Wednesday, October 26, 2011

MEE REBUS TULANG


Assalamualaikum...Semoga semua sihat2 selalu, kalau ada yang tak sihat tu cepat2 la makan ubat. Dari pagi tadi agak fenin2 je kepala aiii, nasib baik malam ni dah ok. Actually kan, akak dok fikir kata2 seorang kawan, katanya gini..."Tu la dari dulu aiii dah cakap, buat la macam ni....bla..bla..bla..."Adoiiii, memang tak boleh blahhh bila kena bebel dengan dia ni.. :)

Ok3...memang akak ngaku yang akak ni memangggg sangat pemalu orangnya, tapi bukan sekali2 penyombong tau!!! Teringat dulu2 time kerja, pernah sekali akak ditugaskan berdua dengan Branch Manager buat marketing di pasaraya Target Kampar. Tu pun akak dah rasa maluuuu sgt, tebalnya rasa muka, rasa nak pakai topeng pun ada...hahaha...

Sudahnya, bila dah sampai situ, akak bagi idea kat BM suruh berpecah je, yuu kat sana, aiii kat sini, kita jauh2 sikit...maybe can get more customer...(konon2) Pelan2, akak pun turun dari pasaraya tu dan meronda kat lot2 kedai yg terletak di bawahnya, paling lama akak melepak kat kedai bunga & aksesori... Sempat shopping lagiii..

After almost 1 hour, akak naik balik (sebelum tu simpan dulu brg2 shopping dlm keta) , rupa2nya BM  dok tercari2 akak. "Mana yuuu pegi Puan Azlina?" Akak pun citer la yang akak buat marketing dgn tokey2 kedai di bawah tu, ..huishhh, selamat hari tu.....

So, u pun tahu kan, memang dari dulu aiii pemalu! Bukan baru sekarang ni. Akak pun sedar dalam berniaga ni tak leh malu2. Kena kikis semua2 tu.... Cuba tengok peniaga2 gerai di tepi jalan tu, dah berapa punya kaya depa semua, kalah gaji Manager bank pun. Ada yang duit dalam akaun bila dicampur2 dah hampir sejuta Rmnye hanya dengan menjual popia ...serious tau! Ok laaa, aii akan cuba ubah yang malu2 tu kepada not so malu, Insya Allah...(walaupun sebenarnya akak lebih suka bekerja di balik tabir saja, if u know what i mean??? emmmmmmm.....apa2 je lahhh :))

Okaylah, jomlah kita makan mee rebus tulang ni, sedap tau, kalau tak caya cerrr buat....Resepi di bawah ni :


BAHAN BAHAN

  • 1 kg bahagian tulang lembu (direbus sampai empuk bahagian dagingnya)
  • 500 g daging tetel (direbus sampai empuk)
  • 6 ubi keledek merah (direbus dengan 1 liter air & sehingga empuk & dikisar sampai lumat)
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 mangkuk jus tomato (dikisar dari 5 biji tomato)
  • 300 g udang, tak perlu buang kepala (dikisar dengan 1 cawan air)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN2 PENUMIS :
  • Rempah 4 sekawan ( 2 inci kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga, 4 cengkih
  • 3 ulas bawang merah dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 cm halia dimayang halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai diketuk2

BAHAN2 DIKISAR BERSAMA2 :
  • 12 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

BAHAN2 LAIN :
  • 2 bungkus mee kuning (dicelur dengan air panas & ditoskan)
  • Sayur sawi secukupnya (dikerat2, dicelur & ditoskan)
  • Tauge (dibersihkan)
  • Telur rebus
  • Hirisan cili merah
  • Hirisan cili hijau
  • Limau kasturi
  • Hirisan daun bawang & daun sup (akak tak letak sebab takde)
  • Bawang goreng


