Monday, June 25, 2012

KEK KUKUS BUAH BUAHAN MAMA


Assalamualaikum.....Chakkkk!!!!! Salam rindu di angin laluuu.....Lama betui menghilang tetiba muncul jugak akhirnya. Apa kabo semua? Akak doakan anda semua dianugerahkan kesihatan yang baik & keberkatan dalam apa jua yang sedang dilakukan. Maaf ya kerana agak lama akak tak berkesempatan untuk bw...memang rasa rindu nak bw sebenornya, apakan daya tangan tak sampai nampaknya..huk2..:((  Buat yang sudi hadir di sini walaupun tiada entry terbaru, akak ucapkan terima kasih banyak2, kalau sudi datang la lagi ya :))

Kek kukus buah2an ini akak buat tak berapa lama dulu untuk dijadikan buah tangan sewaktu bertandang ke rumah bakal tunang adik ipar akak. Kek ni menggunakan resepi tradisi mama akak yang memang menjadi kemestian bagi keluarga akak setiap kali menjelangnya hari raya. Teringat pulak masa dulu2 nak tergelak jugak sebab akak ni masa kecil dulu selalu jadi tukang kacau di dapur. Bila dah kena marah tu terus lari ke ruang tamu, tak serik2 pulak tu...(memang selalu kena marah pun bila berada di dapur dengan mama akak memandangkan dia seorang yang perfect dalam kerja2 dapur...kerja beradun sgt2...Syukurlah sebab sedikit sebanyak ada la jugak sikapnya ni yang turun pada anak2nya...especially anak bongsunya ni..hehehe

Ok lah ya...di bawah ada akak sertakan resepi kek kukus buah2an ini..emmm boleh la dijadikan rujukan buat semua termasuk jugak untuk anak2 akak suatu hari nanti..Selamat mencuba  :))


BAHAN BAHANNYA

  • 2 gelas mentega / marjerin ( aii guna mentega..)
  • 2 gelas gula (yang dikisar halus)
  • 1 gelas gula (untuk dijadikan gula hangus)
  • 5 biji telur
  • 600 g tepung gandum 
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh cream of tar tar
  • 1 kotak @ 375 g buah buahan campuran 

CARA MEMBUATNYA

  1. Mula2, campurkan gula halus dan mentega dan putar sehingga kembang
  2. Ambil telur dan asingkan bahagian kuning dan putihnya
  3. Bahagian putih telur diputar sehingga betul2 kental & gebu, jika diterbalikkan bekas adunan putih telur, ia takkan tumpah (pastikan terlebih dahulu mangkuk alat pemutar yang digunakan betul2 bersih & tidak berminyak supaya menjadi putih telur itu seperti yang diinginkan)
  4. Masukkan putih telur ke dalam adunan mentega tadi dan putarkan sebentar biar sebati, kemudian baru dimasukkan kuning telur sebiji demi sebiji, putar lagi sehingga kembang
  5. Sementara itu, gaulkan buah2an campuran dengan tepung gandum yang telah diayak. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi, putar dengan kelajuan sederhana 
  6. Dalam periuk kecil, sediakan gula hangus. Caranya, ambil 1 gelas air dan panaskan diatas api yang kecil, kacau2kan & tunggu sehingga gula betul2 cair dan bertukar warna sedikit keperang2an. Cepat2 tutup api supaya gula hangus tak pahit. Ketepikan dulu
  7. Akhir sekali masukkan soda bikarbonat & cream of tar tar ke dalam adunan kek, putarkan lagi dan diikuti dengan gula hangus yang baru siap. Tuangkan gula hangus sambil adunan diputarkan perlahan2..hati2 jgn sampai terkena kulit pulak ya
  8. Apabila sudah digaulkan dengan sempurnanya, tuangkan adunan kek ke dalam loyang 10 inci dan kukus dalam alat pengukus yang telah dibalut dengan tuala (supaya wap tidak menitik atas permukaan kek). Kukus selama 4 jam & pastikan airnya mencukupi, setelah 2 jam tambah lagi airnya
  9. Angkat keluar dari pengukus,sejukkan selama 1 jam sebelum dipotong.

10 comments:

  1. assalam kak Ina pekaba?mmg rasa lama sangat kak Ina menghilang..rindu taw.sedapnya kek buah,elok jer tabuan buah kat dalam tu.Kalau amatur buat kompom buah2 tu mendap kat bawah jer hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Lina..alhamdulillah sihat2 je akak ni. betul la mmg rindu sgt..aritu tgh sibuk sgt2 mmg x dan nak berblog, sekarang ni baru la lega sikit. kalau buah2 tu gaul dulu dgn tepung Insya Allah tak mendap nanti.. :))

      Delete
  2. Salam Azlina,rajin nya.... my fav ni...ada request dari kakak saya tapi belum berkesempatan nak buat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg favourite akak jugak ni. kalau dpt mkn yg mak buat tak makan nasi pun takpe..kenyang mkn kek buah dah cukup..hehe

      Delete
  3. assalam kak lina...
    terima kasih kak sudi gak jenguk2 blog sy walau sedang busy.. hehe... akak kata bertukar ke pekan tu maksud akak di 'bandar' atau di 'Pekan' di Pahang tu? hehe... kompius sikit... maklumlah sebelum ni ada juga berangan2 nak jumpa ngan akak kot2 sy ke Tapah....

    apa2pun.. harap akak sentiasa sihat disamping tugasan harian akak & family tersayang...

    terima kasih juga kerana berkongsi resepi kek buah turun temurun tu.. sy ni entah bilalah nak cuba2 buat kek buah.. lom pernah buat lagi rasanya... belum ada keberanian.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bior betul Ratna, Pekan Pahang jauh bebenor tu..Tukar lokasi ke pekan Tapah, sebelum ni kat Jln Pahang..Akak pun berangan2 jugak nak jumpa Ratna..Insya Allah ada rezeki dpt la jumpa kan!
      Haippp..resepi yg susah2 tu berani pulak membuatnya ehhh, kek ni sonang je tau..meh sini nak cubit sikit..ngeh3

      Delete
  4. Asssalam ina, akk n famili baik2 aje. Baru petang semalam borak2 ngan linapg, dok tek rtanya2 mana azlina terminal hijrah ni lama betul tak nampak. Tgk2 pagi ni dah ada heheh, mcm terpanggil2 je heheh. sedapnya kek buah, akk x pernah buat kek buah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh patut la mcm terdengar2 je kat telinga aii ni, tu yg dtg semangat nak bukak blog tu, rupa2nya dah kena seru dgn kak Rosa..hehe..kalau nak rasa kek buah ni dtg la beraya di tapah..boleh simpankn sikit utk kak Rosa.. :)

      Delete
  5. Assalamualaykumwbh Kanda....
    1. Missed u
    2. Rindu bangat
    3. I love fruit cake....:)

    Ayu simpan resepi ni ye kak. Thanks sbb jenguk Ayu. In doha ni, cuti kat hubby:). nanti Ayu dtg lagi ye. Sini panas gilers, 53 Deg C. Tak kuar siang awiii...May things go fine for kak and family..emmuakcs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Adindaku..
      1. Missed u too
      2. Rindu sesgt nak tengok masakan Ayu
      3. sama la akak pun fruit cake lover.. :))

      Waaa, seronoknya adik akak sorang ni dah kat doha rupanya..takpe la panas camne pun janji dpt bersama yg tercinta. doa akak moga2 ayu n hubby berbahagia disana...take care..muah3

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...