Friday, July 20, 2012

UDANG MENTEGA & SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM


Assalamualaikum dan apa khabar semua? Pejam celik, pejam celik dah bertemu semula kita dengan bulan yang dirindui iaitu Ramadhan. Alhamdulillah ya, kita masih diberikan Allah peluang untuk menjalani ibadah berpuasa di tahun ini. Moga2 kita semua dianugerahkan Allah kekuatan rohani & jasmani dalam melaksanakan segala ibadah di bulan yang mulia ini.

Actually malam ni akak penat sangat sebab baru je selesai memasak untuk katering sebelum Maghrib tadi, tapi penat macam mana pun terawih tetap tak dilupakan. Setahun sekali, rugilah kalau tak berterawih kan!! Oklah..udang mentega yang akak masak tu adalah menu  makan tengahari kami tadi. Selain dari udang tu, akak pun ada masak 2 ekor ikan siakap sweet sour. Cuma 2 lauk nampaknya sebab sibuk nak siapkan bahan2 memasak untuk tempahan katering pulak. Itu pun anak2 dah cukup suka makan..air tangan emak lah katakan, mana ada anak yg tak suka makan air tgn maknya sendiri kan!!

Resepi udang ni adalah yang akak gunakan semenjak dulu2 lagi. Memang tak pernah berubah & tak pernah menjadi pun banyak sarang2nya tuu... Mungkin sebab akak pun jarang practice membuatnya, so jadi lah tahap itu saja. Tapi akak tak de kisah pun sangat ada sarang ke idak sebab yang penting rasanya sedapppp..(hehe..puji masakan sendiri..kekeke Boleh tengok resepi macam kat bawah tu...Selamat Memasak untuk keluarga tersayang sepanjang bulan puasa ni ya & banyak2lah bersabar sewaktu berada didapur !!!  ;-)


BAHAN BAHAN
  • 21 ekor udang saiz agak besar 
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar minyak 
  • 3 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
  • 5 sudu besar susu cair
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 8 tangkai cili padi dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit garam 
  • dan gula (jika perlu)

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Lumurkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam, panaskan sedikit minyak masak dan goreng udang sehingga cukup masak. Jangan goreng terlalu lama nanti tak sedap, 3 minit sudah cukup. Angkat dan ketepikan dulu
  2. Kocak2kan telur kuning sebentar. Cairkan mentega dan minyak terlebih dahulu. Apabila dah betul2 panas, perlahankan api dan masukkan telur kuning tadi dan kacaukan tanpa henti dengan sudip atau senduk sehingga telur agak garing keemasan
  3. Angkat telur dan toskan terlebih dahulu
  4. Dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, hirisan cili padi & daun kari sehingga naik aromanya
  5. Kemudian, masukkan susu cair, diikuti dengan garam dan sedikit gula. Kacau2kan biar sebati
  6. Masukkan udang goreng tadi, kacau biar betul2 rata dan bolehlah diangkat 
  7. Yang terakhir taburkan serbuk telur kuning tadi di bahagian atas udang dan sedia untuk dihidangkan


Wednesday, July 11, 2012

HATI LEMBU KICAP BEREMPAH


Assalamualaikum....Baru malam ni sempat singgah ke sini. Sememangnya agak sukar nak cari masa untuk mengupdate buat ketika ini. Aktiviti mengemas rumah pun masih belum selesai sepenuhnya. Ada 4-5 kotak besar barang2 yang masih belum "sampai seru" untuk disentuh. Agaknya bilalah seru tu sampai ya!! Tak sabar rasanya nak tengok rumah ni siap sempurna dikemas sepenuhnya...bila lah masa tu akan tiba ya...hu3

