Wednesday, February 29, 2012

TAHUN LOMPAT & DEKO3


Assalamualaikum....Anak akak yang ke 4, Muzany 9 tahun sejak dulu seorang yang sangat suka bertanya. Pantang ada saja topik atau apa2 yg dirasanya pelik pasti akan dirujuk pada akak...akak pun sememangnya suka layan soalan2 dari anak2.Selalu jugak soalan kelakar yang diberikannya...so datang pulak abang2nya tokok tambah maka riuh rendah la rumah ni dengan gelak ketawa...Anak2 permata hati & penghibur hati!!!

Sempena tahun ini merupakan tahun lompat atau leap year & hari ni 29 Februari, sekembalinya anak akak Muzany dari sekolah terus dia bercerita tentang tahun lompat yang baru didengarnya disekolah pagi tadi. Nak jugak dia dengar dari mulut mamanya tentang tahun lompat & jawapan Mama  tadi :

Tahun lompat atau leap year adalah tahun dimana pada bulan Februari ada 29 hari dimana kebiasaannya 28 hari sahaja dan ia berlaku setiap 4 tahun sekali. Makanya, bilangan hari pada tahun lompat ini adalah sebanyak 366  hari berbanding 365 hari pada tahun biasa

Nasib baik si abang2 takde di rumah, cerr kalau ada mau macam2 jawapan yg tak disangka2 keluar dari mulut depa semata2 nak menyakat adik tercinta...Soalan begini pun boleh jadi kelakar kalau ada si abang2 yg kaki mengusik tu...

Berbalik kepada gambar berikut adalah deko2 cupcakes yang akak buat tak berapa lama dulu....Saja2 untuk cuci mata... :))




                                                                       Pertunangan 





                                                                     Harijadi




                                                             Perkahwinan

Tuesday, February 28, 2012

HAPPY 16TH BIRTHDAY AQIF...

                                                                           
You are colorful like the rainbow
You are bright like the sun


                                                                 
You are sweet like chocolate & candy
You're so good to each & everyone


 
I'm so lucky to have you as my son


You are a gentleman, like no other
You are a humble human being, like no other
You are a man with a strong character, like no other
You are the loving son, like no other
Dear son, Happy 16th Birthday!

Monday, February 27, 2012

KEK MENTEGA BELANG COKLAT


Assalamualaikum....Malam ni nak hidangkan kek mentega pulak disini. Cuma gambarnya saja yang tinggal, kek nya usah dikenang la lagi sebab semua sudah licin dikerjakan anak2 akak. Selalu jugak akak buat kek ni cuma belum ada lagi entrynya di sini..Memang di rumah ni kalau kek yang simple2 gini menjadi rebutan...kalau kek yang beraising beria2 tu memang tak berapa nak laku, mungkin depa semua dah jemu. 

 Kek ni kalau tak nak dibelangkan dengan coklat pun boleh je. Selalu sangat makan yang kosong so kali ni akak selang selikan dengan coklat pulak. Pada asalnya nak buat warna pelangi la konon, sekali angin malas bertiup kencang pulak, lupakan saja la pelangi tu nampaknya...Ok, tinjau2 resepi pulak, ada dibawah ni....:)) Selamat malam........nite2......
    


 BAHAN BAHANNYA
  • 3 cawan tepung kek @ tepung naik sendiri
  •  220 g mentega
  • 5 biji telur
  • 200 g gula halus
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu teh esen vanila  
  • 2 sudu besar serbuk koko

