RESEPINYA
1 kg udang galah sungai
10 biji bawang merah *
1 biji bawang besar *
5 biji bawang putih *
2 cm halia *
1 cm lengkuas *
2 batang serai *
1 cm kunyit hidup *
3 biji buah keras *
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan pekat
1 helai daun kunyit dihiris halus
1 keping asam gelugur
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak
- Semua bahan bertanda * dikisar halus
- Tumiskan dengan sedikit minyak sehingga kekuningan
- Masukkan cili kisar, tambah sedikit air dan kacau2kan sehingga naik bau
- Masukkan udang galah diikuti santan pekat dan kacau2kan selalu
- Tunggu mendidih dan masukkan asam gelugur
- Bila dah agak pekat kuahnya boleh masukkan kerisik diikuti garam dan gula secukup rasa
- Yang terakhir baru masukkan daun kunyit, kacau2kan hingga rata dan boleh la ditutup api dan sedia untuk dihidang.
Salam kak..sedap nye udang .tumpang mkn yek :)
ReplyDeleteWsalam Mummyseri...kalau dekat boleh la bagi rasa kan! Sedap tau udang galah ni..manis rasanya..
ReplyDelete