Tuesday, August 23, 2011

IKAN TILAPIA PANGGANG JINTAN BERSANTAN


Assalamualaikum...Tentu anda semua sedang sibuk menyiapkan biskut raya memandangkan tinggal beberapa hari je lagi hari raya Aidil Fitri akan menjelang tiba...Bagi akak memang sedang dalam proses menyiapkannya. Sepatutnya semalam dah siap 1 biskut tapi terlupa pulak nak ambil acuannya dari rumah emak. Petang semalam selepas dah siapkan semua bahan2 yang diperlukan di atas meja kerja, akak pun pi la cari acuannya dalam kabinet, cari punya cari tak jumpa2, rupa2nya acuan tu takde pun kat rumah...Ni gara2 excited sangat nak buat biskut raya la ni sampai acuan takde pun tak perasan...Akhirnya tersadai la projek biskut raya semalam.

So kat sini akak tunjukkan ikan tilapia yang akak panggang. Jemu sungguh dah nak makan ayam ni, tengok rupa ayam pun dah tak lalu...Ingatkan akak sorang je yang jemu rupa2nya anak2 pun sama...Bosan la mama hari2 makan ayam...kata Muzany yg 8 tahun umurnya tuu...Alhamdulillah reti pun bosan. Ikan ni akak panggang atas non stick pan je yang bersaiz besar, dilapik dengan daun pisang. Aroma dia waktu membakar memang menusuk lubang hidung tau...Manis je isi ikan ni sebab beli yang hidup2. Cicah dengan air asam...emmmm sedapnya diratah2...

Resepinya macam biasa akak letak di bawah ni, bagi sesiapa yang teringin nak buat ikan panggang selamat mencuba... :)

BAHAN BAHAN
  • 5 ekor ikan tilapia bersaiz agak besar
  • 8 ulas bawang merah kisar
  • 4 ulas bawang putih kisar
  • 1 inci halia kisar
  • Sedikit lengkuas kisar
  • Sedikit kunyit hidup kisar
  • 1 batang serai kisar
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan dibersihkan dan dikelar2kan sedikit.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan2 kisar sehingga naik aromanya
  3. Masukkan jintan manis & jintan putih dan kacau2kan biar sebati
  4. Apabila nampak agak garing, masukkan santan dan kacau2kan lagi
  5. Akhir sekali sesuaikan rasanya dengan gula dan sedikit garam, biarkan seketika sehingga kuah agak pekat dan tutup api
  6. Lumurkan ikan dengan kuah yang dimasak tadi dan perap kan 15 minit
  7. Sapukan non stick pan dengan sedikit minyak masak & lapik dengan daun pisang secukupnya. Letakkan ikan di atas daun pisang tu dan bakarlah sehingga ikan garing. Terbalikkan ikan perlahan2 dan sapukan lebihan kuahnya dan sambung bakar lagi sehingga ikan betul2 masak & garing
  8. Angkat ikan dan sedia untuk dinikmati bersama dengan air asam.
 

2 comments:

  1. salam kak, sedapnya ikan talapia ni, saya kalau nak masak ikan darat ni jenuh kena masak 2 kali..sbb cik abg tak mkn... saya suke bangat!

    ReplyDelete
  2. Mama Nazhan...Camni boleh geng la dgn akak. akak mmg suka ikan tilapia ni, 1 keluarga peminat ikan darat. tp kalau selalu sgt mkn naik jemu la jugak kan! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...