Assalamualaikum...Alhamdulillah merasa jugak makan kuih lapis labu ni. Waktu tengok yang Yatie buat tu memang terliur sudah. Tapi time tu tak mengizinkan sebab tengah kesibukan. Baru hari ni ada rezeki nak cuba membuatnya.
Adoiiii, lama jugak nak menyiapkan kuih lapis ni, al maklum lah orang yang membuatnya tak expert. Memang kalau takde kesabaran hancur punah la harapan nak makan kuih lapis ni. Sebabnya kan, kuih ni kena kukus betul2 satu demi satu lapisannya, lepas tu sifu dah bagi tau kena masak betul2 la lapisan tu..memang banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh Yatie. Kalau tak menjadi jugak memang dah sah silap sendiri la tu.
Alhamdulillah la, walaupun tak secantik yang Yatie buat tapi dah cukup cantik untuk akak yang bukan selalu membuat kuih2 sebegini. Dari segi rasanya memang menepati tekak sebab tak terlalu manis, sedang2 je. So, buat sesiapa yang ada keinginan nak rasa kuih lapis labu ni kenalah cuba buat sendiri yea. Terima kasih banyak2 akak ucapkan buat Yatie, izinkan akak copy n paste di sini untuk future reference dan dapat juga dikongsi dengan yang lain.
Bahan A
- 2 cawan air
- 1 1/4 cwn gula halus
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 helai daun pandan-disimpul
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cwn tepung beras
- 1/4 cwn tepung jagung
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan air
Bahan C
- 1/2 cwn santan pekat
Bahan D
- 1 cawan labu-( yg telah di rebus dan di lecek halus)
Cara Penyediaan Adunan.
- Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.
- Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
- Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
- Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(labu)
- Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
Cara Masak Kuih.
- Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
- Masukkan adunan D(labu) dan kukus selama 5-7 minit.
- Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
- Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
- Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.
**Untuk kuih di atas Yatie gunakan loyang 10x10x2....kalau nak lapisan tu tebal sikit, gunakan loyang 8 inci. (akak guna loyang 8")
SAlam Kak Ina... teruja tgk lapisan kuning putih tu.. cantik n kemas lapisan akak.. mesti sedap.. x pernah rasa kuih lapis labu.. terbau2 wangi labu...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Azlina,
ReplyDeletetahniah menjadi dngn jayanya kuih lapis labu akak..suka tngk dan kemas je potongannya...kalau boleh nak rasa seketoi dua ni...terliur di buatnya..tq sudi mencuba dan menepati citarasa akak...
salam k.ina...nampak cantik lapisan kuih ni mesti sedapkan.
ReplyDeleteAs'salam Azlina
ReplyDeletesedapnya kuih lapis labu tu, ingat hujung inggu ni nak cubalah juga. sebab dari hari pertama yatie tayang kat blog dia tu, menikam kalbu jer rasanya...hehehe.
tang lapis yang labu tu, lembik tak Lina, nak tahu juga ni. Sebab labu ni kalau tak betul2 dia lembikkan.
woww..cantiknyer lapisan kuih tu..geram rasa nk ngap..hehe!
ReplyDeleteHalamanku..Iye ke kemas lapisan tu Erma, segan aiii tau sebab sifu punya lg meletopss...jenuh jugak membuat lapisan2nya tu..aduyaiii :))
ReplyDeleteYatie..Waalaikumussalam, ok tak lapis akak tu, bape markah boleh bg..haha..nampak mcm x bape balance lapisannya kan..tp akak puashati sebab sedappp sgttt..terima kasih cikgu.. :))
Azatiesayang..Mmg sedap kuih lapis ni, lg pun akak mmg suka labu. nanti atie try la buat pulak ya! :))
CTDelima..Waalaikumussalam, tu la kan..tengok Yatie punya lapis labu memikat jiwa & raga, nasib baik dah buat..puashati betul. Tang labu tu takde lembik pun, saya buat betul2 ikut ajaran sifu..hehe..nak tunggu kak ct buat lepas ni.. :))
Inahar Ali..yg sy buat tu biasa2 je..cerr puan doktor yg buat past lg cantik hasilnya..terima kasih kak Inahar... :))
kak ina...huhu..nak jugak..akak bagilah petua nak potong kuih tu..suri kalau buatkan mesti bila potong mmg out..geramnya,,huhu
ReplyDeleteSuri..kalau nak potong kuih talam kena tunggu betul2 sejuk & guna pisau plastik. kdg2 akak pun x sabar sbb nak cpt mkn, kalau masih panas mmg x menjadi kuih tu bila dipotong.. :))
Delete