Saturday, April 30, 2011

SOCCER BALL BIRTHDAY CAKE UNTUK MUZANY


Assalamualaikum buat semua pembaca yang hadir di sini, apa khabar semua? Semoga semuanya sihat & ceria selalu disamping keluarga tercinta. Akhirnya dapat juga akak lapangkan masa untuk ke sini setelah beberapa lama dihimpit kesibukan yang agak mengerikan. Ngeri sampai termimpi2 dibuatnya...Nak tergelak pula bila teringatkan mimpi2 tu.

Actually mimpi tu hadir akibat kerisauan akak sewaktu menyiapkan tempahan yang diterima. Tempahan berupa hantaran adalah sangat mencabar. Gementar sungguh rasanya jika tak sempat siap, tambahan pulak ia adalah untuk majlis pernikahan. Alhamdulillah, lega sungguh bila semuanya berjalan dengan lancar.

Soccer ball cake ni adalah yang akak buat untuk birthday anak akak yang ke 4, Muzany pada 26 April yang lalu. Memang dia yang request kek berbentuk bola. Sudahlah akak sibuk menyiapkan tempahan, sekali anak pun turut sama menempah kek untuk birthdaynya....Nak je akak say no tapi kesian pulak kat anak. Bila dah siap kek ni dia pulak sayang nak potong & makan. Emmm....macam2 pulak perangai.
Sayaaangggg anak mama.....Mmmuuuahhhhh!!! Sempat pose dengan birthday cake sebelum keluar makan. Akak cuma siapkan kek je, makanan lain di taja oleh babah.... 


Kek span ni 1 bancuhan aje tapi dibakar dalam 2 tin berasingan. 1 perisa vanila & 1 lagi perisa strawberi. Tengok bahagian vanila agak leper kan! Macam tu lah kalau buat kerja dalam situasi yang kelam kabut...haha... 

Kena trim sikit bentuknya biar macam bola. Selepas tu sapu dengan buttercream. Nampak tak tu kawasan kerja yang agak sesak. Mana nak membuat bunga fondant lagi, mana nak mendeko kek bola ni lagi...Masa akak tengah buat ni takde sape yang berani datang dekat. Takut depa semua tengok muka akak yang serious tu kot..hik2...Muka je macam tu tapi hati berbunga2 ceria, suka sangat kerja mendeko2 ni.... 
 

Monday, April 25, 2011

PUDING KARAMEL TANPA TELUR



Assalamualaikum ....agak lama tidak berkesempatan untuk update n3 disini. Faham2 aje lah ya kalau blog ni tak berupdate tu tandanya tuan punya dapur sedang kesibukan. Emmm...ni lah puding karamel yang akak buat semalam. Memang best la puding ni, tak muak memakannya. Rakyat kat sini memang suka makan puding karamel. Normally akak buat yang bertelur tapi yang jenis ni pun tetap sedap..Ok la, nak lama2 disini pun tak boleh nampaknya...Insya Allah hujung minggu ni dapat la akak ber lazy2 semula...


Resepinya akak dapat dari dapurdriyadh. TQ kerana berkongsi resepi puding yang sedap ni. Klik2 kalau nak intai resepinya ok....SINI

Thursday, April 21, 2011

TAT COKLAT ZEBRA

Assalamualaikum...petang tadi sempat juga buat tat coklat ni (yg saja2 akak bagi nama tat zebra, sebab berbelang tu, ada logiknya kan! Kononnya nak buat untuk tetamu sekali bila akak turun selepas selesai Isyak tengok2 dah tinggal 5 ketoi. Apa ke halnya nak hidang kat org..sudahnya bagi je la depa perabih semua. Actually shell ni adalah lebihan dari tat telur yang akak buat kelmarin. Nampaknya kena fikirkan makanan lain pula untuk guest tu..
Anak2 dah makan tat ni kenyang dah rupanya..waktu macam ni pun belum nak dinner lagi. Ini lah sebenornye punca obesiti pada kanak2, makan malam terlalu lewat, dah le lewat, makanan yg heavy pulak tu, jenuh nak bawak perut kan! Idak le rasa akak disebabkan makan nasi lemak kat kantin sekolah tu boleh obesiti, isshhh3, tak setuju bebeno ler...Tapi FYI anak2 akak takde la yg obesiti sebab lewat dinner ni.
Ok..kat bawah ni akak letak resepi untuk inti coklatnya aje yea, untuk kulit tat (shell)nya boleh rujuk kat SINI
BAHAN BAHAN UNTUK INTI COKLAT
  • 1 cawan coklat masakan yg dipotong2 kecil
  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 biji telur gred A