Banyak jugak gambar2 masakan yang telah akak ambil baru2 ini, so tanpa mengikut giliran..gambar diatas tu adalah masak hati lembu yang merupakan salah satu menu yang disukai pelanggan. Tapi akak takde la memasaknya setiap hari sebab bergantung pada stok jugak. Masakan berkicap ni akak ikut cara mama akak, dimana dia kalau memasak jenis berkicap pasti diletakkan sedikit rempah sup. Masak kicap ni kena la kuahnya pekat2 baru best kan!  Dan kalau nakkan kuahnya pekat, masukkan bawang besar dikisar lebih sikit, pasti kuahnya menjadi pekat, ok...Akak nyatakan disini sebab selalu jugak orang yang bertanya macamana nak pekatkan masakan kicapnya (macam la orang2 tu baca blog akak ni kan..kah3)

Tanpa membuang masa resepinya ada di bawah ni...Jika tak makan hati lembu, boleh saja ditukar ke daging ataupun ayam. Selamat memasak buat anda semua...Salam sayang dari kak Ina...muahhhh


BAHAN BAHANNYA
  • 1 kg hati lembu (dipotong sederhana kecil, cuci & toskan)
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1/4 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 tangkai cili merah dihiris serong
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 tomato dibelah 6

BAHAN KISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Seinci halia

BAHAN PENUMIS
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan (1 inci kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 pelaga & 3 cengkih)



CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Mula2, kita tumiskan terlebih dahulu bahan2 penumis dan apabila sudah agak kekuningan, masukkan bahan2 yang dikisar pula
  2. Diikuti dengan rempah sup tanpa perlu dicampur air, kacau2kan sebentar baru masukkan sedikit air apabila nampak agak kering
  3. Biarkan rempah agak garing barulah dimasukkan sedikit sos tiram, kicap pekat & kicap lemak manis, kacau2kan sebentar dan kemudian masukkan pula santan. Masak sehingga kuahnya memekat
  4. Apabila sudah pekat, masukkan hati lembu dan kacau2kan biar sebati dengan kuah kicap.
  5. Hati lembu tak perlu dimasak masak, jika masak terlalu lama hati jadi keras dan tak sedap. 1 kg hati ni ambil masa 5-7 minit sahaja.
  6. Yang terakhir masukkan garam dan gula secukup rasa diikuti dengan hirisan cili merah, bawang besar & tomato, kacau2kan sebentar baru ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Thursday, July 5, 2012

HARI2 KATERING...KEEP IT UP ANGAH :))


Assalamualaikum buat semua & semoga hari2 yang anda lalui penuh dengan keceriaan & kebahagiaan hidup disamping keluarga tersayang. Bahagianya hidup seseorang bukannya terletak pada harta setinggi gunung, betul tak? Bagi akak, anak2 yang didepan mata tu merupakan aset yang tak ternilai harganya. Memang tak boleh dinilai dengan emas atau berlian...(bersyukur sangat2 dengan kurniaan Allah)

Alhamdulillah, banyak juga tempahan yang telah akak terima & ada juga yang dah booking untuk Ramadhan nanti. Alhamdulillah, rezeki untuk anak2 sentiasa ada. Ntah camne kali ni sempat pulak akak ambil beberapa keping gambar. Biasanya jangan haraplah...So udah ada gambo tu akak masukkan je lah sebahagian dari menu2 yang akak masak. Boleh jugak tengok2 balik bila dah pencen nanti..kih3 

Ramai orang suka makan nasi ayam termasuklah anak2 akak, hari2 pun ok jer....


Ayam masak merah tomato....Muzany tak reti jemu kalau nampak lauk ni!!


Daging masak hitam...hitamnya mak ngahhh. actually takde lah hitam sgt pun



Dalca Maghribi disukai ramai...


 

Untuk Angah, sorry sebab mama tak dapat hadir ke majlis anugerah petang tadi. Cukuplah babah sorang yang hadir tahun ni ya..fahamilah kesibukan mama yang tiada noktahnya ni..Apa2 pun, congrats & keep it up ya :))

                                          Nak tahu apa hadiahnya kenalah tanya Ceny..... :))

Monday, July 2, 2012

KEK PUDING ROTI KARAMEL...SAKIT DI MATA TAPI SEDAP DI TEKAK ;-))


Assalamualaikum semua!!  Malam ni sejuk betul kat area tempat akak ni memandangkan petang tadi hujan selama beberapa jam. Lepas Maghrib sempat ngajo anak mengaji lepas tu sempat aii masuk selimut kejap sementara tunggu Isyak...nasib baik tak terlelap..hehe..Actually kan, arini memang sangat2 memenatkan sebab petang tadi akak memunggah & mengemas tak habis2, siap bertukang lagi..ketuk paku sana, ketuk paku sini...ubah peralatan dapur ke sana & ke sini..huhhh, memang memenatkan!! Bior ler aii buat sendiri, malazzz dah nak suruh2 orang ni. Pendek kata, arini puas la hati akak sebab dah nak hampir siap dah nampaknya...ok lah tu daripada tak berusik kan!