CARA MEMBUATNYA

  1. Didalam periuk yang agak besar, panaskan minyak masak secukupnya (lebih kurang 1 senduk kecil). tumiskan bahan2 penumis sehingga naik baunya
  2. Masukkan bahan2 kisar, kacau2kan, diikuti dengan rempah kari daging, kacau2kan lagi, masuk sedikit air jika rempah terlalu kering
  3. Apabila rempah sudah garing, masukkan udang kisar, diikuti dengan jus tomato, kacau2kan biar sebati, biarkan seketika
  4. Masukkan ubi keledek kisar, tulang lembu & daging tetel bersama2 dengan air rebusannya (lebih kurang 2 liter), biarkan ia merenih perlahan2 agak lama (lebih kurang 30 minit)
  5. Terakhir, masukkan gula & garam secukupnya, biarkan ia mendidih lagi baru ditutup apinya
  6. Sediakan kesemua bahan2 lain secukupnya dalam mangkuk, tuangkan kuah secukupnya & taburkan hirisan daun bawang, daun sup & bawang goreng. Sedia untuk dinikmati....

Thursday, October 20, 2011

KUIH CARA BERLAUK


Assalamualaikum...Kuih cara berlauk ni merupakan salah satu kuih yang akak buat untuk jamuan di SK Toh Tandewa Sakti, Tapah baru2 ini. Malam tu diadakan forum perdana dengan panel jemputannya dari Pahang. Untuk hidangan selepas Maghrib menu utamanya adalah nasi biryani, ayam golek, dalca tulang & jelatah. Alhamdulillah kenyang penceramah makan sampai cerita masakan kami pun boleh terkeluar dari mulut penceramah di awal forum tersebut.

Selepas selesai forum perdana kami hidangkan pula 3 jenis kuih muih iaitu karipap pusing, cara berlauk & puding warna warni. Agak kepenatan malam tu, tapi yang penting semua orang berpuashati. Sesekali bila buat kuih untuk jamuan sebegini dapat la jugak merasa makan, kalau saja2 nak buat kuih cara berlauk macam ni tak mungkin rasanya sebab anak2 kurang berminat bila tengok ada cili & daun bwg di atasnya tuu. Apa2 pun di bawah ni resepinya...



BAHAN BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur gred A
  • Beberapa titik pewarna kuning
  • 3/4 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan di carik2 dan diikat*
  • 1 senduk minyak masak*
Untuk Intinya
  • 300 g daging kisar / daging dicincang2 kecil (rebus sampai empuk)
  • 2 labu bawang besar dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu besar rempah biryani / rempah kari daging
  •  sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Untuk intinya : Tumiskan bawang besar & bawang putih dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau, masukkan rempah biryani dan tambah sedikit air supaya tak terlalu kering
  2. Masukkan daging kisar atau daging yang sudah direbus, masakkan sebentar
  3. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa dan kacau lagi sehingga inti menjadi kering
  4. Untuk bahagian tepungnya, masukkan kesemua bahan2 (kecuali yg bertanda *) ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga sebati
  5. Tuangkan ke dalam jag terlebih dahulu untuk memudahkan kerja menuangkan ke dalam acuan itu nanti
  6. Sebelum itu, sapukan minyak masak menggunakan daun pandan yang dicarik & diikatkan ke lubang2 acuan cara supaya tak melekat
  7. Seterusnya, tuangkan adunan tepung ke dalam acuan kuih cara satu persatu sehingga selesai, guna api perlahan & tutup dengan tudung periuk
  8. Keluarkan kuih dengan menggunakan hujung sudu yang nipis.

Tuesday, October 18, 2011

RENDANG TOK


Assalamualaikum...Rendang tok ni akak masak sebab utamanya untuk makan dengan ketupat daun palas yang dibeli di pasar tani Medan Gopeng Ipoh.  Actually akak ke sana untuk mengikuti kuliah subuh FIL di masjid Sungai Rokam. Sebelum balik tu sempat la menyinggah ke beberapa tempat, salah satunya pasar tani. Tak banyak yang menarik hati, yang betul2 akak berkenan cuma ketupat daun palas & buku ribbon embroidery (hobi baru tuuu..)