CARA MEMBUATNYA

  1. Masakkan susu segar dan gula sebentar sehingga gula hancur, tak perlu mendidih. Sejukkan sebentar
  2. Kocak2kan telur sekejap aje, tak perlu pukul hingga kembang lalu masukkan ke dalam adunan susu segar tadi dan kacaukan sehingga sebati
  3. Panaskan coklat masakan secara double boil sehingga cair kesemuanya dan tutup api
  4. Masukkan coklat cair ke dalam adunan susu dan telur dan kacau2kan lagi
  5. Masukkan ke dalam jag kecil dan tuangkan ke dalam shell tat secara perlahan2
  6. Bakar tat selama 15-20 minit bergantung pada oven masing2 sehingga inti coklat betul2 masak
  7. Keluarkan tat dan tunggu ia sejuk sebentar dan hiaskan dengan coklat putih di bahagian atasnya

Tuesday, April 19, 2011

MANGO ICE SOUFFLE

Assalamualaikum....Malam2 gini terasa kehausan pulak tekak akak. Buka freezer ternampak mango ice souffle yg akak buat semalam...ahaaa...ada lagi rupanya. Ingatkan dah habis kena serbu dengan rakyat jelata kat rumah ni yang sememangnya minat mkn benda2 camni. Tu yg kat gambo tu la yang akak mkn kejap tadi, dah selamat pun, itu pun share dengan rakyat yg tak reti2 jemu ni.

Emmm...sekarang ni agak kebizian..mcm2 benda nak dibuat, mcm2 benda nak difikirkan & mcm2 juga la yg nak disiapkan..Sekarang ni yg dok berlegar2 di kepala akak semenjak 2 menjak ni adalah macamana nak buat kek 2 tingkat. Aduhhh, pening kepala memikirkan camne cara yang betul & terbaik utk letak kek di bahagian atas tu..Bukannya akak tak nak attend kelas2 kek, memang nak sangat sebab itu cara yang terbaik untuk selesaikan masalah akak ni tapi akak tak nampak masa yang sesuai untuk ke sana. Dah le tempat yang akak berkenan nak attend tu jauh la pulak...
Takpe2, usah pening2 kepala lagi, jom layan ice souffle.... :)

BAHAN BAHANNYA
  • 2 biji buah mangga yg masak ranum
  • 400 ml fresh cream
  • 5 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas kulit mangga dan potong dadu isinya
  2. Gula pasir dicampurkan dengan air dan dimasak sehingga larut gulanya, ketepikan & biarkan ia sejuk seketika
  3. Di dalam bekas lain, satukan krim segar (fresh cream) sehingga betul2 pekat
  4. Masukkan kuning telur dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga sebati
  5. Yang terakhir baru masukkan air gula dan pukul lagi sebentar sehingga sebati
  6. Sediakan mangkuk2 aiskrim atau mangkuk kecil yang sesuai, masukkan sedikit buah mangga yg dipotong dadu tadi kedalamnya
  7. Tuangkan adunan krim ke dalam mangkuk tadi, sejukkan di dalam peti ais beberapa jam & boleh la dimakan dengan buah2an yang disukai...

Sunday, April 17, 2011

NASI AYAM HAINAN...UNILEVER FOODSOLUTIONS

Assalamualaikum....Akhirnya sempat juga akak buat nasi ayam hainan mengikut resepi yang dibeli dari pek permulaan nasi ayam hainan ni. Minggu lepas tak sangka pulak pihak dari Nasi Ayam Berjaya datang menghantar sampai ke pintu kedai pek permulaan ni yang akak beli dengan harga RM31 saja. Udah le dapat marjerin Planta 1kg, Knorr serbuk limau nipis 400g & stok ayam 500g, dapat lagi DVD resepinya dan percuma kelas masakan bersama Chef. Owh yea, 1 lagi..memasak dengan cara ni dapat menjimatkan kos dan kerja pun jadi mudah.
Bermula selepas Zohor, selepas Asar baru la kami dapat menikmati nasi ayam hainan yang sedap ni. Akak buat 1kg beras sepatutnya untuk 14 orang tapi 8 orang pun boleh hentam makan sampai habis kesemuanya. Sesiapa yang teringin nak rasa boleh la beli pek permulaan ni. Memang berbaloi...

