Thursday, June 23, 2011

SPAGHETTI WITH SPICY SAUCE & MINCED BEEF

Malam ni kita makan spaghetti je. Actually takde plan pun nak masak spaghetti ni tapi semasa aktiviti mengemas & memunggah barang2 kat kabinet dapur tu terjumpa pulak sepaket spaghetti ni. Masa bila akak beli pun dah tak ingat, tapi expiry datenya lambat lagi. Tengok pulak dalam fridge banyak lagi baki tomato ceri, emmmm bolehlah nak buat sosnya nie...

Akak masak sikit je spaghetti ni, cuma untuk 2-3 orang je. Buat sos yang agak pedas sampai makan pun tersedak2 dibuatnya. Padan muka aiii...Ok, kita nak masuk tidur awal sikit malam ni.....Bye!!!!!
BAHAN BAHANNYA
  • 1/3 dari sepaket spaghetti
  • 1 mangkuk kecil daging kisar
  • 8 biji tomato ceri dipotong dadu
  • 1 sudu besar tomato puri
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit Mixed Herbs

CARA MEMBUATNYA

  1. Didihkan air dalam periuk yang cukup besarnya untuk merebus spaghetti. Sebelum direbus masukkan sesudu minyak dan sedikit garam. Rebus sehingga lembut, angkat & toskan
  2. Panaskan 3 sudu besar mentega dan tumiskan bawang besar & bawang putih sehingga kekuningan
  3. Kemudian masukkan daging kisar dan gorengkan sehingga agak garing dengan api perlahan
  4. Masukkan tomato puri & serbuk cili dan kacau2kan biar sebati, tambah sedikit air rebusan spaghetti jika terlalu kering
  5. Apabila sudah naik aromanya, masukkan sedikit garam & gula, kacau lagi
  6. Yang terakhir baru masukkan tomato ceri dan kacau sebentar sebelum ditutup api
  7. Letakkan spaghetti yang ditoskan tadi di atas pinggan dan tuangkan kesemua sos tadi ke atasnya
  8. Taburkan sedikit Mixed Herbs (campuran herba thyme, rosemary, marjoram, basil. oregano, sage) di atas sos tadi sebelum dinikmati bagi membangkitkan aromanya

PENGAT UBI KELADI & PISANG CAVENDISH

Assalamualaikum....Ubi keladi ni dah sebulan duduk terperap dalam fridge tu. Nasib baik masih elok lagi so petang ni ada la rezeki dijadikan pengat. Masalahnya kat rumah ni, semua rakyat berpakat tak makan ubi keladi. Tu yang rasa malas nak memasaknya. Waktu pengat dah siap tiba lah waktu untuk dimakan, akak tengok muka semuanya berkerut2 bila disuruh makan.

Ada yang nak ambil hati mama, diambilnya 1 ketulan ubi keladi lalu dikunyah2 & lepas tu dikeluarkan balik sambil kata, uwekkkk..... Aisyyyy...apa daaa!!! Ini sudah bikin mama angry tau! Ada yang hirup kuahnya aje, ni pulak kalau dibiarkan mau kering kontang pengat tu dibuatnya. So akak pun ambil lah pisang Cavendish, kupas kulitnya dan hiris2 dalam pengat tu, at least ada lah yang depa boleh makan....Not bad jugak bila dicampur dengan pisang tu.

Ok, resepi pengat yang biasa2 ni semua orang reti nak buat kan, tapi akak letak jugak lah kat sini yea.... :)
BAHAN BAHANNYA
  • 1 ubi keladi (dikupas kulitnya & dipotong dadu)
  • 2 biji pisang Cavendish
  • 1 ketulan gula kabung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan sagu putih
  • 2 mangkuk santan pekat dari 3/4 biji kelapa
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu garam
  • 2 helai daun pandan dicarik & disimpulkan