 CARA MEMBUATNYA

  1. Campurkan telur & gula halus ke dalam mangkuk pengadun & putar sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang
  2. Masukkan mentega, diikuti dengan esen vanila..sambung putar lagi, kali ini putar lagi sampai kembang 
  3. Tuangkan susu cair dan putar sekejap saja hingga sebati
  4. Terakhir, masukkan sedikit demi sedikit tepung yang diayak terlebih dahulu, putar sehingga gebu & sebati
  5. Untuk belang coklat, bahagikan sama rata adunan. Tambahkan serbuk coklat di satu bahagian sementara satu lagi bahagian seperti asalnya
  6. Kacaukan supaya adunan tepung & serbuk koko menjadi sebati
  7. Griskan dan lapik loyang pembakar saiz 8". Sengetkan hujung satu bahagian (guna apa2 brg untuk tinggikan bahagian itu) & mula masukkan 1 senduk adunan kek berselang seli sehingga habis baru letakkan semula tin pembakar pada kedudukan asal
  8. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu

AYAM MASAK SEMUR BALI


Assalamualaikum...Anda semua apa khabar? Mudah2an anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera & sentiasa bersemangat di dalam meneruskan apa sahaja pekerjaan yang dilakukan, semoga diberkati Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Tidak kira sama ada kita sebagai anak, ibu, isteri, suami, pekerja atau pun majikan..masing2 memikul tanggungjawap yang telah diamanahkan dan perlulah dilaksanakan mengikut syariat yang ditetapkan Allah.

Resepi kali ini adalah masakan ayam yang memang sangat menyelerakan & terasa kelainannya, tambahan akak memasak lauk ini untuk dimakan dengan nasi briyani. Akak dapat resepinya dari dapur Maklong....pertama kali masuk kedapurnya dan terus terpikat dengan resepi ayam semur balinya ni & menurut Maklong resepi ni asal dari emaknya. Terima kasih akak ucapkan kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ini & izinkan akak berkongsi di sini pula yea! Kepada sesiapa yang ingin merasai kelazatan ayam semur bali ni, haruslah cuba memasaknya...Selamat mencuba :))



BAHAN BAHANNYA

  • 1 ekor ayam potong 14
  • 2 sudu kerisik
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
  • 1 cawan kicap (akak guna kicap lemak manis)
  • 1 cawan cili kisar
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • perasa ajinomoto (akak x letak & ganti dengan sedikit garam)
  • gula (akak letak 1 sudu besar gula)

BAHAN KISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA

  1. Gorengkan ayam sehingga betul2 masak & tidak perlu sampai garing sangat. Akak lumurkan sedikit kunyit sehingga rata terlebih dahulu.
  2. Tumiskan kesemua bahan yang dikisar dengan sedikit minyak masak, biarkan sehingga kekuningan kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan cili kisar.. tumiskan hingga terbit minyak
  3. Masukkan pula bawang goreng tumbuk, santan, kerisik, kicap, garam dan sedikit gula
  4. Terakhir masukkan ayam, gaulkan sehingga rata dan sedia untuk dihidangkan


Thursday, February 23, 2012

KUIH LAPIS LABU


Assalamualaikum...Alhamdulillah merasa jugak makan kuih lapis labu ni. Waktu tengok yang Yatie buat tu memang terliur sudah. Tapi time tu tak mengizinkan sebab tengah kesibukan. Baru hari ni ada rezeki nak cuba membuatnya. 

Adoiiii, lama jugak nak menyiapkan kuih lapis ni, al maklum lah orang yang membuatnya tak expert. Memang kalau takde kesabaran hancur punah la harapan nak makan kuih lapis ni. Sebabnya kan, kuih ni kena kukus betul2 satu demi satu lapisannya, lepas tu sifu dah bagi tau kena masak betul2 la lapisan tu..memang banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh Yatie. Kalau tak menjadi jugak memang dah sah silap sendiri la tu. 

Alhamdulillah la, walaupun tak secantik yang Yatie buat tapi dah cukup cantik untuk akak yang bukan selalu membuat kuih2 sebegini. Dari segi rasanya memang menepati tekak sebab tak terlalu manis, sedang2 je. So, buat sesiapa yang ada keinginan nak rasa kuih lapis labu ni kenalah cuba buat sendiri yea. Terima kasih banyak2 akak ucapkan buat Yatie, izinkan akak copy n paste di sini untuk future reference dan dapat juga dikongsi dengan yang lain.

