Assalamualaikum semua....Hehe sempat jugak update blog sambil ber sms dengan member lama semasa kat bank dulu. Lamanya tak jumpa....Mudah2an hasrat hati nak cuba dapat anak kembar tu tercapai ya! Ni nak tunjuk sikit ikan tilapia yang selalu dimasak, boleh kata selang sehari mesti ada sebab tak pernah tak habis pun. Suka cara masakan yang simple2 gini. Ikan tilapia pulak tu dapat yang fresh tengah hidup2 lagi masa dibeli.
Saiz ikan kat gambar tu memang agak besar, kalau makan sorang jenuh jugak nak habis kecuali bagi sesape yang kerjanya suka meratah ikan.... Rasa isinya yang segar tu tersangat la manis tak dpt nak digambarkan. Kena pulak dengan sosnya yang ada rasa manis, masam & pedas tu. Ditambah pulak lagi dengan rasa serai & daun limau purut tu memang sangat2 menyelerakan bagi yang suka. Tu yang akak bagi nama dia masak goreng aneka rasa, suka hati je la kan!! Apa kata jom tengok resepinya kat bawah ni...
BAHAN BAHANNYA
- 5 ekor ikan tilapia merah
- 1 labu bawang besar dihiris
- 2 batang serai dihiris
- 15 biji cili padi dihiris
- 2 biji tomato dibelah2
- 4 - 5 helai daun limau purut dicarik2
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK
- Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan dulu
- Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumiskan semua bahan yang dihiris halus sehingga kekuning2an dan naik bau
- Masukkan sos tiram dan sos ikan dan kacau2kan
- Diikuti buah tomato dan daun limau purut dan tunggu sebentar
- Akhir sekali baru masukkan gula & sedikit garam (jika perlu)
- Apabila sudah sebati rasanya boleh la ditutup api dan tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng tadi
hu hu hu hu...ikan talapia....lamenyer dok makan...sedpa tu kak...manis isi nye.....:)errr dah abis kan?
ReplyDeleteAyu, utk hari ni dah abis la...xpe3 lusa akan ada lg, nnt akak simpan utk Ayu 2 ekor yeaa...thanks Ayu sudi singgah ke sini! :))
ReplyDelete