Sunday, October 31, 2010

SOTONG MASAK PADANG

 
Salam pagi Ahad buat semua yang datang menjenguk ke sini. Tuannya pun baru sempat datang menjenguk ni disebabkan kesibukan di tahap melampau...Bisnes sendiri ni macam tu la, kalau duduk lazy2 je sendiri la susah. Tapi walau macamana pun, Alhamdulillah sebab akak dah buat pilihan tepat bila berhenti dari bank dulu. Bagi akak kerja sendiri ni memang sejuta kali (bukan seribu kali tau!!) lebih baik dari kerja makan gaji. Usah dipandang dari segi material saja, pandang la jugak dari sudut kekeluargaan dan anak2 yang sememangnya memerlukan emak disisi, bukan bibik, bukan babysitter! Cuma sekarang akak kena fokus...pertingkatkan usaha untuk dapatkan balik gaji yang dah hilang selama ni..Insya Allah!

Teringat time kerja mkn gaji sanggup kerja teruk2 untuk bank, bila tak achieve target kena pulak bancuh dengan org atasan, huissh serik bila kenang waktu dulu2. Sekarang bisnes sendiri kita ada power untuk tentukan cara kita sendiri...tak payah dengar cakap2 orang, tak payah ikut telunjuk orang. Wah! Akak membebel...cukup3, ni la sotong yang akak baru masak tadi untuk hidangan tengahari ni. Tengok tu masih berasap asap lagi. Lepas Zohor baru kami makan, so biar sotong2 ni posing dulu kat sini. 


BAHAN BAHANNYA
  • 1 kg sotong yang agak besar (dibersihkan dan toskan)  
  • 6 ulas bawang merah *  
  • 3 biji bawang putih * 
  • 6 biji cili merah *  
  • 2 biji buah keras * 
  • 2 cm kunyit hidup * 
  • 2 hirisan lengkuas  
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar  
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis  
  • 1 mangkuk santan sederhana pekat 
  • 2 tangkai daun limau purut 
  • 1 batang serai diketuk2 
  • Sehelai daun kunyit dicarik2 
  • Garam secukup rasa
 CARA MEMBUATNYA
      1. Bahan2 bertanda * dikisar halus dan tumiskan dengan sedikit minyak hingga kekuningan
      2. Masukkan serai, lengkuas, serbuk ketumbar dan jintan manis 
      3. Jika agak kering tambah sedikit air dan tunggu hingga naik bau rempahnya
      4. Masukkan santan, tunggu mendidih lalu masukkan sotong
      5. Akhir sekali masukkan daun limau purut, serai, daun kunyit dan garam secukup rasa
      6. Bila dah mendidih sekali lagi boleh la tutup api, jangan masak lama2 nanti sotong kecut dan liat, tak best...
      7. Sedia untuk dihidangkan

        Sunday, October 24, 2010

        UDANG GORENG MENTEGA

        Salam petang Ahad...waaa bestnye hari ni, dapat berehat panjaaang kat rumah, lega rasanya!!! Besok akak dah kena bersilat lagi kat dapur kan! Haha...seronok tau bersilat kat dapur ni...Alhamdulillah, customer pun dah agak bertambah, walau tak seramai mana tapi pada akak ok la tuuu...Kalau datang ramai sangat berduyun2 akak pulak yang terrrpengsan nanti, camne kan..kan... RTH pun baru usianya 6 bulan...kalau baby yg 6 bulan tu cuba perhatikan, mana ada yang boleh berjalan maupun berlari lagi kan!! Jadi, biarkan slow n steady ya! Akak pun rasa seronok sebab sekarang akak tak terperuk je kat dapur. Kejap2 akak akan berlari2, terkejar2 ke depan dan dapat nyembang2 dengan customer walaupun tak lama. Hari Jumaat lepas ada sorang customer lelaki tu bagitau kat akak begini la lebih kurang..."Akak, saya ni macam dah ketagih pulak hari2 nak pekena kari akak ni, amenda yang akak bubuh?" Akak cuma sempat jawap dengan memberikan senyuman yang sangat manis + kelat2 gitu...manis sebab memang dah natural kan, nak buat camne...(perasannya ko ni...)dan kelat sebab masa tu ramai customer non stop sampai berpeluh2 dahi depan customer, eeeiii tak suka kan peluh2 depan orang! Apa pun akak puashati bila customer puas makan masakan air tangan akak ni. Syukur, Alhamdulillah... Udang mentega tu salah satu hidangan yang dimasak untuk makan tengahari tadi. Sengaja masak banyak untuk anak2 meratahnya pulak...haha..perangai meratah ni dah mama yang ajar nak buat macamana kan!! Resepi yang amat mudah disediakan, jom makan udang... BAHAN-BAHANNYA 1/2 kg udang bersaiz agak besar 2 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 6 biji cili padi dihiris2 3 biji kuning telur Garam dan kunyit
        • Udang yang dah siap dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan kunyit dan digoreng dengan sedikit minyak
        • Masukkan pula cili padi dan daun kari kedalam gorengan udang tadi
        • Bila udang dah masak angkat kesemuanya
        • Didalam minyak yang sama masukkan mentega dan panaskan ia supaya cair
        • Bila dah betul2 panas, tutupkan api
        • Masukkan kuning telur yang dah dipukul ke dalam mentega cair tadi sedikit demi sedikit
        • Kacau2kan sehingga jadi garing lalu diangkat dan ditoskan
        • Taburkan kuning telur ni di atas udang goreng tadi dan boleh la dihidangkan

