Monday, January 31, 2011

KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS

 
Assalamualaikum....Dah lama teringat nak buat kek lapis asam manis ni...haw flakesnya dah berapa kali beli, biskut marienya pun dah lama tersimpan di kabinet dapur akak tu. Dah berapa kali pun haw flakes ni habis kena makan dengan anak2 tapi tak terbuat2 jugak kek ni. Akhirnya, semalam terlaksana jugak impian nak melapis kek ni. 

Teringat dulu2 mama akak pun pernah buat kek ni, belajar dari seorang saudara di Taiping. Akak masih ingat lagi saudara akak ni siap demo buat kek ni depan akak dan mama akak. Masa tu akak ni masih belasan tahun. Wuishhh, lama betui dah tu kan!!! Resepi ni bukannya yang dapat dari saudara akak tu tapi dari tak lain dan tak bukan Dayang Jack yang memang terkenal dengan pelbagai kek lapisnya yang cantik2 belaka. Frust jugak sebab kek lapis akak tak secantik yang DJ buat tu. Anyway, dah tinggal separuh kek dikerjakan anak2 lepas balik dari sekolah kejap tadi. Sedap sangat kek ni....  

Resepinya akak copy dari SINI untuk future reference. Thank you so much pada DJ sebab sudi berkongsi resepi kek lapis yang sedap ni. Mesti kena buat lagi ni... 

SUMBER : DAYANG JACK

 Bahan bahannya
  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (akak kurangkan ke 160 g)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflakes secukupnya
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara Membuatnya
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit).
  6. Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis.
  7. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
  8. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.

Tak cantik pon takpe la, yg penting sangat2 sedap. Tapi, camne nak bagi dia cantik arrr ?

Saturday, January 29, 2011

BAKED POTATO CASSEROLE WITH CHICKEN SAUSAGE

Assalamualaikum...Yeay yeay!!! Dah tengah malam baru datang sini! Saturday night sepatutnya malam yang tak busy tapi ntah kenapa arini akak rasa busy semacam je... Adakah itu satu petanda yang baik atau akak yg mengada2 buat2 busy? Uwekkkkss..... Apa2 pun jom tengok apa yang kami anak beranak makan malam tadi. Kami makan potato kat gambo tu dgn ayam goreng... Akak saja2 letak nama resepi tu. Asalnya tengah malam kelmarin akak menonton my favourite programme Oprah Winfrey. Kisahnya tentang selebriti2 jemputan & previous job depa sebelum jadi terkenal. Salah sorang tu adalah Paula Deen seorang chef terkenal. Sebelum ni, kerja dia adalah sebagai seorang banker (sama pulak mcm akak....uwekkks lagi!!!) Sempat buat demo masakan lagi dgn si Oprah tu...Faham2 je la kalau dah waktu 1-2 pagi tu mata pun dah kelat. Tapi tengok resepi dia mcm best je, main ingat dlm otak je, tak kuasa dah nak cari pen & kertas subuh2 buta tu... Lebih kurang gini la resepi tu...takde la 100% sama...rasanya Paula Deen pun tak marah kan!!! BAHAN BAHANNYA
  • 8 sosej ayam
  • 2 cawan susu segar
  • 5 biji telur ayam
  • 8 keping roti putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu teh serbuk buah pala
  • 4 cawan hash brown (akak tukar ke 8 biji kentang)
  • 2 cawan parutan cheddar cheese

CARA MEMBUATNYA

  1. Ubi kentang dikupas kulit, dihiris nipis & dipotong kecil2. Gorengkan sebentar je hingga empuk dan toskan dari minyaknya.
  2. Bawang besar dihiris nipis & goreng sehingga layu & toskan.
  3. Sosej ayam dihiris nipis dan digoreng sehingga garing.
  4. Roti dibuangkan bahagian kerasnya & dipotong 4
  5. Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan serbuk buah pala, serbuk lada hitam, garam & susu segar. Guna mixed & pukul hingga sebati
  6. Sapukan sedikit minyak di bekas casserole dan sebagai lapisan pertama masukkan ubi kentang dan bawang besar yang dah siap digoreng tadi dengan rata
  7. Lapisan kedua pula, taburkan sosej ayam pula dengan rata
  8. Lapisan ketiga, ambil sedikit parutan cheddar cheese dan tabur rata diatas sosej ayam
  9. Lapisan keempat, susun kepingan2 roti putih yg dah dipotong 4 tadi dibahagian atas cheese tadi dan susun rata sehingga habis semua roti tu..
  10. Ambil adunan telur tadi dan curahkan ke atas susunan roti tadi sehingga habis dan biar ia mendap & meresap hingga ke lapisan bawah sekali perlahan2.
  11. Taburkan lebihan parutan cheddar cheese ke bahagian atasnya dengan rata
  12. Panaskan oven 200C dan bakar 20 minit atau sehingga garing
  13. Sesuai dihidang bersama ayam bakar atau ayam goreng

Wednesday, January 26, 2011

MEE REBUS DAGING MAMA

Assalamualaikum ! Wah3 lama nye tak mai sini gara2 kesibukan yang melanda akak semenjak dua menjak nih...Finally, sempat la jugak akak datang menjenguk...rindunya kat blog sendiri...perasan!!! :)

 Oh ya, TQVM buat semua kawan2 yang sudi hadir di blog yang tak seberapa ni ya...Insya Allah nanti akak akan buat jejak kasih pulak & untuk follower yang baru hadir di sini TQ so muchhhh...appreciate sgt tapi kalau boleh diberikan link supaya akak boleh jejaki & follow balik tanda yg akak amat appreciate kehadiran u all di sini...

Terharu bila ada yang sudi nak follow, tandanya ada insan2 diluar sana tu yang menyedari kewujudan blog akak nih, tambah pulak akak ni jarang nak ada masa utk blogwalking...huhu :( 

 Kat gambo tu mee rebus yang akak masak untuk salah satu tempahan petang tadi. Sempat la jugak ambik sikit untuk sendiri makan. Dan part yang paling best sebab sempat diambik gambonye tu. Banyak tempahan2 lain yang akak terima sepanjang kebizian tu memang tak sempat posing & diambik gambo, maka takde la nak tunjuk kat sini...

