Friday, August 12, 2011

SOTONG RANGUP BERSALUT TOMYAM


Assalamualaikum....Sotong goreng ni akak buat untuk iftar semalam, menu kesukaan anak2. Dah selesai makan dengan nasi, depa berpakat meratahnya beramai2 pulak. Akak pun sengaja buat lebih, biar dapat diratah sambil dicicah dengan sos. Akak goreng pun dah hampir2 waktu berbuka, memang rangup sangat & sedap, especially rasa tomyam tu memang kena je dengan sotong ni.

Ok, bagi sesiapa yang dah kehabisan idea nak masak apa dengan sotong boleh lah cuba buat sotong goreng ni, gerenti disukai ramai..Selamat mencuba.... :)


BAHAN BAHANNYA
  • 12 ekor sotong (disiang seperti biasa & ditoskan)
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 kiub pati tom yam
  • 1 sudu teh serbuk cili kisar
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Potong sotong kepada beberapa bahagian. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan sebentar sambil dikacau2 sehingga keluar air sotong. Angkat sotong, keluarkan dari airnya
  2. Lumurkan sotong tadi dengan serbuk kunyit & sedikit garam  sehingga betul2 rata
  3. Campurkan kesemua bahan2 lain diatas dengan sedikit air dan kacau biar betul2 sebati. Adunan agak pekat & jangan cair
  4. Gaulkan adunan tepung dengan sotong sehingga betul2 sebati dan perapkan selama 1/2 jam
  5. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga sotong berwarna keemasan dan garing
  6. Angkat & toskan minyaknya. Sedia untuk dihidangkan.
 

4 comments:

  1. akak ni saja je tau..suka goda orang hehe

    ReplyDelete
  2. Suri Solehah...goda dgn masakan je xpe la kan! Kalau dh tergoda tu boleh la buat nanti yea.. :)

    ReplyDelete
  3. krap krup krap krup tu dr rumah akak ya...tu yg dengar sampai sini smlm. :)) dengar bunyi pun dah kecur! :)

    ReplyDelete
  4. Deliah's Deli..Owh dengar sampai sana ke...tu la yg anak2 akak suka sgt sotong goreng ni. mmg garing & rangup... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...