        Thursday, October 21, 2010

        KEK MENTEGA PANDAN UNTUK WAJDI

        Selamat malam semua.....baru kejap tadi kat rumah akak ada acara makan2 meraikan harijadi anak akak yang ke 3, Azeemul Wajdi yang ke 11 tahun. Kesian anak akak tu, senyap & sabar je dia menunggu keknya siap. Hanya sempat start baking lepas Asar & buat deko yang simple je & siap lepas Isyak sampai 2 orang anak akak yang kecik2 tu dah tertidur pun..  

        Antara semua anak2 akak, Abang Yang ni yang paling cool...& yang paling akak puji sangat sikap dia yang tak meminta2. Tapi dalam tak meminta2 dia tu banyak la jugak hadiah yang dia dapat.
          Mama, cepat2 sikit tangkap gambo, kita semua dah tak sabo nak makan ni.... 
          Oregano grill chicken yang menjadi pujaan hati semua...Hidangan lainnya coleslaw dan kentang goreng. Birthday cake tu takde sape pon teringin nak mkn malam ni. Tapi besok licin la jugak tu...

        Tuesday, October 19, 2010

        CHAR HO FUN

        Assalamualaikum buat semua...lama jugak rasanya tak ke sini. Kalau ikutkan hati hari2 nak update entry terbaru tapi terpaksa dilupakan atas beberapa sebab. Nak tau apakah sebab musababnya ? Owh....actuallykan akak telah dilanda dengan pelbagai hal yang amat mengganggu emosi sejak kebelakangan ni.

         Kali ni memang agak mencabar sebab masih diuji dengan perkara yang sama lagi. Kecewa sangat bila dikhianati berkali2 oleh orang yang dipercayai. Jenuh jugak akak memikirkan punca seseorang tu boleh jadi begini.  

        Alhamdulillah, setelah disuntik semangat dari pelbagai pihak so here I am...Akak masih boleh ketawa ni...hahaha...sambil nyanyi2 lagi lalalala... Apalah sangat ujian yang menimpa akak jika dibandingkan dengan derita saudara kita di Palestin tu kan!!! Char Ho Fun ni memang sangat digemari kami sekeluarga. Hidangan yang ringkas dan menyelerakan. Menu ni pun sesuai untuk orang yang tengah berdiet sebab kurang berminyak....Selamat mencuba!!

        BAHAN BAHANNYA

        1 bungkus kui teow (akak guna yang jenis kering, celur dgn air panas 5 minit & toskan) Sedikit isi ayam dipotong kecil2 
        Udang sederhana besar secukupnya 
        Fish ball halal
        Telur ayam (banyaknya ikut berapa pinggan nak makan)
        5 ulas bawang putih (ketuk2kan) 
        Carrot dipotong mancis (memanjang) 
        Sayur kailan secukupnya (malam ni tak jumpa kailan, so bantai sawi je) 
        1 sudu makan minyak bijan
        1 sudu besar kicap manis 
        1 sudu teh lada putih
         1 sudu besar serbuk pati ayam 
        1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan secawan air) 
        Sedikit garam
        • Mula2 kui teow dibasuh bersih2 dan ditoskan
        • Gaulkan kui teow dengan kicap manis dan minyak bijan hingga rata dan bahagikan kepada beberapa mangkuk ikut la berapa orang nak makan
        • Tumiskan bawang putih dengan 2 sudu besar minyak
        • Masukkan lada putih, isi ayam, udang dan fishball lalu dikacau2 supaya rata
        • Masukkan serbuk pati ayam diikuti 1 cawan air
        • Diikuti dengan carrot dan kailan, tunggu hingga sayur agak lembut
        • Tuangkan bancuhan tepung jagung tadi cepat2 dan tunggu mendidih
        • Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah dan biarkan sekejap
        • Tutup api cepat2 supaya telur tak terlalu keras dan tuangkan kuah secukupnya ke mangkuk yang berisi kui teow tadi
        • Sedia untuk dinikmati bersama keluarga tercinta

