Wednesday, June 1, 2011

MEE BAKSO

Assalamualaikum....Nyaman sungguh rasanya malam ni, setelah agak lama tak hujan, pagi ni Allah turunkan hujan di kawasan Tapah ni..Alhamdulillah atas kurniaanNya. Sukanya hati akak sebab malam ni pun akak sempat nak update blog. 

Seronok la, kalau boleh kan nak update 2-3 x sehari tapi apakan daya tangan tak sampai ke komputer ni..hu2....Mee bakso ni dimasak sebab dah teringin sangat nak memakannya. Akak ni kan kalau bab makan sup2 sebegini memang tekak sentiasa boleh layan, susah nak cemuih la..faham tak cemuih tu maknanya jemu.. :D 
Tengok la kat gambo tu bahagian akak, best kan buat sendiri boleh letak meatball tu sebanyak mana kita suka. Mee tu akak bubuh jugak buat syarat je, tapi tang suhun tu kena letak lebih2 sikit, i like...& satu lagi yang paling akak likeeeee tang taugeh tu, tapi syaratnya taugeh tu mesti la masih rangup lagi, kalau dah layu lembik tu tak kuasa nak menjamahnya.

Kalau tengok kat gambar tu mcm sikit je taugehnya kan tapi kalau nak tahu dekat 6-7 kali akak menambah taugeh semasa makan. Ho..ho...ada orang tak suka makan taugeh yea..tak pe la pejam je mata tu jgn tengok tau! Nampaknya macam dah melalut2 je akak ni kan..Ok, resepi letak kat bawah tu yea.....
BAHAN BAHAN UNTUK BAKSO:
  • 500 g daging lembu
  • 1 sudu teh lada putih
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih
  • 3/4 sudu teh garam
CARA MEMBUATNYA
  1. Daging lembu dibersihkan & dipotong kecil2
  2. Masukkan daging ke dalam mesin pengisar, masukkan juga bawang putih & lada putih dan kisar sehingga betul2 lumat dagingnya
  3. Keluarkan daging tadi dan masukkan kedalam mangkuk
  4. Masukkan tepung jagung & garam kedalam daging dan gaulkan ia sehingga betul2 sebati
  5. Didihkan air dalam periuk yang sesuai, air 1/2 periuk dah mencukupi
  6. Ambil sedikit daging kisar dan bentukkan ia seperi bebola ikut la sebesar mana yang disukai. Akak guna cara ini, basahkan telapak tangan, ambil 2 sudu besar daging kisar dan picit ia keluar melalui ibu jari & jari telunjuk, mcm cara buat fish ball tu...
  7. Ambil bebola daging dan masukkan ke dalam air mendidih, apabila ia sudah terapung ke bahagian atas maknanya sudah masak & boleh diangkat & ditoskan. Buat sampai habis
UNTUK SUPNYA
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Semua bahan diatas dikisar terlebih dahulu
  • 1 sup bunjut
  • 2 kiub pati lembu atau seperiuk air rebusan daging jika ada
  • 1 labu bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris2 nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Rempah penumis 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
  • Garam secukup rasa
  • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • Daun bawang & daun sup dihiris secukupnya
  • Taugeh secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya ( lupa letak daaa...)
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumiskan bahan penumis, hirisan bawang besar & bawang putih dan biarkan hingga kekuningan
  2. Masukkan bahan kisar, kacau2kan & tunggu naik aromanya
  3. Diikuti dengan serbuk lada hitam, kiub pati lembu/air rebusan daging & sup bunjut. Kacau2kan, jika guna kiub pati lembu masukkan 1 jag air atau secukupnya
  4. Biarkan sup merenih seketika, masukkan buah tomato & terakhir masukkan garam secukup rasa
  5. Boleh la ditutup api
CARA MENGHIDANG :
  1. Celurkan sebentar mee kuning & suhun secukupnya, toskan
  2. Letakkan mee, suhun, bebola daging, taugeh secukupnya kedalam mangkuk
  3. Tuangkan sup yang panas2 ke atasnya
  4. Taburkan hirisan daun bawang, daun sup & bawang goreng di bahagian atasnya pula & sedia untuk dinikmati. Lebih sedap jika dimakan dengan sambal/sos cili

9 comments:

  1. wahh sedapnya bakso tu kak...suka hirup kuah tu...saya pun tak cemuih gak mkn...haha org utara memang ckp cemuih ni faham sgt la tu...hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyer kak bakso tu...fiza dulu x pandai makan bakso ni tapi mak mentua fiza rajin pulak buat so sekarang ni dah pandai makan dah...pandai makan jer la tapi x pernah buat lagi...he he he

    ReplyDelete
  3. akak..bakso semangkuk..
    sedappnya tengokk..

    ReplyDelete
  4. Mas...alahai camne la nk bg semangkuk, udah abis la yang ooi..xpe lain kali akak buat lg eh.. :)

    Norlie...cuba la buat, mmg sedap..x tipu punye..hehe :)

    ReplyDelete
  5. Nieza...sama la mcm akak, tang menghirup kuah mmg terbaik la kan! akak pun org belah utara jugak..hik2 :)

    Hafizah...Wah camtu lg best xyah susah2 nak masak sbb ada MIL yg sudi memasaknya. Share la resepi bakso MIL tu.. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak..sedapnye nengok mee bakso tu..tu belum makan lagi..kalau makan mesti bertambah2 nak tambah..nanti boleh belajar ni..fie tak pernah buat lagi..tapi pernah makan yg dibeli.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Fie...Mmg gerenti nk bertambah2 kalau pekena bakso ni..hik2..boleh la cuba buat bila2 free yea... :)

    ReplyDelete