SUMBER : SINAR KEHIDUPANKU -   YATIE MEMORIES  

Bahan A
  • 2 cawan air
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan-disimpul
Bahan B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
Bahan C
  • 1/2 cwn santan pekat
Bahan D
  • 1 cawan labu-( yg telah di rebus dan di lecek halus)

 Cara Penyediaan Adunan.
  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
  3. Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(labu)
  5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
Cara Masak Kuih.
  1. Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Masukkan adunan D(labu) dan kukus selama 5-7 minit.
  3. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
  4. Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.
**Untuk kuih di atas Yatie gunakan loyang 10x10x2....kalau nak lapisan tu tebal sikit, gunakan loyang 8 inci. (akak guna loyang 8")

Wednesday, February 22, 2012

CUCUR IKAN BILIS



Assalamualaikum...Anda semua dah minum petang? Akak baru je lepas menggoreng cucur bilis ni. Cuaca di Tapah sekarang ni sangat2 mendung, kebarangkalian nak hujan tu sangat tinggi. Dan waktu mendung2 gini memang perut rasa lapar je kan! Tengok tadi pun hubby dok raba2 perut sambil masuk dapur...hehehe..nasib baik dah siap cucur bilis tu, dapatlah dihidangkan untuk hubby kesayangan aiiii...

Ok lah...kami dah nak minum petang ni, ada sesape yang teringin jugak nak makan cucur ni kena la membuatnya sendiri yea..Resepi akak letak macam biasa di bawah ni.. :))

BAHAN BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan ikan bilis (direndam sebentar)
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis & dipotong dadu
  • Beberapa tangkai daun kucai dikerat2 pendek
  • 100 g tauge
  • 1 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
 
CARA MEMBUATNYA

  1.  Toskan ikan bilis yang direndam tadi dan campurkan dengan bahan2 lain seperti bawang besar, kucai & tauge ke dalam tepung gandum
  2. Tambahkan garam secukup rasa dan air, gaulkan sehingga betul2 adunan tersebut betul2 sebati
  3. Panaskan minyak masak secukupnya, apabila minyak sudah panas jemput2kan adunan ke dalam minyak dan gorengkan sambil dibalik2kan supaya sama rata gorengannya
  4. Apabila suda cukup masak & garing bolehlah diangkat dari minyak dan toskan cucur 
  5. Sedia dihidangkan & sedap dicicah dengan sos cili atau kuah kacang
 



Tuesday, February 21, 2012

PUYUH GORENG MANIS MANJA


Assalamualaikum....Suka tak makan burung puyuh? Ehhh...rugi tau kalau tak suka sebab rasanya sedap apalagi kalau digoreng garing2 gini. Asyik2 makan ayam je, sesekali tukar la makan burung puyuh. Perapan untuk puyuh ni sengaja akak lebihkan manisnya, walaupun dah ada gula, akak tambahkan sedikit madu. Jangan risau, sikit punya pasal takde nya kena penyakit kencing manis.. 

Berbalik pada nama yg manja tu, saja2 akak letakkan namanya begitu mengenangkan tadi  ada anak yang bertanyakan kenapa ada orang dewasa tapi masih diberi panggilan "Anje" oleh mak atau ayahnya, sudah la dewasa, lelaki pulak tu, buat segan je kata anak akak tu. Emmm, payah nak jawap ehhhh kerana ia melibatkan seseorang ni tapi rasanya bila dah terbiasa dipanggil "Anje" sampai dah dewasa ni kesannya pada si dewasa ni banyak ngengada perangai & tabiatnya, anak bongsu mcm aiii pun kalah.....ngeeeee :))  :))

Resepi ada di bawah ni bagi yang teringin nak mencuba, dipersilakan...Jumpa lagi!!