Cerr tengok gambo kek puding karamel akak tu..memang tak lawo kan!! Walaupun tak jadi cantik tapi tetap akan tersiar di sini, takde pilih2 kasih punya...hehe..Jelas adunan kek sudah bercampur ke adunan puding nampaknya kan!! Memang tak puashati dengan percubaan pertama ni, tapi sebab aii ni bersemangat waja & tak cepat putus asa, Insya Allah akan ada yang kedua tak lama lagi..Saja2 nak citer maybe ada beberapa sebab yang menyumbangkan kepada ketidaksempurnaan kek ni.  

Firstly, selepas akak letak adunan kek atas adunan puding akak ambil masa yang agak lama jugak sebelum ia dibakar sebab waktu tu baru akak sedar kat tempat oven tu takde la pulak tempat suisnya...(gara2 baru pindah & first time nak membaking di tempat baru...) Dah siap sedia kesemuanya (after 20 minutes la jugak) baru dapat letakkan oven akak di tempat & suis yang sesuai & baru  mula proses membakar kek ittew; akak setkan masa selama 1 jam.  

Secondly, after 45 mins, akak pun jenguk2 la kot2 dah naik ke kek rupa2nya oven pun tak panas2 (walaupun pada awalnya akak dah check oven tu memang dah panas..huhhh..geram betul temann)  Akhirnya akak ubahkan oven ke tempat lain pulak dan start baking semula. So, akak rasakan mungkin itulah faktor2 penyebabnya kek jadi tak cantik, anda rasa betul tak apa yang akak rasa tuuu?

Walau bagaimanapun, don't judge a book by its cover, ok! Rasa kek ni dah tentu lazat dan berbeza Bagi anda semua yang nak tengok kek ni versi yang cantik boleh la pergi ke link nya seperti di bawah tu, kek karamel air tangan Lina_pg. Memang sgt2 cun keknya, tu yang buat akak rasa nak buat sangat2 tu..Maceh akak ucapkan ya & izinkan akak c n p resepinya tu di sini untuk future reference & mungkin buat sesiapa saja yang ingin mencubanya kelak..


RESEPI KEK PUDING ROTI KARAMEL BY MUNIRA
                    EMBUN ROSALIZA  

BAHAN - BAHAN
BAHAN A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula
CARA-CARA:
  1. Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)
BAHAN B ( Puding Roti Karamel) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 biji kuning telur + 1 biji telur
  • 3 keping roti
  • 1 sk esen vanila 
 CARA - CARA:
  1. Satukan susu cair, susu pekat manis dan air.Rendam roti ke dalam bahan tersebut sambil carik2kan roti.
  2. Masukkan esen vanila. Blend halus bahan2 tersebut.
  3. Pukul telur (pukul manja2 jer) jangan sampai berbuih.Masukkan ke dalam bahan blend
  4. Tapiskan adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus ) 
BAHAN C ( KEK ) Linapg gn sukatan cawan arcopal)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan air
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak
CARA - CARA:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder
  2. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  3. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit demi adunan sebati.

BAHAN D
(Meringue)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk cream of tartar
CARA - CARA:
  1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).
  2. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D secara kaup balik
  3. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  4. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  5. Bakar secara double boil (Letak air panas panas ke dalam loyang)pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  6. bakar selama 1jam suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
  7. Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven.Kek akan nampak kang dari loyang.
  8. Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam esbok 


                                                        Tak cantik tapi sedapppp.....next time try lagi sampai cunnnnn

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...