The next daynya baru lah sempat buat rendang tok ni, itu pun dah hampir tengah malam. Nasib baik hubby volunteer untuk tolong kacau, 2 jam la jugak mengerjakannya, itupun masih tak berpuashati dengan hasilnya, sebab belum betul2 kering rupanya. And the next daynya pulak terpaksa la sambung kacau lagi sampai betul2 kering..Memang best la pekena dengan ketupat palas ni (walaupun ketupat dah 2 hari dlm fridge). Bila dikukus semula lembut je macam baru...anak2 pun memang semua gemar memakannya.

Resepi ni adalah yang akak pernah guna waktu first time memasak rendang tok beberapa tahun dulu, sebelum akak berhenti kerja lagi. So, yang ni adalah kali kedua memasaknya. Kali ke tiga tak tahu la tahun bila pulak...Udah tak ingat dari mana akak menyalin resepinya, yang pasti bukan la dari internet sebab waktu tu akak belum kenal dunia blog masakan. Apa2 pun, akak letak je resepinya disini untuk future reference & untuk sesiapa yang ingin mencubanya, dipersilakan... :)



BAHAN BAHAN
  • 2kg daging lembu topside (potong ketulan sederhana kecil)
  • 1 cawan kerisik
  • 10 sudu makan cili kering kisar
  • 3 batang serai diketuk2
  • 2 helai daun kunyit 
  • Santan dari 2 biji kelapa
  • 5 sudu makan gula melaka
  • 4 asam keping
  • 3 sudu makan gula
  • Garam ikut secukup rasanya

BAHAN2 UNTUK DIKISAR BERSAMA
  • 20 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 6 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 5 batang serai
  • 1 sudu kecil belacan

REMPAH2 LAIN
  • 5 bunga lawang
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 8 bunga cengkih
  • 3 sudu besar biji ketumbar
- Semua bahan2 rempah ini dikisarkan bersama2. Akak guna lesong besar dan tumbuk sehingga hancur


CARA MEMBUATNYA

  1. Guna kuali yang agak besar, masukkan daging & kesemua bahan2 kisar, serai yang diketuk, daun kunyit, gula melaka & santan
  2. Masak dengan api yang perlahan sambil dikacau2kan selalu sehingga kuahnya menjadi pekat
  3. Masukkan asam keping & kerisik, kacau biar rata, diikuti dengan gula & garam 
  4. Sambung kacau sehingga menjadi rendang yang betul2 kering.

Monday, October 17, 2011

KUIH LOMPANG PANDAN


Assalamualaikum....Penantian itu satu penyiksaan, kata orang la, bukan kata akak. Bagi akak dalam situasi sebegini banyak benda lain yang berfaedah boleh dilakukan. Sekarang ni tengah pening memikirkan lokasi untuk memindahkan barang2 katering ke tempat yang lebih sesuai memandangkan peralatan katering semakin bertambah dan memerlukan tempat penyimpanan yang luas. Mulai malam ni, kami akan buat operasi sedikit demi sedikit untuk mengemas barang2 supaya proses perpindahan berjalan lancar dengan keizinan Allah.

Ok la, berbalik kepada gambar di atas adalah lompang pandan yang akak buat tempohari. Style orang kat rumah ni kalau makan kuih lompang haruslah kelapa parut nya bertimbun2. Kalau letak ciput2 je kelapa parut tu baik tak yah makan kata depa...ishh3..mana belajar ntah perangai yg bukan2 ni!! Resepi macam biasa ada di bawah ni yea...


BAHAN BAHAN

  • 225 g gula pasir
  • 250 ml air (utk masak bersama gula)
  • 1 helai daun pandan
  • 300 g tepung beras
  • 2 1/2 sudu makan tepung sagu
  • 250 ml air
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu besar pes pandan
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 1 sudu kecil garam (digaul dgn kelapa parut)

CARA MEMBUATNYA
  1. Masak gula bersama air & daun pandan di dalam periuk sehingga larut kesemua gula
  2. Satukan tepung beras, tepung sagu, garam dan air di dalam sebuah mangkuk, kacau2kan & masukkan air gula tadi, kacau2kan lagi supaya sebati
  3. Masukkan kesemuanya dalam blender dan kisarkan sebentar dan tuang ke dalam jag plastik untuk memudahkan kerja menuang kedalam acuan nanti
  4. Panaskan acuan kuih lompang terlebih dahulu, keluarkan acuan dan tuangkan adunan tepung ke dalam setiap satu acuan, kukus selama 15 minit
  5. Keluarkan kuih dari acuannya, letakkan kelapa parut putih yang sudah digaul dengan sedikit garam di bahagian atasnya.