Dari pagi akak tak sempat makan tau, asyik minum je sampai kembong dah perut ni...sekali makan nah ambik semangkuk beso mee rebusnya!!! Resepi dia ada di bawah ni, selamat mencuba :))

 SUMBER : MY MAMA 

 BAHAN BAHAN
  • 1kg daging (dipotong kecil & direbus sehingga empuk)
  • 350g udang segar
  • 10 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2cm halia *
  • 2 ulas bawang merah, 2ulas bawang putih & sedikit halia dimayang halus
  • Rempah 4 sekawan : 1kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 kg ubi keledek merah
  • 10 biji buah tomato
  • 1/2 botol sos tomato
  • 1 sudu besar pati ayam
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
 * Bahan2 yang perlu dikisar terlebih dahulu

BAHAN2 LAIN
  • Mee kuning secukupnya dicelur sebentar & ditoskan
  • Sayur sawi dipotong kecil2 & dicelur juga sebentar & ditoskan
  • Tauhu digoreng & dipotong kecil
  • Telur direbus
  • Daun bawang & daun sup dihiris2kan
  • Cili merah dihiris nipis
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi dibelah 2 & buangkan bijinya
CARA MEMBUATNYA
  1. Ubi keledek dikupas kulitnya,dipotong kecil & direbus sehingga empuk. Kisarkan ia sehingga betul2 lumat = 5 mangkuk
  2. Udang segar dibasuh bersih2 dan dikisar betul2 lumat tanpa dibuang bahagian kepala & kulitnya = 2 mangkuk (ditapis dahulu)
  3. Buah tomato dipotong kecil2, dikisar & ditapis ambil jusnya sahaja = 1 mangkuk
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daun kari, bahan2 yg dimayang halus & rempah 4 sekawan sehingga kekuningan
  5. Masukkan pula bawang kisar diikuti rempah kari daging dan gaulkan supaya sebati
  6. Apabila sudah garing & naik aromanya masukkan kisaran udang tadi dan kacau2kan lagi
  7. Masukkan pula daging & air rebusannya diikuti jus tomato & kisaran ubi keledek dan kacau sebati
  8. Apabila kuah mendidih masukkan sos tomato, pati ayam, gula & garam secukup rasa dan kacau2kan lagi
  9. Tunggu mendidih lagi dan boleh la ditutup apinya
  10. Tuangkan kuah secukupnya di atas mee kuning bersama bahan2 lain dan taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang diatasnya. Perahkan sedikit jus limau kasturi sebelum dimakan.

Saturday, January 22, 2011

HASIL BERKEBUN PETANG TADI...:)

Kan tadi akak dah bagitau nak berkebun petang tadi...ni la hasil yang akak ambik dari kebun yang sekangkang kera tu...Ada lengkuas, serai & limau purut. Apa yang boleh masak guna bahan2 dari kebun ni ya? Rasanya elok jugak masak tom yam esok.
Walaupun kebun tu tak beso mana tapi penat betul berkebun tadi tau! Cangkul 5 kali, berhenti rehat 10 minit, cangkul lagi, rehat lagi & lagi...bayangkan bila nak siap tu! So, finally siap jugak bila dapat pertolongan from Mr Hubby. Kalau tengok hubby akak mencangkul tadi nampak macam nak mengamuk pon ada..wahaha..tak berhenti akak gelak tengok betapa bersemangatnya dia berkebun...
Nanti akak tunjuk lagi la aktiviti berkebun akak ya. Sekarang ni badan semua berdenyut2, tgn pun mcm tak larat nak angkat je...Jumpa lagi ya!!!

AYAM GORENG BEREMPAH KUZIE CATERING

Assalamualaikum...cadang nak buat apa petang Sabtu ni? Kalau akak, banyak sangat yang perlu dibuat, panjang bebeno list pekerjaan yang perlu dibereskan. Tapi akak releks je...no need to worry la....Rasanya petang ni nak berkebun kejap kat depan rumah tu sambil mengutip hasil dari kebun...wahaha....mcm beso sgt kebun kamu, perasan eh? Jangan tak tau, nanti la kalau banyak hasil yg akak dapat dari kebun tu akan akak update kat sini ek!!! Ayam goreng ni kali ke 2 buat. Actually semalam dah buat tapi serdaknya dah terhangus pulak. Dah la tak cun ayam tu. Sepatutnya serdak2 tu diangkat terlebih dahulu kan, ini akak tunggu angkat sekali dengan ayam maka terhanguslah dia...Tapi arini kita sukses dengan jayanya. Moral of the story is takpe buat salah sekali tapi jgn buat salah berkali2 :) Resepi akak copy dari Kak Nor Secubit Garam yang anggun lagi menawan tu, tenkiu ya kak Nor....

RESEPI ASAL DARI PAK ENGKU KUZIE CATERING

BAHAN BAHANNYA

  • 1 ekor ayam dipotong 16
  • 4 labu bawang merah
  • 6 batang serai dikisar
  • 2 tongkol lengkuas dikisar
  • 5 sudu cili kering kisar
  • 3 sudu rempah kari ikan
  • 3 sudu kunyit
  • 5 helai daun kari
  • 5 tangkai cili kering dipotong 3
  • sedikit serbuk perasa (tukar ke garam)

Cara memasak:

  1. Perap semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
  2. Panaskan minyak deep fried dan goreng ayam tadi....api biar sederhana..bila serdak agak kekuningan tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus...
  3. Bila ayam dah masak masukkan daun kari dan cili kering potong dan tabur atas ayam bersama serdak tadi.. tentunya menyelerakan...Lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.

