Assalamualaikum.....Setiap kali kalau menjamah chapati ni mesti teringat zaman kanak2 dulu. Dari sarapan sampai ke makan malam pun boleh je layan roti yang satu ni. Air tangan mak lah katakan, memang akak pun tak reti nak jemu, mungkin jugak sebab keturunan kot...haha.... Emak akak memang handal bab buat chapati ni, semasa baru2 kawin mak akak tinggal sekali dengan famili bapa, so memang rutin kerja mak akak tiap2 pagi sampai ke malam masak chapati ni sebab famili belah bapa akak ni memang sehari pun tak boleh miss makanan ni....
Cuba kalau chapati ni akak hidangkan kat rakyat di rumah ni hari2, mau depa semua surrender punya...Tapi nasib baik la juga depa semua ni reti la juga makan. Syaratnya kena lah ada kari ayam, kambing ataupun sardin. Banyak songeh lah rakyat semua. Tak macam akak dulu2, makan dengan gula je pun ok! Tapi tak kisah la kan, janji takde lah akak kena makan kesemuanya seorang diri.
Ok lah, resepinya akak letak di bawah ni macam biasa. Kalau rajin aka terasa macam nak membaking je tengah2 malam nanti. Tengok lah camne.... :)
BAHAN BAHANNYA
-
3 cawan tepung atta
-
3 sudu besar minyak
-
1 cawan air panas + 2 cubit garam
-
Minyak sapi
CARA MEMBUATNYA
-
Satukan tepung dan minyak dan gaulkan dengan tangan sebentar
-
Masukkan air yang dicampur garam tadi sedikit demi sedikit sambil digaul & diuli sehingga menjadi doh. Jika adunan tepung dah elok boleh diuli tak perlu dihabiskan kesemua airnya
-
Letakkan doh ke dalam mangkuk dan tutup permukaan mangkuk dengan tuala lembap. Rehatkan sebentar. Biasanya dalam 1-2 jam
-
Bahagikan kepada 7 bahagian dan bulat2kan
-
Letakkan sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan letakkan 1 bahagian doh di atasnya dan canaikan ia sehingga menjadi bentuk bulat
-
Panaskan kuali leper dan dengan api perlahan masakkan roti sambil ditekan2 dengan sehelai tuala bersih di keliling roti tersebut & dialihkan di kedua2 bahagian sehingga masak (ambil masa 2-3 minit saja)
-
Angkat dan sapukan sedikit minyak sapi di atasnya & bolehlah dicicah dengan sebarang kari atau dimakan begitu saja
Sewaktu akak kanak2 macam ni lah gaya akak makan chapati. Mula2 sapu sedikit marjerin keseluruh chapati tu, lepas tu taburkan gula (haha.... yg ni wajib la di tabur banyak2, maklumlah masih budak kan.....) Gulungkan kemas2 sampai habis dan makan la sambil main dgn doll.....nostalgia betul lah!!! Tapi for my kids, jangan harap la depa nak makan camni tau... :(
sedapnyer..cicah kari pun sedap ni..
ReplyDeletewah kak..capati ditengah malam ni..menarik rasa ni
ReplyDeleteSoft and yummy looking chapathis. I'm a new follower for your beautiful looking blog.
ReplyDeletesalam kak. Baru berpeluang jenguk akak ni, dah folo hehe..
ReplyDeletesamalah kita, midnite bakers!
sedapnyer kak...ni kalau husband fiza mau 3 keping ni...dia suka sgt...capati lah tosai lah roti canai lah...he he he
ReplyDeleteRabiatun Adawyah...betul tu cicah dgn kari mmg sedap...thanks ya dtg sini... :)
ReplyDeleteSuri Solehah...mcm tu lah, kdg2 dah jemu mkn nasi tukar la pulak. Selalu jugak buat chapati tp x masuk n3..yg ni x teringin ke? :)
Umm Mymoonah..thanks for being my new follower & i really appreciate it! :)
Umi...dah waktu mcm tu je free nak buat camne kan! Thanks yea.. :)
Hafizah Mohamad..wah hubby Fiza tu mmg geng chapati la kan!! ada org mmg suka mkn chapati lah, tosai lah, akak pun sama...heee :)