        Sunday, October 10, 2010

        NI DINNER KE BREAKFAST?...HARI2 CAMNI PUN TAKPE MAMA!!!

        Senang3....makan macam ni hari2 pun takpe la mama, kata anak akak si Muzany yg 7 years old tuu. Wah! ingat mama nak bagi ke makan camni hari2???No..no..no..malam ni je sebab rumah kita takde beras..hahaha..tak ada la, sebenonya mama ni yang agak2 lazy sikit. Tadi makan mee hailam, malam ni makan ala2 breakfast pulak!!! Tak kisah janji perut kenyang kan sayang mama. Tapi memang depa semua pun sebulat suara setuju sangat makan benda2 camni. Akak suka jee...sebab senangggg keje akak!!! Jumpa lagiii.....

        MEE HAILAM

        Assalamualaikum buat semua yang hadir di sini...dah minum petang ke ? Mee hailam ni yang dimasak baru kejap tadi tapi dah pun habis licin semuanya. Masak mee macam ni memang senang kerja, sekali masak je dah siap untuk dimakan.  

        Kalau masakan berlauk tu, paling2 kalau famili akak ni mesti ada 4 jenis lauk di depan mata, nak masak nasi lagi...huh...disebabkan pagi2 tadi akak berkejar ke Kampar dan balik pun dah agak petang so ini lah je yang sempat untuk dimasak...10 minit dah siap, senang kan kalau hari2 masak mee!!!  


        BAHAN BAHANNYA

        1 kg mee kuning (basuh dan toskan) 
        300g 1si ayam dipotong kecil2  
        300g udang sederhana besar  
        5 keping fish cake fucuk keluaran Hikmah Food (semestinya halal)  
        5 biji bawang merah )  
        3 biji bawang putih   ) dikisar 
        1cm halia                      ) 
          1 biji bawang besar dihiris2
        1 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
        1/2 biji carrot dihiris nipis  
        3 tangkai sawi dipotong2 kecil 
        1 sudu makan cili kering kisar  
        1 sudu makan sos tiram  
        2 sudu makan sos cili 
        1 sudu makan sos ikan  
        2 sudu besar perencah Hilal (utk pekatkan kuah, boleh ganti dgn 1 sudu makan tepung jagung di bancuh dengan secawan air)
        2 sudu besar kicap Mee  
        3 sudu besar kicap lemak manis  
        Minyak untuk menumis


        CARA MEMBUATNYA 
        • Mula2, tumiskan bawang besar sehingga agak kekuningan lalu masukkan bhn2 kisar termasuk cili kisar. Masukkan sedikit air jika agak kering
        • Bila dah agak garing, masukkan semua jenis sos dan diikuti isi ayam, udang dan fish cake fucuk.
        • Masukkan perencah Hilal atau bancuhan tepung jagung
        • Tambahkan air sebanyak 1 cawan
        • Masukkan carrot, tunggu agak lembut baru masuk sawi pulak
        • Dah mendidih, tuangkan kicap mee dan lemak manis diikuti mee kuning dan gaulkan terus supaya rata kicap dengan mee
        • Masak mee tak payah lama2 nanti kurang sedap, agak2 dah gaul rata tu boleh la ditutup api dan terus dimakan bersama famili tersayang...

        Wednesday, October 6, 2010

        KEK MENTEGA OREN UNTUK BIRTHDAY YUNI

        Assalamualaikum buat semua yang sudi hadir di sini...Penat betul pulak rasa badan hari ni. Malam tadi tetiba ke Kampar pulak, ni pun baru je sampai kat rumah terus layan internet. Nak cari resepi sebenarnya...Ok lah, kat gambar tu butter cake yang akak buat semalam untuk pembantu akak, Yuni. Semalam harijadinya yang ke 31...buat makan2 ala kadar, sempat beli satay dan goreng bihun untuk dia.  

