Wednesday, September 29, 2010

NASI GORENG KERABU IKAN MASIN

Assalamualaikum dan salam buat semua yang hadir di blog yang tak seberapa ni. Saja la nak tunjuk nasi goreng yang dimasak special untuk akak lepas Maghrib tadi. Famili akak ni majoriti tak tahan pedas so kalau akak nak yang pedas kaw2 punya akak akan masak special untuk akak sorang je. Bila time makan tak de sape yang teringin nak mintak rasa nasi goreng akak ni, depa pun takut tengok cili padi yang bersepah2 kat dalam nasi tu. Sesekali makan macam ni memang best tapi jangan selalu sangat okay sebab tak elok untuk perut jugak kan...betul tak? betul3...  

Resepinya seperti di bawah ni...

Bahan2nya  
1 mangkuk nasi putih  
8 biji cili padi + 3 biji bawang merah + 1 biji bawang putih ditumbuk halus  
5 biji cili padi dihiris halus 
 1/2 labu bawang besar dihiris halus  
Sedikit ikan masin digoreng dan dihiris2 
 1 biji telur masin dikupas kulit dan dicincang2 
 3 batang kacang panjang dihiris2 
 1 bunga kantan dihiris2 
 1 sudu besar sos ikan 
 1/2 sudu besar sos tiram 
 1 sudu besar kicap cair 
 Sedikit garam 
Gula (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA 
  • Mula2 tumiskan bawang besar dengan sedikit minyak sehingga agak layu
  • Masukkan bahan2 yang ditumbuk dan masak hingga naik bau, boleh masuk sedikit air supaya tak terlalu kering
  • Masukkan sos ikan, sos tiram dan kicap cair dan kacau2kan
  • Diikuti dengan kacang panjang, bunga kantan, ikan masin, telur masin dan cili padi yang dihiris halus
  • Masukkan sedikit garam dan gula dan seimbangkan rasanya ikut citarasa sendiri
  • Akhir sekali baru masukkan nasi yang dah dileraikan dan gorengkan nasi itu sehingga sedikit garing dan berasap2 menandakan nasi goreng sudah cukup dimasak
Best betul makan nasi goreng ni, pedasnya meletup letup....

Tuesday, September 28, 2010

PUDING KARAMEL

Salam semua...siapa teringin nak makan puding karamel tgh2 malam ni, meh sini cepat! Tinggal 2 potong je lagi nie..Puding nie akak buat sebab geram punya pasal. Time puasa aritu tergatal la beli puding mcm ni kat bazar Ramadan. Bila makan, rasanya tersangat2 lah mengecewakan. Anak yang kecik umur 3+ tahun pon tau tak sedap, uwek katanya..Rasa mcm makan tepung, takde rasa susu dan telur. Mahal la pulak, sepotong 3 henggit ooo...Padan muka akak, reti buat tapi nak beli sangat, kan dah terkena.

Puas tersangat2 makan bila buat sendiri. Sedap dimakan sejuk2. Dah tinggal 2 potong baru teringat nak ambil gambar. Kuah karamelnya pun dah kering dikerjakan anak2 akak. Depa ni kalau makan puding mesti banjir kuahnya. Takpe2, janji puas makan ya sayang!! 

Resepinya seperti di bawah ni: 

BAHAN BAHANNYA
  • 5 biji telur ayam  
  • 1 tin susu pekat manis  
  • Air ikut sukatan 1 tin susu 
  •  1 sudu teh esen vanila 
  • 1 sudu makan tepung jagung  
  • 5 sudu besar gula pasir
  1. Pecahkan kesemua telur dalam mangkuk 
    1. Masukkan susu, air, esen vanila dan tepung jagung dan guna mixer gaulkan hingga sebati
    2. Ambil 1 loyang dan letakkan 5 sudu besar dan panaskan di atas api sederhana
    3. Kacau2 selalu dan tunggu hingga gula hancur dan keperangan
    4. Tuangkan 5 sudu besar air dan cepat2 kacau gula itu dan tutup api
    5. Biarkan je kalau gula tu berketul2, tak kisahnya
    6. Tuangkan perlahan2 adunan susu tadi ke atas gula karamel
    7. Panaskan pengukus dan kukuslah puding selama 30 minit
    8. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

      Monday, September 27, 2010

      LA TAHZAN - JANGAN BERSEDIH WAHAI KAWANKU...

