Thursday, February 2, 2012

KEK PERKAHWINAN & KISAH SEDIH DI HARI KENDURI ITU


Assalamualaikum...Petang ni cuaca agak mendung, baru kejap tadi hujan tapi sekejap saja. Macamana dengan cuaca ditempat anda? Walau apa pun keadaannya seharusnya kita bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang bernafas di dunia yang sementara ini.

Petang ni akak sempat pulak singgah disini walaupun di dapur tu tengah rancak memasak menu2 yang ditempah. Sesetengah lauk tu tak perlu la ditunggu memanjang so akak pun layan la internet ni kejap, tambah pulak ada resepi yang dihajatkan.

Terpanjang pulak intronya, actually nak cerita pasal kek perkahwinan yang akak buat semasa kenduri kawin di Taman Bunga Raya, Tapah waktu CNY tempohari. Selain dari menyediakan masakan kenduri yang terdiri nasi biryani, ayam masak merah, rendang tok, kari dalca, acar buah & jelatah, akak jugak turut menyediakan 2 ekor ayam golek untuk pengantin. 

Kenduri kawin menyambut menantu perempuan sulungnya yang sepatutnya meriah menjadi muram apabila pagi kenduri tu nenek pengantin lelaki tiba2 terjatuh di dalam rumah & pengsan lalu dikejarkan ke hospital Tapah. Allah lebih menyayanginya,  doktor mengesahkan bahawa nenek pengantin sudah pun meninggal dunia. 

Khabarnya, malam sebelum kenduri allahyarhamah baru saja tiba dari JB dan kepenatan membawa kepada jatuhnya itu. Sesuatu yang tidak dapat diduga, melainkan dengan kuasa Allah ia terjadi untuk menguji insan2 terpilih.


Ok...berbalik kepada kek akak ni, macam biasa suka sangat buat steam bc ni. Udah la nampak cantik & kemas (takpe kan terpuji sikit je ni...) dari segi rasanya pun lebih sedap dari bc yang dilepa2 atas kek tau! Tak muak bila dimakan, soft saja....Kali ni kek yang dibuat agak besar..(emmmmm...bila la akak nak berani buat kek yg bertingkat2 ni..?? teringin sgt nak buat!!!) 

Ada problem sikit la kali ni coz after akak curah bc jadi retakan sikit. Tu yang kena cover dengan cornelli lace disekeliling kek walaupun retak tu sikit je sebenarnya...Tapi rasa2nya mcm dah kenal pasti punca terjadi retakan tu...


Kalau tengok kek2 yg ditempah sebelum2 ni, kebanyakannya warna purple & pink aje. Nak buat camne, warna customer yg request, kita kena ikutkan saja. Ikutkan hati akak teringin jugak nak cuba warna yg mencabar spt gold, silver, hitam dll...

Walau macamana pun, deko kek tetap menjadi kegilaan akak & keseronokan semasa mendeko ni memang bagi sesiapa yang membuatnya saja yang tahu...Akak pun sedar masih terlalu banyak yang perlu dipelajari, cerr tengok daun pun ada yg sharp hujungnya & ada yg tidak kan!! :))   :))  :))

9 comments:

  1. Assalam ina, dlm kesibukan masih lagi ada kesempatan letak n3 baru, suka tgk kek ni, mmg cantik sangat, rasa mcm nak menuntut ngan ina je heheh, alfatihah buat nenek pengantin lelaki

    ReplyDelete
  2. Ina, akak tumpang sedih dgn kejadian nenek meninggal ketika majlis. Takziah dari akak.

    Ina, akak ni lagi la, belum pernah buat kek mcm ina buat ni. Ok la tu, pelan2 belajar.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Lina..
    salam takziah buat keluarga pengantin.. mmg dugaan yg cukup besar buat pengantin & keluarganya..

    comel je kek yg akak buat tu.. sy tabik le ngan akak ni.. mmg hebat memasak kalau dah sampai tahap masak utk kenduri... sy kalau sebut masak byk2 je mula kecut perut.. hihi.. suami dah lama ajak bisnes makanan.. tp sy tak yakin dgn diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaykumwbh Kak..semoga Allah swt merahmati arwah.

    Lamaaaaaaa tk bw...rinduuuuuuuuuuu nau kat kak....aaaaaaaaaaaha.....nak tutotial bc ar...hik3....jadi dah utang 2 tutotial ar....mmmm rose petals tanpa cone n bc deco now...muahahahaha...jgn mara kak.....they are nice la!

    ReplyDelete
  5. bila sampai masanya..takkan lewat walau sesaatkan..akak kalau akak dekat..suri tiap2 hari nk pg umah akak..tengok jari akak

    ReplyDelete
  6. Embun Rosaliza..waalaikumussalam, tak berani lg le nak ajar org, buat malu je nnt, tp Insya Allah kalau dh terror nnt kita share ilmu kat sini yea!

    Zanafahmi..Sedih kan jd camtu, kesian kat pengantin jugak. Mmg la ni tgh slow2 belajar, kalau dh pandai boleh share dgn kak Zana..

    Madihaa aka Ratna..Terima kasih sbb kata akak comel..ehh silap,kek akak yg comel..hehe..Mula2 mmg rasa ngeri & senak perut bila terima tempahan yg bnyk, bila dah selalu2 baru ok, Insya Allah Ratna & hubby pun boleh masuk bisnes ni sbb tengok air tgn Ratna pun meleleh2 air liur akak. Tak cuba tak tau kan!!

    Ayu Safieza@Humaira...Waalaikumussalam, tu la akak pun rindu tau!! Yg hujung daun pun x reti nk bg sharp betul2 lg dh berangan nk buat tutorial...haha...Insya Allah nnt akak buat step by step, tp dok fikir jugak sape la nak pegang kameranya nanti.. :))

    Surisolehah...Alahai nape nak tengok jari akak tuuu? Buat segan je tau, baru2 ni kena minyak panas habis bertanda jari antu aiii..hu3 :((

    ReplyDelete
  7. macam sedap je kek ni..lama tak makan kek..

    ReplyDelete
  8. sedih le plak bc citer kak ina ni...dugaan dr Allah utk ummatnya
    makin cantik la ros akak..sy ni dh lama pencen...mmg dh lupa cara nk menge'ros' ..huk..huk

    ReplyDelete
  9. Cantikkk mulus je steam bc ni...ntah bilala akak nak mencuba...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...