Thursday, August 11, 2011

BADAK BERENDAM


Assalamualaikum...Agak lama tak makan kuih badak berendam ni, kali terakhir sampai dah tak ingat pun bila! Nampak ramai yang dah membuat kuih ni untuk iftar,  terus akak pun dah jadi teringin nak menjamahnya. So, bila dah teringin tu kenalah buat. Kalau nak beli di bazar Ramadan sememangnya ada tapi takkan sama dengan yang dibuat sendiri kan!

Pencuci mulut yang manis ni akak buat semalam...Alhamdulillah sangat2 mendapat sambutan dari seluruh rakyat. Sekejap je dah abis, akak nak makan second round pun tak sempat. Emmmm, macam ni kena buat lagi nampaknya petang ni. 

Terima kasih diucapkan kepada kak Besah @ MyResipi kerana berkongsi resepi kuih badak berendam ini. Akak salinkan semula disini untuk rujukan di kemudian hari. Jika ada sesiapa nak mencubanya boleh rujuk resepinya di bawah ini ataupun boleh klik di SINI <<


BAHAN BAHANNYA (menghasilkan 20 biji)
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan perahan air daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Inti kelapa 

CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan garam dan air daun pandan, masukkan ke tepung pulut sedikit demi sedikit & uli perlahan2 sehingga menjadi doh (tak perlu guna sampai habis air pandan sekiranya sudah mencukupi)
  2. Ambil doh sedikit dan bulat2kan dan letakkan inti kelapa di dalamnya, cantumkan tepung biar inti berada elok di dalamnya
  3. Isikan air dalam setengah periuk, tunggu sehingga mendidih & masukkan bebola tepung pulut tadi. Biarkan ia sehingga terapung sendiri 2-3 minit dan bolehlah diangkat
  4. Letakkan ia di atas plastik supaya tidak melekat2

DADIH (KUAH SANTAN)
  • 2 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 daun pandan  (akak letak 2 je)
  • 1 sudu besar gula  (ni akak tambah)
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau diatas api sehingga menjadi betul2 pekat.
  2. Tuangkan kuah secukupnya ke dalam mangkuk yang berisi bebola tadi dan sedia untuk dinikmati.


5 comments:

  1. bl tgk ni rasa mcm nak bt lagi je..mmg sedap! :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. sy datang dengan mangkuk kosong ni..

    ReplyDelete
  3. Deliah's Deli..mmg betul tu, ni akak pun dah buat 2nd time..mmg sodap kan!!

    Norlie..Meh cepat, ni ada lagi ni..buat kali kedua dah ni..ramai sgt peminatnya... :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dan salam Ramadhan akak..pekaba? nak semangkuk boleh badak berendam tu...sedapnya...mesti yummy2 rasanya...insyaallah nanti free boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  5. Adiweyah..Waalaikumussalam, Alhamdulillah akak sihat & hrp Fie pun begitu yea! Akak dh buat 2x kuih bdk ni, nak bagi pun semua dh abis, nnt akak buat lg leh bg 2 mangkuk.. mmg sedap, nnt free jgn lupa buat tau! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...