Friday, October 14, 2011

SUP KEPALA IKAN MERAH


Assalamualaikum....Rajin pulak akak update entry, pada hal waktu ni agak kesibukan  menyiapkan 1001 macam keperluan katering untuk 2 hari berturut2 iaitu untuk esok dan lusa. Hujung minggu ni agak padat, memang takde masa nak berehat nampaknya. Walau bagaimanapun rezeki yang Allah beri disyukuri dengan penuh rasa rendah diri terhadap Nya..Alhamdulillah!!

Sup ni dah habis makan untuk lunch tadi. Tapi ada satu periuk kecil lagi tu dah akak sebelahkan untuk MIL, dah bape kali ntah suruh hubby hantarkan. Tak habis2 lupanye, sampai ke malam pun tak dihantar2 lagi...Tu baru sibuk sikit, kalau dah sibuk sangat nanti entah camne la agaknya..

Memang best hirup sup ni , tengahari tadi akak tak makan nasi pun cuma hirup sup & meratah isi ikan merah yang manis rasanya. Malam ni pun tak makan apa2 lagi, mungkin boleh kurus kot kalau terus hari2 camni tapi sekali tengok petang tadi hubby bawak balik capati 9 keping, kiriman dari FIL, uihhhhh ke laut la diet nampaknye. Akak ni memang kalah la kalau dengan capati...(faktor keturunan hehehe...)

Sebelum akak melalut lebih2 lagi, akak letakkan je resepi sup ikan di bawah ni. Selamat malam & sampai jumpa lagi... :)


BAHAN2 
  • 1 ketul bahagian kepala ikan merah (dibelah tengah)
  • 5 ketul isi ikan merah
  • 3 ulas bawang merah hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih hiris nipis
  • 1 inci halia dihiris nipis
  • 6 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 1 paket rempah sup bunjut kepala ikan ADABI
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Segenggam suhun (direndam & dikerat pendek )
  • 2 cendawan hitam kering (direndam sebentar)
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 2 biji buah tomato dibelah 2 setiap satu
  • Sedikit daun bawang & daun sup dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng (lupa pulak nak letak ni..)
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 yang dihiris halus dan rempah2 di dalam paket sup bunjut kecuali bunjutnya, tumis hingga naik aromanya
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau2kan sebentar hingga kekuningan, tambahkan air secukupnya, akak masukkan 1 liter air, diikuti dengan bunjut supnya pulak, biarkan mendidih
  3. Masukkan serbuk lada hitam dan kiub ikan bilis, biarkan sup merenih seketika, diikuti dengan cendawan hitam, biarkan ia mendidih perlahan2 
  4. Apabila cendawan dah lembut, masukkan garam, jus limau kasturi & buah tomato
  5. Masukkan kepala ikan merah dan isi ikan. Biarkan ia mendidih sekejap sahaja
  6. Terakhir masukkan pula suhun dan kacau perlahan2, hati2 supaya isi ikan tak hancur
  7. Bolehlah ditutup api apabila isi ikan sudah masak.
  8. Taburkan dengan hirisan daun bawang & daun sup serta bawang goreng diatas sup sebelum dihidangkan panas2.
Gambar hiasan saja, bukan untuk masakan sup ni. Ni gambo ikan merah waktu masak kari untuk tempahan katering tak berapa lama dulu...agak besar ikan merah ni.

Thursday, October 13, 2011

KUIH TALAM UBI KAYU


Assalamualaikum...Puas betul bila dapat makan kuih talam ubi kayu, walau pun di rumah ni tak de sape yang heran bila tengok akak buat kuih ni. Depa semua berpakat tak nak makan pun kuih ni sebab ada ubi kayu tuuu..Bagus3...less people more food la kan!! Rugi la kome semua tak nak memakannya sebab sedap rasanya dan dah lama licinnya pun....