Saturday, April 16, 2011

MASAK LEMAK CILI API PERUT LEMBU DAN PERIA

Assalamualaikum...Salam petang Sabtu yang membahagiakan buat semua yang hadir di sini. Kadang2 bila dah tiap2 hari memasak tak henti2 tu sesekali otak pun dah jadi bingung nak masak apa kan...setuju tak? Sedangkan semangat nak memasak tu sentiasa berkobar2 & tak pernah padam. Semakin bersinar rasanya...So, apakata perut lembu ni akak masak lemakkan dan dicampurkan sayur kesukaan akak iaitu, peria.....emmmm sedapppp! Ada orang tu juih2 bibir bila terbaca buah peria, akak nampak tuuuu..hik2..


Ragam orang bila tengok lauk ni....emmmmm ada yang ambil perut lembunya je, ada yang ambil perianya aje & yang tengok aje tak ambil langsung pun ada. Reasonnya sebab ada cik peria tu, takut pahit katanya...Ishhh3..rugi lah kome tak reti memakannya... :)


Resepi seperti dibawah & selamat mencuba bagi yang berminat...

BAHAN BAHAN
  • 1kg perut lembu (direbus sebentar sampai lembut)
  • 1 buah peria
  • 1 batang serai diketuk2
  • 2 cili merah dibelah tengah
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 mangkuk santan pekat
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 3 helai daun limau purut
Bahan yang perlu kisar :
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 2 hirisan lengkuas
  • 10 biji cili padi kampung
  • 1 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA
  1. Potong perut lembu sederhana kecil
  2. Buah peria dibelah tengah, guna sudu dan keluarkan biji dibahagian dalamnya. Hiriskan sederhana nipis dan rendamkan dengan 1 sudu teh garam selama 20 minit,toskan
  3. Panaskan 1 senduk minyak masak dan tumiskan semua bahan kisar, serai & jintan manis sehingga naik aromanya
  4. Masukkan perut lembu dan kacau2kan biar sebati, diikuti peria dan kacau2 lagi
  5. Masukkan santan pekat dan kacau2kan selalu
  6. Apabila peria sudah lembut masukkan cili merah & tomato, diikuti gula dan garam secukupnya
  7. Biarkan ia mendidih perlahan2 sambil dikacau2 selalu
  8. Masukkan daun limau purut dan kacau sebentar saja dan terus ditutup api
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, April 14, 2011

TAT TELUR

Tat telur memang favourite seisi rumah. Dah lama jugak tak buat tat ni. Kalau buat mesti kena 2 adunan baru cukup sebab rakyat kat rumah ni suka makan berkali2...Al maklumlah kan rakyat terdiri daripada hero2 yang sedang membesar. Terlanjur dah buat tat ni akak pun buat shell dia banyak2 & simpan dlm fridge. Bila2 rajin nanti boleh buat tat versi lain pulak. Resepinya akak dapat dari blog Aunty Yochana. Bagi yang suka makan tart macam rakyat di sini, cuba lah resepinya seperti di bawah ni BAHAN BAHANNYA
  • 125 g mentega
  • 60 g gula aising
  • 1/2 putih telur
  • 1 kuning telur
  • 200 g tepung gandum (diayak)
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Untuk kastad telurnya :

  • 280 g susu segar
  • 160 g gula
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila

CARA MEMBUATNYA

  1. Campurkan mentega dan gula dan pukul sehingga kembang, masukkan telur putih & telur kuning lalu digaulkan sehingga sebati
  2. Masukkan esen vanila dan gaulkan lagi, diikuti tepung gandum dan gaul2kan sehingga menjadi doh. Rehatkan selama 1o minit
  3. Ambil adunan tepung secukupnya dan tekan2kan ke dalam acuan tat, jangan terlalu tebal. Cucuk2kan sedikit dengan tooth pick diatas adunan tepung
  4. Bakar setengah masak lebih kurang 10 minit
  5. Untuk membuat kastad telurnya, panaskan gula dan susu segar, tunggu hingga gula hancur dan tutupkan api
  6. Pukul telur sekejap saja (jangan sampai berbuih) dan tuangkan ke dalam campuran susu tadi. Masukkan esen vanilla dan kacaukan
  7. Tapiskan & masukkan ke dalam jag kecil
  8. Tuangkan dengan perlahan2 ke dalam acuan tat tadi dan bakar 175C selama 10 minit lagi atau sehingga kastad telur sudah sempurna masaknya.

