Tuesday, January 4, 2011

ROJAK BUAH

Assalamualaikum...setelah beberapa hari kesibukan dalam menguruskan pelbagai hal, akhirnya dapat jugak menjenguk kat sini. Suka sangat nak menempuh tahun 2011 ni, akak pun tak tau la kenapa. Mungkin sebab segala urusan akak baru2 ini telah dipermudahkan Allah, syukur Alhamdulillah Tapi dalam suka2 tu, tetiba rasa sedih & sebak bila teringatkan seorang kawan baik yang telah pun kehilangan suaminya setelah bertarung dengan penyakit yang dihidapinya selama beberapa tahun. Sayu bila teringatkan kata2nya, menceritakan perasaan rindu yang begitu mendalam pada suaminya itu sehingga tak boleh diterjemahkan dengan kata2. Bila rindu datang, kawan akak ni akan memeluk anaknya sekuat2 hati, begitu jugalah dengan anaknya akan memeluk emaknya jika rindu pada ayahnya. Akak hanya mampu memberikan kata2 semangat padanya, hanya yang mengalaminya saja yang tahu betapa peritnya apa yang sedang dilaluinya. Ujian yang diberikan Allah kepada setiap manusia pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hambaNya seharusnya redha dan bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih itu. Hargailah insan2 yang kita sayangi disekeliling kita sewaktu mereka masih ada disisi kita. Kuah rojak dah berapa hari buat ntah le, sibuk punya pasal sampai lupa nak makannya. Actuallykan, akak buat kuah rojak ni gara2 tak puas makan rojak buah Penang masa jalan2 hari tu. Heheh, rojak buah akak ni lebih sedap tau rasanya, jangan marah!!! Hari tu pergi Tesco Kampar sempat beli buah2 kesukaan jadi dari petang sampai ke malam ni kami anak beranak menghadap rojak buah sampai kekenyangan, tapi nasi tetap makan jugak tu, dah tekak Melayu nak kata apa kan!!! :) Senang je buat kuah rojak ni, dulu2 ada belajar buat dengan MIL, so akak pun ingat2kan balik & main hentam2 sikit, macam ni la bahan2nya.....

BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 botol kicap
  • 1/2 botol sos tomato
  • 10 biji cili padi dikisar halus (ni kena kurangkan jika takut pedas)
  • 1 senduk besar gula merah dimasak & ditapiskan
  • 1/2 kg gula pasir
  • 2 sudu makan belacan jenis yang betul2 kaw ok!
  • 1 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Cara membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan2 diatas dan masak atas api sehingga betul2 pekat.
  2. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu
  3. Tuangkan kuah rojak ke atas apa saja buah2an yang berkenan dihati
  4. Taburkan kacang tanah tumbuk dan sedia untuk dimakan
Buah2an yang jadi pilihan akak: mangga, nenas, kiwi, jambu batu, epal hijau, timun & sengkuang

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...