BAHAN BAHAN
  • 8 ekor burung puyuh
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hirisan halia 
  • 1 sudu besar rempah kari daging 
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Sedikit garam 

CARA MEMBUATNYA

  1.  Tumbuk bawang besar, bawang putih & halia sehingga betul2 lumat
  2. Keluarkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 yang lain, kacaukan biar betul2 sebati 
  3. Gaulkan bahan perapan ini dengan burung puyuh, biarkan ia betul2 mesra. Untuk rasa yang lebih sedap, perapkan selama 1 - 2 jam
  4. Panaskan minyak yang mencukupi, tunggu sehingga minyak betul2 panas & masukkan burung puyuh satu persatu, goreng dengan api sederhana sehingga betul2 garing
  5. Apabila nampak sudah garing, angkat puyuh, toskan minyaknya terlebih dahulu dan sedia untuk dihidangkan


ACAR RAMPAI


Assalamualaikum....Sambil memasak untuk lunch dapat juga mengupdate disini. Macamana dengan anda di rumah ? Tentu di waktu begini dah selesai memasak juadah makan tengahari.Tunggu makan je nanti kan! Kalau di rumah ni waktu lunch hanyalah selepas solat zuhur, itu pun kadang2 sengaja dilewat2kan lunch sehingga pukul 2.30.Akak ni malas sebenarnya nak mkn nasi, disamping dah bosan mkn air tangan sendiri, dapat jugak berdiet jika tak mkn nasi kan! Tapi apakan daya, hubby akak ni manja gitu, jangan harap la dia nak makan selagi akak tak makan sekali...uhuk3...sedih sebab tak dpt diet2...:( 

Acar rampai ni bukan yang dimasak hari ni tapi menu kenduri tak berapa lama dulu. Akak ni sesekali dapat la jugak ambil gambar lauk2 kenduri, selalunya tak berkesempatan sebab sangat2 sibuk jika adanya katering. Acar sebegini kalau bukan untuk tempahan memang takkan ada akak memasaknya dirumah ni sebab anak2 bukannya reti pun nak makan. Tambah lagi anak2 lelaki, mana nak makan acar2 gini...Kalau kat rumah ni yang makan cuma akak sorang je. Ok, kalau ada antara anda nak mencuba acar ni boleh la tengok resepi di bawah ni yea... :))


BAHAN BAHAN
  • 2 lobak merah (dikupas kulit, dihiris & potongan mancis)
  • 2 timun (tak perlu dikupas kulit, dihiris & potongan mancis)
  • 2 cili merah dikerat 2,potong kecil & memanjang
  • 2 cili hijau dikerat2, potong kecil & memanjang
  • 8 ulas bawang merah dipotong 6 bahagian setiap satu
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis2
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 2 sudu besar rempah kari (ikan atau daging pun boleh)
  • 1 sudu besar serbuk cili (jangan letak jika tak suka pedas)
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 2 sudu besar bijan (digoreng sebentar tanpa minyak)
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur dilarutkan dengan 1 mangkuk air

CARA MEMBUATNYA
  1.  Rendamkan lobak merah dan timun didalam air kapur selama 1/2 - 1 jam untuk merangupkan sayur2an tersebut. Tos dan ketepikan
  2. Tumiskan kesemua bawang merah dan bawang putih dengan 3 sudu minyak masak sehingga agak layu, masukkan biji sawi dan serbuk kari daging dan kacau2kan. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering
  3. Apabila rempah sudah garing, masukkan cuka, gula dan garam secukupnya. Kacaukan supaya ia sebati
  4. Yang terakhir baru dimasukkan lobak merah, timun, cili merah, cili hijau, bawang merah & bawang putih. Gaulkan sehingga rata, biarkan dimasak sebentar sebelum ditutup api
  5. Taburkan bijan sewaktu nak menghidangkan.