Friday, January 21, 2011

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE

Assalamualaikum...Salam Jumaat buat semua...Hari ini adalah hari yang amat menyenangkan & melegakan hati akak. Syukur kepada Allah atas apa yang berlaku hari ini. Terima kasih padamu Ya Allah kerana telah menggerakkan hati yang tersayang dalam memenuhi hajat akak itu, jika tidak pastinya hari ini akan berlalu begitu saja & peluang yang amat baik itu akan menjadi sia2 belaka. Alhamdulillah, hasilnya adalah amat positif sekali...  

Kat gambo tu adalah kek yang dibuat malam semalam. Kebetulan semua bahan2 ada & tak perlu tercari2 maka terhasillah kek yang amat sedap ni dalam masa yang amat singkat. Akak memang dah lama tergoda sejak melihatnya di rumah Hana yang comel lote tu, kat rumah Yatie & Izah pun ada...Akak copy dari Hana resepinya ni...Hana tenkiu very much yea! Akak ni memang kagum sgt kat Hana ni..walaupun tengah kesejukan kat Jepun tu dapurnya tak pernah berehat & bertambah2 kreatif lagi tu ada...  

Kat bawah ni akak letakkan resepinya untuk future reference akak, rasanya tak puas makan kek ni dah pun habis kena serbu dengan hero2 kesayangan akak tu.. :))  

SUMBER : ANIE@NZ

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs (akak bubuh chocolate chips aje)
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka.
  4. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs. Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square Hanya gambo yang tinggal, keknya sudah lama habis...

Thursday, January 20, 2011

SAMBAL GORENG JAWA

Assalamualaikum! Dah makan malam ke? Tunjuk sikit sambal goreng Jawa yang selalu akak masak. Akak memang minat la masakan macam ni, tambah ada tempe tu, lagi la... Akak belajar masak sambal Jawa ni dari seorang jiran sebelah rumah mak akak, kak Zarah namanya. Dia ni memang pure Jawa tau. Boleh kata semua masakan air tangan dia semuanya sedap2 belaka...
Setiap kali Kak Zarah masak sambal goreng ni mesti dia bagi rumah akak sepinggan kecil. Memang tak puas makan sebab sikit sangat. Masa tu akak masih anak dara sunti lagi, tapi semangat nak tau memang tebal dalam jiwa akak ni. So, akak pun buat muka tak malu banyak kali ngendeng2 resepi darinya & akhirnya dapat la jugak...Bukan senang nak dapat resepi dari kak Zarah ni tau!!! Puas hati bila dah reti masak sendiri dapat makan banyak..hahaha...
Kot ada yang berkenan dengan sambal Jawa ni boleh tengok resepi kat bawah ya...
BAHAN BAHANNYA
  • 1 kepingan tempe di potong kecil & nipis
  • 2 kepingan fucuk (jangan direndam)
  • Segenggam suhun (direndam & digunting)
  • 200g kacang buncis dipotong menyerong
  • 3 biji ubi kentang dikupas & dihiris nipis
  • 3 hati & pedal ayam
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 6 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 10 biji cili padi *
  • 1 biji buah keras *
  • 1 sudu besar belacan *
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1/4 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

Bahan bertanda * hendaklah dikisar bersama2

CARA MEMASAKNYA

  1. Gorengkan tempe & ubi kentang sehingga garing & ketepikan dulu
  2. Gorengkan pula kepingan fucuk sehingga mengembang seperti keropok, jangan lama sangat nanti hangus, toskan & pecah2kan dengan tangan supaya jadi kepingan2 yg kecil
  3. Goreng hati & pedal ayam sehingga masak dan hiris kecil2
  4. Kurangkan sedikit minyak gorengan tadi dan tumiskan semua bahan kisar & cili kering kisar hingga naik bau dan garing
  5. Masukkan kacang buncis & suhun & kacau biar sebati
  6. Diikuti santan pekat, kicap manis, gula dan garam secukup rasa & kacau lagi
  7. Terakhir sekali baru masukkan tempe, ubi kentang, fucuk, hati & pedal ayam dan kacau2kan lagi supaya sebati dengan sambalnya
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, January 19, 2011

SAMBAL TUMIS SOTONG BEREMPAH

Assalamualaikum semua....Baru je selesai solat Maghrib, lepas ni nak ngajar si kecik2 mengaji, lepas tu nak jadi guru tuisyen buat yang si abang2 pulak. Macam tu la hari2...sebagai emak ni kalau kita lalai anak2 lagi la jauh terlalainya. Sambil tunggu depa turun sempat la jugak akak curi masa mengadap blog ni.. Sambal sotong yang memang menjadi pujaan hati. Suka la masak sotong ni sebab anak2 semua suka makan. Kalau kena dengan nasi lemak lagi la..sepinggan nasi lemak memang tak cukup...Ho ho...askar2 akak semua dah turun tu, tak boleh la lama2 kat sini nampaknya. Resepi akak letak di bawah seperti biasa... BAHAN BAHANNYA
  • 1kg sotong dibersihkan & ditoskan
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 10 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2cm halia dikisar *
  • 1 batang serai dikisar *
  • Belacan sebesar ibu jari *
  • 3 biji ubi kentang dikupas kulitnya & dipotong nipis
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 3 sudu makan santan pekat

(bahan bertanda * dikisar bersama2)

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan minyak masakan secukupnya dan goreng ubi kentang sehingga kekuningan dan ketepikan dulu
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi hingga tinggal sebanyak 3 sudu makan dan tumiskan semua bahan kisar sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili kering & rempah ikan, kacau2kan dan tunggu sehingga agak garing
  4. Masukkan sotong yang dah ditoskan, kacau lagi supaya rata
  5. Diikuti santan pekat, tomato, bawang besar, garam dan gula dan kacau lagi
  6. Terakhir sekali baru masukkan ubi kentang yang siap digoreng tadi
  7. Apabila sudah sebati semuanya dan secukup rasa boleh la ditutup api dan sedia untuk dihidangkan
  8. Jangan masak terlalu lama, nanti sotong mengecut dan rasanya agak liat.

