Wednesday, February 20, 2013

WARNA WARNI KEMUNING CINA

Assalamualaikum...Pagi2 gini jom tengok sebahagian dari bunga2an di taman I yang sekangkang kera ni. Actually semuanya baru dalam peringkat nak membesar. So far nampak semuanya serasi hidup bersama I tanpa penjagaan sangat (al maklumlah tuannya rajin menanam tapi tak berapa rajin menjaganya). Memang sesuai sangat lah jika I tanam banyak2 lagi pokok2 sebeginikan...



Yang pink kaler ni pokoknya akak ambil dari tepi rumah sorang perempuan Cina..dah tua betul dia ni. Rumah dia kat tepi jalan Tapah Road. Mintak je terus dia bagi...Angkat, angkat...kasi cabut semua..Wow, akak pun bila dengar dia cakap begitu apa lagi la kan..hehe..Of course la akak ada bagi dia duit walaupun dia taknak pada mulanya...

Yang kaler putih ni pun ambil kat situ jugak.Tangkap gambar lepas hujan camni la rupanya...


Saya bukan spesis kemuning Cina, ntah apa la nama saya..tuan saya pun tak tahu. Pokoknya dah setinggi budak tahun 6 dah ni. Ditanam ditepi pagar buat penyeri...

Monday, February 18, 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Assalamualaikum semua. Sedap giler...begitulah perkataan yang terkeluar dari mulut anak2 setelah menikmati kek coklat yang dilapis dengan krim keju ni. Akak buat selepas Asar kelmarin, bila dah sejuk dan boleh dipotong malam tu jugak habis 1/2 loyang dikerjakan kami anak beranak. Yang bestnya bila tengok hubby pun berminat memakannya. Normally dia kurang sikit kalau kek coklat2 ni tapi kali ni banyak jugak yang dihabiskannya..

Pastinya kek ni akan selalu terhidang di rumah nampaknya..Thanks to Yatie sudi share resepi kek ni, sudah la sedap mudah pulak tu menyediakannya. Emmm, ni pun dah rasa macam nak buat lagi seloyang dah ni..sabor je la..hehe..Akak letakkan resepinya di bawah ni untuk my future reference & sesiapa yang teringin mencubanya...Selamat mencuba!!

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
SUMBER : YATIE MEMORIES

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 3 sudu besar serbuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Friday, February 15, 2013

SET NASI DAGING

Assalamualaikum....Salam Jumaat yang penuh keberkatan buat semua. Tentu seronok bila dapat bersantai di rumah di samping keluarga tersayang kan! Dapat pulak sepinggan nasi daging ni, emmm memang tak dapat la nak dibayangkan. Ditambah pulak dengan gelagat anak2 yang bermacam ragam menghadap pinggan kosong, setia menunggu si mama menyedok nasi ke pinggan depa satu persatu. Terhibur & hilang penat rasanya..hehe

Dulu2 selalu jugak buat nasi daging ni tapi I guna yang ready mix tu. Kali ni cuba resepi dari Kak Nor Secubit Garam yang femes dgn masakan2nya yang menjilat jari. Memang sangat2 sedap & puas hati betul la dengan nasi daging ni. Resepi asalnya dari Rinnchan fotopages. Ucapan terima kasih banyak2 buat kedua2nya atas resepi yang cukup2 perfect ni. Izinkan saya berkongsi resepinya disini ya. Tanpa membuang masa jom tengok camne cara menyediakannya...

 NASI DAGING by Rinnchan

Bahan-bahan:
3 pot beras (pot=tin susu pekat...)
1/2 cwn tomato puree cair
1 cawan susu cair

Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
i camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih 
1/2 cawan tomato puri (yg ni akak yg tambah)
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut

* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.

Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
  3. Masukkan beras dan kacau seketika.
  4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
  5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.
* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam.

                                                                         AIR ASAM
BAHAN BAHANNYA

2 tangkai cili merah dihiris nipis
6 tangkai cili padi dihiris nipis
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji limau kasturi diambil jusnya
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan bakar
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA

- Campurkan kesemua bahan2 seperti diatas ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga betul2 sebati




Thursday, February 14, 2013

KUIH LAPIS GULA MERAH

Assalamualaikum..Entah apa yang membuatkan akak asyik terbayang2kan kuih lapis gula merah semenjak dua menjak ni. Sampai terasa rasa di tekak la pulak..ngalahkan orang ngandung nampaknya. Nak cari kat kedai pun takkan jumpa, so lebih baik buat je sendiri kan!

Finally..dari dok terkenang2kan kuih lapis yang satu ni baik akak terus masuk dapur dan dalam masa lebih kurang 2 jam kemudian dah pun siap seloyang. Itu pun kena bersabar dulu sebab kuih sebegini kena tunggu sampai betul2 sejuk baru la cantik bila dipotong.