      Akak rasa agak bersalah pada kawan akak ni..dari sms2nya kenapa la akak tak dapat trace yang dia dilanda kesusahan. Dulu sewaktu akak masih bekerja di bank kami memang agak rapat, banyak masalah yang dikongsi bersama dari zaman anak dara lagi..Tadi akak call dia setelah beberapa kali ber sms, terpanggil2 hati ini untuk terus je call. Pada awalnya perbualan amat ceria tapi rupa2nya kawan akak ni berdepan dengan dugaan yang amat besar. Aduh...sedihnya hati akak bila dapat tahu masalah kesihatan yang dihadapi oleh suaminya semenjak 2005 dah sampai ke tahap kritikal dimana segala ubat2 yang sedang diambil oleh suaminya adalah sekadar untuk bertahan saja. Tak mungkin ada peluang untuk sembuh. Puluhan ribu wang dihabiskan untuk berubat, setiap 2 minggu sekali kawan akak ni akan menemani suaminya ke Singapura untuk teruskan berubat. 
        Akak dapat rasa getaran pada suaranya ketika dia menceritakan semua masalah yang sedang dihadapinya. Mana nak uruskan anak, nak uruskan suami, nak bekerja lagi...hidupnya terlalu stress katanya. Dah selalu sangat ambil unpaid leave semata2 untuk menguruskan suaminya. Tambah lagi suaminya pula selalu merajuk dan marah2 padanya bila ada sesuatu yang tak kena.. Bersabarlah wahai kawanku! Itulah saja yang mampu akak lafazkan. Segala ujian itu pasti ada hikmahnya dan ganjaran di kemudian hari pasti menanti. Yang penting kita mestilah redha bila diuji. Akak doakan semuanya akan pulih seperti biasa. Ingatlah rezeki, jodoh, ajal, maut hanya di tangan Allah. Oleh itu janganlah sekali2 berputus asa padaNya...
      Dunia ini masih seluas yang kau impikan
      Tak perlu kau simpan luka itu sedalam yang kau rasa
      Memang ada waktu agar kau bisa kembali semula
      Percayalah padaku kitakan bisa melewatinya
      Jangan bersedih oh kawanku
      Aku masih ada disini
      Semua pasti kan berlalu
      Aku kan selalu bersamamu
      Jalan hidup tak selamanya indah
      Ada suka ada duka
      Jalani semua yang kau rasakan
      Kita pasti bisa KHAS UNTUK MU TEMAN...DAN UNTUK DIRIKU JUA.....

      Sunday, September 26, 2010

      TEMPAHAN CMC UNTUK HARIJADI


      Assalamualaikum pembuka kata, diiringi hati akak yang ceria ni....nak tau kenapa ceria? Semua disebabkan sebiji kek yang baru je disiapkan tadi. FYI, kerja menghias kek ni teramat la akak minati dan dapat memberi mood happy sepanjang hari. Wow! Sampai gitu ke ? Iye, betul...akak tak tipu.

      Apa2 sahaja kerja hias menghias ni memang sangat akak berkenan membuatnya. Bukan je hias kek, hias rumah ke, gubah bunga ke, jahit baju ke, jahit langsir ke (banyaknye ke..) semua tu memang akak sukaaaa dan enjoyyyy sangat membuatnya. 