Tuesday, January 18, 2011

AGAR AGAR PANDAN BERSANTAN

 
Assalamualaikum....daun pandan kat depan rumah tu dah merimbun. Hari minggu tu dah kena cantas2 pun daunnya, nak buang sayang sebab akak memang suka baunya yang wangi tu. So, akak pun hiris2 dan tabur kat celah2 laci dapur, letak kat celah2 almari baju, kat bonet kereta pun akak letak. Kalau letak kat celah2 katil dalam bilik tidur tu terasa macam bilik pengantin je pulak...
Ambil jugak sedikit daun pandan untuk buat agar2 bersantan ni. Senang je nak buatnya, tak sampai 1/2 jam dah siap.

Tengok resepi kat bawah ni...
BAHAN BAHANNYA
  • 11g agar2 serbuk
  • 200g gula pasir (boleh ditambah / dikurangkan ikut citarasa masing2)
  • 3 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji telur ayam
  • 800ml air
  • 200ml santan pekat = 1 kotak santan segera
  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
CARA MEMBUATNYA
  1. Kisarkan daun pandan dengan 1/2 cawan air, tapiskan dan ambil patinya saja
  2. Masak agar2 serbuk dengan air dan gula,masukkan pati air pandan (boleh tambah sedikit pewarna hijau jika perlu) dan kacau2kan sehingga larut agar2 & gula dan tunggu sehingga mendidih
  3. Sementara itu pecahkan telur ayam dan kocak2kan
  4. Masukkan santan pekat ke dalam telur yg dikocak tadi dan kacau2kan
  5. Masukkan adunan telur ke dalam larutan agar2 dan kacaukan ia sehingga sebati dan tunggu ia mendidih sebentar
  6. Tutupkan api dan tuangkan kedalam acuan agar2 yang bersesuaian
  7. Sedap dimakan setelah disejukkan selama beberapa jam.

Monday, January 17, 2011

ROTI BAKAR TELUR BERKEJU

Malam2 dah teringin pulak nak makan roti...Tu laaa, sape suruh tak nak makan nasi tadi kan! Sekarang dah kelaparan & mcm nak pening2 lalat pon ada... Sebelum akak terpengsan pulak karang, baik akak isi perut ni sikit. Ha ha, tadi ada kawan sms kat akak...Katanya : Kenapa u ni sibuk2 sangat nak diet, bukannya gemuk pon...Yalah2, akak akui akak bukannya gemuk ok tapi kiut kan!!! Ada tak yang nyampah baca tu?? Takpe3...akak pon tengok dalam fridge ada cheese, ada butter, so layan je tekak yang nak makan malam2 buta ni... BAHAN BAHAN
  • 2 keping roti putih
  • 1 biji telur saiz A
  • 1 kepingan keju
  • Mentega secukupnya
  • 1 sudu teh susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

  1. Pecahkan telur dan masukkan garam, lada sulah dan susu pekat manis & kacau sehingga sebati
  2. Sapukan mentega secukupnya di kedua2 belah roti
  3. Letakkan sekeping keju di tengah2 roti tu
  4. Salutkan roti dengan adunan telur sehingga betul2 rata
  5. Panaskan oven 200C dan masukkan roti tadi
  6. Tunggu lebih kurang 10 minit atau sehingga agak garing dan keluarkan ia dari oven.
  7. Potongkan menyerong supaya mudah untuk dimakan..actually x yah potong pon xpe, just ngap je terus.....

KUIH KASTURI

Assalamualaikum...First time buat kuih kasturi ni. Itu pun sebab terjumpa stok kacang hijau kat celah2 dlm almari tu. Sebelum rosak baik akak buat sesuatu. Nak buat bubur dah selalu sangat. Nak buat kuih talam..eeei tu perlu semangat tinggi weh..haha....So, bila selak2 buku resepi akak terjumpa resepi kuih kasturi ni atau pun kuih rengas. Resepi disalin dari Mamafami fotopages. Dah bertahun2 lamanya disimpan resepi ni begitu saja, masa zaman2 pekerjaan lagi tapi tak pernah buat. Akak buat sikit je, sebab akak sorang je yang makan kuih ni. Makan bape ketui ntah la...yg lain semua difrozenkan.
Ok lah...macam kat bawah ni resepi dia.
SUMBER : MAMAFAMI FOTOPAGES
Bahan bahannya
  • 100g kacang hijau
  • 1/2 cawan gula atau secukup rasa
  • 50g parutan kelapa muda
  • 1 daun pandan
  • Air secukupnya

Cara membuatnya

  1. Rebus kacang hijau sampai betul2 empuk
  2. Campurkan bahan2 yg lain tu dan masakkan lagi sehingga kering airnya & tunggu ia agak sejuk
  3. Ambil adunan dan bentukkan ia bulat dan tekan2kan supaya leper

Salutan tepung

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuatnya

  1. Campurkan kesemua bahan2 diatas & kacaukan ia supaya sebati dan tidak berketul2
  2. Ambil kuih yang dah siap dibentukkan tadi dan salutkan ia dengan bancuhan tepung
  3. Terus digoreng dalam kuali di atas api sederhana sehingga bertukar warna keemasan

Akak buat bentuk bulat2 sebab teringat kat Kampar dulu akak selalu beli kuih kasturi berbentuk bulat....Nampak macam tak lawo je kan..tapi xpe la sebab sedap rasanya!

Sunday, January 16, 2011

AYAM ALA KASSIM

Malam ni akak masak ayam ala Kassim yang akak jumpa semasa geledah menu ayam kat rumah kak Ummi. Resepi yang ringkas tapi sangat sedap. Anak2 makan sampai 2 ketui sorang. Walaupun banyak cili kisar yang akak masukkan tapi takde yang komplen pedas pulak. Lain kali boleh masak lagi ni sebab masakannya tak remeh dengan bermacam2 bahan tapi amat menyelerakan. Kat sini akak letakkan resepinya yang akak copy from kak Ummi. Maceh banyak2 ya kak...  