YUHUUUUU.......

Assalamualaikum......CHAKKKKK!!! Lama cuti berblog atas alasan kerja, kerja & kerja yg bertimbun2...Alhamdulillah semua dah kembali normal & dapatlah akak meneruskan kehidupan seperti biasa.
Okayyy, sebelum akak terlupa baiklah akak cepat2 tayang award yg akak dapat baru2 ni. Actually, sebelum ni ada jugak beberapa award yg akak tak ambil2 lagi sebab masa tu dah terlupa kejap, bila teringat balik terasa malu pulak nak pergi ambil...(macam2 la akak ni...)Thanks to Nieza, Noorsha & Norlieharumaini sebab sudi bagi award ni. Terharu sebab akak rasa akak ni tak seaktif mana dalam berblog. Kalau berkesempatan baru akak akan berblog & update n3. Jom la tengok apa yg harus dijawap.... :)
I. Post linking back
Norlieharumaini (Ilham Masakanku)
II. Share 7 random things about yourself
1. Aii adalah seorg yg tak suka bercakap tentang benda2 yg remeh temeh, yg boleh penin2 lalatkn kepala aii..so kalau ada org yg suka cerita yg merepek meraban especially bercerita tentang hal org lain aii akan cepat2 cakap SHUT UP YUUU....selalunya berkata dlm hati je sambil tersenyum...HAHAHA
2. Tak suka sembang2 Mak Limah atau borak2 Kak Limah yag zeroooo..kalau nak sembang or borak dengan aiii pastikan ada membawa manfaat
3. Aiii sgt suka berikan senyuman kat semua org yang aiii kenali. Kalau senyum aiii akan pastikan senyuman aiii betul2 ikhlas & manissss sekali...(jgn nyampah2 bila baca ni tau, tak baik dosa..) Sgt2 tak suka & meluat tengok orang yg bermuka sombong....
4. Owh yea...aiii ni sgt2 tak boleh tahan tengok sesiapa yg dlm kesakitan. Bila aii tengok org sakit aiii rasa mcm aii pun sakit jugak. Kalau melibatkan anak2 aii lagi laa....
5. Aii sgt suka mengira, aiii sentiasa ada 2 calculator dlm handbag tau. Mana la tau kalau2 yg 1 lg tu buat hal so aii ada 1 lg, takde la sampai xleh mengira...hik3
6. Aiii sangat suka memasak semenjak darjah 2. Semenjak dulu2 sampai sekarang sangat suka bagi famili makan air tangan aiii dari yang beli kat luar sebab aiii takut depa termkn air tgn ntah sape2 yg tak betul nawaitunye...takut jugak ntah apa2 yg depa bubuh dlm masakan tu....
7. Yang terakhir, aiii sgt2 tak suka menonton drama bersiri. Rasanya lebih baik tak payah tengok tv dari terpaksa mengikuti cerita yang tak tahu bila kesudahannya...
III. Award 15 recently discovered blogs.
Aii rasa baik aii bagi je award ni kat semua blogger, sebab aii rasa semuanya lovely2 belaka...
IV. Drop them a note & tell them about it
Untuk semua yang hadir disini terima lah award ni dari aiii sebab aiii really appreciate semua blogger....Sayang Semua.....

Thursday, April 7, 2011

ROTI PAUN MENTEGA



Assalamualaikum...Roti paun mentega ni yang akak buat untuk cicah dengan pengat durian semalam. Akak buat malam sebelumnya. Dah siapkan dohnya akak pun terus ke Kampar untuk hantar wajik durian pada emak akak. So akak tinggalkan pada hero2 akak untuk dimasukkan ke dalam oven. Nasib baik semuanya okay, takde la hangus roti tu dibuatnya...
Roti ni sangat2 gebu dan garing diluarnya. Resepi roti mentega ni akak ambil dari majalah mana pun dah tak ingat sebab dah lama sangat. Main salin je masa tu..Resepinya akak letak di bawah ni yea..
BAHAN BAHAN
  • 3 cawan tepung roti
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar yis segera
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan kesemua bahan2 kecuali air dan gaulkan sehingga sebati
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan ulikan sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan. Jika masih melekat boleh tambah tepung sedikit dan sambung uli lagi
  3. Perapkan selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda
  4. Apabila doh sudah naik, tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin, uli lagi doh tersebut dan masukkan doh ke dalam loaf pan. Rehatkan lagi selama 1/2 jam
  5. Sapukan bahagian atasnya dengan susu segar
  6. Bakar doh pada suhu 180c selama 30 minit atau sehingga garing di bahagian atasnya
  7. Sejukkan sebentar dan bolehlah dipotong untuk dimakan.

