Friday, July 30, 2010

AKHIRNYA AKAK MERELAKANNYA...

Assalamualaikum buat semua yang berkunjung ke sini ! Hari ni adalah hari yang amat memenatkan. Petang tadi akak akhirnya berjaya juga dapatkan kad suntikan dari Pejabat Kesihatan Daerah setelah tertangguh selama beberapa bulan. Sebelum pergi tu, memang akak berfikir paanjaang sangat..eei takutnya kena suntik. Berkali2 akak tanya kat hubby, sakit tak? ( budak kecik pun tak sepenakut akak rasanya..) Sampai hubby pun dah geleng2 kepala dengan soalan akak tu..sebab dah banyak kali sangat akak bertanya tapi tak pergi2 jugak. Hubby dah lama pergi dapatkan suntikan ni...  
 Ni sebelum pergi, lepak dulu kat sofa. Akak dah rasa macam nak cancel je la...lain kali pergi pun boleh kan!Nanti tanganku bengkak macamana nak masak..(alasan sebab penakut kena suntik..hehe). Tapi kan.... 
 Kesian pulak kat hubby tu dah bersiap2 nak temankan akak..dah banyak kali pulak tu akak cancel ni..huhu..Finally......
 TADAAA...akhirnya dapat jugak kad suntikan tu. Lega rasanya dah lepas walaupun memang sakit kena suntikan ni. Lagi satu, tak puashati sebab tukang suntik tu lelaki..Sepatutnya kan, sediakanlah 2 orang staf, lelaki untuk lelaki dan perempuan untuk perempuan. Tapi takpe lah benda dah lepas dan akak memang betul2 lega walaupun tangan masih kebas2 lagi.

Tuesday, July 27, 2010

LALA TUMIS TOMYAM

Assalamualaikum buat semua...malam ni free sikit dari semalam. Ada la can nak update blog ni... Kesibukan semalam memang teramat2 la sangat, tambah pulak dengan projek baking yang tak menjadi. Huishhh memang betul2 geram rasanya. Udah la masa yang habis untuk projek tu lebih dari 3 jam, tengok2 hasilnya tak menggembirakan...huhu..sedih3...Rasa2nya akak akan stop dulu dengan projek baking membaking ni sampai hati dah betul2 cool...Ni ha, lala yang akak masak tengahari tadi. Manis rasa lala tu bercampur masam dan pedas memang sesuai sangat. Akak memang suka makan masakan yang simple begini, tambah2 seafood..memang best ! 2 kg lala 1 bawang besar dihiris nipis 2 biji bawang putih dihiris 15 biji cili padi dipotong serong 3 batang serai dipotong serong 2 biji tomato dibelah2 1 kiub perencah tomyam 1 sudu makan cili kisar 1 sudu makan sos tiram Sedikit garam dan gula 3 helai daun limau purut Mula2 panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi,serai dan cili kisar. Masukkan sedikit air, diikuti perencah tomyam, sos tiram dan tomato. Masukkan lala dan gorengkan hingga sebati dengan sos tadi. Sesuaikan dengan rasa garam dan gulanya. Masukkan daun limau purut yang dicarik2. Apabila semua lala dah terbuka tandanya dah masak dan sedia untuk dihidangkan.

Saturday, July 24, 2010

TAT COKLAT BLUEBERI

Assalamualaikum..Salam buat semua. Hari cuti2 beginilah masa untuk akak melayan tekak anak2. Semalam tiba2 anak akak, Ceny tanya, mama kenapa dah lama tak buat kuih tat? Padahalnya tak la lama mana pun. Tu taktik depa la nak suruh mama buat. So, untuk tidak menghampakan anak2, petang tadi setelah selesai semua urusan akak pun mulalah membuat kuih tat. Bahagian kulit tat semua anak2 akak yang buat, depa ni suka sangat la buat benda2 macam ni..tengok2 balik semua doh dah siap ditekan pada acuannya. Resepi ni akak buat ikut apa yang terlintas di kepala je, jangan la takut pulak nak cuba ok! BAHAN BAHAN Bahagian kulit tat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 180 gm mentega

Caranya:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul guna tangan dengan cara putaran.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya masih lembik sehngga menjadi doh.
  3. Tekan dalam acuan tat dengan kemas dan bakar 180C selama 15 minit. Keluarkan dengan cermat dari acuannya. Seeloknya tunggu ia sejuk sedikit.