RESEPI ASAL DARI AZURA SUHAIMI @ MyR  

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung, akak pun...)
Bahan2 kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara:
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
  4. Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
  5. Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
  6. Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dll.

Makan dengan nasi goreng sayur campur sempoi....

CUCUR KEMBONG

Assalamualaikum....Petang2 mcm ni jom kita pekena cucur kembong. Teringat ingat time kecik2 dulu, mak akak selalu sangat buat cucur kembong ni. Kalau makan yang mak masak, semuanya sedap belaka..Dan kalau dapat hadap cucur kembong yang mak buat tu memang tak bangun2 selagi tak habis semuanya. Ok, tak payah panjang2 ya, sebab banyak kerja sedang menanti ni...

BAHAN BAHANNYA

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur saiz B
  • 3 sudu makan marjerin
  • 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 5 sudu makan gula
  • 1/2 cawan air + 1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA

  1. Campurkan kesemua bahan2 kecuali marjerin ke dalam mangkuk dan kacaukan supaya sebati dan rehatkan selama 15 minit
  2. Cairkan marjerin dan masukkan ia kedalam adunan tepung tadi dan gaulkan biar betul2 sebati
  3. Tambahkan sedikit air sekiranya adunan agak keras, bancuhan tepung ni sama seperti bancuhan cucur lain
  4. Perapkan lagi 20 minit
  5. Jemput2kan ia ke dalam minyak panas seperti biasa dan goreng sehingga bertukar warna keemasan.

Saturday, January 15, 2011

TALAM CENDOL

Assalamualaikum...akhirnya tercapai jugak hasrat hati untuk buat kuih talam cendol ni. Terdapat aneka resepi talam cendol dalam simpanan akak tapi teringin pulak nak cuba resepi dari Yatie Memories. Resepi asalnya dari Chef Asma. Kat blog Bdaria pun akak ada nampak kuih talam ni & dari situ juga akak dapat tahu Chef Asma ni ada mengendalikan kelas aneka kuih talam. So, itu la yang membuatkan akak lebih teruja nak mencuba resepi ni dari yang lain2 tu. Buat kuih ni malam semalam.
Wah..berdebar2 waktu buat kuih ni. Bukannya apa, dulu akak pernah buat sejenis kuih talam tapi disebabkan kurang mahir & cetek ilmu bab talam menalam ni hasilnya kurang menjadi. Masa tu akak belum ada blog dan main hentam je. Tapi bila dah ada blog ni banyak faedah yang akak dapat darinya. Inilah hasilnya, kuih talam cendol yang teramat la sedap rasanya.
BAHAN BAHANNYA
Sumber Chef Asma, resepi dicopy dari YATIE, thanks...)
LAPISAN BAWAH
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B
200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil isi cendolnya saja
Cara Membuatnya
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk.
  2. Masukkan bahan lain dibahagian A
  3. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu & sentiasa kacau dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  4. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  5. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  6. Kukus selama 25 minit
  7. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
LAPISAN BAWAH
Bahan A
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Membuatnya
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

LEMAK PUTIH KUBIS & TAUHU

Salam semua....sayur lemak kobis ni akak masak tengahari tadi. Masakan jenis sempoi je. Normally kalau akak masak lemak kobis ni mesti nak letak tauhu. Tauhu ni keluaran orang Melayu, tak boleh lama2 sangat waktu memasaknya nanti hancur semuanya. Takpe lah janji puas hati makan buatan air tangan orang Islam.
BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 biji sayur kobis
  • 3 keping tauhu
  • 1/2 labu bawang besar dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 cili merah dipotong serong
  • Sedikit udang segar sebagai perencah
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAKNYA

  1. Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali tauhu, garam & gula dan masak diatas api sederhana
  2. Apabila sudah mendidih sedikit santannya masukkan garam, gula dan tauhu dan kacau2kan
  3. Tutup api apabila sudah mendidih sekali lagi.

Thursday, January 13, 2011

ASAM TEMPOYAK IKAN PATIN

Assalamualaikum...ikan patin adalah salah satu menu yang hari2 mesti ada sebab ada peminatnya. Senang nak dapatkan ikan patin yang segar sebab kat kedai sebelah tu ada jual ikan2 yang dibelanya sendiri. Ikan2 yang dijualnya semua dibela dalam bekas2 besar, macam akuarium besar dalam kedai jadi kalau kita berkenan kat ikan tu just pilih je, timbang, disiangkan & bayar...(of course la kan!!) Dulu2 masa anak dara akak jarang nak makan ikan2 macam ni sebab kita makan apa yang mak kita masak...anak bungsu ni memang manja sikit, mak tak berapa suka kita kat dapur sebab suka buat kecoh kot. Tapi bila dah bertukar status dari anak dara ke mak dara ni, semua ikan akak bedal tambah pulak hubby minat ikan2 sebegini. Dulu masa anak dara walaupun orang Perak tapi memang tak sentuh tempoyak, tapi sekarang pantang tercium baunya tuu... Tempoyak memang sentiasa ada stok. Kalau beli durian tu mesti buat tempoyak sekali. Gunakan sudu untuk asingkan isi durian tu dari bijinya. Biarkan ia semalaman kat luar baru masukkan ke freezer. Tempoyak takkan rosak & boleh tahan lebih dari 6 bulan jika dibekukan. Bahagikan kepada beberapa bekas supaya mudah bila kita nak gunakan just keluarkan 1 bekas dari freezer. BAHAN BAHANNYA
  • 1 ekor ikan patin dipotong ke beberapa bahagian
  • 5 biji bawang besar *
  • 2 biji bawang putih *
  • Sebesar ibu jari kunyit hidup *
  • 6 biji cili merah segar *
  • 5 biji cili padi *
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 1 batang serai diketuk2
  • 1 asam gelugur
  • 1 bunga kantan dibelah 2
  • Sedikit daun kesom
  • Timun bendang dikupas & dipotong kecil
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Semua bahan bertanda * dikisar bersama2