Sunday, February 19, 2012

CHOC MOUSSE BROWNIES



Assalamualaikum...Bertemu semula di malam ini dengan brownies yang sudah pasti memikat selera. Actually, memang takde niat nak buat dessert ke apa ke arini sebab akak lagi kebizian sehari suntuk ni. Tapi nak buat citernya tu, tengahari tadi semasa sedang mengemas majalah2 lama, terpandangkan satu resepi ni yang nampak sedap je, tengok dari bahan2nya pun takde masalah sebab semuanya ada. So, akak pun start la membuatnya selepas solat zuhur. Bila dah siap tu haruslah disimpan dalam fridge beberapa jam supaya bahagian moussenya tu mengeras.

Jika anda nak tahu camne rasanya haruslah dicuba sendiri yea..Resepinya ada akak salinkan balik seperti di bawah sana tu. Memang tak rugi membuatnya, sangat2 sedap di tekak kami sekeluarga...Selamat mencuba & terima kasih diucapkan buat Cik Mat atas resepi yang sangat2 menepati selera   :))


SUMBER : MAJALAH JELITA JUN 2010 - CIK MAT GEBU


BAHAN BROWNIES :

  • 45 g mentega
  • 65 g gula halus
  • 1/2 camca teh esen vanila
  • 1 biji telur
Diayak bersama :
  • 50 g tepung serba guna
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1 camca besar serbuk koko

BAHAN MOUSSE
  •   1 camca besar gelatin halal
  • 100 ml air
  • 140 g coklat masakan
  • 2 biji putih telur
  • 40 g gula halus
  • 200 g krim putar

CARA MEMBUATNYA

  1. Untuk brownies, panaskan ketuhar pada suhu 190C. Lengserkan tin bakar berukuran 18 cm dengan sedikit mentega. Ketepikan
  2. Pukul mentega bersama gula dan esen vanila sehingga putih
  3. Masukkan telur, pukul sehingga kembang
  4. Masukkan tepung sedkit demi sedikit sehingga habis, gaul rata
  5. Masukkan adunan ke dalam tin bakar dan bakar selama 15 minit
  6. Untuk mousse, campur gelatin bersama 100 ml air, kacau  rata dan biar lima minit
  7. Cairkan coklat masakan menggunakan periuk tingkat. Kacau selalu
  8. Angkat coklat apabila sudah cair dan masukkan gelatin, kacau rata dan biarkan sejuk
  9. Pukul putih telur sehingga kembang, masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil terus pukul sehingga kental, ketepikan
  10. Pukul krim putar sehingga gebu dan campur bersama coklat dan putih telur. Kacau sebati
  11. Tuang adunan coklat di atas kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam
  12. Biar mousse keras dan ayak serbuk koko sebagai hiasan ( Saya hiaskan dengan coklat ganache dan parutan coklat putih)
  13. Enak dihidangkan sejuk. 

Tuesday, February 14, 2012

AYAM LEMAK BELIMBING BULUH


Assalamualaikum....Kembali disini dengan menu ayam masak lemak belimbing buluh ni ha...Pernah tak anda rasa bila dah hari2 memasak untuk keluarga tu sesekali rasa mcm dah tak tahu pulak nak masak apa? Akak memang selalu sangat rasa macam tu. Lagi senang memasak untuk menu2 tempahan katering sebab kita ikut je la apa yang customer request. Bila dah no idea tu akak akan masak je ikut citarasa anak2 & pasti yang mudah memikat selera anak2 adalah lauk ayam.

Masak lemak walau apa pun memang kena kalau diletakkan sikit belimbing buluh, kuah pun akan rasa lebih sedap. Akak ni memasak ikut je la apa yg suami beli di pasar, nampak ada belimbing tu akak pun letak banyak2, tapi yg makannya akak sorang je...lately suka sgt makan masam2 ni...

Oklah, resepinya senang saja tapi tetap ada di bawah ni..Berhenti disini dulu yea...cadangnya nak ke Teluk Intan lepas ni, nak shopping bahan2 untuk katering. Jumpa lagi!