Wednesday, April 6, 2011

PENGAT DURIAN CICAH ROTI PAUN MENTEGA

Assalamualaikum...Dilanda demam deroyan...dimana2 pun ada buah durian. Tak putus2 dilimpahi dengan buah ni. Yang dapat free pun banyak, yang beli secara borong lagiiiii le banyak. Sape nak beli deroyan...2 henggit 2 henggit...lelong lelong....wahaha
Yang pelik tu rakyat kat rumah ni tak reti jemu mengadap buah yang satu ni. Akak pulak? Sama macam rakyat yang lain jugak, antu deroyan..hik3.. So, kali ni kita buat pengat durian cara yang disukai di rumah ni. Buat untuk makan petang ni, tapi pagi2 tadi dah siapnye.Kuahnya semestilah pekat baru lah ada ummmph...cicah pulak dengan roti paun homemade. Emmm....sedapppp!!! Jemput makan, ada lagi setengah periuk tu... :)
RESEPI PENGAT DURIAN
Bahan Bahannya
  • 2 biji buah durian
  • 1 1/2 biji kelapa (dapat 3 mangkuk santan pekat)
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
  • Sedikit garam
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan santan pekat dan gula di dalam periuk dan masakkan di atas api yang sederhana sambil dikacau2kan
  2. Masukkan ulas durian dan masakkan lagi sehingga isi durian mesra dengan kuah santannya, kacau2kan. Tambahkan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak
  3. Masukkan daun pandan dan tunggu sehingga mendidih perlahan2 dan kuah memekat
  4. Tutup api dan sedia untuk dimakan...

Tuesday, April 5, 2011

WAJIK DURIAN UNTUK OPAH

Assalamualaikum....Tentu semua diwaktu begini sedang minum petang disamping keluarga tersayang. Dah beberapa hari line internet di rumah ni terganggu, sangat2 slow. Petang ni macam dah ok je, boleh la update..
Wajik durian ni dibuat malam semalam. Actually dah lama emak akak teringin nak makan wajik durian ni. Baru semalam akak sempat nak buatkan untuknya. Teringat akak waktu dulu2, sebut saja la teringin nak makan apa, dengan cepat pasti emak akak akan masakkan. Tak perlu minta2, sebut aje perkataan teringin maka tak beberapa lama selepas itu dapatlah apa yang dihajati. Memang akak terlambat membuatkan wajik ini untuk mama akak disebabkan kesibukan akak sejak kebelakangan ini. Harap2 dapatlah memenuhi citarasa emak akak. Anak2 akak memang tak sentuh langsung wajik ni, jeling2 aje dari jauh. Takpe2, mama tak kisah kalau tak makan, mama buat wajik ni especially untuk Opah. So, malam ni nampaknya akak kena la hantar ke Kampar.
Resepi macam biasa ada di bawah ni.. :)
BAHAN BAHAN
  • 1/2 kg beras pulut
  • 250 g gula merah
  • 1 cawan air
  • 500 ml santan pekat
  • 150 g gula pasir
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan
  • 8 ulas durian diambil isinya sahaja

CARA MEMBUATNYA

  1. Cuci bersih beras pulut dan rendamkan ia selama 3 jam & toskan
  2. Gaulkan beras pulut dengan 1 cawan santan cair + sedikit garam dan kukuskan ia sehingga betul2 masak. Ketepikan dulu
  3. Masak gula merah, gula pasir & daun pandan dengan secawan air sehingga mendidih dan pekat. Tapiskan & keluarkan daun pandan
  4. Masukkan isi durian, santan pekat & sedikit garam dan masak semula di atas api sederhana sehingga pekat
  5. Apabila sudah betul2 pekat, masukkan pulut yang siap dikukus tadi dan kacau2kan di atas api kecil sehingga betul2 kering dan rata
  6. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang dilapik dengan daun pisang
  7. Boleh la dipotong apabila sudah sejuk

Saturday, April 2, 2011

TIRAMISU BIRTHDAY CAKE


Assalamualaikum buat semua pengunjung yang dirahmati Allah. Nampaknya beberapa hari juga akak tak berkesempatan untuk update blog ini atas kesibukan memenuhi tempahan masakan. Bisnes makanan ni memanglah memberikan pulangan yang baik tetapi kepenatan yang dirasainya tidak dapat nak diceritakan.

