Wednesday, August 24, 2011

BISKUT CREAM CAL


Assalamualaikum...Biskut raya kali ini adalah resepi turun temurun dari emak akak. Setiap kali menjelang raya biskut ini mesti ada dalam list. Emak akak ni jenis yang rajin ke dapur. Kalau bab buat biskut raya ni setiap tahun mesti ada berbelas2 jenis kuih raya. Memang seronok bila ingat time dulu2 waktu buat biskut raya, tapi sekarang ni akak memang tak dapat nak ikut kerajinannya tu. Emak akak pun sekarang ni langsung tak buat kuih raya sebab dia sendiri pun dah tak sekuat dulu..

Oklah, bagi yang minatkan mentega kacang mesti suka makan biskut ni. Waktu membakarnya tu memang harum semerbak satu rumah. Bagi yang rasa teringin nak cuba membuatnya, resepinya ada di bawah ni..... :)

BAHAN BAHAN
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan mentega kacang (peanut butter)
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur ayam ( ambil kuningnya saja )
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • Buah ceri merah secukupnya untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA
  1. Kacaukan gula dan mentega sehingga kembang, masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga betul2 rata
  2. Masukkan mentega kacang dan kacau biar sebati, diikuti dengan tepung gandum (ayak terlebih dahulu) dan baking powder, gaulkan biar rata kesemuanya
  3. Adunan tepungnya hendaklah berderai, bukan seperti doh
  4. Ambil acuan dan sapukan dengan sedikit mentega dulu, kemudian penuhkan dengan adunan tepung tadi sehingga penuh, tekan2kan sedikit saja
  5. Panaskan oven pada 170C dan bakar selama 15 minit atau sehingga agak gelap warnanya
  6. Keluarkan dari oven dan telangkupkan serta ketuk biskut perlahan2 supaya keluar dari acuannya
  7. Letakkan ceri yang dipotong agak kecil sebagai hiasana dibahagian tengahnya


4 comments:

  1. oooohhh..... biskut ni. hanim pun dah lama x buat. mmg sedap. hanim panggil biskut peanut butter

    ReplyDelete
  2. salam kak.. eee sedapnya lama x makan, masa zaman sekolah dulu2 tu mak zana rajin buat mmg sedap. tq kak share resepi ni..

    ReplyDelete
  3. Roses_Leo09..Akak pun dah lama tak mkn biskut ni, tu yang teringat nak buat. Alhamdulillah, sedap mcm yg mak akak buat..hehe :)

    Zana Sweet Rose..Ni mmg biskut org tua dulu2 kot, skrg jarang jumpa biskut ni kan! selalu mak akak yg rajin buat, skrg malas nak susahkn dia, baik buat je sendiri kalau teringin mkn..:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi melapangkan masa melayari AZLIYACOLLECTION.BLOGSPOT.COM

    Apa itu SAUNA OZON INFRARED dan kebaikannya kepada anda

    http://azliyacollection.blogspot.com/2011/09/sauna-ozon-infrared.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...