BAHAN BAHANNYA

  • 1 ekor ayam dipotong 14 
  • 3 biji ubi kentang dipotong 4 setiap satu
  • 8 biji belimbing buluh dibelah 2 setiap satu
  • 2 tangkai cili merah dibelah tengah tanpa putus
  • 2 tangkai cili hijau dibelah tengah tanpa putus
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 hirisan lengkuas diketuk
  • 1 mangkuk santan pekat dari sebiji kelapa
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN YANG DIKISARKAN BERSAMA2
  • 10 tangkai cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumiskan serai & lengkuas yang diketuk, masukkan pula bahan2 yang dikisar bersama. Kacau2kan 
  2. Apabila sudah agak garing nampaknya masukkan ayam, gaulkan kedalam bahan tumis tadi
  3. Diikuti dengan santan, kacau2kan biar sebati
  4. Masukkan ubi kentang apabila kuah santan hampir mendidih sambil dikacau2kan selalu 
  5. Apabila ubinya sudah empuk, segera masukkan belimbing buluh beserta gula dan garam secukup rasa
  6. Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Monday, February 13, 2012

OPOR DELI


Assalamualaikum buat anda semua yang sudi hadir di sini. Terima kasih ya diucapkan atas kesudian tersebut walaupun tiada n3 terkini memandangkan tuan empunya blog lagi kesibukan dengan 1001 macam hal. Bila dah ada kelapangan maka sampailah akak disini dan menu kali ni merupakan masakan daging yang merupakan resepi mama akak..

Masakan ni jenis yang kering, lebih kurang macam rendang sebab perlu dimasak lama la jugak. Sesekali bila dah tak tahu nak masak apa dengan daging boleh la cuba resepi ni. Anak2 pun semua suka, itu yang paling penting. Apa kata terus dengan resepinya di bawah ni sebab tuan empunya blog tetiba mcm dah tak berapa reti nak menyusun ayat dah pulakkkk...Selamat Mencuba..... :))


BAHAN BAHAN

  • 600 g daging dipotong seperti biasa
  • 3 ulas bawang merah dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus
  • 2 labu bawang besar dihiris bulat
  • 2 biji tomato dibelah 2 setiap satunya
  • 2 tangkai cili merah dibelah tengah
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/2 biji kelapa dijadikan santan pekat atau 1 cawan susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis

BAHAN YANG DIKISAR BERSAMA
  • 1 batang serai
  • 5 tangkai cili padi
  • 3 tangkai cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 hirisan halia
  • 1 hirisan lengkuas
  • 1 sudu teh lada putih

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang halus. Apabila sudah agak layu masukkan bahan2 yang dikisar, biarkan ia agak garing sebentar
  2. Kemudian masukkan daging dan diikuti dengan santan atau pun susu cair. Biarkan ia mendidih perlahan2 sambil dikacau2kan.
  3. Apabila daging telah empuk masukkan asam gelugur, kacau2kan biar sebati
  4. Masukkan pula buah tomato, bawang besar, cili merah, garam & gula, kacau2kan dan biarkan sehingga kuahnya pekat dan kering barulah ditutp api dan sedia untuk dihidangkan

Wednesday, February 8, 2012

BINGKA JAGUNG


Bertemu sekali lagi dengan n3 kedua malam ni. Bingka jagung ni akak buat untuk makan petang tadi. Actually kan, alkisahnya teringin sangat nak menjamah kuih bingka jagung ni, teringin tahap mengidam dah tau...tak semestinya mengidam je harus pregnant kan, akak tidak ya! Tapi tu la kan, nak buat citer ngengada pulak tekak ni sebab nak yang tangan orang lain buat @ yang jual kat kedai. Jenuh jugak cari sana sini tapi rupa2nya kat Tapah takde yang reti membuatnya maka itulah takde yang sudi menjualnya dimana2. So, tengahari tadi sambil lazy2 atas sofa terpandangkan bingka jagung Chef Hanieliza dlm buku Senangnya Memasak Kuih Muih. Nampaknya, kenalah dibuat sendiri sebab dah takde pilihan. Nak jugak tadi suruh hubby je yang bancuh bingka ni semata2 nak puaskan hati makan dari air tgn org lain tapi risau pulak kot2 nanti tak jadi bingka jadi bubur pulak..hehe....fenin2 dah semua org membacanya kan!! 