CARA MEMBUATNYA

  1. Masukkan semua bahan2 kisar dan tempoyak ke dalam periuk dan masak sebentar
  2. Masukkan 2 cawan air, kacau2kan dan tunggu mendidih
  3. Masukkan timun bendang, bunga kantan, daun kesom dan asam gelugur dan masak hingga timun agak lembut
  4. Masukkan pula ikan patin dan biarkan ia mendidih sebentar baru masukkan garam dan gula secukup rasa
  5. Apabila ikan dah betul2 masak baru ditutup apinya dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, January 12, 2011

DAGING KARI BARYANI

Assalamualaikum semua! Ni lauk yang akak masak tiap2 hari buat masa ni...nanti bila customer dah naik bosan baru kita rehatkan kejap masakan daging ni. Lauk ni sesuai dimakan dengan nasi minyak, tapi kalau nak makan dengan nasi putih pun takde lah menjadi masalah. Kuahnya yang sememangnya pekat kalau pekena dengan roti canai atau capati pun memang sedap. Akak memang suka simpan lauk ni untuk dicicah dengan capati. Tambah sedap lagi pulak rasa dia bila dipanaskan keesokan harinya. Akak gunakan daging tetel yang berlemak2 tu. Ok la, ni resepinya.... BAHAN BAHANNYA
  • 1 kg daging tetel
  • 1 labu bawang besar dihiris halus
  • Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis,2bunga lawang,3 pelaga & 4 cengkih)
  • 1 tangkai daun kari
  • 10 ulas bawang merah )
  • 5 ulas bawang putih ) dikisar
  • 2 cm halia )
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan rempah baryani
  • 1/2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu kecil kas kas
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
  • 3 biji ubi kentang dikupas & dibelah 4
  • 2 biji buah tomato dibelah 4
  • 2 biji cili hijau dibelah tengahnya
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

  • Potong daging sederhana besar dan rebus sehingga lembut dan ketepikan dulu
  • Tumiskan dengan sedikit minyak rempah 4 sekawan, daun kari dan bawang besar sehingga naik baunya
  • Masukkan bawang2 yang dikisar diikuti rempah kari, rempah baryani, serbuk cili, kas2, jintan manis & jintan putih dan tambah sedikit air supaya tak terlalu kering dan masak sehingga garing rempah2nya
  • Masukkan daging & air rebusannya dan masak lagi dengan api perlahan sehingga mesra daging dan rempah2 tersebut
  • Masukkan ubi kentang dan masak lagi sampai ubinya empuk
  • Masukkan santan pekat, buah tomato dan cili hijau dan masak hingga hancur buah tomato dan cili hijau tadi
  • Masukkan gula dan sesuaikan rasa dengan sedikit garam
  • Kacau2kan selalu dan tunggu sehingga kuah menjadi pekat dan boleh la ditutup apinya

PUFF PASTRY SOSEJ

Assalamualaikum & salam petang.....Petang tadi waktu susun barang2 dlm freezer terjumpa pulak kulit puff pastri yang dah berbulan2 akak beli. Lambat lagi expire tapi buat je la sebab senang punya kerja. Budak tahun 1 pun boleh buat rasanya kalau diajar, betul tak? Anak2 memang suka makan puff sebegini. Yang ni akak letak sosej ayam kat dalamnya. Lagi setengah jam dah nak masuk waktu Maghrib, so permisi dulu ya.... 

BAHAN BAHANNYA
  • Beberapa kepingan puff pastry
  • Sosej ayam secukupnya
  • Sedikit Mayonis
  • Kuning telur
CARA MEMBUATNYA
  1. Ambil sekeping puff pastry dan sapukan sedikit mayonis di atasnya
  2. Letakkan sosej di atasnya dan cantumkan pastri itu dengan menggulungkannya dengan kemas
  3. Kelar2kan sedikit di atas puff tu dengan pisau
  4. Sapukan kuning telur diatasnya
  5. Masukkan ke dalam oven 180C selama 20 minit
  6. Tunggu sejuk sebentar dan boleh la diangkat untuk dinikmati.

Tuesday, January 11, 2011

IKAN TILAPIA MERAH GORENG ANEKA RASA

 
Assalamualaikum semua....Hehe sempat jugak update blog sambil ber sms dengan member lama semasa kat bank dulu. Lamanya tak jumpa....Mudah2an hasrat hati nak cuba dapat anak kembar tu tercapai ya! Ni nak tunjuk sikit ikan tilapia yang selalu dimasak, boleh kata selang sehari mesti ada sebab tak pernah tak habis pun. Suka cara masakan yang simple2 gini. Ikan tilapia pulak tu dapat yang fresh tengah hidup2 lagi masa dibeli. 

Saiz ikan kat gambar tu memang agak besar, kalau makan sorang jenuh jugak nak habis kecuali bagi sesape yang kerjanya suka meratah ikan.... Rasa isinya yang segar tu tersangat la manis tak dpt nak digambarkan. Kena pulak dengan sosnya yang ada rasa manis, masam & pedas tu. Ditambah pulak lagi dengan rasa serai & daun limau purut tu memang sangat2 menyelerakan bagi yang suka. Tu yang akak bagi nama dia masak goreng aneka rasa, suka hati je la kan!! Apa kata jom tengok resepinya kat bawah ni... 


BAHAN BAHANNYA
  • 5 ekor ikan tilapia merah
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 2 batang serai dihiris
  • 15 biji cili padi dihiris
  • 2 biji tomato dibelah2
  • 4 - 5 helai daun limau purut dicarik2
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK
  1. Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan dulu
  2. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumiskan semua bahan yang dihiris halus sehingga kekuning2an dan naik bau
  3. Masukkan sos tiram dan sos ikan dan kacau2kan
  4. Diikuti buah tomato dan daun limau purut dan tunggu sebentar
  5. Akhir sekali baru masukkan gula & sedikit garam (jika perlu)
  6. Apabila sudah sebati rasanya boleh la ditutup api dan tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng tadi

Monday, January 10, 2011

NASI MINYAK PLANTA BERKISMIS

Assalamualaikum...salah satu rutin harian akak kat dapur azlina tu selain dari membebel adalah memasak nasi minyak. Hari2 masak nasi minyak idak ke bosan akak? Bosan la jugak bila dah hari2 kan tapi kesian la pulak kat makcik sorang tu which is my regular customer la...walaupun dia tak de la paksa akak memasak nasi tersebut tapi hajat hati dia ni kalau boleh hari2 nak nasi minyak. Akak ni memang faham hati naluri customer ni..ececeh :)) Ada cikgu sorang tu pulak kalau boleh hari2 nak makan nasi hujan panas, so kena ikut giliran lah ya. 

