Malam ni kita makan spaghetti je. Actually takde plan pun nak masak spaghetti ni tapi semasa aktiviti mengemas & memunggah barang2 kat kabinet dapur tu terjumpa pulak sepaket spaghetti ni. Masa bila akak beli pun dah tak ingat, tapi expiry datenya lambat lagi. Tengok pulak dalam fridge banyak lagi baki tomato ceri, emmmm bolehlah nak buat sosnya nie...
Akak masak sikit je spaghetti ni, cuma untuk 2-3 orang je. Buat sos yang agak pedas sampai makan pun tersedak2 dibuatnya. Padan muka aiii...Ok, kita nak masuk tidur awal sikit malam ni.....Bye!!!!!
- 1/3 dari sepaket spaghetti
- 1 mangkuk kecil daging kisar
- 8 biji tomato ceri dipotong dadu
- 1 sudu besar tomato puri
- 1 sudu teh serbuk cili
- 3 biji bawang putih dicincang halus
- 1 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
- 3 sudu besar mentega
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- Sedikit Mixed Herbs
CARA MEMBUATNYA
- Didihkan air dalam periuk yang cukup besarnya untuk merebus spaghetti. Sebelum direbus masukkan sesudu minyak dan sedikit garam. Rebus sehingga lembut, angkat & toskan
- Panaskan 3 sudu besar mentega dan tumiskan bawang besar & bawang putih sehingga kekuningan
- Kemudian masukkan daging kisar dan gorengkan sehingga agak garing dengan api perlahan
- Masukkan tomato puri & serbuk cili dan kacau2kan biar sebati, tambah sedikit air rebusan spaghetti jika terlalu kering
- Apabila sudah naik aromanya, masukkan sedikit garam & gula, kacau lagi
- Yang terakhir baru masukkan tomato ceri dan kacau sebentar sebelum ditutup api
- Letakkan spaghetti yang ditoskan tadi di atas pinggan dan tuangkan kesemua sos tadi ke atasnya
- Taburkan sedikit Mixed Herbs (campuran herba thyme, rosemary, marjoram, basil. oregano, sage) di atas sos tadi sebelum dinikmati bagi membangkitkan aromanya