Friday, June 10, 2011

DAGING GORENG KUNYIT SOS IKAN

Assalamualaikum....Petang2 gini tayang daging tu macam tak sesuai je pulak! Apa2 pun tak kisah la kan, janji niat nak update blog petang ni tercapai. Oh ya...firstly nak ucap THANK YOU pada semua pengunjung yang sudi hadir menjenguk terminal akak ni, walaupun dah bersawang & berhabuk tanpa entri baru. Tuannya lagi sibuk dengan macam2, nak buat itu, nak buat ini...Bukankah kesibukan itu sesuatu yang baik...kan!! Iye lah...dari aiiii berangan2 je lebih tapi habuk pun takde baik la aiii usahakan sesuatu, yang penting aiiii takde menyusahkan orang!
Hari2 masak daging goreng kunyit ni sebab firstly memang ramai yang sukakannya & secondly sebab manyak senang la mau bikin dia...hik3...15 minit gerenti siap punya, tapi syaratnya semua bahan2 dah siap ada depan mata la yang oiiiii...hah resepi macam di bawah tu...jumpa lagi malam nanti.... :)
BAHAN BAHAN
  • 1 kg daging (dipotong nipis & direbus sampai empuk)
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 2 biji cili hijau/merah dihiris memanjang
  • 3 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 3 biji ubi kentang (dikupas & dipotong nipis)
  • 1 lobak merah dipotong nipis
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk perencah masakan Hilal
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • Garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA

  1. Daging yang sudah empuk tadi digaulkan dengan serbuk kunyit & serbuk perencah Hilal
  2. Panaskan minyak dang goreng kan daging sehingga agak garing sedikit lalu diangkat & diketepikan
  3. Goreng ubi kentang sehingga kekuningan diikuti dengan lobak merah, ketepikan dulu
  4. Dengan lebihan minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan cili hijau & tomato dan kacau2kan
  5. Seterusnya masukkan sos tiram & sos ikan, diikuti dengan gula dan sedikit garam, kacau lagi dan masukkan daging goreng tadi, gaul biar sebati
  6. Masukkan pula ubi kentang dan lobak yang sudah digoreng dan kacau2kan sebentar
  7. Apabila sudah sebati masakannya bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

4 comments:

  1. salam..tak pernah lak letak nampla dalam daging,selalu boh dalam masakan ikan jerr..hmm sesuatu yg baru ni.Bleh cuba gak ngan dgg goreng kunyit..

    ReplyDelete
  2. assalam ina...sedap dgg goreng kunyit sos ikn tu...mesti layan ngan nasi panas, x ingat berapa kali tambah heheh

    ReplyDelete
  3. alaaa...semalam punya sah dah habis..suri selalu tak dak ide nk masak daging..bolehlah amik resipi ni...

    ReplyDelete
  4. Lina_pg...Waalaikumussalam,sos ikan/nampla ni akak suka letak utk masakan yg simple2 camni...boleh gantikan garam dlm masakan.. :)

    Kak Rosaliza..Waalaikumussalam, satu lauk pun dah cukup sbb dah ada sayur, mmg suka masakan kering camni.. :)

    Suri Solehah..mmg betul tu dah lama abisnye. Tunggu hari Isnin akak masak lagi yea!! :)

    ReplyDelete