Hari ni akak masak nasi minyak guna marjerin planta pulak. Bukan la sebab akak dah kehabisan minyak sapi tetapi saja2 ikut suka hati naluri kita la kan...Actuallykan bila guna planta ni pon best apa, nasinya jadi lembut dan wangi sangat. So tadi makcik dah dapat nasi minyak dia & senyumnya panjang sampai ke telinga, sukanya makcik makan nasi minyak kita, terharu rasanya... 

Disebabkan situasi akak yang memasak beraneka jenis menu lauk pauk non stop , selalunya akak akan guna cara yang memudahkan segala kerja iaitu dengan campak2 je apa yang patut, ikut hati je, memang tak de sukat2 punya bahan2 tu, hentam saja labu.... Tapi kalau nak ikut resepinya adalah seperti berikut... 

BAHAN BAHANNYA
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus
  • 5 ulas bawang merah, 2 bawang putih & 2 cm halia (dikisar bersama2)
  • Rempah penumis 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
  • 3 sudu makan marjerin planta
  • 1 cawan susu segar uht
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan pati ayam
  • 1 ketul gula batu
  • Garam secukup rasa
  • Kismis emas dan bawang goreng secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh beras dan rendam kan sekejap , 10 minit pon jadi le & toskan
  2. Panaskan marjerin dalam periuk dan tumiskan bawang besar & bawang putih, rempah 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik bau
  3. Masukkan pula bahan kisar dan kacau2kan, tunggu hingga garing sedikit
  4. Kemudian baru masukkan pati ayam, gula batu, garam, susu uht dan air dan kacau2kan
  5. Tunggu sehingga mendidih sekejap je baru dimasukkan beras basmathi
  6. Api jangan la terlalu besar, sederhana saja & tunggu hingga nasi masak seperti biasa
  7. Taburkan kismis & bawang goreng secukupnya dipermukaan nasi untuk menambah rasa.

Sunday, January 9, 2011

IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS MELAKA


Salam Ahad.....puashati betul sebab semua urusan kerja rumah dah pun selesai, so malam2 cam ni dapat rehat2kan diri, manja2kan diri. Sambil2 tu jeling2 jugak kat TV tu tengah siaran langsung AJL, tambah Shahir AF pulak yang tengah dok nyanyi..hehe..tetiba teringat pulak Shahir ni masa kecik2 dulu, al maklumlah 1 kampung... 

Kat gambo tu lauk asam pedas yang memang sangat2 akak gemari. Kalau tengah takde selera bila nampak lauk asam pedas terus datang selera. Ikan patin ni selain dari masak lemak tempoyak sesuai jugak dimasak asam pedas. Kalau masak asam pedas ni kena la betul2 pedas baru lah terangkat kan, kalau setakat bubuh cili sikit2 tu lebih baik tak payah. Bukannya apa cuma akak rasa pelik bila tengok ada orang nak makan asam pedas tapi tak nak pedas...Akak letak resepinya kat bawah ni ya..... 

 
BAHAN BAHANNYA
  • Seekor ikan patin
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar belacan
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sedikit kunyit hidup
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Sedikit halba (5 biji je dah cukup)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit daun keson
  • 1 bunga kantan dibelah 4
  • Kacang bendi secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 kisarkan bersama2 bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan sehingga lumat semuanya
  2. Panaskan minyak dan tumiskan halba sehingga wangi baunya
  3. Masukkan bawang2 kisar tadi diikuti cili kering kisar dan kacau2kan selalu
  4. Bila dah agak garing cilinya tu masukkan kerisik dan masak atas api perlahan je
  5. Masukkan daun kesom dan bunga kantan dan kacau2kan lagi
  6. Tunggu sebentar baru masukkan air asam jawa dan tambahkan air masak secukupnya ikut kesesuaian, jangan terlalu cair kuahnya nanti tak sedap rasanya
  7. Bila air tu dah mendidih masukkan ikan patin dan garam secukup rasa
  8. Masukkan juga kacang bendi pula dan tunggu hingga ikan betul2 masak, baru ditutup apinya dan sedia untuk dimakan

