Wednesday, August 24, 2011

IKAN TERUBUK PANGGANG SAMBAL KELAPA


Assalamualaikum...Ikan terubuk adalah salah satu ikan yang digemari di rumah ini. Memang agak susah nak jumpa ikan ni di pasar especially yang besar saiznya. Kalau yang bersaiz kecil tu rasanya kurang lemak. Ada jugak orang yang tak berkenan ikan ni disebabkan tulangnya yang berselerakan tu. Actually ada caranya untuk elakkan dari tulangnya. Cara yang biasa akak guna adalah dengan menarik bahagian ekor dan kepalanya dari arah yang berlawanan. Boleh dengar bunyi tulangnya waktu kita buat begitu. 

Biasanya kalau dapat beli ikan terubuk yang besar sebegini memang akak akan panggang cara ni. Dibelah bahagian tengahnya, dan disumbat dengan sambal kelapa cili padi. Memang asyik semasa memakannya. Tengok kat gambar di bawah ni, nampak tak telur ikan terubuknya..banyak betul telurnya tuuu! Sedapnya kalau dibuat telur ikan masin kan...tapi akak tak reti membuatnya, ada tak sesiapa nak tunjuk ajar?? :D


Macam biasa akak letakkan resepinya dibawah ni, mana lah tahu ada yang teringin nak cuba panggang ikan terubuk cara ni boleh lah mencubanya yea... :)

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan terubuk disiang tanpa dibuang sisiknya
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • Sedikit kunyit hidup *
  • Belacan sebesar ibu jari *
  • 10 biji cili padi  *
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Belahkan ikan terubuk dibahagian tengahnya jangan sampai terputus. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit dikeseluruhan ikan tersebut
  2. Tumbuk kesemua bahan yang bertanda * sehingga lumat, masukkan pula kelapa parut, garam dan gula dan tumbukkan kesemuanya sekali biar sebati dengan bahan bawang & cili tadi
  3. Keluarkan dari lesung batu dan campurkan perahan jus limau kasturi dan kacau2kan biar sebati
  4. Masukkan sambal kelapa ke bahagian dalam ikan terubuk sehingga penuh & padat
  5. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dikeseluruhan kuali dan letak ikan di atasnya dengan api perlahan. Jika ada telur ikan, keluarkan dan letak atas kuali, tunggu ia masak baru dimasukkan ke dalam ikan semula
  6. Apabila sudah garing, terbalikkan ikan perlahan2 dan biarkan ia garing di kedua2 bahagian. Masak api perlahan ambil masa 40 minit untuk betul2 masak disebabkan saiznya yang besar tu. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...