Bahagian chocolate filling

  • 2 cawan krim putar
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 12o gm mentega

CARA MEMBUATNYA

  1. Masakkan krim putar bersama coklat masakan dan mentega sehingga cair kesemuanya. Tak perlu tunggu ia mendidih.
  2. Dalam satu bekas lain, pecahkan 2 biji telur dan masukkan esen vanila dan pukul sebentar.
  3. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam bekas adunan telur dan gaul sebati.
  4. Masukkan adunan ini kedalam jag kecil supaya senang untuk dituang kedalam kulit tat yang dah siap dibakar tadi.
  5. Bakar semula tat dengan suhu yang sama selama 10 minit. Boleh la dihias ikut kreativiti masing2. Akak letak sedikit bluberi filling diatas tat coklat tu untuk rasa yang berbeza.

Wednesday, July 21, 2010

IKAN KELI AFRIKA, ADA BERANI NAK MAKAN ?


Assalamualaikum semua...ni la rupa ikan keli yang dah selamat akak masak tengahari tadi. Uisshh, besar betul keli Afrika nie, sesekali dia berbunyi gerun la pulak akak mendengarnya... Disebabkan ikan ni besar dan siap berbunyi2 lagi, akak hanya memasaknya aje tapi untuk memakannya NO..NO..NO...tak tergamak la nak makan...



Akak dapatkan bekalan ikan keli dari abang akak, Zainal yang buat penternakan ikan keli kat Ipoh. Menurut abang akak, ikan keli yang dibelanya adalah 90% organik. Yang 10% tu sebab ikan2 tu ada juga memakan benda2 lain kat dalam kolam...itu la explanation dari abang akak..Yang akak suka keli yang dibela sendiri ni, dia tak meletup2 semasa digoreng dan rasanya lebih manis. 



KARI IKAN KELI
  • 1 ekor ikan keli bersaiz besar
  • 10 biji bawang merah )
  • 1 biji bawang besar ) dikisar
  • 4 biji bawang putih )
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji terung dibelah 6
  • 2 biji tomato dibelah 2
  • 2 biji cili hijau dibelah tengah
  • 3 biji bawang merah dihiris2 )
  • 2 biji bawang putih dihiris2 ) penumis
  • 1 inci halia dihiris nipis )
  • 2 tangkai daun kari )
  • 1 sudu teh halba campur )
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak, lalu tumiskan penumis sampai agak layu
  2. Masukkan bawang2 kisar dan tunggu hingga garing sikit.
  3. Masukkan pula rempah kari, serbuk cili dan belacan.
  4. Kacau2kan dan biarkan rempah agak garing.
  5. Masukkan terung, biar hingga 1/2 masak.
  6. Masukkan air asam jawa. Dah mendidih, masukkan ikan keli.
  7. Diikuti santan dan biarkan ia mendidih sebentar.
  8. Masukkan pula tomato dan cili hijau.
  9. Sesuaikan dengan garam dan biar ia mendidih sekali lagi dan boleh la ditutup apinya.

Tuesday, July 20, 2010

BREAD AND BUTTER PUDDING


Assalamualaikum, Salam buat semua....Dari petang tadi sampai ke malam hujan tak henti2,best la hujan malam2 gini. Malam ni tengah dok layan anak2 buat homework, tiba2 terasa nak buat pudding..Ntah kenapa tiba2 teringat dah lama tak buat bread butter pudding ni, seingat akak last sekali masa zaman kerja dulu2...
Teringat dulu walaupun bekerja dari pagi sampai petang akak memang tak jemu2 mencuba pelbagai resepi yang asal jumpa je dan rasa nak try tu akak terus buat..dan anak2 la jadi mangsa sebab kena makan apa yang mama depa dah masak tu kan..nasib baik resepi selalunya menjadi, tapi ada jugak sesekali tak menjadi tu, biasa la kan! 