Saturday, January 8, 2011

ROJAK PASEMBUR

Salam malam Ahad, tak sabar dah ni nak tunggu besok...Tau tak kenapa? Satu-satu sebabnya (takde dua or tiga sebab ok....) besok akak dapat nak clearkan semua kerja2 rumah yang tertunggak selama beberapa hari ni. Wushayyyy....yabedabeduuuuu!!! Akak dah rimas ooi tengok kain baju berapa hari jemur pon tak kering2, dah lemas tengok kain baju 1 raga besooo tu tak berlipat lagiiiii...dah nyampah tengok ada sawang2 kat siling rumah yang macam melambai2 je kat akak ni sambil merayu2 non stop "SAPULAH SAYA...." So besok akan ku kerjakan kamu semua hahahahaha....(ketawa cara gila2) Ulang lagi sekali, besok bukan hari ni...No no no...tak mungkin malam ni sebab malam ni akak nak lazy2, baring2 atas sofa sambil tengok tv, jangan ada sape2 nak kacau tv tu akak yg punya malam ni...ngalahkan budak2 kecik tak? :) Lepas tu nak suruh tukang urut Jepun akak yang dah 5 tahun berkhidmat dengan akak tu picit2 dan urut2 seluruh belakang badan akak ni...best3 dah lama tak kena urut...(alaaa kerusi urut Jepun tu jeee...) Tiap2 hari tak makan nasi nih...melantak pasembur ni je laaa. Adakah akak akan kurus dengan makan benda sebegini??? Jawapannya...Tersangat lah impossible....Tak mungkin3!!! Sebab pasembur ni ada cucur udang yang sangat2 sedap, ada tauhu (tauhu Melayu bikin, tak main yg bukan Melayu punya woooo...), ada telur rebus, ada timun & sengkuang dan kuahnya yang dibuat dari ubi keledek tu tak mungkin menyebabkan akak kekurusan walaupun dah berapa hari tak makan nasi. So, kalau ada sesape yang mula nak risau2 takut akak terkurus ke nanti, please forget it babe! Senang je buat kuah pasembur ni...
SUMBER RESEPI DARI MIL YANG TERSAYANG
BAHAN2NYA
  • 2 kg ubi keledek merah (dikupas & direbus sehingga lembut)
  • 300 gm kismis emas
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 10 biji buah tomato
  • 1/2 botol sos tomato
  • 1/2 kg gula pasir
  • 1 sudu makan garam
  • Sedikit kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar
  • Sedikit udang kering digoreng tanpa minyak dan dikisar
  • Sedikit bawang goreng
Cara Membuatnya
  1. Ubi keledek yang sudah direbus itu dikisar dengan 5 gelas air sehingga betul2 lumat
  2. Kismis direndam sebentar dan dikisar dengan air sebanyak 3 gelas dan ditapis. Kisar sekali lagi dan tapis lagi untuk dapatkan jus kismis tu
  3. Buah tomato dipotong kecil2 dan dikisar dengan 3 gelas air dan ditapis untuk dapatkan jus tomato
  4. Masukkan ubi keledek yang sudah dikisar kedalam periuk diikuti jus kismis, jus tomato, serbuk cili & sos tomato dan masak diatas api yang sederhana dan kacau2kan supaya sebati
  5. Bila sudah mendidih masukkan pula gula dan garam secukup rasa dan masak lagi
  6. Tunggu hingga kuah betul2 pekat dalam masa 40 minit baru ditutup api
  7. Hidangkan dengan sayur2an seperti timun dan sengkuang yang dihiris2, cucur udang dll
  8. Taburkan diatas kuahnya bahan2 seperti bawang goreng, kacang tanah tumbuk dan udang kering tumbuk.

Tuesday, January 4, 2011

ROJAK BUAH

Assalamualaikum...setelah beberapa hari kesibukan dalam menguruskan pelbagai hal, akhirnya dapat jugak menjenguk kat sini. Suka sangat nak menempuh tahun 2011 ni, akak pun tak tau la kenapa. Mungkin sebab segala urusan akak baru2 ini telah dipermudahkan Allah, syukur Alhamdulillah Tapi dalam suka2 tu, tetiba rasa sedih & sebak bila teringatkan seorang kawan baik yang telah pun kehilangan suaminya setelah bertarung dengan penyakit yang dihidapinya selama beberapa tahun. Sayu bila teringatkan kata2nya, menceritakan perasaan rindu yang begitu mendalam pada suaminya itu sehingga tak boleh diterjemahkan dengan kata2. Bila rindu datang, kawan akak ni akan memeluk anaknya sekuat2 hati, begitu jugalah dengan anaknya akan memeluk emaknya jika rindu pada ayahnya. Akak hanya mampu memberikan kata2 semangat padanya, hanya yang mengalaminya saja yang tahu betapa peritnya apa yang sedang dilaluinya. Ujian yang diberikan Allah kepada setiap manusia pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hambaNya seharusnya redha dan bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih itu. Hargailah insan2 yang kita sayangi disekeliling kita sewaktu mereka masih ada disisi kita. Kuah rojak dah berapa hari buat ntah le, sibuk punya pasal sampai lupa nak makannya. Actuallykan, akak buat kuah rojak ni gara2 tak puas makan rojak buah Penang masa jalan2 hari tu. Heheh, rojak buah akak ni lebih sedap tau rasanya, jangan marah!!! Hari tu pergi Tesco Kampar sempat beli buah2 kesukaan jadi dari petang sampai ke malam ni kami anak beranak menghadap rojak buah sampai kekenyangan, tapi nasi tetap makan jugak tu, dah tekak Melayu nak kata apa kan!!! :) Senang je buat kuah rojak ni, dulu2 ada belajar buat dengan MIL, so akak pun ingat2kan balik & main hentam2 sikit, macam ni la bahan2nya.....

BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 botol kicap
  • 1/2 botol sos tomato
  • 10 biji cili padi dikisar halus (ni kena kurangkan jika takut pedas)
  • 1 senduk besar gula merah dimasak & ditapiskan
  • 1/2 kg gula pasir
  • 2 sudu makan belacan jenis yang betul2 kaw ok!
  • 1 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Cara membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan2 diatas dan masak atas api sehingga betul2 pekat.
  2. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu
  3. Tuangkan kuah rojak ke atas apa saja buah2an yang berkenan dihati
  4. Taburkan kacang tanah tumbuk dan sedia untuk dimakan
Buah2an yang jadi pilihan akak: mangga, nenas, kiwi, jambu batu, epal hijau, timun & sengkuang

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BUAT YANG TERSAYANG

Buat Sayang....
Selamat Hari Lahir (01-01-2011)
Semoga Dipanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki
Dan Diberkati Allah Sentiasa
Semoga Tabah Dengan Dugaan & Ujian dari Allah
Dan Jangan Sekali2 Menyerah Kalah
Teruskan Perjuanganmu Dan Istiqamah
Hijrahkan Diri Dengan Seikhlas Hati
Insya Allah Kejayaan Pasti Hadir
Dari Isteri & Anak2 Yang Sangat Menyayangimu
Dan Akan Sentiasa Disisimu
Waktu Susah dan Senang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...