nanti boleh la buat untuk famili, tentu depa suka air tangan Akma ni...:D

    Wsalam Ina, hubby akak tu mmg hari2 masuk dapur, tapi msk sekali sekala je...hehe! xpe la ina, biar ina je yg buat utk hubby ina yg tercayang tu, makin cayaaaang dia kat ina tau!! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...