Tuesday, August 9, 2011

AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI


Assalamualaikum...Tentu semua para suri rumah sedang bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk iftar beberapa jam sahaja lagi ni kan! Bagi yang berkerjaya  pula semestinya dah tak sabar menunggu detik untuk melangkah keluar dari pejabat dsbnya supaya dapat cepat sampai ke rumah & dapat masuk dapur untuk memasak, betul tak? Dari pengalaman akak sendiri waktu bekerja dulu macam tu lah..tak sabar je rasanya nak memasak di rumah untuk hidangan keluarga..
Bagi anak2 akak tak ada perkataan jemu untuk makan ayam. Tapi, bagi tukang masaknya sememangnya ada perkataan jemu @ bosan apabila memasaknya setiap hari. Apa apa pun sebagai emak pastinya akak akan pastikan masakan kena dengan selera anak2. So, ayam kicap ni salah satu favourite di rumah ni. Selain dari rasa kicapnya tu, ada juga rasa manis & pedas...semua cukup. Ramai yang suka ayam ni, bukan saja anak2 tapi juga orang luar yang dah merasanya, walaupun sebenarnya masakan ni adalah sangat simple...

Tanpa membuang masa resepi akak di bawah ni..Selamat Berbuka Puasa :))

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili kering dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi diikuti dengan sedikit garam dan gula, kacau lagi
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato dan kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

4 comments:

  1. Assalam Ina, sama lah ngan umah akk ni, menu ayam wajib ada setiap hari, tak kisah msk apa janji ayam.

    Boleh di cuba ni untuk esok

    Selamat berbuka ya

    ReplyDelete
  2. sedap ayam tu kak..anak2 suri yg paling suka ayam je..makan ikan macam tak reti..kadang geram jugak habis ide nak masak ayam..leh amik resipi ni lah

    ReplyDelete
  3. Kak Rosaliza..Waalaikumussalam, mcm tu la kan kalau ramai anak2 yg masih kecil ni, x kisah la janji depa nk mkn..cuba la nnt masaknya pun senang je tu.. :)

    ReplyDelete
  4. Suri Solehah..xpe la kita msk je apa yg depa suka mkn. nnti dh besar tau la depa nk mkn ikan dll tu..nnt cuba buat ayam kicap ni, sempoi je masaknya.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...