Puas hati dapat makan kuih lapis seperti yang dibayang2kan selama ini. Akak guna resepi kuih lapis labu yang pernah dicuba tak lama dulu. Cuma tukarkan bahagian labu ke gula merah. Jom tengok apa bahan2nya tu....

SUMBER : SINAR KEHIDUPANKU -   YATIE MEMORIES @ KUIH LAPIS LABU

Bahan A
  • 2 cawan air
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan-disimpul
Bahan B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
Bahan C
  • 1/2 cwn santan pekat
Bahan D
  • 1 cawan gula merah )   masak sehingga mendidih & larut gulanya,
  • 1/2 cawan air            )   tapiskan
 Cara Penyediaan Adunan.
  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
  3. Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(gula merah)
  5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
Cara Masak Kuih.
  1. Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Masukkan adunan D(gula merah dan kukus selama 5-7 minit.
  3. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
  4. Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.



SUP DAGING KAMBING...MEMANG TERBAIK


Assalamualaikum semua...Bagi peminat daging kambing seperti keluarga akak ni semestinya sedia maklum keenakan rasanya kan! Mungkin bagi yang tidak menggemarinya dengan alasan kambing berbau hamis tapi bagi akak yang memang kerap kali memasaknya tak pernah la pulak berdepan dengan masalah sebegitu. Ada jugak yang takut makan atas masalah kesihatan sedangkan daging kambing adalah kegemaran Rasulullah saw yang pastinya membawa manfaat bukan sebaliknya.

Ada petua melumurkan dagingnya dengan tepung gandum lalu dibasuh bersih2. Tapi bagi I yang kerja semua nak kena cepat ni rasa lambat pulak cara gini. So yang I biasa amalkan berselawat sebanyak mungkin semasa proses membersihkannya. Jangan kata daging kambing, praktikkan untuk segala jenis kerja pasti semua kerja jadi mudah & mendapat hasil yang terbaik.

Bagi penggemar boleh la cuba memasaknya, dapat hadap semangkuk sup ni tak makan nasi pun takpe. Memang betul2 Wow...meletop!!!

BAHAN BAHANNYA

1 1/2 kg daging kambing bercampur tulangnya (direbus sampai empuk)
2 sudu besar rempah sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kisar sendiri)
3 biji ubi kentang dikupas & dipotong seperti biasa
1 batang lobak merah dikerat2 & dipotong dadu
2 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai daun sup & daun bawang dihiris2 halus
Bawang goreng secukupnya

BAHAN2 PENUMIS

3 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia dimayang halus
1 batang serai dititik
Rempah penumis empat sekawan : 
1 inci kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 cengkih

BAHAN2 KISAR

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia 

CARA MENYEDIAKANNYA
  1.  Panaskan sedikit minyak didalam periuk yang bersesuaian dan tumiskan bahan2 penumis sehingga kekuningan
  2. Masukkan bahan2 kisar dan rempah sup dan kacau2kan, jika terlalu kering tambah sedikit air
  3. Apabila rempah sup sudah agak garing, masukkan daging kambing beserta air rebusan stoknya dan kacau2kan, biarkan sup merenih sehingga daging betul2 sebati dengan kuah
  4. Taburkan serbuk lada hitam dan sedikit garam..kacau2kan, masukkan pula ubi kentang & buah tomato, apabila ubi sudah agak empuk masukkan lobak merah dan biarkan sebentar sehingga empuk barulah dipadamkan api
  5. Taburkan diatas sup dengan hirisan daun bawang & daun sup beserta bawang goreng sebelum dihidangkan
 

Monday, February 11, 2013

JAGUNGKU KONTOT2 SEMUANYA TAPI BERISI PADAT :))

Assalamualaikum semua...Berbudi pada tanah pasti mendatangkan hasil, walaupun kadang2 tak diberi penjagaan dengan baik. Alhamdulillah pokok2 jagung yang ditanam beberapa bulan lalu semuanya berbuah. Benihnya dibeli di Pasar Tani Cenderong Balai, jenis jagung manis Taiwan.

Kelakar pulak tengok buah2 jagung semuanya kontot2 belaka. Tak cukup baja & penjagaan la nie! Anyway, isinya padat & paling syoknya rasa jagung I lebih manis dari jagung Cameron. 

Saya lah yang paling kontot...

Eh ehhh, ada pokok jagung dah berbuah dicelah2 semak...

Hubby memang rajin menanam tapi tang penjagaan kurenggg...hi3..Semangat berkebun berkobar2 kan cuma masa terhad especially time katering. Takpe2, isterimu amat memahami. Hopefully after this hubby akan tanam jagung2 lagi tapi yang saiz panjang2 la pulak ya Yanggggg....

  1. Akak stimkan dalam pengukus kesemua jagung yang sudah dibuang kulitnya...
  2. Apabila jagung sudah masak, keluarkan dari pengukus dan sapukan sedikit garam halus & mentega secukupnya...
  3. Then, sapukan sedikit susu pekat manis, jika suka...
  4. Sedia untuk dimakan!!! 