Oklah, jika ada sesape yang mengidam jugak kuih bingka jagung ni boleh jeling2 resepinya dibawah tu yea...Rasanya memang sangat2 sedap & menepati selera aiiii...Selamat Mencuba!!
 


SUMBER : BUKU SENANGNYA MEMASAK KUIH MUIH - CHEF HANIELIZA

BAHAN BAHAN

  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1 tin jagung krim
  • 3/4 cawan gula
  • 2 sudu besar mentega atau marjerin dicairkan terlebih dahulu

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan oven 180C dan sapukan minyak pada permukaan loyang bersaiz 8 x 8 inci ataupun loyang bulat 8 inci
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga betul2 rata
  3. Kemudian, tuangkan ia ke dalam loyang dan bakarlah selama 1 jam
  4. Sejukkan sebentar dan potong2 untuk dihidangkan
Nota : Akak guna fungsi grill pada oven selama 10 minit yang terakhir supaya permukaan atas bingka agak garing

SALAM MAULIDUR RASUL & HADIAH TEKA NAMA MASAKAN




Assalamualaikum dan mungkin sedikit terlewat tetapi masih belum terlambat untuk akak mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam walau dimana sahaja anda berada. Sama2lah kita menjadikan kemuliaan akhlak Rasulullah saw sebagai pedoman di kehidupan ini dan mentaati segala ajaran Allah dan SunnahNya.

Tempohari ada diumumkan nama pemenang teka masakan yang julung2 kali diadakan diSINI..(ececehhh..tu dia bahasanya!!! ) Kan akak ada bagitau nak tunjukkan hadiahnya kan! So, hadiah2nya adalah seperti di gambar di bawah sana. Buat pemenangnya, Madihaa@Ratna & Norzie sudah pun membuat pilihan masing2 dan hadiahnya baru saja akak kirimkan petang tadi melalui Nationwide..Mungkin esok atau lusa akan sampai ke destinasinya.


Disebabkan akak mempunyai banyakkkkk lagi stok brooch mungkin next time akan ada lagi teka meneka masakan disini. Tujuan akak pun hanyalah untuk suka2 diantara blogger & semoga membawa bahagia..... :)) :))

Thursday, February 2, 2012

KEK PERKAHWINAN & KISAH SEDIH DI HARI KENDURI ITU


Assalamualaikum...Petang ni cuaca agak mendung, baru kejap tadi hujan tapi sekejap saja. Macamana dengan cuaca ditempat anda? Walau apa pun keadaannya seharusnya kita bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang bernafas di dunia yang sementara ini.

Petang ni akak sempat pulak singgah disini walaupun di dapur tu tengah rancak memasak menu2 yang ditempah. Sesetengah lauk tu tak perlu la ditunggu memanjang so akak pun layan la internet ni kejap, tambah pulak ada resepi yang dihajatkan.

Terpanjang pulak intronya, actually nak cerita pasal kek perkahwinan yang akak buat semasa kenduri kawin di Taman Bunga Raya, Tapah waktu CNY tempohari. Selain dari menyediakan masakan kenduri yang terdiri nasi biryani, ayam masak merah, rendang tok, kari dalca, acar buah & jelatah, akak jugak turut menyediakan 2 ekor ayam golek untuk pengantin. 

Kenduri kawin menyambut menantu perempuan sulungnya yang sepatutnya meriah menjadi muram apabila pagi kenduri tu nenek pengantin lelaki tiba2 terjatuh di dalam rumah & pengsan lalu dikejarkan ke hospital Tapah. Allah lebih menyayanginya,  doktor mengesahkan bahawa nenek pengantin sudah pun meninggal dunia. 