Yang teringat tu sebab dulu first time buat pudding ni anak2 semua tak suka, ada la makan tapi tak banyak. Resepi pulak akak jumpa kat blog omputih mana ntah dah lama dah, main salin je.. So, akak ingat nak buat lagi sekali tapi ubah suai sikit kot2 kali ni depa suka....dan resultnya masa makan tadi...YES anak2 suka! Ni ha resepi dia... 


BAHAN BAHANNYA
  • 50 g mentega
  • 10 keping roti putih
  • 100 g sultana/kismis
  • 8 biji kurma dicincang
  • 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1/4 sudu teh serbuk buah pala
  • 350 ml susu segar
  • 50 ml whipping cream
  • 2 telur saiz A
  • 30 g gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Griskan dengan sedikit mentega pada bekas yang bersesuaian, akak guna saiz 20 x 10 cm.
  2. Sapukan mentega pada semua kepingan roti, potong2kan kepada bahagian kecil. 1 keping dapat 9 bahagian.
  3. Susun kepingan roti dalam bekas tadi, cukup2 je utk 1 lapisan.
  4. Taburkan sultana dan kurma cincang ke atas roti tadi.
  5. Taburkan sedikit serbuk buah pala dan kulit kayu manis di atasnya.
  6. Ulangi langkah diatas sehingga dapat 3 lapisan roti.
  7. Dalam satu periuk kecil, panaskan susu segar dan whipping cream, tak perlu mendidih.
  8. Masukkan gula dan kacau sebati.
  9. Dalam 1 bekas lagi, 2 biji telur dipukul bersama sedikit esen vanila.
  10. Masukkan adunan telur ke dalam adunan susu segar, api dah tutup time ni. Pukul lagi hingga sebati.
  11. Tuangkan perlahan2 adunan telur ke dalam bekas roti yang siap disusun tadi hingga tenggelam semuanya. Biarkan 20 minit.
  12. Panaskan oven 200 C dan bakarlah ia selama 40 minit atau hingga kuning keemasan.
  13. 10 minit yang terakhir, keluarkan bekas dan taburkan sultana, kurma cincang dan gula pasir di atasnya dan sambung bakar lagi 10 minit.
Dah siap pun, setengah jam je buatnya..sedap dimakan panas2. Boleh juga dimakan dengan aiskrim, ikut selera masing2.

Friday, July 16, 2010

PECAL SEKALI MAKAN MESTI NAK LAGI

Assalamualaikum semua.....setelah sekian lama menghilangkan diri, akak kembali dengan sepinggan pecal ni...sedap tau rasa dia, pecal bukan sebarang pecal nie..sekali makan mesti nak lagi! Malam ni akak makan pecal je, tak makan nasi. Tak lalu makan la, baru baik demam ni, kena batuk2 lagi, sakit tekak pulak, wah macam2 penyakit laaaaa....Kenapa akak kata sekali makan mesti nak lagi ? Sebab akak tengok pelanggan2 kat RTH kalau dah try pecal ni, next time datang mesti cari pecal lagi. Ada yang hadap makan sepinggan besar...(ni mesti antu pecal...jgn marah...)Ok, ni resepi from my MIL tau..original ni..Kalau nak rasa yang betul2 asli sedapnya ikut betul2 caranya, jangan ngelat tau...
1 kg kacang tanah (tambah 1 senduk minyak dan goreng hingga garing)
1 labu bawang besar *
8 biji bawang merah *
2 cm halia *
20 biji cili kering *
600 gm gula pasir + 1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 cm belacan bakar
1 mangkuk air asam jawa
Kacang tanah yang siap digoreng ditumbuk dengan menggunakan lesung batu sehingga hancur dan ketepikan dulu.
Semua bahan2 * dimasukkan dalam kuali dan digoreng sehingga garing. Gunakan sedikit minyak saja.
Gunakan lesung batu dan tumbuk semua bahan2 tadi sehingga lumat.
Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
Campurkan sekali bahan bawang tumbuk ini dengan kacang tanah tumbuk.
Dalam kuali bekas goreng bahan2 tadi, masukkan gula, 1 cawan air dan cairkan gula.
Dah cair, masukkan pula air asam jawa dan tunggu hingga betul2 likat dan pekat baru tutup api.
Masukkan air gula + asam jawa sedikit2 kedalam bekas kacang tanah + bawang yang siap ditumbuk tadi. Gaulkan betul2 sehingga sebati.
Masukkan sedikit garam dan gaulkan.
Pes pecal dah siap.
Cara menghidangkan, ambil 1 senduk pes pecal dan tambahkan sedikit air masak dan kacau2kan ia sehingga menjadi kuah.
Hidangkan dengan sayur2an kampung seperti hirisan timun, sengkuang, pucuk paku, kangkung, telur rebus dan tauhu goreng.