CARA MEMBUATNYA

  1. Masak gula kabung dengan secawan air sehingga betul2 larut kesemuanya dan biarkan ia agak pekat sedikit baru ditutup api, tapiskan
  2. Rebuskan ubi keladi yang sudah dipotong dadu sehingga empuk, toskan jika masih ada baki airnya
  3. Sagu putih direndam sekejap dlm 15 minit & ditapiskan
  4. Satukan santan pekat, gula, garam & daun pandan dalam periuk & masak dengan api sederhana
  5. Masukkan gula kabung yang telah ditapiskan tadi dan kacau2kan selalu
  6. Tunggu ia mendidih sebentar, sambil dikacau2 masukkan pula ubi keladi rebus dan kacau lagi sehingga mendidih perlahan2
  7. Masukkan pula sagu putih dan biarkan sebentar hingga sagu masak
  8. Tunggu ia mendidih sekejap dan bolehlah ditutup api.
  9. Akak hiriskan pisang cavendish dan campurkan ke dalam pengat sewaktu nak makan.

Wednesday, June 22, 2011

ROTI CHAPATI

Assalamualaikum.....Setiap kali kalau menjamah chapati ni mesti teringat zaman kanak2 dulu. Dari sarapan sampai ke makan malam pun boleh je layan roti yang satu ni. Air tangan mak lah katakan, memang akak pun tak reti nak jemu, mungkin jugak sebab keturunan kot...haha.... Emak akak memang handal bab buat chapati ni, semasa baru2 kawin mak akak tinggal sekali dengan famili bapa, so memang rutin kerja mak akak tiap2 pagi sampai ke malam masak chapati ni sebab famili belah bapa akak ni memang sehari pun tak boleh miss makanan ni....
Cuba kalau chapati ni akak hidangkan kat rakyat di rumah ni hari2, mau depa semua surrender punya...Tapi nasib baik la juga depa semua ni reti la juga makan. Syaratnya kena lah ada kari ayam, kambing ataupun sardin. Banyak songeh lah rakyat semua. Tak macam akak dulu2, makan dengan gula je pun ok! Tapi tak kisah la kan, janji takde lah akak kena makan kesemuanya seorang diri.
Ok lah, resepinya akak letak di bawah ni macam biasa. Kalau rajin aka terasa macam nak membaking je tengah2 malam nanti. Tengok lah camne.... :)

BAHAN BAHANNYA
  • 3 cawan tepung atta
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 cawan air panas + 2 cubit garam
  • Minyak sapi
CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan tepung dan minyak dan gaulkan dengan tangan sebentar
  2. Masukkan air yang dicampur garam tadi sedikit demi sedikit sambil digaul & diuli sehingga menjadi doh. Jika adunan tepung dah elok boleh diuli tak perlu dihabiskan kesemua airnya
  3. Letakkan doh ke dalam mangkuk dan tutup permukaan mangkuk dengan tuala lembap. Rehatkan sebentar. Biasanya dalam 1-2 jam
  4. Bahagikan kepada 7 bahagian dan bulat2kan
  5. Letakkan sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan letakkan 1 bahagian doh di atasnya dan canaikan ia sehingga menjadi bentuk bulat
  6. Panaskan kuali leper dan dengan api perlahan masakkan roti sambil ditekan2 dengan sehelai tuala bersih di keliling roti tersebut & dialihkan di kedua2 bahagian sehingga masak (ambil masa 2-3 minit saja)
  7. Angkat dan sapukan sedikit minyak sapi di atasnya & bolehlah dicicah dengan sebarang kari atau dimakan begitu saja
Sewaktu akak kanak2 macam ni lah gaya akak makan chapati. Mula2 sapu sedikit marjerin keseluruh chapati tu, lepas tu taburkan gula (haha.... yg ni wajib la di tabur banyak2, maklumlah masih budak kan.....) Gulungkan kemas2 sampai habis dan makan la sambil main dgn doll.....nostalgia betul lah!!! Tapi for my kids, jangan harap la depa nak makan camni tau... :(