Resepinya akak dapat dari Edisi Khas LBM 2003. Dah lama akak simpan buku koleksi ni.  Teringat lagi betapa rajinnya teman sekerja di bank dulu mencetak koleksi resepi dan share resepinya dengan kawan2. Yang sorang lagi kawan pulak tolong hantar untuk fotostat di kedai gambar bersebelahan bank buat kami bertiga. Emmmm...kenangan manis!

Dah lebih 8 tahun akak simpan sampai dah nak lunyai rupa dia...

Bahagian dalam dia ikut kategori...warna krim untuk nasi, diikuti mee, ayam, daging, ikan, seafood, sayur, sambal & telur & kuih muih


Ok laa, resepinya akak letak di bawah ini..


BAHAN BAHAN

Lapisan Bawah :
  • 200 g gula melaka
  • 200 ml air
  • 800 g parutan ubi kayu
  • 1/2 sudu teh chocolate emulco * ni akak tambah
Lapisan Atas
  • 400 ml santan pekat
  • Secubit garam
  • 80 g tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras

CARA MEMBUATNYA
  1. Masak gula melaka dengan air sehingga hancur, sejukkan dan tapis. Masukkan chocolate emulco untuk menambah dari segi warna
  2. Campurkan parutan ubi kayu dengan air gula melaka. Gaulkan dengan sebati & kukus selama 20 minit
  3. Untuk lapisan atasnya - Satukan santan, garam, tepung gandum dan tepung beras, kacaukan biar sebati dan tapiskan
  4. Masakkan sebentar agak2 suam saja & tutup apinya
  5. Tuangkan adunan santan ini di atas lapisan bawah tadi secara perlahan2 dan kukuskan semula selam 20 minit lagi
  6. Balutkan penutup pengukus supaya permukaan atas kuih talam cantik
  7. Tunggu sehingga kuih betul2 sejuk baru lah dipotong dengan pisau plastik.

Wednesday, October 12, 2011

NASI AYAM PENGHULU

 
Assalamualaikum...Apa kabo semua ? Dah agak lama  jugak blog ini tak berjenguk. Bukannya takde entry untuk di update cuma masa yang terlalu padat. Baru sekarang ni agak lega, anak2 pun dah selesai exam masing2. Hati pun agak berbunga ceria semenjak dua menjak ni. Cuma satu je yang tak berapa bestnya, iaitu tapak berniaga yang dipohon tu masih belum lagi dapat kelulusan. Sekarang ni fail permohonan tu sedang bertapa di JKR la pulak...Sabor je la, kalau yang lebih teruk dari ni pun akak mampu bersabar & bertahan apa sangat lah dugaan dalam proses permohonan tapak ni kan!

Yang kat gambo tu adalah menu nasi ayam tempahan dari Penghulu Tapah untuk kendurinya tempohari. Gambonye pun diambil secara cincai2 je. Sememangnya setiap kali ada tempahan katering agak payah nak ambil gambo masakan2nya sebab tukang masak @ photographer sangat sibuk bergelut memasak didapur..

Sewaktu diberitahu Penghulu nak menu nasi ayam, pada pendapat akak macam tak berapa masuk untuk jamuan makan malam. Rasanya nasi ayam ni lebih sesuai untuk makan tengahari kan?? Walau bagaimana pun pilihan customer haruslah dihormati & ini juga merupakan tempahan katering pertama untuk hidangan berupa nasi ayam. Sebaik saja selesai kenduri, nampaknya semua tetamu & tuan rumah sgt berpuashati makan nasi ayam malam tu sehinggakan ada yang minta no telefon untuk menempah nasi ayam...Alhamdulillah..

