Assalamualaikum buat semua yang sudi hadir disini...Cuaca yang begitu panas terik tadi tiba2 dah bertukar menjadi hujan, dingin & nyaman betul rasanya, almaklumlah tinggal kat tepian bukit la katakan...Nyaman je suasana kat area baru ni. Memang berbaloi2 pindah rumah sakan tempohari, walaupun tersgt2 la penat macam nak pengsan waktu nak mengemas. Untung la ada ramai anak lelaki ni, dapat la dikerah2 tenaga depa mengangkat, menyusun, mengatur perabut dsb nya. Walaupun dah 3 minggu berlalu masih ada lagi saki baki barang2 yang belum sempat diusik..Hopefully by end of this month semuanya akan siap dikemas.
Berbalik pada gambar kat atas tu, sambal hitam Pahang ni akak buat semalam. Stok belimbing buluh ni dapat waktu ziarah keluarga kakak aii di Tronoh Mines Jumaat lepas. Bila tengok pokok belimbing buluh kat belakang rumahnya tu terus teringatkan sambal hitam Pahang resepi mertua Madihaa@Ratna. Memang dah lama akak teringin nak cuba buat baru semalam tercapai. Rasa dia memang sedap & menyelerakan, cuma agak pedas, mungkin akak dah terlebih letak cili padi kot. Proses menyiapkan sambal ni tak lah serumit yang akak sangkakan. Cuma ambil masa agak lama jugak nak kecutkan belimbing buluh tu, 70 biji kesemuanya (ambil masa lebih kurang 1 1/2 jam)
Akak takde kacau pun selang 2 minit macam Ratna sebab malas...hehe...cuma sesekali je akak kacau2kan. Lepas 40 minit nampak dah kering belimbing tu baru la akak selalu mengacaunya sampai kecut kesemuanya. Jenuh jugak tang nak kecutkan dia. Malam semalam merasa la makan dengan nasi panas2, memang meletup. Harap2 betul la menjadi sambal hitam Pahang yang akak buat ni macam yang kat Pahang jugak ya Ratna. Tapi kan, dulu waktu akak ke Pahang tak de pulak ternampak sambal ni kat mana2 kedai makan...
Akak takde kacau pun selang 2 minit macam Ratna sebab malas...hehe...cuma sesekali je akak kacau2kan. Lepas 40 minit nampak dah kering belimbing tu baru la akak selalu mengacaunya sampai kecut kesemuanya. Jenuh jugak tang nak kecutkan dia. Malam semalam merasa la makan dengan nasi panas2, memang meletup. Harap2 betul la menjadi sambal hitam Pahang yang akak buat ni macam yang kat Pahang jugak ya Ratna. Tapi kan, dulu waktu akak ke Pahang tak de pulak ternampak sambal ni kat mana2 kedai makan...
Ok lah, nak tahu apa bahan2 dia & cara membuatnya, semua ada di bawah ni, akak copy terus dari pemilik asal resepi ini. Terima kasih buat Ratna kerana sudi berkongsi resepi sambal yang sedap ni. Puas rasanya bila dah berjaya buat sesuatu yang dihajati kan!!! Akak dah merasa sambal hitam Pahang ni, memang best, anda bila lagi? Selamat mencuba...
SUMBER : DARI DAPUR MADIHAA
RESEPI MERTUA MADIHAA
Bahan2
- ½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
- ½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
- 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
- 6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
- 5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
- garam & gula secukup rasa
- 1 cawan minyak masak
Cara2 Menyediakan
1.
Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh
terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk
sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR
dan renih dengan menggunakan api yang kecil. Biar sehingga belimbing
mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit
mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing
mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna
belimbing bertukar menjadi gelap.
PESANAN: jika nak guna untuk buat
sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing
sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing
sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga). Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.