Khabarnya, malam sebelum kenduri allahyarhamah baru saja tiba dari JB dan kepenatan membawa kepada jatuhnya itu. Sesuatu yang tidak dapat diduga, melainkan dengan kuasa Allah ia terjadi untuk menguji insan2 terpilih.


Ok...berbalik kepada kek akak ni, macam biasa suka sangat buat steam bc ni. Udah la nampak cantik & kemas (takpe kan terpuji sikit je ni...) dari segi rasanya pun lebih sedap dari bc yang dilepa2 atas kek tau! Tak muak bila dimakan, soft saja....Kali ni kek yang dibuat agak besar..(emmmmm...bila la akak nak berani buat kek yg bertingkat2 ni..?? teringin sgt nak buat!!!) 

Ada problem sikit la kali ni coz after akak curah bc jadi retakan sikit. Tu yang kena cover dengan cornelli lace disekeliling kek walaupun retak tu sikit je sebenarnya...Tapi rasa2nya mcm dah kenal pasti punca terjadi retakan tu...


Kalau tengok kek2 yg ditempah sebelum2 ni, kebanyakannya warna purple & pink aje. Nak buat camne, warna customer yg request, kita kena ikutkan saja. Ikutkan hati akak teringin jugak nak cuba warna yg mencabar spt gold, silver, hitam dll...

Walau macamana pun, deko kek tetap menjadi kegilaan akak & keseronokan semasa mendeko ni memang bagi sesiapa yang membuatnya saja yang tahu...Akak pun sedar masih terlalu banyak yang perlu dipelajari, cerr tengok daun pun ada yg sharp hujungnya & ada yg tidak kan!! :))   :))  :))

Wednesday, February 1, 2012

UDANG MASAK KARI SAMBAL BELACAN


Assalamualaikum....Bertemu semula dengan menu kari udang yang pedas meletup ni. Sesiapa yang tak tahan pedas tu jangan dekat2, nanti berasap telinga kalau termakan kari akak ni. Takde laa, gurau je. Akak buat kari ni ada letak sambal belacan sikit, emmm sedap tau kari udang ni. Kalau dicicah dengan capati ataupun roti canai memang terangkat. Dan kalau dah disimpan semalaman bertambah2 lagi kelazatannya. Sorry yea, tukang masaknya puji lebih2 pulak kali ni..Tak boleh lama2 di sini nampaknya, jom jemput makan.... :))


BAHAN BAHAN
  • 30 ekor udang sederhana besar (dikupas sikit bahagian kulitnya)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu besar sambal belacan (buat mcm biasa tapi dikisar halus)
  • 5 tangkai cili padi dibelah tengahnya
  • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 3 biji ubi kentang dibelah 4 setiap satunya
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Sedikit garam & gula sebagai perasa

Bahan yang perlu dikisar bersama2 dengan sambal belacan
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

Bahan penumis
  • 3 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 cm hali dihiris halus2 memanjang
  • 1 sudu kecil halba campur

CARA MEMBUATNYA

  1. Mula2, panaskan 3 sudu minyak masak & tumiskan semua bahan2 penumis sehingga garing lalu dimasukkan bahan2 yang dikisarkan bersama termasuk sambal belacan, kacau2kan selalu dan biarkan ia sebentar sehingga naik aromanya
  2. Apabila dah cukup garing bahan2 tadi, masukkan serbuk kari ikan (tak perlu campur air pun takpe) kacau2kan biar rata, biar hingga agak garing dan mesra rempahnya
  3. Masukkan pula ubi kentang, kacau2kan dan diikuti dengan santan, sesekali kacau & tunggu sehingga ubi kentang tu empuk baru la dimasukkan pula udang, cili padi & buah tomato 
  4. Yang terakhir masukkan air asam jawa, garam & sedikit gula, biarkan ia mendidih sebentar. Memasak udang tak perlulah terlalu lama. 5 minit dah cukup untuk udang bersaiz sederhana masak dengan sempurna.Tutupkan api & sedia untuk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...