Tuesday, June 21, 2011

KEBAB AYAM LADA HITAM

Assalamualaikum....Actually akak tak tahu nak bagi nama apa bagi menu ni. Hentam aje lah nampaknya. Apa ada pada nama kan!! Yang penting perut kenyang. Menu tambahan akak buat sosej ayam & kentang goreng. Rakyat apalagi...hOoReYYYY......
BAHAN BAHAN
  • Roti oblong
  • Isi ayam bahagian dada
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk pati ayam
  • Maggi seasoning
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Buah tomato - dihiris nipis
  • Timun - dihiris nipis
  • Sayur salad
  • Bawang besar dihiris bulat2
CARA MEMBUATNYA
  1. Isi ayam diperap dengan serbuk lada hitam, pati ayam & Maggi seasoning selama 15 minit
  2. Grill sehingga isi ayam masak & nampak agak kegaringan
  3. Keluarkan dari oven, cincang agak kasar isi ayam tadi
  4. Roti oblong dibelah bahagian tengahnya, disapu dengan sedikit mentega dan bakarkan sekejap supaya agak garing
  5. Susunkan sayur2an ke dalam roti oblong, letakkan pula isi ayam secukupnya
  6. Picitkan sedikit mayonis & sos cili secukupnya & bolehlah dinikmati.

3 comments:

  1. senang kan kalau anak2 boleh mkn sayur.....anak akak tu ya Allah, hari2 tegur suruh mkn sayur tp dia tak boleh juga, muntah.

    nak cuba la nanti buat kebab mcm ni..

    ReplyDelete
  2. sedapnyer...kalau cam ni x yah makan nasik pun dah kenyang ni...=)

    ReplyDelete
  3. Zanafahmi...anak sya pun bukan semua mkn sayur, yg masih kecil x boleh terima jugak kalau letak sayur2 ni, tp bila depa dh besar sikit baru berkenan nak jamah sayur, camtu lah..nanti bila2 boleh la try ok!! :)

    Hafizah Mohamad...Mmg betul tu malah lebih kenyang dr mkn nasi. x leh ajar slalu anak2 mkn sebegini, nnt kena obesiti pulak kan.. :)

    ReplyDelete