Tiba2 teringat pulak nak makan begedil ayam ni. Aisyyyy..ada2 je pulak teringat nak makan itu & ini. Nasib baik reti buat sendiri kalau tidak meleleh la air liur aiii sorang2..Buat begedil ayam ni petang tadi. Walaupun ketiadaan salah satu bahannya iaitu bawang goreng sebab dah tak sempat nak membuatnya. Biasanya rumah akak ni ada je stok bawang goreng yang akak buat sendiri, cari punya cari tak jumpa2 pulak bekas tupperwarenya tu...senang cerita tak yah letak laa...
Cara membuat begedil ni memang sangat2 simple & mudah, rasanya semua orang dah tahu kan! Tapi disebabkan akak sangat2 rajin malam ni so akak type kan aje lah di sini yea...Ramadan tinggal beberapa hari je lagi, rebutlah sebaik mungkin!!! :)
BAHAN BAHANNYA
- 2 ketulan isi ayam sederhana besar
- 8 biji ubi kentang
- 1 sudu teh lada sulah
- 3 sudu besar bawang goreng (akak tak letak...)
- 3 tangkai daun bawang dihiris halus
- 2 biji telur ayam
- 2 sudu besar tepung jagung
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
- Goreng isi ayam sehingga cukup masak dan tumbuk ataupun kisar sehingga lumat
- Ubi kentang dipotong agak nipis, goreng sehingga masak dan lenyek atau tumbuk sehingga lumat
- Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas
- Pecahkan sebiji telur dan kocak2kan sedikit lalu dimasukkan kedalam bekas tadi, gaulkan sehingga kesemua bahan betul2 rata dan sebati
- Bentukkan ia seperti yang dikehendaki sehingga habis kesemuanya
- Pecahkan sebiji lagi telur dan kocak2kan. Saluti setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an. Angkat & toskan. Sedia untuk dinikmati.
Ayam percik kt bwah tu nmpk sedap la kak.. Saya pun buat begedil jugak smlm. Begedil daging tapi...
ReplyDeleteIzahdaut...Aiksss ada tapi dot dot dot tu, apa la agaknya yea?? Hehe..tapi begedil daging memang sedap!!
ReplyDelete