Saturday, June 18, 2011

PUDING SARANG BURUNG

Assalamualaikum.....Akhirnya tercapai juga tangan akak ke komputer ni. Aduhai, keinginan untuk selalu mengupdate blog nampaknya terpaksa diketepikan buat seketika. Hal2 lain berkaitan kehidupan terpaksa diberi keutamaan.
Ada tak sesiapa yang rasa dah malas asyik nak jaga hati orang lain tapi orang lain tu tak kisah pun nak jaga hati kita? Macam tu lah yang akak rasa sekarang ni. Selama ni akak terlalu sangat jaga hati orang sampai hati sendiri terluka berkali2....Dan kali ni lukanya amat dalam & payah untuk disembuhkan lagi. Kadang2 bila kita selalu bersikap tak kisah, selalu memaafkan, menyebabkan orang mengambil kesempatan atas diri kita. Apa2 pun akak serahkan segala2nya kepada Allah, biarlah saja Allah membalas kepadanya setimpal dengan betapa dalamnya luka yang dah berbekas dihati akak ini...

Puding ni akak buat semalam. Baru je lepas menghabiskan saki bakinya tadi. Memang best la sangat bila dimakan sejuk2 apalagi waktu cuaca yang agak panas buat masa ini kan! Resepinya dari emak akak. Sekarang ni akak memang selalu juga berulang alik ke Kampar, selain dari untuk membeli barang2 keperluan dapat juga ziarah emak yang keseorangan tu. Sejuk juga hati akak bila dapat menghabiskan masa dengan emak akak.
Baru kejap tadi dapat call dari emak akak mengkhabarkan cerita kesihatan abang ipar akak yang baru saja balik dari IJN. Minggu hadapan terpaksa ke IJN lagi untuk rawatan selanjutnya. Akak doakan semoga abang ipar akak tabah menghadapi rawatan & semoga cepat sembuhnya. Oklah, untuk resepinya boleh tengok di bahagian bawah ni yea....Salam sayang dari akak buat semua.... :)

BAHAN BAHANNYA
BAHAGIAN DALAM
  • 8 g agar2 bertali
  • 90 g susu cair
  • 1 biji telur diambil bahagian kuningnya sahaja
  • 6 cawan air
  • 120 g gula pasir
  • Sedikit buah2an campuran dipotong kecil2 & 1 cawan airnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
BAHAGIAN LUAR
  • 15 g agar2 bertali
  • 150 g gula pasir
  • 10 cawan air
  • 1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
CARA MEMBUATNYA
  1. Untuk bahagian dalam puding :- Agar2 dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk, tambahkan air dan daun pandan, masak sehingga mendidih dan larut kesemua agar2, masukkan gula & kacau2kan dan tunggu hingga gula larut dan perlahankan api
  2. Dalam satu mangkuk, kuning telur dipukul sebentar, masukkan susu cair dan kacau2kan
  3. Keluarkan daun pandan dari larutan agar2, masukkan adunan kuning telur & susu kedalam larutan agar2 tadi dan kacau2kan di atas api yang sederhana buat seketika
  4. Tutup apinya dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan ia mengeras
  5. Apabila dah keras, keluarkan dari loyang dan ambil penyagat & sagatkan agar2 hingga habis
  6. Untuk bahagian luarnya :- Masukkan agar2 & air + 1 cawan air dari buah2an campuran dlm tin dan masak sehingga mendidih & tambahkan gula, kacau2kan tunggu hingga mendidih & larut kesemuanya
  7. Gunakan acuan agar2, masukkan agar2 yang disagat tadi kedalam acuan, cukuplah separuh saja, jangan sampai penuh
  8. Masukkan pula buah2an campuran yang sudah dipotong agak kecil ke dalam acuan tadi
  9. Yang terakhir, tuangkan agar2 bahagian luar tadi sehingga memenuhi acuan agar2
  10. Biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam fridge sebelum dinikmati.

6 comments:

  1. assalam..mmg mcm tu la kehidupan ni,kita yg selalu kena b'sabar & mengalah demi menjaga hati & perasaan org lain,tp hati sendri terluka.Semoga terus sabo dan tabah dlm menempuh dugaan ni..ada hikmat disebalik suma tu..

    pstt..sedap puding sarang burung tu,terasa nyaman jerr.Rasanya burung pun 'sayang'nak dok dlm sarang tu sbb cantik sgt hehehe..

    ReplyDelete
  2. Lina pg...Waalaikumussalam, betul tu, tp kdg2 sabar tu ada limitnya kan! Kalau dah lebih2 sgt tu mau meletup jugak, iyea tak? Thanks Lina...Haha..sarang burung apa ntah, warna kuning eh? Akak ikut je nama resepi mak akak tuuu.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalam Ina...setiap yg baik akn mendapat balasan, setiap yg buruk pun sama juga akna mendapat balasan, lambat atau cepat sahaja..harap ina bersabar lah ya.

    Sedap nampak puding sarang burung tu

    ReplyDelete
  4. Kak Rosaliza...Waalaikumussalam, mmg dah sedaya upaya bersabar..tp kalau dh org jenis tak reti bahasa ni payah sikit..Thanks yea dtg tengok puding tu.. :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnyer kak puding sarang burung ni...nanti nak kena try la...sejuk jer anak tekak kalau makan...sodapnyer kak...=)

    ReplyDelete
  6. Hafizah Mohamad...mmg sejuk & nyaman je tekak kalau dimakan waktu cuaca panas terik ni..cubalah bila free yea!! Maceh Fiza...:))

    ReplyDelete