      Chocolate Moist Cake 1.5kg ni tempahan seorang customer untuk anaknya. Proses penyediaan kek dari 11.30 pagi ke 1 tengahari. Menghiasnya pulak dari 2.30 ke 4.00 petang, sambung balik lepas Asar sampai ke 5.30 petang. Nampak je bunga ros tu 3 kuntum tapi jenuh nak membuatnya, almaklumlah akak ni bukan expert...faham2 aje la yeaa..
      Selamat Hari Jadi ke 8 Wirda, semoga menjadi anak solehah untuk kedua ibubapanya..Amin

      Saturday, September 25, 2010

      KEK SUSU PELANGI

      Salam semua...Dah makan malam ke tuuu? Akak belum lagi ni..cadang tak nak makan malam ni, diet la kononnya tapi dah depa kat rumah ni mintak akak buat mee hailam pulak so mungkin tak jadi la diet tu kot. Kat gambar tu salah satu dari kek kegemaran seisi keluarga akak. Dari waktu Raya aritu sampai ke hari ni dah 3 kali membuatnya untuk tetamu dan sendiri makan. Anak2 akak ni memang amat meminati kek. Setiap kali buat kejap je licin la. 

      Resepi akak letakkan di bawah ni. 

      BAHAN BAHANNYA :

      250 g mentega 
      230 g gula halus 
      1 sudu besar teh ovalette 
      5 biji telur saiz B
      270 g tepung superfine (halus)
      1 sudu teh baking powder
      60 g susu pekat manis 
      Pewarna ikut kegemaran masing2 

      CARA MEMBUATNYA
      • Mula2 pukul mentega, ovalette dan gula halus sampai betul2 kembang
      • Masukkan telur ayam satu persatu sambil di pukul lagi
      • Masukkan susu pekat manis dan sebatikan ia
      • Dengan kelajuan yg paling minima masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis
      • Bahagikan kepada beberapa bahagian sama rata (akak buat warna ungu, merah, hijau dan kuning)
      • Ambil loyang tin 8 x 8, griskan dengan sedikit mentega dan dilapik dengan baking paper
      • Tuang adunan selang seli sampai habis, boleh buat ikut kreativiti dan suka hati masing2, tak kisahnya
      • Panaskan oven 10 minit sebelum membakar kek
      • Bakar dengan suhu 175C selama 50 minit atau sehingga betul2 masak
      • Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang.

      FRUIT CUSTARD PUDDING

      Assalamualaikum...dah lunch ke belum? Mesti ramai yang mkn kenduri hari ni, so dapur tak berasap la kan. Sama la macam dapur akak ni...best dapat lazy2 kat rumah layan kerenah anak2 ni. At the same time dapat pulihkan kulit di tangan yang melecur kena percikan minyak panas semalam. Puding ni untuk dimakan2 sambil ber lazy2 kat rumah. Sedap dimakan sejuk2 dengan kuah yang melimpah2 banyaknya...abaikanlah lemak yg terkandung tu yeaa. Sesekali layan benda macam ni memang best, kalau selalu muak la pulak kan!!! Yang leceh tu bila dah buat, anak2 tak berkenan sangat memakannya. Adakah akak yang terpaksa menghabiskan kesemua ni...Oh tidak!!! 
         
      Jom tengok resepinya... 

      Bahagian pudingnya : 
      100 g tepung kastad 
      1000 ml air 
      3 sudu makan susu pekat manis 
      Secubit garam 

      Bahagian sosnya : 
      200 ml susu cair 
      1 sudu makan mentega 
      100 ml air 
      200 ml sirap dari fruit cocktail 
      120 g gula pasir 
      1 sudu teh esen vanila 
      1 sudu makan tepung kastad 
      1 tin fruit cocktail 

      CARA MEMBUATNYA
      • Mula2 campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati
      • Masak dia atas api sederhana dan kacau selalu sehingga agak pekat dan tutup api
      • Ambil fruit cocktail (buah je) dan masukkan ke dalam bekas acuan yang sesuai
      • Tuangkan adunan kastad secukupnya di atas fruit cocktail tadi
      • Sejukkan dulu bahagian puding kastad ni
      • Untuk sosnya, campurkan kesemua bahan2nya, kacau hingga sebati
      • Masak di atas api perlahan sehingga pekat, tak perlu tunggu mendidih
      • Sejukkan dulu dan bolehlah dituangkan di atas puding semasa nak memakannya

