Friday, July 20, 2012

UDANG MENTEGA & SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM


Assalamualaikum dan apa khabar semua? Pejam celik, pejam celik dah bertemu semula kita dengan bulan yang dirindui iaitu Ramadhan. Alhamdulillah ya, kita masih diberikan Allah peluang untuk menjalani ibadah berpuasa di tahun ini. Moga2 kita semua dianugerahkan Allah kekuatan rohani & jasmani dalam melaksanakan segala ibadah di bulan yang mulia ini.

Actually malam ni akak penat sangat sebab baru je selesai memasak untuk katering sebelum Maghrib tadi, tapi penat macam mana pun terawih tetap tak dilupakan. Setahun sekali, rugilah kalau tak berterawih kan!! Oklah..udang mentega yang akak masak tu adalah menu  makan tengahari kami tadi. Selain dari udang tu, akak pun ada masak 2 ekor ikan siakap sweet sour. Cuma 2 lauk nampaknya sebab sibuk nak siapkan bahan2 memasak untuk tempahan katering pulak. Itu pun anak2 dah cukup suka makan..air tangan emak lah katakan, mana ada anak yg tak suka makan air tgn maknya sendiri kan!!

Resepi udang ni adalah yang akak gunakan semenjak dulu2 lagi. Memang tak pernah berubah & tak pernah menjadi pun banyak sarang2nya tuu... Mungkin sebab akak pun jarang practice membuatnya, so jadi lah tahap itu saja. Tapi akak tak de kisah pun sangat ada sarang ke idak sebab yang penting rasanya sedapppp..(hehe..puji masakan sendiri..kekeke Boleh tengok resepi macam kat bawah tu...Selamat Memasak untuk keluarga tersayang sepanjang bulan puasa ni ya & banyak2lah bersabar sewaktu berada didapur !!!  ;-)


BAHAN BAHAN
  • 21 ekor udang saiz agak besar 
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar minyak 
  • 3 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
  • 5 sudu besar susu cair
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 8 tangkai cili padi dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit garam 
  • dan gula (jika perlu)

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Lumurkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam, panaskan sedikit minyak masak dan goreng udang sehingga cukup masak. Jangan goreng terlalu lama nanti tak sedap, 3 minit sudah cukup. Angkat dan ketepikan dulu
  2. Kocak2kan telur kuning sebentar. Cairkan mentega dan minyak terlebih dahulu. Apabila dah betul2 panas, perlahankan api dan masukkan telur kuning tadi dan kacaukan tanpa henti dengan sudip atau senduk sehingga telur agak garing keemasan
  3. Angkat telur dan toskan terlebih dahulu
  4. Dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, hirisan cili padi & daun kari sehingga naik aromanya
  5. Kemudian, masukkan susu cair, diikuti dengan garam dan sedikit gula. Kacau2kan biar sebati
  6. Masukkan udang goreng tadi, kacau biar betul2 rata dan bolehlah diangkat 
  7. Yang terakhir taburkan serbuk telur kuning tadi di bahagian atas udang dan sedia untuk dihidangkan


20 comments:

  1. Assalam Ina, akak baru makan ayam butter hari tu. Adui...naiklah berat ni, org puasa turun berat, akak nmbah berat.
    Selamat berpuasa Ina dan akak minta maaf juga jika ada tersilap kata di blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..mmg sedap kalau ada butter dlm menu masakan ni. xpe lah kak zana, berat2 pun ada yg sayang..hehe..kalau dekat boleh kita sama2 gi jogging lepas sahur kan!
      Salam Ramadhan jua buat kak zana & ina pun minta maaf jugak jika ada terkasar bicara semasa di blog ini..:))

      Delete
  2. assalam kak Ina, sedapnya...
    sy suka mkn butter prawn ni tp mkn kat kedai jer.Bukan apa malas tang nk menjala telur telur..tak kompiden nk jadi..dah ada rcp ni kot2 rajin nak menerai bulan posa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam lina, lg senang citer order je kat kedai..akak buat pun hentam je asalkan anak2 suka kira ok dah la tu..:))

      Delete
  3. salam azlina selamat menyambut ramadan maaf kak ilah pinta jika ada sebragn kesilapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan al mubarak juga buat kak Ilah sekeluarga..maaf dipinta juga dari ina jika ada tersalah bicara disini ya!! :))

      Delete
  4. slamat berpuasa buat akak sekeluarg. whhh sedapnya butter prrawn.. feberet tuu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan al mubarak juga buat Izah sekeluarga dr akak..mmg sedap udang ni, cerr Izah buat tentu lg sedap rasanya.. :))

      Delete
  5. Salam k lina..
    Lama betul x singgah ke cni..Selamat menjalani ibadah puasa n selamat menyambut ramadhan buat k lina n keluarga.

    Sedap2 menu k lina..adoiii mmg semua menggoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh Lyza..Salam Ramadhan al mubarak juga buat Lyza sekeluarga. Apalah sangat menu akak ni jika banding dgn menu Lyza..Selamat berpuasa ya!! :))

      Delete
  6. salam ramadhan gak azlina sekeluarga ye! perhh..udang butter mmg meletops..huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan al Mubarak buat puan doc Ina sekeluarga. Sesekali mkn mmg meletop, tp xleh mkn selalu nnt dtg penyakit pulak kan puan doc..:))

      Delete
  7. Assalamualaikum kak Lina..

    slmt berpuasa kak...
    sedapnya lauk udang mentega tu kak.. tp menu udang jarang singgah dapur saya sbb anak bujan sy tu alergik udang.. sabar jelah.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ratna..Salam Ramadhan jua dr akak. kalau dah alergik udang mmg kena pantang nanti sakit susah..banyak2 lah bersabor, kalau nak mkn kena beli & mkn kat tempat keje la ya..hehe

      Delete
  8. Assalam ina, selamat berpuasa, akk pun buat selalu juga taka menjadi sarang2 tu, tapi tak apa kalo rasanya menten sedapkan, anak2 pun suka heheh.

    mengikut kata yg otai2 masa nak buat sarang tu kena masuk dlm acuan roti jala pas tu kirai...akk pun lum cuba lagi cara mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Salam Ramadhan juga buat kak Rosa sekeluarga. Owh cam tu ke nak buat sarangnya! takpe2, nanti bila2 kita cuba cara tu pulak ya..tenkiu sbb share cara membuatnya...:))

      Delete
  9. Salam Ramadhan buat Kak Azlina.. Maaf ye kak, lama benar Nur tak singgah. Sedapnya mentega ni.. Nur belum pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan al Mubarak juga buat Nur. Sama lah mcm akak ni pun tgh busy jugak, mlm ni baru online sbb nak cari resepi. udang tu sedap mmg la sedap.anak2 akak yg suka sgt mkn udg ni, akak tumpang sekaki dua jee..hehe

      Delete
  10. salam ramadhan buat lina ...sedaplh tgk udang tu!...zila66

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,,,akak dah lama tak bertandang kat sini...sedap tu udang besar...nak mintak sikit boleh?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...