Tuesday, June 21, 2011

KEBAB AYAM LADA HITAM

Assalamualaikum....Actually akak tak tahu nak bagi nama apa bagi menu ni. Hentam aje lah nampaknya. Apa ada pada nama kan!! Yang penting perut kenyang. Menu tambahan akak buat sosej ayam & kentang goreng. Rakyat apalagi...hOoReYYYY......
BAHAN BAHAN
  • Roti oblong
  • Isi ayam bahagian dada
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk pati ayam
  • Maggi seasoning
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Buah tomato - dihiris nipis
  • Timun - dihiris nipis
  • Sayur salad
  • Bawang besar dihiris bulat2
CARA MEMBUATNYA
  1. Isi ayam diperap dengan serbuk lada hitam, pati ayam & Maggi seasoning selama 15 minit
  2. Grill sehingga isi ayam masak & nampak agak kegaringan
  3. Keluarkan dari oven, cincang agak kasar isi ayam tadi
  4. Roti oblong dibelah bahagian tengahnya, disapu dengan sedikit mentega dan bakarkan sekejap supaya agak garing
  5. Susunkan sayur2an ke dalam roti oblong, letakkan pula isi ayam secukupnya
  6. Picitkan sedikit mayonis & sos cili secukupnya & bolehlah dinikmati.

Sunday, June 19, 2011

AYAM VANGGEY

Assalamualaikum buat semua...Apa hidangan untuk makan tengahari tadi? Tentu yang dihidangkan semuanya yang sedap2 & lazat2 belaka kan! Buat famili akak masakan nasi kandar jadi pilihan. Gara2 teringin mencuba resepi dari sisipan percuma Sajian Selera Majalah Mingguan Wanita baru2 ini, iaitu dari Restoran Vanggey-Vanggey, Shah Alam.
Bagi anak2 yang sememangnya meminati ayam goreng, memang tak cukup seketul seorang. Memang menyelerakan, kena pulak dengan nasi putih beraroma pandan, kari sotong & papadom. Kalau nak tahu...aroma masakan ni sampai sekarang masih terbau2 lagi dikeseluruhan bahagian rumah, wangi sangat baunya tuu...Silap2 perut boleh rasa lapar semula. Oklah, baik akak berkongsi resepinya disini & untuk rujukan di kemudian hari...
RESEPI SUMBANGAN :
VANGGEY VANGGEY RESTAURANT SEKSYEN 15 SHAH ALAM
BAHAN BAHANNYA
  • 1 ekor ayam dipotong kecil (akak potong 14)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji bawang besar dihiris (akak tambah lagi sebiji)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari (akak tambah 3 tangkai lagi)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & hirisan bawang besar sehingga naik baunya
  2. Satukan serbuk kari daging, kicap, gula & garam bersama dengan tumisan bawang tadi dan kacau biar sebati
  3. Gaulkan pada keseluruhan ayam dan perapkan selama 15 minit (akak perap 1 jam)
  4. Akhir sekali gorengkan ayam tadi dengan minyak yang mencukupi dan masukkan daun kari, apabila ayam sudah betul2 masak dan garing bolehlah diangkat & ditoskan minyaknya sebelum dihidangkan.

Saturday, June 18, 2011

PUDING SARANG BURUNG

Assalamualaikum.....Akhirnya tercapai juga tangan akak ke komputer ni. Aduhai, keinginan untuk selalu mengupdate blog nampaknya terpaksa diketepikan buat seketika. Hal2 lain berkaitan kehidupan terpaksa diberi keutamaan.
Ada tak sesiapa yang rasa dah malas asyik nak jaga hati orang lain tapi orang lain tu tak kisah pun nak jaga hati kita? Macam tu lah yang akak rasa sekarang ni. Selama ni akak terlalu sangat jaga hati orang sampai hati sendiri terluka berkali2....Dan kali ni lukanya amat dalam & payah untuk disembuhkan lagi. Kadang2 bila kita selalu bersikap tak kisah, selalu memaafkan, menyebabkan orang mengambil kesempatan atas diri kita. Apa2 pun akak serahkan segala2nya kepada Allah, biarlah saja Allah membalas kepadanya setimpal dengan betapa dalamnya luka yang dah berbekas dihati akak ini...