      Tuesday, September 21, 2010

      GREEN CARPET CAKE

      Assalamualaikum buat semua...Salam pagi yang ceria!!! Kek ni akak buat semalam untuk anak akak no 2 Ceny yang sekarang ni tengah dok menjawap soalan UPSR kat dewan peperiksaan di sekolahnya SK Satu. Saja2 buat kek ni bagi dia semangat sikit nak belajar. Tengah2 dia study tu habis la jugak 4 ketul kek tu... 

      Akak dapat resepinya dari blog Dayang Jack. Terima kasih ya Dayang! Emmm..komen akak tentang kek ni memang sedap rasanya, kek ni pun tak berapa manis dan lemak2 gitu, kelembutannya memikat hati, ceewah!! 

      SUMBER : DAPURKU SAYANG - DAYANGJACK
      BAHAN BAHAN
      1 1/4 cawan tepung naik sendiri
      5 biji telur A
      225 g mentega
      3/4 cawan gula halus
      4 sudu besar tepung biskut Marie
      3 sudu besar Horlicks
      1 1/2 sudu kecil pandan paste
      1/4 cawan susu pekat manis
      Cara2nya
      • Panaskan pengukus. Griskan loyang kek dengan mentega dan lapik dengan baking paper seperti biasa
      • Satukan tepung dengan horlicks dan tepung biskut Marie. Ayakkan dan ketepikan dulu
      • Pukul mentega dengan gula sampai betul2 kembang, putih dan gebu. Pastikan gula betul2 hancur okay!
      • Masukkan telur satu persatu dan kacau dengan kelajuan mixer yang minima
      • Masukkan pula susu pekat manis dan kacau lagi
      • Akhir sekali baru masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan2
      • Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 warna asal dan satu lagi hijau (campurkan pandan paste)
      • Tuanglah kek kedalam loyangnya ikut kreativiti masing2
      • Kukus selama 1 jam 20 minit


      Sunday, September 19, 2010

      HOMEMADE MEE KUNING


      Assalamualaikum semua!!! Agak lama akak tak datang menjenguk, terasa rindu la pulak...Actually nak kata busy tak la tahap mana pun cuma malas yang berlebih2 dengan mood yang tak menentu. Tapi masak memasak tetap macam biasa okay! 

      Time raya ni dah banyak kali jugak akak buat mee kuning sendiri sebab supplier tak hantar bekalan mee. Takkan nak pi beli mee yang bangsa lain buat tu..No..no..no....U all jangan tak tahu, mee kuning yang kita buat sendiri ni rasanya berganda2 kali sedapnya compare yang dibeli. Kalau tak caya cubalah buat. Bukannya susah mana pun, untuk 1 kg tepung ni masa yang diambil lebih kurang 40 minit je..
      Bahan2nya      (1kg tepung = 2 kg mee kuning)
      • 1kg tepung gandum
      • 400 ml air
      • 2 sudu besar air abu
      • Sedikit pewarna kuning telur
      • 1 sudu kecil garam
      • Air untuk merebus
      • Sedikit minyak masak
      Cara2nya
      1. Campurkan air abu ke dalam air dan masukkan beberapa titis pewarna kuning telur dan garam, kacau hingga larut garamnya
      2. Tuangkan ke dalam tepung yang diletakkan dalam mangkuk adunan
      3. Uli sehingga menjadi doh tetapi doh mee agak kering, bukan macam doh karipap ya!
      4. Bahagikan doh menjadi beberapa bahagian
      5. Ambil doh dan masukkan ke dalam mesin mee pada no 1. Ulang lagi sehingga menjadi kepingan yang rata
      6. Sementara tu, didihkan air secukupnya dalam periuk untuk merebus mee
      7. Tukar ke nombor 7 pada mesin mee dan masukkan kepingan doh tadi dan putarkan ia sehingga keluar mee
      8. Ambil mee dan rebuskan mee sekejap je, angkat cepat2 bila mee timbul di permukaan air
      9. Toskan ia dan lumurkan sedikit minyak pada mee itu supaya tak melekat2.
      Jika nak mee yang panjang berjela2, kepingan doh pun mesti panjang jugak

      Mee yang dah siap digoreng. Walla!! Dijamin sedap.....