Sunday, February 10, 2013

OPERA CAKE DI CH



Assalamualaikum semua...Mula2 nak gelak dulu kat diri sendiri bila tengok n3 Januari I sebanyak nan 1 itu..kah3..Apakan daya tangan tak sampai...Nyampah betul, tak abis2 dgn alasan tu je kan! Abis nak letak alasan apa ke lagi. Sememangnya tangan akak tak sempat nak mengupdate...

So, pendek cerita  kek opera ni I buat sebelum ke Cameron tempohari...(tempohari tu actually dah lama dahhhh..) Udah lama teruja bila tengok opera cake di beberapa blog but lastly I decided to try resepi dari Juicy Cafe. Boleh pengsan tengokkan kek operanya yang menawan.

I buat kek ni agak2 kelam kabut la sebab banyak benda nak settlekan, Mana nak siap luggage sendiri, hubby & anak2. Depa ni semua manja, ngengada pun iya. Semua nak tunggu mama pilih baju, seluar...nasib baik yg dalam tu reti pilih sendiri. Mana nak buat kek opera lagi. Yang I pun satu hal dah tahu nak naik ke Cameron dan dan tu nak membakingnya. Ntah la, semangat dah datang & tak mampu kutepis...kih3

Sukat punya sukat, putar punya putar jadi pun akhirnya. Tapi frust sikit sebab ganache I tak cukup untuk cover the whole cake..Tu yang appearancenya cukup2 makan je tuu..huhu...:(( Apa2 pun yang penting rasanya memang sedap sampai menjilat piring. Di kesejukan malam tu anak2 pun potong kek & makan punya lah best..Cuma bila dah bawa balik lebihan kek tu rasa dia dah jadi keras la sebab dah turun naik bukit gamaknyee..

Apa2 pun buat sesiapa yang nak tahu camne rasanya kena la cuba membuatnya sendiri. Boleh refer resepinya di bawah ni sumbangan Juicy cafe & resepi asalnya dari Chef Alex Goh. Thanks for sharing ya & izinkan akak siarkan resepinya disini for my further reference.

OPERA CAKE

SUMBER : JUICY CAFE


150 gm gula aising*
45 gm tepung gandum* - *satukan dan ayak
150 gm badam kisar
4 biji telur A
30 gm butter - cairkan dan sejukkan sebentar
3 biji putih telur
30 gm gula castor


Cara2nya..
1. Dalam bekas, satukan gula aising, tepung gandum dan badam kisar.
2. Masukkan telur sedikit2 dan gaul sehingga adunan sebati.
3. Tambahkan butter dan gaul biar rata.
4. Dalam bekas lain, pukul dengan mixer putih telur bersama gula castor sehingga bertanduk.
5. Masukkan ke dalam adunan butter, gaul dengan spatula sehingga sebati.
6. Lenserkan loyang 8x8 inci dgn butter, lapik kertas minyak dan sapu dengan butter lagi.
7. Tuang adunan dalam loyang, bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.
8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 3 bahagian.
9. Letak kek lapisan bawah atas papan kek sudukan dengan coffee syrup.
10. Sapukan coffee buttercream pada semua bahagian kek, di ikuti dengan sapuan ganache.
11. Tindihkan kek lapisan kedua, ulang cara2 nombor 9 dan nombor 10.
12. Akhir sekali, tindihkan kek lapisan ketiga, sudukan dengan coffee syrup, di ikuti sapuan coffee buttercream ke seluruh bahagian kek.
13. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga cream mengeras.
14. Keluarkan kek dari peti sejuk, letak kek atas redai yang di lapik dengan loyang, tuang ganache dari atas, biar ganache meleleh dengan sendiri ke seluruh bahagian kek.
15. Hias ikut kreativiti masing2, sejukkan biar ganache mengeras.
16. Potong sisi kek (jika mahu) seperti gambar. ( yg ni akak tak sempat buat, kalau buat mesti cun)


Bahan2 coffee syrup..
100 gm air panas
30 gm gula castor
1 sdb serbuk kopi segera
Cara2nya..
1. Satukan air panas dengan gula, kacau sehingga gula larut.
2. Tambahkan serbuk kopi segera dan kacau sebati.
Bahan2 coffee buttercream..
300 gm butter
80 gm gula aising - ayakkan
1 1/2 sdb coffee emulco
Cara2nya..
1. Pukul butter dan gula aising sehingga gebu.
2. Tambahkan coffee emulco, pukul lagi sehingga sebati.
Bahan2 ganache..
130 gm uht whipping cream
250 gm coklat compound - sagat halus
20 gm butter
Cara2nya..
1. Buat selepas coffee buttercream mengeras.
2. Panaskan whipping cream atas api kecil sehingga berbuih di tepi2 periuk.
3. Tutup api dan tambahkan coklat dan butter, gaul sehingga adunan semua larut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...