        Pejam celik dah 7 tahun dia bersama akak. Yuni happy sangat bila akak buat sambutan birthday dia. Maklum la, semenjak kecil tak pernah sambut harijadi. Bila berhijrah ke Malaysia baru la dia merasa sambut harijadi di rumah akak. Birthday cake dia bukan yang kat atas tu tapi yang kat bawah ni... 
          Kek yang comel ni siap dihias dalam masa 20 minit,walaupun tak secantik mana tapi boleh la....
          Sri Wahyuni posing kejap dengan kek...
          Lepas tu posing dengan Amsyar dan Ibu.... Terima kasih Yuni sebab sanggup susah senang dengan Ibu mu yang cerewet ini...Saayaanggg kamu!!!

        Sunday, October 3, 2010

        TAG DAN PERSAHABATAN DARI KERULL

        Salam...sebenonye dah lama akak kena tag dengan Kerull ni, memang dah lama niat nak menjawapnya tapi baru malam ni misi terlaksana..ewah3. Maafkan akak yea Kerull sebab ambil masa sebulan nak jawap tag ni. Ok la tanpa membuang masa ni akak nak jawap soalan2nya one by one okay! Soalan 1 : Adakah anda rasa HOT ? Akak rasa hot kalau kat dapur bila masak > dari 10 jenis lauk non stop. HOT jugak kat rumah esp waktu malam...(yg ni utk sape yg faham2 je la.....) Soalan 2 : Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang ? Gambar baby girl tengah isap ibu jari...ngeh3 Soalan 3 : Cerita pasal gambar ni ? Teringin nak baby girl punya pasal la, berkenan tengok gambar tu kiut la sangat... Soalan 4 : Kali terakhir makan pizza ? Uisssh, baru tau dah lama rupanya akak tak makan pizza, dah sampai tak ingat pun bila...takpe3 nanti nak buat pizza yang sendiri bikin punyeee.. Soalan 5 : Lagu terakhir anda dengar ? Lagu terakhir yang akak baru je terdengar dari TV tadi...lagu Halimah Jongang Soalan 6 : Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni ? Sambil tangan menaip ni, akak sempat lagi minum sirap bandung yang dibuat oleh anak teruna sulung akak Aqif... Soalan 7 : Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa ? Selain dari Nor, Ina, Kak Ina, Lina dan Azlina, akak juga dipanggil dengan nama Mama, Acik, Kak Yang, Mak Yang , Ibu dan Sayang... Soalan 8 : Tag lagi 5 orang... Akak sebenornya nak tag semua kawan2...boleh tak?????

        Untuk Kerull, terima kasih sebab sudi terima akak sebagai sahabat di alam maya ni, semoga berkekalan ya!!!

        Saturday, October 2, 2010

        SESEKALI BELI KAT PASAR MALAM

        Malam tadi tiba2 teringin la pulak nak pergi ke pasar malam Tapah. Memang jarang sangat ke pasar malam ni. Nak kata sebulan sekali pun tidak rasanya. Pusing punya pusing, nampaknya ini ajelah yang berkenan di hati anak2. Itu pun bila dah kena paksa2 dengan mama at last ada la jugak yang depa pilih daripada balik tangan kosong je..Untuk anak2 depa pilih prosperity burger, roti kaboom, burger set n ayam goreng dan jagung rebus. Ada jugak laksam, nasi goreng kg dan putu piring (ni yang mama depa pilih..hehehe) 
          Putu piring tu memang sedap dimakan tengah panas2..... 
          Makan secara santai dan lambak depan tv...I like!!! 
          Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka lah hati...kan..kan

        CUPCAKES DITEMPAH OLEH ADIK IPARKU...


        Salam petang Sabtu buat semua....ni la rupanya 20 cupcakes yang ditempah oleh adik ipar akak untuk jamuan raya di sekolahnya. Dapat order pun dah nak waktu Asar, nak ambil malam tu jugak. Dalam hati akak risau jugak sempat ke ni, tapi adik ipar punya pasal so akak pun mula membakar keknya dari 5.30 petang semalam dan mula mendeko 6.45 petang, berhenti untuk Maghrib sambung balik sampai Isyak, akhirnya siap jugak...

        Just imagine la dalam masa less than 4 hours tu macamana akak pecut nak siapkan semua cc tu! 


        Ni je la yang sempat Kak Yang buatkan dalam masa yang suntuk tu, harap Saleh puas hati ya!!! 
         Lebihan untuk anak2 akak...deko ala cincai dan hentam saja sebab sendiri nak makan! 
          Ni la peminat no 1 cupcakes...

        LinkWithin

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...