      Thursday, September 9, 2010

      SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

      UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA TEMAN2 BLOGGER YANG DIRAHMATI ALLAH DAN SEMOGA BERGEMBIRA DI SAMPING KELUARGA YANG TERCINTA. BERHATI HATILAH MEMANDU DI JALAN RAYA SEWAKTU MENUJU KE DESTINASI MASING2... DAN BERSYUKURLAH KITA KE HADRATNYA KERANA PADA TAHUN INI MASIH DIBERI KESEMPATAN MENYAMBUT HARI YANG BERBAHAGIA INI.......

      JUMPA LAGI SELEPAS RAYA !!!

      KAD UCAPAN DARI AYU SAFIEZA (kitchencolours.blogspot)

      Monday, September 6, 2010

      ALMOND SWEETIES

      Assalamualaikum buat semua...dah hampir pukul 3 pagi baru akak sempat nak update biskut yang dibuat tengahari tadi. Seronok buat biskut ni tau...boleh main gentel2 doh, lepas tu celup2 dengan coklat, then tabur2 pulak dengan gula bintang tu..Wah! Akak memang suka bangat buat kerja2 melibatkan hias menghias nie...Dah siap semuanya baru akak sekeluarga gi shopping2 sikit untuk raya, sampai rumah pun dah 1.30 pagi...penat shopping dgn hero2 berenam ni tau! Resepi akak dapat dari Hanieliza fotopages Terima kasih banyak2 pada kak Liza, pakar memasak segala macam juadah. Sape tak kenal kan! Bahan2nya
      • 250g mentega
      • 160g gula aising
      • 1 kuning telur
      • 1 sudu teh vanila
      • 150g badam kisar
      • 300g tepung gandum ) digaul rata
      • 60g tepung jagung ) dan diayak
      • Coklat masakan secukupnya
      • Hiasan manik gula

      CARA MEMBUATNYA

      1. Mula2 putarkan mentega dan gula aising sehingga kembang.
      2. Masukkan kuning telur diikuti esen vanila dan badam kisar, putar lagi.
      3. Masukkan pula kedua2 tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan digaul rata.
      4. Bentukkan doh tadi kecil2 seperti buah kana dan susun di dulang pembakar.
      5. Bakar 170C selama 20 minit.
      6. Pindahkan biskut2 ke dalam papercup yang bersesuaian.
      7. Cairkan coklat masakan secara double boiler dan tuangkan keatas biskut2 tadi perlahan-lahan.
      8. Taburkan pula manik gula diatas coklat tersebut.

      Buat 1 bancuhan je dapat > 100 biji

      Saturday, September 4, 2010

      TAT KELOPAK

      Salam buat semua...hari ini akak cadangnya berehat panjang setelah memasak sakan semalam. Memasak sampai tak tidur2 I tell u...Lepas Subuh baru la dapat melelapkan mata. So hari ni akak bercadang untuk tidak memasak apa2 ( harap2 jadi kenyataan..). Tunggu la kot2 ada sesape yang volunteer nak masak. Sesekali makan air tangan orang memang best kan! Tat kelopak tu akak buat dari tengah malam semalam sampai ke subuh. Akak memang tak boleh tidur sebab kena memasak juadah bersahur untuk Sekolah Tahfiz disini, so sementara nak memasak tu akak pun buat la tat yang memang teramat2 sedapnya. Memang suka makan kuih tat tau!! Resepinya akak ambil dari chef tersohor Mat Gebu. Terima kasih diucapkan pada Mat Gebu. Nak tengok hasil buatan tangannya klik kat SINI Resepi ni akak salin semula sebagai future reference. BAHAN2NYA :
      • 120g marjerin
      • 120g mentega
      • 60g gula aising
      • 1 kuning telur
      • 1 sudu teh esen vanila
      • 50g tepung jagung *
      • 50g tepung kastad *
      • 300g tepung gandum *
      • Jem nenas secukupnya Bahan * digaul rata dan diayakkan bersama

