Tuesday, August 9, 2011

DOUBLE CHOCOLATE PUDDING


Dah selesai semua urusan, boleh la rehat2kan diri kejap sambil jamah pudding ni. Kali ni akak buat sikit je, selalu tu memang akak buat lebih utk simpanan stok dlm fridge tu tapi memandangkan fridge dah sendat & padat  makanya cukuplah buat untuk sekali makan.

Pudding ni sedap dimakan sejuk2, kalau makan mesti tak cukup satu punya, aii tell yuuu! Rupa2nya dalam kesukaan akak sekeluarga makan pudding ada jugak orang yang tak berkenan memakannya. Baru pagi tadi dapat tahu...Awat la hang tak suka makan pudding ni, cuba habaq mai? Ke hang jeles tak dapat makan pudding ni..Tu la, mai la sini mesti dapat makan siap boleh kasi tapau bawak balik lagi...Saja2 nak menyakat kawan akak yg sorang ni..kot2 dia ada nak baca....

Sesiapa yang teringin nak makan tu boleh la tengok resepi di bawah ni, dan selamat mencuba. Tapi kalau tak suka makan pudding ni jgn jeling2 resepi ni tau, nanti kena cubit..haha...gurauan je ok!

BAHAN BAHAN (Akak buat separuh sukatan)
  • 25 g serbuk agar2
  • 5 biji kuning telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 300 g gula
  • Secubit garam 
  • 100 g coklat masakan
  • 100 g coklat putih
  • 2 sudu besar esen vanilla
  • 1 liter air
  • Sehelai daun pandan dicarik & disimpulkan
CARA MEMBUATNYA
  1.  Campurkan serbuk agar2 dengan air, gula & daun pandan, masak sehingga mendidih dan larut    kesemuanya, tutup api & keluarkan daun pandan
  2. Dalam bekas berasingan, campurkan telur, susu cair, tepung kastad & secubit garam,  kacau2kan sebentar & tapiskan
  3. Masak semula agar2 dan masukkan adunan diatas tadi sambil dikacau2kan, tunggu sehingga mendidih baru ditutup apinya
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyaknya
  5. Selepas itu, ambil coklat masakan biasa dan cairkan secara double boil, apabila sudah cair tuangkan ke satu bahagian agar2 & dikacau sehingga rata kesemuanya
  6. Buat perkara yang sama dengan coklat putih pula, tuangkan ke satu lagi bahagian agar2, kacau rata juga
  7. Ambil acuan agar2 dan tuangkan adunan agar2 berselang seli antara satu sama lain. Tunggu satu bahagian agak keras baru dituangkan bahagian yang lain pula. Buat sehingga habis kesemuanya
  8. Masukkan ke dalam fridge selama beberapa jam & sedia untuk dimakan.

6 comments:

  1. Azlina, nampak sedapnya pudding tu. Memang kena try ni utk dessert.

    ReplyDelete
  2. assalam ina, memang terramat sedap puding ni, rasa kecoklatan tu, nyam3x telan air liur kita

    ReplyDelete
  3. Harleena...nanti bila2 free tu cuba la buat, Insya Allah mmg sedap esp bila disejukkan terlebih dahulu.. :)

    Kak Rosaliza..Waalaikumussalam, xpe telan air liur x batal posa kan! Mmg sgt2 terasa coklatnya tuu.. :)

    ReplyDelete
  4. assalam...hmm mesti sedap puding ni tambah lak ada cekelet tu..kompom budak2 suka sangat..masuk list dulu

    selamat berbuka ya

    ReplyDelete
  5. rajinnya bt puding berlapis2 mcm tu..sy dah lama x bt..kena tunggu cuti la nmpaknya..:)

    ReplyDelete
  6. Lina_pg...Waalaikumussalam, mmg buat utk budak2 kat rumah ni..mak budak tumpang mkn sikit2 je. emmm confirm sedap ni... :)

    Deliah's Deli...acuan yg kecil2 bolehlah nak lapis2 cuba kalau acuannya besar gedabak pengsan jugak nak disiapkan..cuti nanti buat yea..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...