Mungkin disebabkan akak ni masih tersangat baru dalam bidang ini, ditambah pula dengan kekurangan tenaga pekerja. Walaubagaimanapun ia memberikan kepuasan apabila berjaya memenuhi sesuatu tempahan berskala agak besar tanpa apa2 masalah, syukur Alhamdulillah...

Kek tiramisu sememangnya telah lama akak idam2kan, tunggu masa je bila nak membuatnya. Emmm...tiramisu sememangnya sedap. Rasa macam mabuk cinta, gila bayang pada kek ni semua dah terubat apabila dapat menikmati tiramisu ni sepuas2nya. FYI, tiramisu akak ni tak ditabur dengan serbuk nescafe sebab risau pulak anak2 tak suka. Sesekali dapat menikmati makanan sebegini memang best, apalagi anak2 semua menyukai rasanya. 

(Jom kita tengok resepinya... :)


UNTUK SPONGE CAKE
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan tepung gandum halus
  • 1 cawan gula
  • 50 ml susu segar
  • 15 g mentega dicairkan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu besar esen vanila
UNTUK FILLING & TOPPING
  • 1 cawan fresh cream
  • 1 cawan cream cheese
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sudu besar serbuk nescafe
  • 1 cawan air panas
HIASAN
  • Buah strawberi segar
  • Love letters perisa strawberi (biskut belanda)
  • Coklat masakan & coklat putih
Cara membuatnya
  1. Panaskan susu segar dan cairkan mentega didalamnya dan ketepikan dulu
  2. Asingkan telur putih dan kuningnya. Pukul kuning telur dengan sebahagian dari gula sehingga sebati & kembang. Guna kelajuan tinggi
  3. Dalam bekas yang berasingan, pukul dengan kelajuan tinggi telur putih dengan baki gula sehingga betul2 kembang
  4. Tepung gandum dicampurkan sekali dengan serbuk penaik dan diayak bersama2, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur tadi dan tukar kelajuan sederhana sehingga rata
  5. Masukkan pula kuning telur ke dalam adunan ini dan gaulkan sehingga sebati
  6. Masukkan adunan susu cair & mentega cair tadi ke dalam adunan, kaup balikkan sehingga sebati
  7. Terakhir baru masukkan esen vanila dan gaul sehingga rata
  8. Griskan bekas kek 8 inci dengan sedikit mentega & lapikkan dengan kertas baking & griskan diatasnya juga
  9. Masukkan semua adunan kek tadi dan bakar 180C selama 30 minit atau sehingga masak
CARA MEMBUAT LAPISAN KEK DENGAN KRIM
  1. Sejukkan terlebih dahulu kek dan bahagikan kek kepada 2 bahagian
  2. Campurkan fresh cream, cream cheese & gula aising yang sudah diayak terlebih dahulu, pukul dengan kelajuan tinggi sehingga betul2 kembang & ringan
  3. Bancuhkan serbuk nescafe dengan 1 cawan air
  4. Tuangkan perlahan2 bancuhan nescafe ke atas 1/2 kek tadi
  5. Sapukan adunan fresh cream ke atas kek tadi dan letakkan strawberi yang dihiris2 dibahagian atas krim
  6. Letakkan 1/2 bahagian kek lagi di bahagian atas dan tuangkan lagi bancuhan nescafe perlahan2 diikuti adunan fresh cream (sama seperti langkah 4 & 5)
  7. Sapukan disekeliling kek dan rehatkan sebentar dalam fridge selama sejam
  8. Keluarkan kek & taburkan dengan serbuk koko di bahagian atasnya. Akak hiaskan dengan strawberi segar yang dicelup dengan coklat masakan, wafer & parutan coklat, boleh ikut kreativiti masing2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...