Puding ni akak buat semalam. Baru je lepas menghabiskan saki bakinya tadi. Memang best la sangat bila dimakan sejuk2 apalagi waktu cuaca yang agak panas buat masa ini kan! Resepinya dari emak akak. Sekarang ni akak memang selalu juga berulang alik ke Kampar, selain dari untuk membeli barang2 keperluan dapat juga ziarah emak yang keseorangan tu. Sejuk juga hati akak bila dapat menghabiskan masa dengan emak akak.
Baru kejap tadi dapat call dari emak akak mengkhabarkan cerita kesihatan abang ipar akak yang baru saja balik dari IJN. Minggu hadapan terpaksa ke IJN lagi untuk rawatan selanjutnya. Akak doakan semoga abang ipar akak tabah menghadapi rawatan & semoga cepat sembuhnya. Oklah, untuk resepinya boleh tengok di bahagian bawah ni yea....Salam sayang dari akak buat semua.... :)

BAHAN BAHANNYA
BAHAGIAN DALAM
  • 8 g agar2 bertali
  • 90 g susu cair
  • 1 biji telur diambil bahagian kuningnya sahaja
  • 6 cawan air
  • 120 g gula pasir
  • Sedikit buah2an campuran dipotong kecil2 & 1 cawan airnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
BAHAGIAN LUAR
  • 15 g agar2 bertali
  • 150 g gula pasir
  • 10 cawan air
  • 1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
CARA MEMBUATNYA
  1. Untuk bahagian dalam puding :- Agar2 dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk, tambahkan air dan daun pandan, masak sehingga mendidih dan larut kesemua agar2, masukkan gula & kacau2kan dan tunggu hingga gula larut dan perlahankan api
  2. Dalam satu mangkuk, kuning telur dipukul sebentar, masukkan susu cair dan kacau2kan
  3. Keluarkan daun pandan dari larutan agar2, masukkan adunan kuning telur & susu kedalam larutan agar2 tadi dan kacau2kan di atas api yang sederhana buat seketika
  4. Tutup apinya dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan ia mengeras
  5. Apabila dah keras, keluarkan dari loyang dan ambil penyagat & sagatkan agar2 hingga habis
  6. Untuk bahagian luarnya :- Masukkan agar2 & air + 1 cawan air dari buah2an campuran dlm tin dan masak sehingga mendidih & tambahkan gula, kacau2kan tunggu hingga mendidih & larut kesemuanya
  7. Gunakan acuan agar2, masukkan agar2 yang disagat tadi kedalam acuan, cukuplah separuh saja, jangan sampai penuh
  8. Masukkan pula buah2an campuran yang sudah dipotong agak kecil ke dalam acuan tadi
  9. Yang terakhir, tuangkan agar2 bahagian luar tadi sehingga memenuhi acuan agar2
  10. Biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam fridge sebelum dinikmati.

Friday, June 10, 2011

DAGING GORENG KUNYIT SOS IKAN

Assalamualaikum....Petang2 gini tayang daging tu macam tak sesuai je pulak! Apa2 pun tak kisah la kan, janji niat nak update blog petang ni tercapai. Oh ya...firstly nak ucap THANK YOU pada semua pengunjung yang sudi hadir menjenguk terminal akak ni, walaupun dah bersawang & berhabuk tanpa entri baru. Tuannya lagi sibuk dengan macam2, nak buat itu, nak buat ini...Bukankah kesibukan itu sesuatu yang baik...kan!! Iye lah...dari aiiii berangan2 je lebih tapi habuk pun takde baik la aiii usahakan sesuatu, yang penting aiiii takde menyusahkan orang!
Hari2 masak daging goreng kunyit ni sebab firstly memang ramai yang sukakannya & secondly sebab manyak senang la mau bikin dia...hik3...15 minit gerenti siap punya, tapi syaratnya semua bahan2 dah siap ada depan mata la yang oiiiii...hah resepi macam di bawah tu...jumpa lagi malam nanti.... :)
BAHAN BAHAN
  • 1 kg daging (dipotong nipis & direbus sampai empuk)
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 2 biji cili hijau/merah dihiris memanjang
  • 3 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 3 biji ubi kentang (dikupas & dipotong nipis)
  • 1 lobak merah dipotong nipis
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk perencah masakan Hilal
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • Garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA

  1. Daging yang sudah empuk tadi digaulkan dengan serbuk kunyit & serbuk perencah Hilal
  2. Panaskan minyak dang goreng kan daging sehingga agak garing sedikit lalu diangkat & diketepikan
  3. Goreng ubi kentang sehingga kekuningan diikuti dengan lobak merah, ketepikan dulu
  4. Dengan lebihan minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan cili hijau & tomato dan kacau2kan
  5. Seterusnya masukkan sos tiram & sos ikan, diikuti dengan gula dan sedikit garam, kacau lagi dan masukkan daging goreng tadi, gaul biar sebati
  6. Masukkan pula ubi kentang dan lobak yang sudah digoreng dan kacau2kan sebentar
  7. Apabila sudah sebati masakannya bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

Sunday, June 5, 2011

KEK SUJI GULA KUNDUR


Assalamualaikum...Balik dari Kampar sebelum Maghrib tadi. Hari ni akak bawak bersama2 hero yg berlima tu untuk jumpa Opah & lunch di sana. Puas la dapat makan masakan air tangan bonda walaupun yang dimasak adalah yang simple2 je tapi bertambah2 jugak kami semua memakannya.
Kek suji gula kundur ni akak buat untuk mak akak sebab dia teringin sangat nak makan kek ni. Selalu mak akak yg rajin buat kek ni, setiap tahun time hari raya kek ni memang antara yg wajib buat...tapi kali ni biarlah akak buat untuk dia. Akak ni memang pantang dengar orang sebut teringin nak makan apa2, sedaya upaya akak akan cuba menyempurnakan keinginan tersebut, apalagi melibatkan emak... Akak sendiri pun memang suka kek ni, bila kunyah dapat rasa potongan gula kundur di dalam kek tu.
Resepi dia seperti yang kat bawah tu yea....
BAHAN BAHAN
  • 8 biji telur ayam
  • 2 cawan marjerin Planta / mentega
  • 2 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung kek
  • 1 cawan tepung suji
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan gula kundur dipotong dadu kecil2
  • 2 sudu kecil esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Marjerin / mentega dan gula dicampurkan bersama dan pukul sehingga betul2 kembang
  2. Asingkan telur putih & telur kuning di dalam bekas berasingan
  3. Pukul telur putih sehingga betul2 berbuih & kembang , jika diterbalikkan bekasnya ia takkan tumpah
  4. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan marjerin tadi dan kacau rata
  5. Masukkan pula putih telur sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dikacau2 adunannya
  6. Diikuti dengan tepung suji, gula kundur & esen vanila, kacau biar rata kesemuanya
  7. Akhir sekali masukkan tepung & susu cair diselang selikan sehingga habis, kacau2kan
  8. Bahagikan kepada 2 bahagian (jika suka), & 1 bahagian diwarnakan
  9. Sediakan loyang 10 inci digriskan & dilapik dengan kertas baking
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang, selang selikan sehingga habis & bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. 

Wednesday, June 1, 2011

MEE BAKSO

Assalamualaikum....Nyaman sungguh rasanya malam ni, setelah agak lama tak hujan, pagi ni Allah turunkan hujan di kawasan Tapah ni..Alhamdulillah atas kurniaanNya. Sukanya hati akak sebab malam ni pun akak sempat nak update blog. 