Monday, July 5, 2010

BUSY YANG TERAMAT LA SANGAT...

Assalamualaikum semua...beberapa hari tak ke sini terasa rindu pulak kat semua...eheheh mcm org bercinta2an la pulak kan! Bukan apa, rindu nak mengintai ( hobi akak dari dulu2...) dapur mama2 rajin memasak, terbau2 je kat hidung akak ni masakan mama2 semua tau. Kesibukan ini akan berterusan sepanjang minggu ini. Sibuk macamana pun restoran Terminal Hijrah tetap beroperasi ok! Sekarang akak dah buat 2 bahagian kat kedai Hijrah, 1 bahagian produk Muslim dan 1 lagi produk bukan Muslim tapi halal JAKIM. Yang akak duk kemas tak habis2 ni bahagian produk Muslim. Penyusunan semula rak2 kat kedai memang mengambil masa. Kat sini akak tunjuk sebahagian dari aktiviti kesibukan akak, ni sebahagian je tau!) PRODUK TIMUR TENGAH - MACAM2 NAMA DIA...
  Aktiviti mengemas barang2 stok ni amat memenatkan...serah kat pekerja alamat tahun depan baru siap..sakit2 pinggang akak ni tau, nasib baik tukang picit ada..hee...suka3x Ada yang tak kenal ni buah apa ? Ni buah kurma lah.... Buah2 kurma Yusof Taiyoob tahun ni memang best, puashati sebab dapat buah2 baru. Yang kat gambo tu sebahagian aje, ada mcm2 jenis nama dia, Safia, Wasem, Amina, Safina, Bam Yuta, Sutera dan mcm2 la depa buh nama kat kotak tu.... 
 
Kalau nak susunan yang menarik dan kemas, akak kena la buat sendiri sebab kalau suruh pekerja buat sakit hati je...tak larat dah pun nak membebel, baik buat je kan..tapi kejap2 tu akak membebel la jugak, nak release tension weh! Penat pun penat la nak buat macamana...tengok tu kemas je kan!
 
Kerja bungkus membungkus ni pun akak jugak kena buat, kalau bagi orang lain buat senget la, tak betul timbangan la, dan mcm2 la lagi la....

Ada macam2 jenis madu..antaranya madu Khaula, madu Tualang Kg, madu Tualang Tongkat Ali pun ada...

Friday, July 2, 2010

KUIH LAPIS KOKO

Assalamualaikum, salam petang buat semua...tengah minum petang ke tuuu? Ni akak ada buat kuih lapis koko, ada sesape yang teringin tak ? Sedaap tau, berbaloi lah dengan masa mengukusnya yang lebih dari sejam tuuu..agaknya sebab orang yang membuatnya tak expert kot bab lapis-melapis ni tu yang terlama sikit tu..Apa2 pun akak memang puashati dengan hasilnya. Terima kasih akak ucapkan untuk Dapur Yatie kerana berkongsi resepi yang begitu enak sekali. Ok, akak nak minum petang dulu ya, nescafe panas akak dah siap tuu...jumpa lagi!
Kalau nak resepi nya, klik kat SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...