      cara membuatnya

      1. Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga kembang.
      2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sampai jadi doh lembut.
      3. Canai 4mm tebalnya dan terap guna acuan bunga, masukkan kedalam paper cup.
      4. Gentel2kan jem nenas dan letakkan ditengah2 bunga tadi.
      5. Seterusnya boleh la buat ikut kreativiti, yang akak buat silang kat tengah dan letak silver ball kat tengah2 silang tu.
      6. Bakar 175C selama 15-20 minit.
      Buat 2 bancuhan dapat 2 bekas Tupperware, tak sempat nak kira jumlahnya sebab dah ngantuk sangat masa tu!

      Thursday, September 2, 2010

      BARYANI DAGING

      Assalamualaikum semua..semoga semuanya sihat2 saja menjalani ibadah puasa. Baryani daging ni dimasak untuk kenduri berbuka puasa di rumah mertua akak di Tapah semalam. Hidangan lain seperti nasi baryani gam yang dimasak oleh my hubby, dalca maghribi, pasembur dan ayam golek (hidangan wajib untuk kenduri tertentu sahaja di rumah mertua). Baryani daging ni memang antara masakan yang selalu akak masak semenjak baru2 kawin lagi (sekarang dah lama kawinnya, 15 tahun dah..)

       Dulu sewaktu zaman pekerjaan lagi acara masak-memasak ni memang dah tak asing lagi untuk akak dan hubby. Walaupun kedua2 kami ni bekerja di bank tapi kalau nak tau air tangan kami kenalah tanya pada yang pernah merasanya. Ada segelintir orang yang tertanya2 sewaktu baru buka restoran dulu (ni org yang tak betul2 kenal kami le...) reti ke orang kerja bank ni bab masak2, boleh masak ke, eh..eh..kesian pulak akak pada depa yang bertanya tu!! Bagi akak soalan tu tak payah la dijawap, buat penat mulut je...

      Meh layan resepi baryani kat bawah ni,..


       BAHAN BAHANNYA
      • 1 kg daging lembu / kambing (potong sederhana besar dan rebus dahulu)
      • Bahan penumis 4 sekawan
      • 2 labu bawang besar dimayang halus
      • 12 biji bawang merah *
      • 5 biji bawang putih *
      • 2 cm halia *
      • 6 biji badam *
      • 3 sudu besar rempah baryani (akak guna rempah mamak)
      • 1/2 cawan susu cair + perahan 2 biji limau kasturi
      • 3 biji cili hijau dibelah tengah
      • 5 biji tomato dibelah 4
      • 1 helai daun pandan dicarik dan disimpulkan
      • 2 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak biasa
      • Garam dan gula secukup rasa
      CARA MEMBUATNYA
      1. Panaskan minyak sapi & minyak biasa dan tumiskan rempah 4 sekawan bersama2 bawang besar dan daun pandan sehingga wangi dan agak layu. Masukkan bahan2 yang dikisar tadi diikuti rempah baryani dan kacau rata.
      2. Tambah sedikit air dan masak hingga agak garing rempahnya.
      3. Masukkan daging dan air rebusannya dan tunggu hingga mendidih agak lama supaya sebati rempah dan daging tu.
      4. Masukkan susu cair, diikuti cili hijau dan tomato.
      5. Bila kuah dah agak pekat masukkan garam dan gula secukupnya ikut citarasa sendiri 
      6. Dah mendidih, tutup api dan sedia dihidang bersama nasi kegemaran masing2.

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...