Seronok la, kalau boleh kan nak update 2-3 x sehari tapi apakan daya tangan tak sampai ke komputer ni..hu2....Mee bakso ni dimasak sebab dah teringin sangat nak memakannya. Akak ni kan kalau bab makan sup2 sebegini memang tekak sentiasa boleh layan, susah nak cemuih la..faham tak cemuih tu maknanya jemu.. :D 
Tengok la kat gambo tu bahagian akak, best kan buat sendiri boleh letak meatball tu sebanyak mana kita suka. Mee tu akak bubuh jugak buat syarat je, tapi tang suhun tu kena letak lebih2 sikit, i like...& satu lagi yang paling akak likeeeee tang taugeh tu, tapi syaratnya taugeh tu mesti la masih rangup lagi, kalau dah layu lembik tu tak kuasa nak menjamahnya.

Kalau tengok kat gambar tu mcm sikit je taugehnya kan tapi kalau nak tahu dekat 6-7 kali akak menambah taugeh semasa makan. Ho..ho...ada orang tak suka makan taugeh yea..tak pe la pejam je mata tu jgn tengok tau! Nampaknya macam dah melalut2 je akak ni kan..Ok, resepi letak kat bawah tu yea.....
BAHAN BAHAN UNTUK BAKSO:
  • 500 g daging lembu
  • 1 sudu teh lada putih
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih
  • 3/4 sudu teh garam
CARA MEMBUATNYA
  1. Daging lembu dibersihkan & dipotong kecil2
  2. Masukkan daging ke dalam mesin pengisar, masukkan juga bawang putih & lada putih dan kisar sehingga betul2 lumat dagingnya
  3. Keluarkan daging tadi dan masukkan kedalam mangkuk
  4. Masukkan tepung jagung & garam kedalam daging dan gaulkan ia sehingga betul2 sebati
  5. Didihkan air dalam periuk yang sesuai, air 1/2 periuk dah mencukupi
  6. Ambil sedikit daging kisar dan bentukkan ia seperi bebola ikut la sebesar mana yang disukai. Akak guna cara ini, basahkan telapak tangan, ambil 2 sudu besar daging kisar dan picit ia keluar melalui ibu jari & jari telunjuk, mcm cara buat fish ball tu...
  7. Ambil bebola daging dan masukkan ke dalam air mendidih, apabila ia sudah terapung ke bahagian atas maknanya sudah masak & boleh diangkat & ditoskan. Buat sampai habis
UNTUK SUPNYA
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Semua bahan diatas dikisar terlebih dahulu
  • 1 sup bunjut
  • 2 kiub pati lembu atau seperiuk air rebusan daging jika ada
  • 1 labu bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris2 nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Rempah penumis 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
  • Garam secukup rasa
  • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • Daun bawang & daun sup dihiris secukupnya
  • Taugeh secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya ( lupa letak daaa...)
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumiskan bahan penumis, hirisan bawang besar & bawang putih dan biarkan hingga kekuningan
  2. Masukkan bahan kisar, kacau2kan & tunggu naik aromanya
  3. Diikuti dengan serbuk lada hitam, kiub pati lembu/air rebusan daging & sup bunjut. Kacau2kan, jika guna kiub pati lembu masukkan 1 jag air atau secukupnya
  4. Biarkan sup merenih seketika, masukkan buah tomato & terakhir masukkan garam secukup rasa
  5. Boleh la ditutup api
CARA MENGHIDANG :
  1. Celurkan sebentar mee kuning & suhun secukupnya, toskan
  2. Letakkan mee, suhun, bebola daging, taugeh secukupnya kedalam mangkuk
  3. Tuangkan sup yang panas2 ke atasnya
  4. Taburkan hirisan daun bawang, daun sup & bawang goreng di bahagian atasnya pula & sedia untuk dinikmati. Lebih sedap jika dimakan dengan sambal/sos cili

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...