Disini akak sharekan resepi nasi ayam yang selalu akak gunakan. Mungkin ada sesiapa yang ingin nak mencuba dipersilakan yea... :)


UNTUK AYAM
  • 1 ekor ayam dibersihkan betul2 dibahagian dalamannya & toskan 
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 2 hirisan halia muda ditumbuk lumat
  • 1 sudu teh garam
  • 5 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar maltose ( boleh dibeli di supermarket)/ boleh je tukar ke madu
CARA MEMBUATNYA
  1.  Rebuskan ayam selam 20 - 30 minit sehingga betul2 masak. Angkat & toskan. Ketepikan air rebusan ayam & boleh digunakan untuk penyediaan nasi ayam dll..
  2. Campurkan kesemua bahan2 diatas didalam satu bekas sehingga betul2 sebati
  3. Lumurkan pada keseluruhan ayam sehingga rata dan gantungkan ayam menggunakan besi pencangkuk sehingga kelihatan kering permukaan kulitnya Setelah itu bolehlah digoreng ayam didalam periuk dengan cara terendam dengan minyak yang penuh
  4. Angkat & toskan apabila sudah nampak kekuningan & garing, jangan goreng terlalu lama kerana ayam sudah pun cukup masak sewaktu direbus tadi
  5. Potong2kan kepada bahagian kecil sewaktu dihidangkan.

PENYEDIAAN NASI
  • 3 cawan beras (dibasuh bersih2 & ditapiskan airnya)
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 150 g marjerin
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 6 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 cm halia muda dikisar
  • 2 helai daun pandan (dicarik & disimpulkan)
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh garam 
  • Beberapa titisan pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan marjerin & minyak sapi & tumiskan bawang merah, bawang putih & halia muda sehingga kekuningan dan naik aromanya
  2. Masukkan bahan tumis ini kedalam periuk nasi bersama2 dengan beras dan daun pandan dan kacau2kan sebentar
  3. Kemudian masukkan air rebusan ayam, serbuk pati ayam & garam dan kacau2kan sebentar
  4. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa
  5. Buka penutupnya dan renjis2kan sedikit dengan pewarna kuning yang sudah dicampurkan sedikit air panas, gemburkan nasi sebentar dan tutup semula periuk nasi
     SUP
    • Air rebusan ayam secukupnya
    • 3 ulas bawang merah dikisar
    • 2 ulas bawang putih dikisar
    • 1 inci halia dikisar
    • 30g sayur kobis asin dicincang kecil
    • 1 sudu besar serbuk pati ayam
    • Sedikit garam
    CARA MEMBUATNYA
    1. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar saehingga kekuningan
    2. Masukkan sayur kobis asin & air rebusan ayam, biarkan ia merenih perlahan
    3. Setelah itu masukkan pula serbuk pati ayam dan garam secukup rasa, biarkan ia mendidih semula dan tutup api.

      SOS CILI
      • 10 biji cili merah
      • 3 ulas bawang putih 
      • 1 hirisan halia muda
      • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
      • 2 sudu besar gula
      • 1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
      CARA MEMBUATNYA
      1. Cili merah dibelah tengahnya dan dibuang biji, potong agak kecil. Kisarkan bersama2 dengan bawang putih dan halia muda sedikit air sehingga betul2 lumat
      2. Masukkan kedalam periuk dan tambahkan secawan air & air jus limau kasturi, masak sehingga mendidih
      3. Terakhir masukkan gula dan garam, kacau2kan dan tunggu hingga mendidih sebentar

      KICAP CILI PADI
      • 15 biji cili padi dipotong agak kecil
      • 2 ulas bawang putih 
      • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
      • 1 mangkuk kecil kicap lemak manis
      • 1 sudu teh gula

      CARA MEMBUATNYA
      1. Kisarkan cili padi dan bawang putih dengan sedikit air sehingga betul2 hancur
      2. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan jus limau kasturi, masakkan sehingga mendidih
      3. Masukkan kicap lemak manis & gula, kacau2kan dan biar mendidih sebelum ditutup apinya

      SAYUR SAYURAN HIDANGAN BERSAMA
      • Timun - dibuang kulit & hiris sederhana tebal
      • Daun salad dikerat2 sederhana kecil
      • Buah tomato dihiris nipis
      • Daun bawang & daun sup dihiris nipis2
      • Bawang goreng secukupnya


        LinkWithin

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...